Dah mula dah rasa malas nak update ni... !! penyakit bermusim. heheh..
okay² saya nak kongsi ...
Seronok juga membaca perbincangan semalam mengenai budak
Mat Salleh vs budak Malaysia. Banyak response yang berguna dan boleh pelajari sama sama. Dari sistem pendidikan di salahkan… sampai la keyakinan, tak confiden
Apa apa pun, kesemua komen amat dihargai dan ada betulnya.
Namun, satu angle yang agak interesting ketika saya bertanya pada Nizal soalan yang sama, jawapannya adalah…
Budak-budak Malaysia ketika kecil sering di tegur, di marah supaya “Jangan buat itu”, “jangan buat ini” “Jangan masuk campur hal-hal orang besar”, “Pergi main jauh-jauh” sehingga timbul rasa takut dan self-concious tentang diri sendiri.
Boleh dikatakan, takut “nanti apa orang kata”. Takut tercakap benda yang salah. Takut kawan-kawan gelak atau ejek. takut “nanti apa orang fikirkan kita”. Sebagai keseluruhan, self-concious!
Di negara barat cara membesarkan budak lebih banyak kepada approach “encouraging the young ones”. Beri confident dan self esteem. Yakin kepada diri sendiri dan sekiranya salah, tidak ditegur dengan cara negatif. Perkataan “Jangan” amat jarang digunakan.
Satu perkara yang boleh kita fikirkan sama-sama. Sekiranya anda lemah dalam komunikasi, adakah sebab anda self-concious takut “Nanti apa pula orang kata…”?
Satu contoh, bagi mereka yang tidak pernah berkaraoke… adakah anda tidak berkaraoke sebab takut apa orang lain fikirkan cara anda menyanyi?
Itulah self-concius!
(KOMUNIKASI Budak mat salleh vs Budak kita)
Memang betul tu…..cuba ingat balik, berapa byk kali kita dengar kata-kata berikut:-
* jangan kacau, pergi main jauh-jauh
* jangan main kat sini
* jangan sibuk
* jangan nangis
* jangan …..mcm2 jangan
* jangan…………jangan…
* ada momok kat luar
+ don’t promote yourself
+ don’t be too proud of yourself
+ be nice
+ be quiet
## ada juga ibu bapa yang selalu meluahkan perkataan2 yg tak sepatutnya..sekaligus jadi doa
cthnya…’bodoh’, ‘bangang’ & mcm2 lagi..
cuba bayangkan kalau kata2 di atas diganti dengan:-
-think big
-don’t let fear control you
-feel the fear and do it anyway
-it takes courage to be a leader
-failure is the key to success
-don’t be afraid to make mistakes
-a cowaed dies a thousand deaths, a hero only once
-be ambitious
-be different
-let your voice be heard
-reach for the stars
-go for it
-let your imagination run free
-imagination is more important than knowledge
-you can do anything you set your mind to
-be proud of who you are
-stand up for what’s right
-make a difference
##Jadi…sesiapa yg bakal jadi ibu/bapa..fikir-fikirkanlah bagaimana nak mencorakkan anak-anak kita….:)kalau dulu kita pernah/selalu dengar “JANGAN…. “, apa pula yg kita nak perdengarkan pada anak-anak..