3 Ogos 2011

matluthfi dengan album baru!

heheh korang layan Vlog ni.. gila lah best! you memang terbaik Vlogger lah. cweet cangat!

saya sangat suka Vlog Matlufthi90 ni!!  awesome! hencemm!! i memang puji u lah! ;)

HARISU yang cantik rupa²nya Lelaki! OMG!

cantiknya wajah harisu ni kan.. haaaaaaaaaaaa.. sapa sangka memiiki wajah dan tubuh yang menawan ni.. boleh mencairkan hati si jejaka yang melihatnya. masih ingatkan pasal arwah Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana     begitulah juga cerita pasal actress ,pop singer,model dari southkorea ni. hamboiiii!! cemerlang terbilanggg!





Harisu is transsexual pop singer, model and actress from SouthKorea. Born biologically male, Harisu identified as female from early childhood, and underwent sex reassignment surgery in the 1990s.

Nak tahu lebih lanjut sila ke sini :    http://en.wikipedia.org/wiki/Harisu

Kami Bukan MOnyet!!-safee sali

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet).


Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka.


BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura,
bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.


sumber: bharian.com.my

wordless wednesday

;)

-TIDAK HALAL! GOLDEN CHURN BUTTER.. mengandungi DNA babi!

Raya nak dekat ni.. memasing sibuknak buat kuih muih.. tapii masihkah anda ingat tentang isu GOLDEN CHURN BUTTER.!! ala.. dulu kita asal musim raya jerrr berpusu² nak cari butter ni nak buat kuih.. bahkan memang sangat pemes lah butter ni!! tak ingat lagi? meh saya kasi pampang wajah butter itu yang sudah dikeluarkan sah TIDAK HALAL .kerna??


aiyoooooooooooooooo.... meh saya sertakan sedikit kesasihan ceritanya.



JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.


Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut

jodohku dah sampai...

Sejak bangun sahur ni.. makin lewat pulak masuk ofis. HAHHA mana tidak..pas sahur sambung tido. haiyoo.. berpotensi membulat kot tido pas makan ni?!

Bila nak bangun tu jam tka tunjuk jam 7pagi.. selagi tu lah cuba menutup mata. Pastu nak turun kerja pulak kelewatan. arhh takpe kot.. kat ofis tu bukan ad ebuat ape sangat... datang memang membekukan otak doe! pastu mengadapa bilik yang sunyi sepi tapi ditemani rakan² alam maya sahaja. mana nak jumpa jodoh gitu! **haihhk... simpang selekoh punya cerita! haha

okay².. nak kene cakap pasal jodoh ke??hmmm itu yang buta jiwa bergelero kekadang.

tipulah kalu saya cakap takde orang nak ngorat² aiii kan..? Ade jeeeeeee... dan bukan bermakna saya menolak salam perkenalan perkapelan dorang..ambik masa untuk saya membuka hati pada mereka. Nak² pulak...saya memang jenis yang cinta satu.HAHA poyoooo nye ayat! serius.


Bukan mudah untuk saya terima kehadiran yang bernama lelaki andai dia bukan pemilik hati dan pemikiran saya. Yang selalu saya fikirkan... yang selalu buat saya berdebar².. !yang ada itu adalah penguat cinta saya. Memang tidak mustahil kalu dah namanya JODOH itu datang dalam apa jua situasi pun.. tak kira kamu cinta atau tidak.. cuma mungkin pada saya.. bila saya terima seseorang dalam kehidupan hanya untuk ada teman.. hubungan itu selalu tidak lama.

SERIK?? 
haaaaa... ade ke istilah ini dalam kehidupan anda?? hmmm Saya bukanlah serik.. tapi saya TAKUT untuk bercinta lagi.. hahahahhamboiii makcik takuttt okay!! takut bila dah mengharap seseorang itu..mulalah mereka meninggalkan. Takkan nak bercinta tak serius ke kehidupan alam rumahtangga kot. itu lagi tak waras. Umur saya bukan nak yang baru lepas SPM.. waluapun muka ni mencerminkan saya tampak muda dari usia.. haiiyooooooooooooooooooo (up up nampak) sampai yang ngorat tu pun sanggup cakap sama umur saya.. padahal dia muda.. ahaah! OPppsss!! nak buat camne kan.. biar muda pun kalu matang dalam pemikiran BAGUSlah tu!!! 

Tapi family memang selalu perli lah bila lagi nak kawen kan.. sampai satu malam tu..kebetulan anak akak saya ni takde kat rumah.. makanya saya tidur sorang ler. EHHH.. takde nye istilah takut nak tido sorang OKAY. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii masa saya nak tidur tu.. tetiba bunyi binatanglah kot.. bunyinyaaa cam cengkerik.. tapi yang peliknya bunyi dia.. semakin dekat. mana tak seram siot~! saya sabar lagi.. baca doa tu baca doa ni... masihhh jugak bunyi halusss semakin kuat..semakin dekat. 

APA yang saya buat?!!
saya bangun dan keluar kat ruang tamu.. mak dan abang still tengok TV. terus sya cakaplah bla bla bla ngan mak..!mak pun masuk lah bilik dengar.. mak pun angkat bahu.. tanpa sedikit seram lah kot. yang bestnyeee.. saya SUruh mak saya tidur ngan saya!! AHHAHHAH maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu gwe! mak saya memang tak ndak lah. yelah saya bukan budak kecik lagi nak manje² ajak mak tido bila ketakutan. teruslah mak keluar kan statement yang sangat penamparrrr hati dan perasaan ini.. wahhsehh! ayat nak baik jooo!

" tu lahhhh.. kalu ada laki dapatlah  temankan tidur!"

sedih hati saya kawan².sedih rasa nak garu²... HHAHA.. baik punya perli tu. sabau jer la. Sapa tak nak kawen..seronok tu. kalu kene lah yang sehati sejiwa.. !kalu tak sehaluan tu... tu yang  risau dibuatnya. nak dengar cakap dia jer.. jeless punya satu hal..tak tentu pasal nak dicemburukan. kalu dah macam tu lebih baik sendiri lagi tak menyusahkan hati kan.

OH mak..! lepas itu saya terus lerrr buat muka cam tak puas hati.AHHA! mana tidakkan.. takleh nak mengadu sikit.. terus sebijik sebijik kene suruh saya kawen. HAAAA carikla untuk saya? **kasi dorang pening sikit.. kalu nanti saya buat halllll... jangan marah haaaaaaaaa! :P itu selalu saya cakap kat mak dan kakak saya. sebabnya kalu saya tak sepenuh hati nakkan orang tu.. hati saya kan berpihak pada yang lain.. dan dari situ.. bermulalah salah menyalah nanti kan payah! heheh. dorang saje je nak cakap camtu.. bagi semangat supaya kawin cepat dan cepat dapat anak.. HAmboiii,cakap main langgar dinding nampak!! 

DAhh..dahhh cukup bebelan pagi ini.. nanti kalu JOdohkan ku da sampai.. tak cemana² pun ..tak kira sapa pun.. dimana pun.. kau pasti jadi milikiku.. kan! itulah kata² orang yang penyabar menunggu Jodoh ini.. haha! hagak² lah siootttt.. dah takmau dah cakap pasal ni.. eeeehhh selamat berpuasa ya!! 


tatapan buat mereka yang disayangi.. eh!? :P
sang gonjeng :P

• A REAL MAN doesn't love MILLION GIRLS, he loves ONE GIRL in a MILLION WAYS ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx