23 Ogos 2011

keje setengahari sebab nak jemput Dia! ;) ehem²

seperti tajuk di atas begitulah isi kandungannya. 

Memang tak sabar nak jumpa Dia. Dah lama tak jumpa. rindu-lah!

Sambutan hari raya kali ni pasti meriah. semua hati akan rasa gembira. 

okay,esok saya update lebih lanjut pasal Dia ;) 

-yes! masuk 23 hari dah puasa ni.. ada 7 hari lagi kita nak sambut hari raya. yeayers!
tak sabar nak pasang pelita depan rumag.. ;)


mencantikkan pelekat baju yang cantik² belaka dengan sendiri! mudah!

bahan-bahannya:
ape nak panggil bendalah ni eh.. tukang jahit mesti tau. saya ni tak arif pasal bab ni.. tapi boleh lah tahan kalu nak bagi idea mencantikkan baju sendiri. Kalu nak diikukan baju i ni simple jer.. tapi saya belikan "bunga cantik" ni untuk dilekat pada leher dan lengan baju. kalu yang jenis ni..  RM12 semeter. kalu untuk pada leher dan lengan anda memerlukan 1meter 1/2 yer. hahha! ceh rasa teror lak ye. ade jer yang murah dan cantik² belaka.pasti rambang mata nak pilih. ;)
Saya potong² ikut bunga yang menarik. kita boleh jer ubah suai kalu tak kenan dengan penyusunan bunga asal.kang kalu nak ikut yang tersedia tu tak ngam pulak kalu nak dilekat kat leher baju tu kan. so.. begini lah. Bila  dah dapat idea tu...pin kan lah dulu. kang kalu main agak² tu ..terlupa kot.mana satu nak ke bawah.. ke atas.. ke tepi kan. Confirm dah rasa sesuai tu.. anda pergilah buka iron... justttt capkan iron/seterika tu atas bunga cantik ni.. pastikan melekat ketat-ketat tau. kanggg terngaga pulak.. tak cantik dah baju korang.Jangan sampai kain baju terbakor ploq. haha tak raya kang. :P agak² dengan suhu panas iron lah k. ;)

OKay.. siap! tinggal 2% lagi tak siap kat lengan .. ;) nanti sambung! hehhehe


cantik tak. cantik tak? maka itu.. anda jugak boleh mencantikkan baju yang simple dengan lebih menarik dan menawan. kalu korang pakai mesti dorang tegur.. baju beli ke  buat sendiri! hhhihih jawaplahhhhhhhh... ;)

nak kasi baju kurung yang simple jadi lebih gemilang bergemerlapan ! meh try this.. :P

Baju saya taklah siap dari kilang. hehe kitaorang beli kain.. dan suruh kakak buatkan. Saya beli jer yang murah² memandangkan kos memang sukar nak beli mahal² .murah² asal tutup tubuh badan.. syukur dah kan. ;) mahal² tapi cam tak cukup kain. pasti orang kutuk jugak. hmmm yang itu saya tak ikut cerita. cukuplah saya dokcita pasal saya. ye! oh ya...Tahun ni tetiba rajin nak menjahit baju kurung ngan isi manik² / butang yang cantik².hihi mari² walaupun hanya nak syer pasal hal yang orang lain lagi hebat kalu jahit manit. tapi tak kira..saya nak pampang kat jugak.. hehe! :P

tahun ni buat baju kurung jer. takde kebaya. cuma satu i buat jubah. ;)
meh.. cara-caranya carilah permata²/manik² / butang² yang cantik untuk ditempek kat dada baju anda. macam saya ni pilih klaer hijau.dengan harapan agar nampak lebih berkilauan lah raya nanti. :P
kesungguhan nak menjahit sendiri tanpa bantuan sesiapa kan. ceh. fulamakkkk 

hampir 1 jam juga saya nak siapkan. mana tidak.. kiki!!!!!!!!!!! mbil ni.. Kiki!!!!!!!!!!!!!!! buat baju. Kiki!!!!!!!!!!!!!!!!! tolong ini jap.. Kiki!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kiki!!!!!!!!!!!! macam². tapi akhirnya saya  habiskan jugak. nampak gayanya.. butang² ni tak cukup.. hanya leh mencantikkan bahagian leher saja.. pada lengan saya tak buat lagi. hahah nak kene tunggu beli baru sambung lagi. Hadoiilaaa.. :)
Dari yang plan gitu jer..sekarang ni dah cantikkkkkkkkkkkkkkkk! 

Masalahnya sekarang saya rasa nak tukar . butang hijau ni tak nampak sangat kat baju kan.salah pemilihan warna lah kot.nanti belikan yang lain pulak.. butang ni.. akan pindah kat baju satu lagi. haha! sajer nak tunjuk ni.. apa yang saya buat semalam. lalla~~~ ade lagiii saya nak tunjuk. tapii bukan main jahit.. tapi iron jer. ;) mesti korang pun buat benda yang sama jugakkan. hihi nanti saya update pasal daya kreativiti saya tu okay.


belajar wat sendiri..lelama pandai la.. kan ;) 

maunya tak kejang otak layan panggilan begini!!



Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,


Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


-haha! aku pun tak reti nak huraikan camne cita nie.. pening wek!


—- sumber:ceritalucu

setelah 15tahun,akhirnya saya menjahit langsir! bangga tu der ;)

Dah lama tak tempek gambar bersama²  anak buah saya ni kan. 

Malam tadi.. sempatlah say bermanja² dengan dorang ni..Kebetulan mode manje on semuanyakan.. semua nak peluk² ajak bergambar. hihi saya pula.. memang suka nak melayan dorang ni.. apa lagi mood sangat bagus. sungguh penat semalam. ade jer kerja nak dibuat.ceh cam orang kuat kerja. haha! padahal  just jahit butang² /manik² kat baju. hihi L.o.b.a sungguh!

Oh bercakap pasal jahit. sungguh benar..last sekali saya menjahit masa sekolah menengah form  3 masa mbik kelas ERT! giler 15tahun saya memang tak pernah nak jahit dengan mesin.. apa lagi MENCOBA untuk menjahit. Kalu tak kerna kakak saya yang sangat memerlukan pertolongan saya untuk jahit langsir my uncle tu.. saya tak merasalah guna mesin outo sekarangkan. main PRESS tu siap!akak ajar sikit..dan saya dah tau camne nak guna. gilerrr bijak jugak saya! :p (cobaan,not bad juga lah jahitan yang saya buat untuk langsir tu)

 bukan macam duluuuuuuuu... kena putar sikit roda kat tangan..kaki baru aktif goyang². haiyaa.. tapiii orang dulu punya sabar nak menjahittt.. ye macam mak saya!TEKUN.hihi

Fuh.. rupanya senang ye nak jahit guna mesin yang canggih sEkarang ni. apa lagi, kakak saya perli  dan bagi harapan..katanya ' tahun depan leh lah trima tempahan" haha! giler. Baru jer saya jahit sisi dan jahit tepi langsir. kalu saya dah reti nak jahit baju.. haaaaaaaamboiii camnelah agaknye!

sebaliknya,saya sedar saya ni berbakat dengan kerjaya sebegini.tapi kemalasan menyelimuti pergerakkan. haha! dasar. dan ternyata saya juga berkebolehan menjahit sebenarnya. bangga lah doe! even hanya jahit langsir :P lain kaliii akak saya ajar jahit baju pulak. yeayyy!!!
ceh. bakal tukang jahit yang terkenal nanti! hahaha :P 

Teman mak ke saloon. Hamboiii sakan raya nampak.. hehhe

isnin penuh dengan rencana.

semalam teman mak ke town.. katanya nak gulung rambut. kat tempat biasa..SUN SUN saloon!
Kekadang saya pun suka ke situ. Jimat sikit. tak perlu membazir uwang sangat nak wat rambut memahal. Janji yang dorang wat tu tak rosakkan rambut maaaaaaaaaaaaaaa...!

saloon ni giler lama dah menapak kat area india street ni. Mak pun dah selesa sangat dengan gulung dan potongan dari tauke kat sini. Nasib baik tak tunggu lama sangat. lepas je mak siap set rambut.. kami jenjalan dulu kat gawang india street ni. adoilaaa.. memang sesak la..nak nak dah dekat raya ni kan.tak leh nak melenggang sangat jalan kat tempat camni. haha!! macam² leh berlakon. jalan dah ganas.. muka dah garang kerna panas matahari di atas kepala.. giler wahh ..nasib baik tak puasa semalam. ;) wink!
Saya teman mak berbeli barang. huhu saya tak beli apa² pun.. gaji pun tak masuk lagi. dah tau nak raya.. bagi lah awal² sikit gaji. tak perlu nak tunggu saya minta lebih awal. kan? hmmmm 
kitorang balik dalam jam 1.30 gitu lah..satu hal pulak... aircond saya dah tak sejuk!! arrhhh tensionlahhh gini.  fulus.fulus.fulus. gilerrr sentaplahh macam² hal.
sampai rumah terussssssssss rehat! letihnye jalan tengahari terik ni kan.. tapi ingatkan leh tido ke apa  pastu. TIDAK sama sekali.. ade aktiviti tangan pasti. hehe! nak tau kene rajinla singgah.. ;)





"sebelum pergi"-confirm bila anda baca,hati anda tersentuh giler,pasti airmata mengalir keluar (kisah benar)

(saya kongsi untuk korang apa yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama)


Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?


Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, “InsyaAllah, Abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, “Abang nak apa harini?”

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, “Mak, Abang nak naik kereta bomba!”

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!” Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, “Abang nak apa?”

Abang pun jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!



27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!” Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

“Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!” Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, “Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika.”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

“Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

“Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

“Abang ngantuk!” Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, “Makkk..sakit perut..!”

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!” Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..”

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, “Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


sumber:ceritahot

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx