27 Mei 2011

blog makcik hajjah sitt al-wuzara -menghina ISLAM !

ini aku copy bulat² dari blog laman web yahoo.!even ini berita nya dikeluarkan semalam tapi aku nak share jugak... Sekadar untuk apa yang kita semua sudah tahu tentang berita ini.. mana yang tidak tahu.. sila baca. Aku rasa dia saja menggunakan nama blog menggambarkan dia seorang Hajjah. kita tidak pasti dia ini lelaki...perempuan.. muslim atau non muslim... yang pasti kita pasti tak sabar nak tengok wajah pemilik blog yang telah memburukkan agama islam. mudahan pembalasan setimpal dengan yang dijatuhkan.!! E-sakit hatiku!!!!!




KUALA LUMPUR, 26 Mei — Selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya.

Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam.

The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/.

Selain menggunakan kata-kata kesat, apa yang lebih mengejutkan laman blog ini turut memaparkan gambar seekor jerung dan Lady Gaga di atas Kaabah selain gambar-gambar lain yang menghina Islam.

Dalam entri terbaru bertarikh 24 Mei 2011, selain memaparkan laman blog itu turut memberi “pesanan” yang berbunyi: “Hari ini Allah tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat.”

“Maka, Allah menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, mengeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!.”

Bagaimanapun tindakan penulis blog ini dikecam hebat oleh pembacanya, antaranya berbunyi: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”

Rata-rata kritikan dibuat itu meminta agar penulis blog bertaubat dan tidak kurang mahu dia “dibunuh”.

Melihat kepada perkembangan terbaru ini, Abim menyifatkan kewujudkan laman blog itu bertujuan mahu menghina imej dan kesucian agama Islam.

Justeru kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, pihaknya memandang serius kewujudan laman blog yang berniat jahat itu.

“Abim memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

“Berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikan Abim, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut,” katanya.

Kata beliau, tindakan seumpama itu amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam.

Malah kata beliau satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis blog itu.

Selain itu, tegas Mohamad Raimi, pihaknya juga menuntut agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyiasat laman blog itu dan mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat.

“Menilai daripada ini, Abim menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci terhadap insiden yang mendukacitakan ini.

“Abim menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat, Abim juga mendesak agar permohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh penulis blog ini kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Lirik : POKOK

Meet Uncle Hussain feat HAZAMA
tajuk:pokok


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh




i love this song ;)

Doa Cepat Jodoh & Doa hati kecewa

Assalamualaikum,


Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam website yang terkandung dalambuku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.

Mana tah segala doanya itu.. boleh mempermudahkan pencarian kita ;)





"Kita merancang tuhan..tapi Tuhan menentukan" 

Berusaha...redha..pasti itu yang terbaik.....Selamat beramal;) 

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx