30 Oktober 2008

7 CARA MENAWAN WANiTA


Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka.

Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.

Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.

Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah dari GUA untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.


Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.

Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.

Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.

Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja. (WAHH..dasyat babe!)

Selamba & Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali. (ada paham?)

Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.

Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Jika wanita anda tidak tahu ke mana nak makan, perbualannya harus begini.


Lelaki: “Mana nak makan?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
Lelaki: “Carl’s Jr.”
Perempuan: “Ok”
(mungkin dia tidak suka tetapi kerana anda yakin, dia akan ikut dengan hati yang rela kerana keputusan telah dilakukan dan anda bertanggungjawab ke atas keputusan itu)


_copyright GUA_

WE MAKAN @ SUGARBUN

pas jalan2 kat spring tu kami singgah je kat sugabun untuk makan. hahah la tapi yang best aku dan andak mula berdrama untuk membayar makanan. haha ala andak ni.. kita bayar kan... zie hanya mampu tersenyum je melihat gelagat aku dan andak..

aku dan zie.. harus dengan fav nasi ayam sugarbun ni..

andak dan laloque makan nasi lemak * nape harus nasi lemak.. huhu~ asal tak nak rasa sugerbun nye ayam.. kan kat kl sudah pupus nya sugarbun.. hiksss

nisa yang tak sihat..sempat dia tidoooo.. pastu bila dgr suara2 kami dia terbangun lagi. hiksss cehhh siap main2 lak dia wat dia tido lagi.. cepat je dia tutup mata.. comel2..

apa yang bestnye.. aku memang pandai ambik hati budak kecik. yeaa.. aku berjaya wat zie jeles ok.pasal dia baru je nak dukung nisa.. nisa terus nangis..mana tidaknya,siap bagi muka gerammm dia nak dukung.. haus lah budak kecik tu takut..haha~ takpe2x..nanti kau dah ade anak buah ko mesti tau nak layan. ^_^ takpun ko kawen jelah layan anak sendirik.. wahhhhhh so sweeT!(akunye cerita mesti terwengg ke lain)


>> pas makan..aku dan zie hantar mereka ke hotel. tapi insyallah kalo line clear aku nak ajak dorank makan2 kat tepi sungai sarawak tu... bukan kat waterfront tu.. tp kat seberangnya @ baroQ.. ^_^ >> aku terus anta zie kat umah.. terus balik ke rumah sendiri.. mandi2.. aku tido...!

JUMPA VIRUSPADU & EN.LALOQUE

yeahh..nilah sumone special itu ANdak aka viruspadu.. memang punya top level blogger lah. sungguh berkesan virus yang dipadukannya itu.. hahahha~

http://viruspadu.blogspot.com ... akceli korank pun tau dah kan... tapi sape2 yang tak tau tu..aku kenalkan lah.. andak ni akak kepada CEERA. wahhh orang nya juga tinggi.. siap aku pakai high heel sama tinggi dengan andak even hanya pakai sandle yang flat itu.. cehhh.. mula2 jumpa tu adelah sikit2 malu kan.. almaklom sajok la,aku turun kl hari tu tak sempat lah jumpa ini perempuan.hehe lemah lembut,sweet je tgok muka dia yang putih itu**** tapi ceera lagi putih..(siap menangkan ko ni ceera..)

sementara tunggu husband andak ..kita sembang2 dulu tepi hotel ni.. zie yang merungut dia selekeh..huhu ok je aku tgok.. cuma cam pernah ku lihat je baju tu.. hhikss tuttttttttttt!! ape2 pun akhirnya aku dapat pujuk zie temankan aku jumpa dorank ni..yelah seawalnya dia bagi alasan tak lawa,tak sedap badanlah.. huhu~ tak kira bukan slalu nak jumpa blogger turun kuching ni..wakak lagi2 yang ngetop2 tu.

nisa comel sangat... tu en.loloque dan viruspadu.best je dorang ni.. sporting je layan pasangan dengan minat dan aktiviti.ok akceli kita ni tak tau nak gerak kat mane.. last2 aku bawak je lah singgah kat "the spring" even taklah sebesar nye shopping complex kat kl tu kan..sekurangnya bila dornak jejak situ.. bolehlah tau kan apa yang menarik dan tak menarik..

ok.. ikutkan cerita seterusnya..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx