5 Ogos 2011

Mengenang yang jauh di kelantan

Dingin sungguh malam ini.. sebabnya petang tadi kuching dituruni hujan lagi. asal petang je nak hujan.. tapi blah pagi sampai tengahari panas memancar terik.. tu sebab kdg2 hujan serta kilat dan guruh datang jugak. dah musim september rain. :)


Jauh disudut hati,saya sering mendoakan sang sayang2 yang jauh disana didalam keadaan selamat dan dilindungi oleh Allah. Oh ya, fizi yakni adik berseragam coreng tu da posting ke klate. gomo klate gomo! hamboi blajo kecek klate doh.nok budu duo. hehe.. adik i masuk kat Kem Desa Pahlawan as asko melayu siang tadi dorang btolak dri Port Dickson.harapnya dia dapat menyesuaikan diri kat sana.

pasti da senang hati bila da abis 7bln training. kalu ada cuti dia kan blik utk cuti raya.. yay! lepas tu dorang ada kursus lanjutan..2 or 3bln,kalu xsilap.

btw, da nak 10.30malam..waktu utk tidur..nanti pagi..bangun lg utk sahur. okay2, jom tido utk cukupkan rehat setelah kepenatan bekerja hari ini. Gudnite bebeh.

Simplysiti ?!? Simplysiti ?!?

Alhamdulillah.. terlaksana ulam paku pakis berbuka tadi. da bleh senyum bahagia.

kita lupakan pasal paku pemaku ditelan oleh aku.kita nak borak pasal produk pulak ye.

---------------------------------------------------------------------------------------------
sumber: OHBULAN!

Penyanyi no 1 negara, Siti Nurhaliza telah dihujani dengan pelbagai dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai isu halal berkenaan produk SimplySiti. Antara dakwaan yang dikemukakan oleh individu tersebut ialah mengenai status berus SimplySiti disyaki datangnya daripada babi.

Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini.

“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza

Penafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya 
mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia.
----------------------------------------------------------------------------------------

pengguna!
pencuci muka,krim malam,toner,pelembap,krim siang- semua ini da baik utk kulit saya weyh!!?? how la??


pengakuan Ally Iskandar tentang putus tunang(video ekslusif)


single available ;)

dari mulut ally sendiri. jangan uols mengade nak tokok tambah cerita. 

Pengacara popular Ally Iskandar menjelaskan punca putus tunang.


Wahai lelaki serius- kamu dikehendaki! ;)

haaaaaaaaaa.. topik yang bagus untuk para-para mereka yang dah jemu ditinggalkan! haha*siottt!!
gambar hiasan- kalu takut..jangan main perasaan orang.. kene lempangggggg kang! :P

Mencari seorang pasangan yang benar-benar sesuai bukanlah mudah. Komitmen adalah yang paling penting dalam menghidupkan hubungan agar terus mekar. Namun, kaum Adam sering diragui komitmen mereka apabila terjalinnya penyatuan dua hati ini. Adakah mereka benar-benar serius dalam memberi dan menerima cinta? Jom semak !

Ya, Dia Benar Serius!

Hafal sangat
Semua perkara tentang kita,melekat terus dikepalanya. Sepanja g perkenalan dan menginjak ke dalam perhubungan, apa sahaja tentang diri kamu dia tahu. Daripada tarikh-tarikh penting hinggalah ke restoran kegemaran kamu, semuanya tip top! Prihatin adalah perkataan yang sesuai digunakan. Oleh itu, kamu tahukah si dia amat benar serius dengan kamu.

Orang pertama
Apa sahaja masalah yang kamu hadapi, dia adalah orang pertama yang akan muncul menyelamatkan kamu. Tidak kira pada waktu siang hari ataupun ketika lewat malam, dia sentiasa ada untuk membantu. Ya, sudah pasti si dia berbuat begitu kerana kamu adalah orang yang paling istimewa di hatinya.

Teringat-ingat
Setiap kali kalian berjauhan, pasti si dia terkenang-kenang kamu. Kata orang, biar jauh di mata tapi dekat di hati. Walaupun dia bekerja di luar daerah (out station), si dia tidak lupa untuk bertanyakan khabar kamu setiap hari. Sudah pasti dia juga membawa pulang sesuatu untuk kamu sebagai si buah hati pengarang jantung.

Pengkritik tetap
Dia adalah cermin kamu? Setiap apa yang kamu lakukan, pasti akan dikritik olehnya. Ingat, kritik bukan sahaja pada yang negatif. Kritik juga boleh jadi yang positif untuk memajukan diri kamu. Terpulang pada kamu untuk menerima kritikannya. Jika di dalam Facebook pun, si dia rajin benar komen status ataupun gambar-gambar kamu. Oleh itu, kamu tahu kan bahawa si dia rajin sangat buka profile kamu.(takbrapa penting kot..tapi kalu dia memang prihatin dia terus call atau cari kamu! ;)hehh

Curahan hati itu ini
Jika soal kerja menjadi luahan hatinya setiap waktu, itu perkara biasa. Namun, jika dia mula meluahkan apa sahaja berkaitan keluarga ataupun hal peribadi pada kamu, itu sudah membawa kalian ke satu tahap yang lain. Si dia mempercayai kamu sehingga boleh meluahkan soal keluarga dan peribadi. Ingat, lelaki bukanlah seorang yang suka buka masalah sendiri. Oleh itu, hargai dan berpeganglah pada kepercayaannya.

gambar hiasan

Rencana matang
Hah, ini maknanya si dia betul-betul serius. Apabila si dia sudah mula merencanakan masa depannya bersama kamu, itu tandanya kamu sudah tersenarai dalam urusan ‘mesti buat’ atau ‘mesti ada’ si dia.

2hari terlepas nak Ulam sayur paku!

sangat cantik lukisan ni.. ;) ha itulah paku pakis. hari ni saya pun nak cerita pasal paku pakis ,boleh ye? ;) la la 
photo: http://calit-conteng.blogspot.com

Pokok paku adalah tumbuhan yang biasa boleh di jumpai dimana-mana tempat di dunia ini, kecuali di tempat sentiasa berais. Pokok paku tidak berbunga dan berbuah serta tiada biji benih.Pokok pakis membiak dengan spora. Di Malaysia Saja terdapat lebih kurang 500 Spesis pokok pakis
Ia terdapat dikawasan yang begini.. dan petik..petik lah ikut suka hati kamu. jangan tersalah petik sudah. dulu saya selalu ikut masa lagi sekolah rendah.. kawasan rumah tak jauhlah dari rimbunan tepi jalan.. kat situlah saya tau apa tu paku pakis. Kalu kat kuching.. yang ada lingkaran bulat didepan.. namanya paku pakis... tapi kalu yang daun yang lembut² tu sayur midin.. 2 2 sedap! 
lepas dipetik..dorangkan buat ikatan mayba dalam rm3/4 setiap ikatan tu. ikutlah banyak mana dan ikut brapa dorang nak letak harga. kalu kat pasaran saya kurang pasti.. Biasanya mak saya beli kat orang kampung jer.. 

Cara masakkan pula berbeza² mengikut kehendak pemasak dan pemakan ! hehe
Ada yang tumis.. ada yang buat sup.. eh ade lah.. ada yang buat ulam!
(angkat kening tanda kegemaranku)

meh kita layann.. auww auwww! (dah posa ni.. tayang² pulak menu yang melelehkan ayak liur)
sentap perut! 


yang femes bila kita pergi seafood! kan?? memang kikis habis lahhh jawabnya..
photo: http://kajangfood.blogspot.com/2009/11/kedai-makanan-wan-fatt-part-ii.html
 yang ni.. pasti memukau gila.. masakkan chef omputih buat. memang dasyhat lah sangat.. memang kasi kecur² nak sirup sup dia....siap letak sotong ni.. amboiiiii... 
http://ilonggolivingincanada.com/?p=6847

cara² diatas pun saya suka makan.. tapi saya lebih suka ulam paku pakis.(tiada gambarajah)
gambar hiasan menghijau seperti daun!


 Okay,nak dijadikan bahan yang dalam ruangan kali ini.. sebenarnya saya ngidamkan sayu paku ni... dah masuk 3 hari ni terlepas.Hari ke2,saya terbayangkan sambal belacan dia...siap pesan kakak saya ,kebtulan dia pergi ke klinik malam tu.. . so,saya ingatkan kakak ada beli... dan saya pun lupalah nak tanya.Dalam hati mesti ada punyalah.dengan yakin saya balik semalam puasa dihari ke3.. kakak cakap takde beli..memang takde jual lagi dah malam... so hampa oh. Saya pun satu hal nape tak tanya dia dalam perjalanan balik kerja semalam. huh~~ sampai rumah ugut lagi sayur tu.. HEy!!bukan mainnn lagi. Dasyhat oohh kalu rasa tekak nak ulamkan paku pakis ni.. sambal belancan punya angkara lah ni. 

Oleh demikian, petang ni...saya nak singgah pasar untuk belikan paku pakis.. nak buat ulammmmmmmmmmmmmm untuk berbuka petang ni!!!

CHOPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!! 
ketika saya baru nak habiskan perenggan catatan saya ni..
tetiba saya tengok status kakak saya letak begini:


Amboi²!!u seeeeeeeeeeeee!!!  -__- yess!! TQ sister!

Kebahagiaan ditangan anda!

Bila rasa kecewa datang.. bermulalah episod kemurungan... hilang semangat dalam hidup. berendam airmata.. dengan menangis jer keje nye.. Mkan pun tak hingat..sampai badan kurussss macam olive! haiyaa.. kalu kita turutkan hati memanglah hati mana tak sedih ..pedih.. kan? ape kata masa ini kita tukar pulak caranya.. jangan sampai si jantan tu tergelak bahagia melihat kekecewaan dikau wahai sang bunga! cehh wahh puitis segala!

Sebabnya bukan berkata seperti tidak melalui nya.. kerna melalui lukanya hati inilah membina benteng hati saya kuat setiap kali saya hadapai rasa kecewa. Alhamdulillah yang menetukan semangat kita untuk bangkit dari feeling tak bagus ini adalah diri sendiri. kita buat sesuatu yang bodoh tu tak ke mana pun.. misalnya nak gantung diri... hamboii nak mati senang lah.. dalam kubur belum tentu lagi selamat kan. ada juga yang sanggup makan pil khayal ,minum arak sebagai nak meemabukkan diri dari ingt kat si luncai tu kan.tolong jangan ikut rasa kecewa itu.. takkan ada ALLAH bagi sesuatu hal itu untuk menyusahkan hidup kita. MUngkin Si mangkok hanyun itu memang tidak layak untuk kamu yang baik..jujur ..setia kan.. makanya,DIA bantu agar kita dapat yang lebih baik... walupun tidaklah sempurna. 

fikir positif andai anda dikecewakan.
kalu tak puas hati jugak....... inilah masanya untuk anda tunjuk yang anda boleh hidup tanpa dorang. bahkan akan dapat yang lebih bagus okay!!! nak sedih boleh jangan lah berkurun² lama.. melampau! kalu tak sedar juga dari kemurungan itu.. tamparr jer muka sendiri kasi penyedaran betapa bodohnya nak kucewa tak hingat² diri ni. 

.okay² mari saya bagi tips yang boleh bahagiakan diri sendiri..


.Happiness is in your hand. 

Itu prinsip dasarnya.Semuanya bergantung pada cara kamu berfikir. Andai kamu percaya kebahagiaan itu mampu untuk dicapai maka percayalah dengan sendirinya hidup pasti akan lebih bahagia. Namun andai kamu berfikir sebaliknya, secara tidak langsung hidup kamu akan terus suram dan terasa dirundung dengan pelbagai masalah. Oleh itu, sekiranya kamu inginkan hidup lebih bahagia, ubahlah cara dan gaya pemikiran kamu mulai dari sekarang. Semak perkara berikut, ia mungkin boleh membantu kamu...

Senyum
Mungkin sudah berjuta-juta kali kamu mendengarnya tetapi inilah penawar paling mujarab untuk kamu sentiasa rasa bahagia. Oleh itu, rajin-rajinlah melemparkan senyuman. Percayalah dengan senyuman kamu mampu mengubah banyak perkara termasuklah membuat sebuah suasana yang sunyi sepi menjadi ceria. Jangan hanya senyum pada orang yang kamu kenali sahaja, lemparkan juga senyuman pada orang yang kamu tidak kenali. Kamu akan rasa begitu bahagia apabila senyuman kamu dibalas dengan senyuman juga. ‘You Are Beautiful, No Matter What They Say’ Cantik itu hanya satu konsep dan ia bergantung kepada cara kita berfikir. Oleh tu, sentiasa percaya, diri kamu juga dikategorikan dalam golongan yang cantik. Dengan itu secara tidak langsung orang lain juga akan melihat kamu cantik. Namun sekiranya kamu merasakan dirimu kurang cantik maka di mata orang lain akan memandang kamu dengan pandangan yang sama. Tidak pasti kenapa, namun mungkin ini yang dikatakan aura....

Buka Mata, Buka Telinga
Cubalah bergaul dan bercampur dengan orang dari pelbagai peringkat dan umur. Lebih banyak kamu bergaul, lebih baik. Kamu bukan sahaja boleh melihat malah mendengar pengalaman orang lain. Secara tidak langsung kamu akan jadi sedar bahawasanya bukan kamu seorang sahaja yang susah di dunia ini malah ada orang yang lebih susah dan merana daripada kamu. Jadi bersyukurlah dengan hidup kamu.. Luahkan Segala Yang Terpendam Luahkan sahaja apa yang ada di dalam hatimu. Sekiranya dibiarkan ia bersarang,lama kelamaan apabila sudah tidak tahan akibatnya akan meletup dan sukar untuk dikawal lagi. Daripada kamu jadi tidak terkawal, mengamuk tidak tentu pasal lebih baik kamu belajar untuk berterus terang dan meluahkan sikit demi sikit. Hidup akan rasa begitu bahagia apabila kamu sedar bahawa susah atau senang kamu sentiasa ada orang di sisi menemani.

Lihat Sekeliling
Luangkan waktu untuk menikmati pemandangan sekitar kamu 15 minit sehari. Memandang ke langit, mendengar suara burung atau melihat tingkah laku binatang mampu menjadi terapi yang sangat menenangkan. Di samping itu, kamu juga akan sedar betapa kecilnya kamu di tengah alam semesta ini dan bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk terus hidup. Bahagiakan begitu?

Cuba Perkara Yang Baharu
Kebosanan adalah salah satu alasan mengapa kamu tidak berasa happy dengan hidupmu. Oleh itu, untuk memastikan kamu tidak bosan dengan hidupmu cubalah melakukan hal-hal yang baru dan tidak pernah kamu lakukan. Kebiasaannya kamu akan rasa teruja apabila berpeluang untuk melakukan sesuatu yang baru. Barulah hidup kamu akan gembira sekiranya hidupmu sentiasa ada pembaharuan..

"Happiness depends on yourselves."-Greek philosophe


nampak simple caranya.. pasti anda cakap "apa pun tak boleh" tapi inilah yang sering menguatkan diri anda sebenarnya. Monolog dengan diri sendiri.. itu adalah cara yang terbaik. dia sahabat setia kamu.. tapi fikir yang positif.berkata yang positif.. pasti akhirnya anda bebas dari masalah kurang keyakinan pada diri.

selamat mencuba!! mencuba lebih semangat!! semangat yang gemilang!! :)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx