5 Ogos 2011

Wahai lelaki serius- kamu dikehendaki! ;)

haaaaaaaaaa.. topik yang bagus untuk para-para mereka yang dah jemu ditinggalkan! haha*siottt!!
gambar hiasan- kalu takut..jangan main perasaan orang.. kene lempangggggg kang! :P

Mencari seorang pasangan yang benar-benar sesuai bukanlah mudah. Komitmen adalah yang paling penting dalam menghidupkan hubungan agar terus mekar. Namun, kaum Adam sering diragui komitmen mereka apabila terjalinnya penyatuan dua hati ini. Adakah mereka benar-benar serius dalam memberi dan menerima cinta? Jom semak !

Ya, Dia Benar Serius!

Hafal sangat
Semua perkara tentang kita,melekat terus dikepalanya. Sepanja g perkenalan dan menginjak ke dalam perhubungan, apa sahaja tentang diri kamu dia tahu. Daripada tarikh-tarikh penting hinggalah ke restoran kegemaran kamu, semuanya tip top! Prihatin adalah perkataan yang sesuai digunakan. Oleh itu, kamu tahukah si dia amat benar serius dengan kamu.

Orang pertama
Apa sahaja masalah yang kamu hadapi, dia adalah orang pertama yang akan muncul menyelamatkan kamu. Tidak kira pada waktu siang hari ataupun ketika lewat malam, dia sentiasa ada untuk membantu. Ya, sudah pasti si dia berbuat begitu kerana kamu adalah orang yang paling istimewa di hatinya.

Teringat-ingat
Setiap kali kalian berjauhan, pasti si dia terkenang-kenang kamu. Kata orang, biar jauh di mata tapi dekat di hati. Walaupun dia bekerja di luar daerah (out station), si dia tidak lupa untuk bertanyakan khabar kamu setiap hari. Sudah pasti dia juga membawa pulang sesuatu untuk kamu sebagai si buah hati pengarang jantung.

Pengkritik tetap
Dia adalah cermin kamu? Setiap apa yang kamu lakukan, pasti akan dikritik olehnya. Ingat, kritik bukan sahaja pada yang negatif. Kritik juga boleh jadi yang positif untuk memajukan diri kamu. Terpulang pada kamu untuk menerima kritikannya. Jika di dalam Facebook pun, si dia rajin benar komen status ataupun gambar-gambar kamu. Oleh itu, kamu tahu kan bahawa si dia rajin sangat buka profile kamu.(takbrapa penting kot..tapi kalu dia memang prihatin dia terus call atau cari kamu! ;)hehh

Curahan hati itu ini
Jika soal kerja menjadi luahan hatinya setiap waktu, itu perkara biasa. Namun, jika dia mula meluahkan apa sahaja berkaitan keluarga ataupun hal peribadi pada kamu, itu sudah membawa kalian ke satu tahap yang lain. Si dia mempercayai kamu sehingga boleh meluahkan soal keluarga dan peribadi. Ingat, lelaki bukanlah seorang yang suka buka masalah sendiri. Oleh itu, hargai dan berpeganglah pada kepercayaannya.

gambar hiasan

Rencana matang
Hah, ini maknanya si dia betul-betul serius. Apabila si dia sudah mula merencanakan masa depannya bersama kamu, itu tandanya kamu sudah tersenarai dalam urusan ‘mesti buat’ atau ‘mesti ada’ si dia.

1 ulasan:

  1. ermm..adakah lelaki yg begini?? Satu dlm seribu maybe..

    ~msh menanti jawapan dan petunjuk drNya..adakah si dia benar2 tercipta utkku...~

    BalasPadam

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx