Raya nak dekat ni.. memasing sibuknak buat kuih muih.. tapii masihkah anda ingat tentang isu GOLDEN CHURN BUTTER.!! ala.. dulu kita asal musim raya jerrr berpusu² nak cari butter ni nak buat kuih.. bahkan memang sangat pemes lah butter ni!! tak ingat lagi? meh saya kasi pampang wajah butter itu yang sudah dikeluarkan sah TIDAK HALAL .kerna??
aiyoooooooooooooooo.... meh saya sertakan sedikit kesasihan ceritanya.
JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal
KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih ;)