31 Oktober 2008

SEJENAK DiKOPiTiAM

makan..makan.. makan.. haahha~ habis tu ni lah topik yang best untuk dikongsikan!

lunch tadi aku makan dengan lina..member sama keje ngan aku ni la.kaanya mahu diet..tp aku paksa dia makan..supaya aku berteman ketika makan.. cehhh.. teror tak. perkara makan ni.kalo kita tak lakukan dalam 48jam... lame2 nafsu makan itu hilang. terus aku makin keding..sape nak tolong?? tak nak haku ooo. nak jugak tgok badan sendiri sedap gitu.. wakakkaka !!

lina makan nasi goreng ayam plak..bagus makanlah sekali seharipun tak pe.tapi jangan kurang minum air.. ^_^

sibuk je sms.. akceli husband lina takd ekat kuching.. katanya ke genting.. wahhh.. g holiday tak ajak isteri ke? kalo aku mau tak nye meroyan.. wakkaka..lina harus kau awasi laki mu itu.... kot2 ade je yang menanti kat genting.. tutttttttt!! lina muka tersengih je ni bila aku ckp camtu..* mulut jahat wohh

membiru lagi.. adoii.. beberapa hari ni kalo tak biru.hijau..

aku mkan mee koloK je hari ni. cam malas nak makan nasi.. kekeyangan malam tadi pun masih runing lagi..

alhamdulillah habis ku makan mee ni... ^_^ tu pun atas dasar paksaan sekeping hati.. yahhhh... gasak ayat ko!! lame gak lepak situ.. bila ade staff tutor yang lepak situ.. membincang pasal mengandung.. wahh dasyat babe. aku pun haruslah peka dgn benda2 ni kan.. tak sekarang satu hari kawen juga woo... =D

GARA² ceera AKU KE MCD ^_^

>>> semalam kita punya rencana yang agak best la kan.. tapi terdahulu aku haruslah menjemput zie kat ofis dia.. maklom saja ni pompuan..ade je hal dia sakit perut lah..tapi ok lagi pasal dia tak batalkan agenda semalam..aku ni punya lah baik hati,aku belikan je la dia pil sakit perut tu.."padahal dia yang pesan..hahah saje nak mbik nama aku yang belikan..tp benaran deh saya belanja dia beli ubat itu.. kehkehhekh kan zie? demimu aku rela cehhh....*drama²

*yang kat tulisanAKUtu.. ubat itulah.. tp aku dah teredit.. *terasa diriku cantek la kat situ..wahh *larikkkkkkkkkkkkkkkk!!

ok..kita mula gerak untuk mengisi perut aku yang kosong dari tengahari tak makan..

gara² ceeramoon lah aku terheret nafsu makan ku ke mekdi jugak.. wakaka. bak kata ceera even kita jauh tp kita boleh makan sama . kan kan? hurmm jadi seumpamanya ceera tu ade sekali lah* fantasi babe!

meh.. tunggu turn ni.. adoila.. perutku sudah kecorong*** ceh ayat adam af ..keroncong!! harus ada je pixnya kan..kerna setiap gambar amat penting untuk dijadikan bukti.. =D

..kali ni ..american pay u! tp zie pakai dulu aku nya.. pasal malas mau pergi bank... ^_^

ceahhh...* ngelat kemana dulu pix ni kan.. hahah gini kayaknya org2 yang teringatkan mekdi.lalu singgah ke sini..

aku biasanya ginilah.. bila nak mbik sos.. pam ke masuk kat dlm tu.. tak suka aku nak pakai yang piring kecik tu.. * so laen kali korank kalo nak extra sos.. bubuh ke dalam box ayam tu la..

ceh siap makan bubur lagik.. tapi ambik yang small je.. tu pun slow je aku nak habiskan..bukan kenyang.tapi panas... lain lah cam zie.. kulit mulut dia dah sama cam kebal dgn panas....

ni pompuan nya. pose je lebih.. padahal lom lagi ready nak makan.. wakaka tp itu kan harus dalam drama photo ni.

ni pun sorank.. berlagak je lebih.. wakakaka.. siap angkat2 lagi botol tu.. a.. nak gtau sebenarnya.. kitorank malas nak kedepan nak mbik straw nye.. **** gasak ko la nak senget kepala ko nak tgok pix aku.. ahhahah!!

>> jam 7pm gitu,kitorank ada agenda lain plak.. so.. pas mkn2 terus je kitorank blah dari McD.! maksih mekdi... bagi aku rasa syorga kenyang kerna ayammu sungguh nikmat..

30 Oktober 2008

7 CARA MENAWAN WANiTA


Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka.

Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.

Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.

Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah dari GUA untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.


Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.

Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.

Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.

Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja. (WAHH..dasyat babe!)

Selamba & Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali. (ada paham?)

Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.

Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Jika wanita anda tidak tahu ke mana nak makan, perbualannya harus begini.


Lelaki: “Mana nak makan?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
Lelaki: “Carl’s Jr.”
Perempuan: “Ok”
(mungkin dia tidak suka tetapi kerana anda yakin, dia akan ikut dengan hati yang rela kerana keputusan telah dilakukan dan anda bertanggungjawab ke atas keputusan itu)


_copyright GUA_

WE MAKAN @ SUGARBUN

pas jalan2 kat spring tu kami singgah je kat sugabun untuk makan. hahah la tapi yang best aku dan andak mula berdrama untuk membayar makanan. haha ala andak ni.. kita bayar kan... zie hanya mampu tersenyum je melihat gelagat aku dan andak..

aku dan zie.. harus dengan fav nasi ayam sugarbun ni..

andak dan laloque makan nasi lemak * nape harus nasi lemak.. huhu~ asal tak nak rasa sugerbun nye ayam.. kan kat kl sudah pupus nya sugarbun.. hiksss

nisa yang tak sihat..sempat dia tidoooo.. pastu bila dgr suara2 kami dia terbangun lagi. hiksss cehhh siap main2 lak dia wat dia tido lagi.. cepat je dia tutup mata.. comel2..

apa yang bestnye.. aku memang pandai ambik hati budak kecik. yeaa.. aku berjaya wat zie jeles ok.pasal dia baru je nak dukung nisa.. nisa terus nangis..mana tidaknya,siap bagi muka gerammm dia nak dukung.. haus lah budak kecik tu takut..haha~ takpe2x..nanti kau dah ade anak buah ko mesti tau nak layan. ^_^ takpun ko kawen jelah layan anak sendirik.. wahhhhhh so sweeT!(akunye cerita mesti terwengg ke lain)


>> pas makan..aku dan zie hantar mereka ke hotel. tapi insyallah kalo line clear aku nak ajak dorank makan2 kat tepi sungai sarawak tu... bukan kat waterfront tu.. tp kat seberangnya @ baroQ.. ^_^ >> aku terus anta zie kat umah.. terus balik ke rumah sendiri.. mandi2.. aku tido...!

JUMPA VIRUSPADU & EN.LALOQUE

yeahh..nilah sumone special itu ANdak aka viruspadu.. memang punya top level blogger lah. sungguh berkesan virus yang dipadukannya itu.. hahahha~

http://viruspadu.blogspot.com ... akceli korank pun tau dah kan... tapi sape2 yang tak tau tu..aku kenalkan lah.. andak ni akak kepada CEERA. wahhh orang nya juga tinggi.. siap aku pakai high heel sama tinggi dengan andak even hanya pakai sandle yang flat itu.. cehhh.. mula2 jumpa tu adelah sikit2 malu kan.. almaklom sajok la,aku turun kl hari tu tak sempat lah jumpa ini perempuan.hehe lemah lembut,sweet je tgok muka dia yang putih itu**** tapi ceera lagi putih..(siap menangkan ko ni ceera..)

sementara tunggu husband andak ..kita sembang2 dulu tepi hotel ni.. zie yang merungut dia selekeh..huhu ok je aku tgok.. cuma cam pernah ku lihat je baju tu.. hhikss tuttttttttttt!! ape2 pun akhirnya aku dapat pujuk zie temankan aku jumpa dorank ni..yelah seawalnya dia bagi alasan tak lawa,tak sedap badanlah.. huhu~ tak kira bukan slalu nak jumpa blogger turun kuching ni..wakak lagi2 yang ngetop2 tu.

nisa comel sangat... tu en.loloque dan viruspadu.best je dorang ni.. sporting je layan pasangan dengan minat dan aktiviti.ok akceli kita ni tak tau nak gerak kat mane.. last2 aku bawak je lah singgah kat "the spring" even taklah sebesar nye shopping complex kat kl tu kan..sekurangnya bila dornak jejak situ.. bolehlah tau kan apa yang menarik dan tak menarik..

ok.. ikutkan cerita seterusnya..

22 Oktober 2008

MEE HONG KONG

Lunch tadi aku makan dengan Lina.. sibaek Lina ni makan ngan aku.kalo tak jadilah semalam nye. . huhu~ balik rumah baru makan. kalo gemok takpe lah jugak leh diet kan.. ni dh lah keding.. lagi tak makan... mamposs yo!
lina dan nasi ayam favret dia.. yuhuu* akceli hujung ni banyak cina2 je pasal gerai nya pun kebanyakn peniaga cian je.. hahah~ tapi aku tak lah beli kat situ..aku pesan kat kedai sebelahnya... ^_^

ini dia.. mee hong kong dan soya bean~ takselera nak makan nasi hari ni...
ingatlah aku,pasal tak makan semalam... tp balik rumah tu aku makan waktu malam.. jam 8.30 gitu! 1 hari makan sekali je nasi... mana tak badan aku lemah babe.pas makan segala,aku rehat jap then mandi... agak2nya leh lah tido awal kan... ye.. dalam 10 lebih gitu aku tido.. tp masalahnya aku asyik terbangun time tido.. riso aku.. otak aku set nak tido..supaya aku segarlah pagi nya kan.. tp mlm tadi aku terbangun 4 kali gitu.. penyakit ke apa kah itu? ke otak aku ni berpikir banyak sangat ke? sampai asyik je sedar time tido.. adoiiyaiiiii!! sampai aku sendiri bingung dengan kedaan ini..

harap nye malam ni taklah gitu lagi.. badan2 pun rasa sakit2 je.. tenat je rasa otak aku untuk paksa diri aku tido.. wakakaka* SE.Ri.Us babe!! -mungkin korankpun pernah rasa gitu kan..? capekkkk dibuatnya!

20 Oktober 2008

YUK MAKAN *besday time

aku dengan lauk biasa lah.. nasi goreng ayam wif sauce

ni stall yang alwez jadi pilihan kalbu..
rm 4.50 je.. aku paksa zie mbik pix ni wey..wahahah yelah asyik nak mbik pix ikut saiz badan je kan..sesekali haa kasi show sikit tempat2 ni...
tak kisah orang nak kate apa pun ... wakak dah dasar kaki camera..apa aja deh. orang yang suka kepochi hal orang tu sikit dengki agaknya... kan kan kan? suka ati haku lah mbik2 gambar.. puiii~ *** pasal ko takde brapa nak tau guna camera dengan tujuan tol lah ko dengki je tgok..kan kan?
menu2 kami..sambil tu dok discuss pasal masalah alam ni.. wahhhhhhhhhh APAKAH? tetttttttttttttttttt
bagus2 adik aku ni.... hiks. len kali kita dok rami2 kuar ya..lagi2 ade bawling?.. movie? mandi manda? wakaka sesudah kenyang..kami kuar lah dari situ.. hiks.. akceli jam baru je kol 6.30pm.. hurm aku ni kalo otak tingtong..rasanya tahan aku dok jalan2.. yelah pasal aku tak suka nak sorang2.. t aku stress leh membunuh!hahha cehh ko ni nak ..membunuh nyamuk ke.semut ke... kan kan? better aku happykanlah dulu hati aku ni.. bila dah stabil baru leh aku tenang....

...dengan itu,aku lagi nak makan sebenarnya tp tak muat dah .. tp aku ajak je zie dan tilla lepak kat baroQ tu.yelah kat situkan best sikit..kitorank lepak minum2 je.. sambil borak2..*akceli aku ni leh tahan nak lepak2.. tp zie sudah kelihatan capek gitu.. whahaha around 8pm kitorank gerak balik dah...

aku parking kat shell astana..so dorank hantar aku kat situlah... pas salam2 ciom pipi kiri kanan tu.. aku chow sorank. hiks kali ni zie dihantar oleh tilla.*thanx tilla... kebetulan tilla balik ikut jalan tu sekali.. aku sampai rumah awal 5 minit dari zie..padahal umah zie dekat giler je ngan astana*pelik jugak haku bila aku sms kat dorank 2 tu...katenye aku laju sangatt? ferrari ke? wakakakkaa.. ntah lah u..! rasanya drive cam biase je.. pas aku mandi2.. aku tidooooooooooooooooooooo!!

BESDAY TiME (HANGOUT)

Adakah senyum ini bisa mengaburi apa yang terbuku dalam hati?????

hahha~ akceli 19 oct ..yup my besday la kan... tetiba lak kat ofis keje2 suma sattle.so bos soh lah aku balik. dalam seawal 2.30ptg aku balik keje tu nak balik harus lah aku tak mau dulu.sudah janji mau ajak zie jalan2.. sekurangnya leh arr hilangkan apa yang tercatat dalam otak dan hati ku ni. dengan cara gini aku lehlah lepaskan keboringan aku.kadang2 terasa juga bila time penting gini dalam hidup kita..harus lah orang yang sayang kita ada kat sebelah kan.. yuhuuuu~ tapi takpelah.. mereka2 ini pun sayang aku lebih dari org tu.. tahnx my beloved frenz!

tiada yang istimewa hari ni..cuma semuanya leh hangout bersama... yelah asyik dok pok pek kat blog je. zie ni pun nak jumpa tilla...sekurangnya leh la tambah geng time kuar..taklah muka berdua je.mula2 nye kami saje nak bunag masa dan habiskan petrol tilla.. wakkaka*guro je babe... yelah nak g the spring bagaikan... padahal saje2 je nak cuci mata.. nak ringankan otak den ni.. hiks....tq tilla sbb hari ni ko jadi driver haku...

zie sibuk nak lihat camera tuh...insyallah katanya mau beli.. cepat beli..leh aku tompang mgedik kat camera ko plak...^_^

haku dan tilla..

yeahhh... aku berkenankan baju ni.. pasal dia oren kaler ma....* MNG ... tOinkkk!! zieeee belikan baju frenship mana??????????? hahahhha

.... sibuk je nak nyemak kat THE spring tuh.. kitorank nak makan lah.akceli mereka berdua tu dah makan je kat umah.. cuma aku ni tak makan2 dari pagi.. lapar babe! occay kami terus ke lokasi seterusnya ..



**NOTE: empty!.. huhu

19 Oktober 2008

HAPPY BESDAY TO ME!!

Hari ini genap 26 tahun usia ku.moga apa yang tak tercapai lagi kan dapat dikecapi..tak kisah cepat atau lamabat( cilok ayat ceera jap). aku tak banyak nak kate pasal bufday ku ni. tiap2 tahun same je bagi aku.. apa yang terbuku di hati ini moga tuhan leh permudahkan untuk aku.

>>> thanx so much to ceera..selaku orang yang pertama wish kat aku..
>>>to miszue..dalam berdiam diri dia tuh..ingat jugak nak sms malam tadi tq..
>>>to zie.. wakakakka percuma je set jam..tp alarm tak bunyi.. wakak tak kira ko no 3 ke apakah.. aku sudah happy >>> to ismael.... habis jam 2pagi akubangun dgr sms dia.. hehhe makasih dear!
>>> to nemo...^_^ miss u sista..
>>> dan to all my fren yang wish kat aku jugak.
>>>ohh tak lupa kat my family suma... =( tetiba terharu.. pasal tahun ni dorank suma ucap kat aku pagi tadi.yang tak sempat jumpa aku pagi wish kat telefon bagai... hhuhu

OOOOOOOhhhhhhhh missing sumone?

neway,petang ni mayb mau jalan2 sama zie.. ^_^

MEET OLD FRENZ

...kesibukan aku petang semalam.mak aku tetiba tak bising lak tgok aku nak kuarr bagai. huhu~ pasal dia tau aku kuar ngan niah.. tak sempat duduk aku ok.. mandi2 pastu siap2 cikit.. terus kuar...

kami ke baroQ(agaknye spell ginikot)kat tepi sungai sarawak ok.mek nanti korank datang aku ajak kornak makan sini. yuhuhu~agakla mendamaikan otak2 yangs senget ni kan.. hehhe

sempatlah satay datang dulu.. *aku citalah pasal makan kejap wey.* bolehlah sedap rasanya tp tak leh lawan satay kajang.. hikss

camera akutertinggal dlm kete..*so pakai hpon aku yang usang ini lah..tu oren je cam aku je orennye.wakakak! oppspsss.. tu niah dan sulaiman.. akceli Lemen tu xbf niah dulu2 kala la..time aku form 5 lagi. skrg ni dah hamper 10 tahun dah. ceh tp keadaan kami masih same je. cuma lemen tu dah bertunang.. yhuhu agaknya tula kali terakhir kot kali hangout.. sekurangnya leh la kumpul balik kan... pasal next year mayb lemen dah kawen ikut wife lak kat kedah.. yuhuhu lemen ni keje BOMBA.

Niah ni agak payahlah nak mbik gmabar..mahal tol. hahhaha~ ade jugak org yang takut nak mbik gmbar kan.. pelik aku! aku yang sentiasa tersenyummmmm

haha.. ni dua2x schul mate aku . yang baju oren tu fanatik aku..wakakak takdelah.. zukery aka BAQ. dia dok kl kat kat kem ape tah aku tak ingat.. as army.kalo dulu2 ade lah agak close pasal dia sekampung ngan aku.lemen tu kat kampung jiran lah....... *ade ke kampung jiran..hahahha kampung sejingkat!

diraut wajah yang tak terlihat kesedihanku..wahhh poyo!! poyo!!! oii pinjam senapang weyy~

baQ,salah seorang teman laki2 aku yang best! teringat zaman sekolah.. keneng2 gitu kan... akan tetapi takdir tak menukan hati aku untuk dia.. wahh gitu.tapi aku ttp jugak berkawan.. sekrang dia pun sudah jugak bertunang. december ni dah nak kawen dah.. kawen lak ngan polis.. wahh hebat sorank army sorang polis... aku nak masuk jadi komunis leh tak..wahahhahha~ sorang dok story2 pasal keja army aku hanya diam je lah... hahaha pasal lemen nye tunang pun keje ngan army..waduhhhh matiiiii otak terus aku..... tp aku takpe lagi leh je masuk mana2 chanell..

makan itu saat yang paling best time kita rasa tension.. moga2 dgn kedaan gini aku leh berisi.. wakakaka~ motip! mee laksa sarawak dan sirap pilihan kalbu ku..

ni menu2 dorank..semua makan nasik... kitorank leak sini dari 8.30-10.30pm.. then ke satok plak pasal nak belikan kfc untuk kakak niah.. yuhuhuuuu~ selesai suma.. hantar lemen dulu... then aku,niah dan baQ same balik maklom sekampung gitu...... 11pm sampai rumah sudah..

>>>> b4 aku tido sempatlah aku ceera msg aku... thanx ceera,alwez ada untuk aku time aku sangat memerlukan teman. huhu( kayak sedih banget gitu deh)....kerna ceera ni amat memahami ^_^

KESEPiAN KE McD

balik keje semalam awal (18oct).. tetapi teringin je nak makan MCD. fuhh..memandang kesorangan aku nak lah ada temankan.aku call pyzan.. lak cam hamperh je.. ade je alasan tolak permintaan aku.. bukan minta dia lanje pun..ni haaaaa..aku nak masa je payah sangat ke nak spend ngan aku.. mmg ke.ce.wa aku siot! boleh dia kate dia malas....! *jgn sampai aku wat hal.. padan muka ko~

>>>> sebelom tu aku msg2 lah zie.. katenye kat umah..takmolah aku gara2 aku dah depan mcd nak jauh mbik dia plak kan..* kot2 dia ade kuar ke.. tu yang aku tanye.. then,tanye lak setilla.. same gak kat umah. tu la jauh lagi..hiks takkan nak tunggu dia baru nak makan.. last2 tak aku call lah teman aku si ISMAEL tu... tu pun soranggggggg!!!!! ada handpon tak dijawap2.. mmg sakit hati aku dengan lelaki semalam ok. wakakkaak kerna ko rosakkan hati ku... *cea ayat!

>>>>>>>>> ape lagi dengan perasaan kesedihan aku tu.. aku masuklah sorang* ampu lagi ku berdiri tanpa2 korank ni wahaiiiii lelaki..( aku marah kejap je.. korank jgn lah bising.kat sini je aku meluah pasaan ku..) then sesudah itu.. aku masuk balik kat TUN JUGAH kerna disitulah aku parking kete aku......

wajah sedih konon.. ade bf pun cam takde bf.. puii** rasa geram aku ni weyyyy!! no reason if u nak spend masa pun..

last2 aku singgahlah kat depan PUSTAKA melawan kesepian itu.. aku ngap2 kan je burger tu walhal aku tak suka burger. eeee rasa aku nak gigit samapi tercabuttttttttt kulit mereka ni tau.... ayam goeng MCD sudah habis.. jam 9PM baru ade mana mau tunggu......

sambil makan2 tu haruslah aku minum..kang tak pasal2 tercekik kat situ.. pandanglah kiri kanan sambil cuci mata dan hati aku ni..( ko ajar aku berdendam)

hurmm..ape lagi orang kat depan tu pandang2 je tgok aku.. apakah? aku duk diam situ tak kan nak mbik laki ko pun, mmg encem.. patut ku pandang.......!! tp tak semestinya aku pandang kerna dia encem kan... adelah sesuatu tu..!! wwakakak apakah? itu rahasia.... =D

argghhhhh!!! mmg bila fikir time kita diketepikan begini.. rasa aku nak kill je orang itu. jangan tunjuk sikap FIraUn itu dengan aku weyy.. t aku jadi orang yang paling kejam buat ko! wakakkkak kejam ke? ehh kejam gak aku ni.. kalo ko baik aku lagi baik dari ko... tapi jangan sampai hati aku terlokak... sampai kemana pun ko kan rasakan dendam aku! hahahhahah~ aku versi garang seh!!

Ok berbalik pada cerita aku.. lepas je aku makan2.. aku memang time aku ting tong gini aku tak leh nak duduk rumah..aku kene usaha untuk ceriakan keadaan.pasal dalam umah aku alwez tak buat ape2.. so aku msg lah ngan kazen ku.. *(niah) -katanya dia mau kuar 6.30pm, jumpa member.. fuhhh waktu yang tepat sehh!! harus aku join ma~ apa lagi aku drive laju2 lah... sampai umah 6PM.. fuhh capekk seh.capekkk berbaloi dari otak ku capekkkk untuk fikirin masalah itu!

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx