Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

26 Ogos 2011

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah ,Walaupun tidak sama dengan dirinya

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
sabar yeeerr cik kiah gonjeng! ;)

Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini



20 Ogos 2011

Doa Rabitah

Dari Anas r.a katanya: ” Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan)“.



Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa
Hati-hati ini berhimpun kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin…

19 Ogos 2011

doa pengikat kasih sayang!

sekadar gambar hiasan-maunya tidakkkkkkkkkkkkkk! HAHA~ 

Bagi anda yang mengalami masalah suami liar, hendaklah banyak bersabar dan berdoa.
 Amalkan doa ini.“Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu.”
 [Surah Al-Ghaafir: ayat 60]

Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:
“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar. Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.
sekadar gambar hiasan. saya tiada foto kebahagiaan lagi/ hey sadis


“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
[Surah Al-Ahzab: ayat 21]

sumber:epetua.com

31 Mei 2011

#rahsia surah AL-FATIHAH !


Dalam kekusutan minda, ketidak tenteraman jiwa, kecelaruan ummat dan segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini adalah penting bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan pelbagai ilmu. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang lebih mustahak ialah mengamalkan ilmu yang ada.

Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. Amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dgn beberapa syarat:

1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu"
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintalah dengan niat yang baik. InsyaAllah akan makbul permintaan anda.

Wallahualam.
Sumber ilmu : Dr. Fatma Az-Zahra

27 Mei 2011

Doa Cepat Jodoh & Doa hati kecewa

Assalamualaikum,


Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam website yang terkandung dalambuku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.

Mana tah segala doanya itu.. boleh mempermudahkan pencarian kita ;)





"Kita merancang tuhan..tapi Tuhan menentukan" 

Berusaha...redha..pasti itu yang terbaik.....Selamat beramal;) 

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx