12 September 2012

Berhenti kerja?!

salam buat semuanya :) 

Pasti sekarang masih merasa suasana hari raya kan. wahhh seronotttt lettew. Bagaimanapun, semoga gembira selalu ya. heee Oh ya, maafla, kekadang idea datang, aku takde masa nak update. Bila dah mengadap PC.. aku pulak yang ketandusan idea nak mengarang. Biasa sangat dah dengan kata² ini kan. puih. :P


 Tatap dulu kesayangan anda ni. (awww perasan) heee.. cantekkan eye lashes. aku saja nak tempek wajah sendiri, sebab? aku takde gambaran yang sesuai untuk digambarkan dengan cerita. Takpe kan. ni pun nasib baek aku rajin mencurah kasih idea aku kat blog. Rasanya dah lamak nak pokpek kat sini. tapi selalu tergendala.



Okay, nak dijadikan cerita. bukan aku yang benti kerja. tapiiiiii Awal bulan sembilan. Untie mary namanya. Dia masuk kerja kat ofis aku. bukan ganti aku..tapi kerja juga ngan bos aku. Dia kira stock² alat tulis gitu. Sungguh tabik lah aku ngan untie ni. Sebabnya aku punya minda memang tak minat dengan "number" . otak aku ni lebih aktif pada"abjad" heee.. kecuali kalu fulus aku minat. wakkka! jenaka saja okay.tapi sape lah tka minat wang. tanpa wang binasa juga kehidupan. tapi wang bukanlah segalanya.  iya tak. 

Macam untie ni lah kot. aku ingat dia boleh teruskan keje kat sini. rupanya berenti. Terkejut juga bontot hakak ni, dia kata esok tak kerja lagi. down seketika mood aku. bukan pasal untie tu. Tapi pasal aku... Dari dulu ckap nak berenti berenti.. tapi still now. im here. Bukan kerja tak baik. bukan bos tak ok. tapi aku nak keja lebih baik untuk diri sendiri. bukan kerja hanya untuk orang semata². SERIOUSLY. Mungkin dengan tukar kerja , hidup aku lebih ceria dan bermakna gitu. hahahahha! yela dok sini sorang². monolog sampai penat. ahhaa.. sekurangnya bila ada teman² ofis lagi best. minda kita pun aktif leh tukar² pengalaman kan.

Dah cakap pun tak guna.Dah lali orang dengar aku cakap nak benti keja. tapi nak buat camne. kalu stakat interview. Dorang pun kalu dah ade orang nak dimbik kerja tak payah lah dok eksen² kata ade vacancy. mengharap hati orang lain . tak suka!  Sekarang memang usaha nak cari keje lain. moga dalam tahun ni juga. Aku leh berubah dan mulakan kerier baru. :) dan boleh selesaikan apa² yang tersangkut. Memang orang tengok kita kerja senang. tapi hati yang menanggung tak siapa mengerti. Memang kita tak leh nak salahkan orang yang berkata sebabnya mereka tak tahu masalah kita. tapi biarkan dulu. one day bila dah boleh mengorak langkah dengan lebih indah. masa itu kita buktikan yang kita bukan saja² nak menyusahkan orang dan diri sendiri. 

positif thinking yang kita perlu kan. cehhhhwahh! ;) - ni kata semangat bila aku lemah. bila aku tak mampu nak kongsikan masalah. sebab kita percaya ALLAH itu lebih mengerti masalah kita. Dia takkan menguji kita lebih dari kemampuan kita. kan.. haaa.. makanya kita perlu kuat.
cute pulak rasa diri ini. haha,.. stop!
 okay ini TABIK untuk diri sendiri. semoga berjaya walaupun masih mencari. set! orang kata jangan putus asa janji kita mahu berubahkan. kalu tak pun. saya nak kawen jer la. nanti suami suh dok umah. awwww.. jangan berangan. cakap pasal kawen. cowok pun ngak ada. hehhe
 jom kawen.. haaaa. dah dah. okay stop stakat ni. nanti kalu ade nak aku share kan.. aku update okay.  Tak sabar rasanya nak dapat kerja lain. sebabnya saya perlukan keceriaan bila kerja. tettttttttttttttttttttt! bye~




Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx