31 Julai 2011

Khairul Fahmi putus tunang??

apekk!!
jika sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel yang mengatakan Khairul Fahmi dan Jejariruncing sudah berbaik , namun petikan akhbar pada hari ini mengatakan Apek nekad memutuskan pertunangannya dengan jejari runcing



petikan dari myMetro kenyataan Apek mengenai Dahlia :-

Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain

Apek mengambil keputusan untuk putus tunang

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Menurut Apek tiada Orang ketiga dalam Isu Apek dan Jejariruncing

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

berita ini keluar dari mulut apek sendiri mungkin dia ingin menjernihkan semula apa yang telah dikeruhkan, diharapkan Apek membuat keputusan yang betul dalam menyelesaikan masalah ini


apa-apa pun Apek tetap wira negara kerana berjaya menjaga gawang Malaysia ketika menentang Singapore tempoh hari!


lepas tamat perbarisan..Ribut datang! (Port Dickson)


Baru je semalam saya postkan entry pasal adik saya tamat latihan tu kan. tapi di situ juga lah berlakunya Angin kuat dan hujan lebat.. setelah tamat sesi perbarisan tamat latihan dorang.

Seperti yang sedia maklum kejadian ni berlaku dalam tengahari.. Alla MAha berkuasa!
memang sedih lihat ni.. nasib baik tiada kemalangan nyawa dilaporkan. tapi saya mngikuti dari facebook..dan blog mereka yang ada ditempat kejadian. memang mereka kata angin kuat sangat. nak sebut pun i rasa takut.

semoga mereka dan dikita masih dilindungiNYA..











adik saya pun belum call lagi.. so agak risau lah. munkin disebabkan talian telefon terputus makanya dia tak dapat nak hubungi kitorang dulu. mesti dia dan yang lain pun turut rasa masih cemas sekarang ni.. nak nak pulak depan mata sendiri berlakunya bencana ni kan. Alhamdulillah.. Mungkin ALLah bagi kesedaran buat kita semua .. agar tidak terlewat untuk kita ke jalan yang diredhai nya..semoga adik saya dan mereka yang lain juga selamat...


Ya Allah,kau lindungilah mereka...

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx