12 Ogos 2011

Kekuatan diri terletak dihatiKekuatan diri terletak dihati

'Setiap hari aku memiliki kebiasaan.Bila ia jahat kepadaku,aku bersabar. Bila ia membahagiakanku,aku bersyukur'

'kesudahan kesabaran yang baik itu sangat indah dan pekerti yang paling utama bagi kaum lelaki adalah sikap dermawan'

'bersabarlah menghadapi manis pahitnya hidup,kerana kebiasaan sabar akan mendekatkan kepada kebijaksaan'


sumber: buku'jangan bersedih'- jadilah wanita yang paling bahagia.

saya dipaksa berposing! haha giler itu budak! layan sajalah gambar saya ni(sendiri pun suka)

HAHAA-tajuk panjang! kalu cikgu menengah tengok mestigeleng kepala!!

jeng jeng jeng..tarik nafas dalam²....!! kali ni upload gambar sang kumbang ehhh sang kebaya merah !
layan sajalah yer.. korang dah buat baju raye??? (tetiba)

jom scroll bawah ini:

gaya nak majerrr  tapi tak mampu! hhha muka mintak sepak!tapi still cute doe! (hamperh)
ada lawa saya punya lence?? ;) haa itu story kemudian.. :P




hamboiiii... habishlah meja ofis kawan i ni.. eh eh jangan salahkan saya sebab ini dia yang suruh posing² ni.. saya dah  tak larat nak posing.. tapi dia nak juga dapat pix² yang bagus dari saya. eh!! peninglahh.. layan jer lah.. tapi cantik kan kan? :P wekk

sang kiki² yang pura²  telefon cowok pakistan.. (wahhhhhh nak mix nampak) :P
hamboii tak layak lah.(tunduk muka)


okay² saje tak larat nak upload semua..makanya saya combine kan pix ni jadi begini... 
ikut senang anda nak tengok lah ye.. :)




okay dah habis da.................... kawaiiiiiiii tak ?!
sebenarnya kalu ikut sejarah baju ini.. umur saya 20 lagi... sekarang dah 29 tahun.. tapiiiiiiiiiiigilerrr still  lidi badan saya. bilalahhh nak jadi jam randik padang pasir niiii!! cam randikkk kurus tapi slim maa! :P
malukkkkkkkkkkkkkk! okay nak tau sapa yang paksa saya mbik gambar ni... jeng jeng jeng.sila ke bawah!

 ini dia sharifah hanizah. Alhamdulillah... sekarang sudah mendapat petunjuk untuk bertudung. ;) 
wahh ..iyerrr mungkin say juag selepas ini.. niat dihati dah lama ada. doa-doakan daku.


ehh eh... dia lah yang siap paksa ni.. ^_^ tq.. sekurangnya ada gambar baruu lerrr nak diuploadkan.. dah lama tak tempek kat blog.. heheh!! Okay semua... warna apa baju raya tahun ni?? jenggggg!! ;)

"Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat: Makanan Buka Puasa Kegemaranku".

Dah lama rasanya tak buat sesi menjawab tag-mengetag ni!
Kali ni kene dari penembak yang bertauliah L@dyKichiMachiko 
Okay, saya ni memang takde masalah nak makan ape je waktu berbuka. asalkan ia boleh buat saya isi perut saya serta  boleh memnambah selera waktu berbuka. Maksudnya,biarlah cukup rasa makanan tu.. kalu tak kurang manis..atau kurang garam.. ko pun rasa tak best nak makan kan? haaaaaaaaaa.

Tapi disebabkan ini adalah segmen untuk saya jawap kira tak syok kalu update tanpa gambarajah ye ;)

asalkan ada:

air dan nasi harus ada ;)
saya makan ape yang mak saya masak... kalu kata nak sangat² hari² tu berbuka dengan makanan kegemaran tu takdelah kot. tapi kekadang mencari seperti yang dibawah hehe! ;) 

haaa.. kalu kat sarawak panggil : suntung tutok! hihihi tapi sekarang dah guna misen dah.. dulu hambil tukul.. ko tiong tiong kan badan sotong tu.. ;)
photo:chanlilian
ini kat rumah memang petang² belikan untuk berbuka! cuma saya yang kureng sikit.. tapi telan juga sikit ;)
maaf saya cilok gambar kamu!-izinkan..
ni feveret saya ! ayam masak merah.... tiap tahun kalu ada makan² dirumah..tanpa ayam masak merah memang kan rasa kurang lah. itu bagi saya.. mak saya suka curry macam tambi. heheh :P
k uih hijau atas belah kiri tu sedappppppppppppp!!! :) pun kegemaranku.


Okay sekian... inilah juadah yang pasti berselera kalu semua ada. ;) Saya tak memilih ketika makan. kalu say tak suka saya tak makan. kalu saya suka say pulun sampai kenyang. keh keh keh !

wasssalam.




ini bahan rujukan yang saya telah terkena panggilan tag-mengetag!
http://bittersweetlurvelife.blogspot.com/2011/08/segmen-ramadhan-jejaka-terhangat.html#more

selamat harijadi-an PrincessRedbloodsnow !

old photo!

happy birthday jijah... hee dah 27tahun dah beb ^_^
cepat atau lambat..semoga setiap impian akan tercapai. ;) muahhhhhXX!!!!!


abadikan gambar dalam bentuk buku! klik disini:
http://www.churpchurp.com/ladykiki9/share/PhotoTalkz

Ibu Asyraf Haziq akan dihantar ke London untuk melihat kesihatan anaknya.

Masihkah kau ingat tentang rusuhan yang berlaku di London..sekali gus membabitkan 
pelajar Malaysia kita Asyraf Haziq itu.


Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu.

Beliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.

Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan supaya supaya satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: "Pay His student fees" (bayar yuran pengajiannya), "Pay for his family to come and visit him in hospital" (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan "Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone" (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).

"Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini, setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube, dan seingat saya Perdana Menteri David Cameron pun turut memberi komen.
"Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu... tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi menerusi laman sosial Facebooknya di sini hari ini.

Sementara itu, satu daripada portal berita British, London Evening Standard hari ini memetik ibu Asyraf di Malaysia Maznah Abu Mansor, 47, sebagai bekata: "Pada mulanya saya amat risau tetapi saya gembira dia selamat. Bagaimanapun, saya masih tidak berpeluang bercakap dengan dia kerana kecederaannya".

Maznah berkata, beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu oleh pegawai Mara di tanah air.

Portal itu memetik pemimpin masyarakat Malaysia di London sebagai berkata, mereka cuba memindahkan semua penuntut mereka dari kawasan itu.

Kolej Kaplan, tempat Mohd Asyraf menuntut, menawarkan kursus persediaan kepada penuntut asing yang berhasrat meneruskan pengajian ke universiti lain di London.

Portal itu memetik Presiden Kelab Umno Malaysia London Dzuhair Hanafiah sebagai berkata: "Ia adalah kawasan yang sangat bahaya walaupun sebelum rusuhan bermula. Rakan-rakan Mohd Asyraf berjaya menyelamatkan diri tetapi dia diserang. Dia kini dirawat di Royal London Hospital".

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong berkata seorang pegawai telah dihantar untuk membantu mangsa.

"Kami akan tahu apa yang boleh dibantu selepas menemuinya," katanya.

Portal berita itu boleh dilayar di www.thisislondon.co.uk.

Isnin lalu, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa. - BERNAMA

 ketika di Hospital Royal London

11.08.11 Beliau dah selesai menjalani rawatan dan berada dalam keadaan 
yang baik serta sudah boleh keluar dari hospital."Sebenarnya cuma tak dikeluarkan lagi kerana kita tak mahu apabila dia keluar banyak sangat pemberita...dan kita tidak mahu ganggu dia sangat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran dan Penubuhan Inkubator, Usahawan Kolej Poly Tech MMARA Kuala Lumpur dan bazar Ramadan di sini.

Beliau berkata, pihaknya kini berusaha untuk menghantar ibu Asyraf ke London untuk melihat keadaan kesihatan anaknya itu di sana. 

**********************************************************************************

semoga Asyraf cepat beransur sembuh.....!

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx