Memaparkan catatan dengan label aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aku. Papar semua catatan

9 September 2012

Kek Cheese yang malas tapi sedap.

 raya lalu aku nak try buat kek cheese yang fofular sekarang ni. Ini percubaan pertama untuk buat kek cheese yang malas tapi sedap gila nak mampus. hahha!(puji sendiri) :P

Sebab ape malas? sebab tak perlu nak nak kukus atau masuk kat dalam oven serta tak perlu menunggu untuk masak. heeee siap jer masuk peti sejuk. DONE! so sangat senang dan mudah tapi sangat menjilat jari.



 aku guna kan bahan yang aku google before ni.
 Masa ni sibuk buat kat umah kakakku. hee.. 

 sepatutunya begini dong!!
google!


Aku lupa nak beli cheese parut kat atas tu. makanya aku pulun jer nestum can chocolate chips tu. :)
siap dengan comot. hahha... yang banyak makan. AKU lah. buat untuk dijamu sendiri jer. hahaha~

Nanti nak try buat lagi tapi nak buat dia dalam bentuk lain pulak. naaa. dah try baru ade idea nak buat dengan lebih bagus. yang 1st ni kira okay tapi tak memuaskan. hahaaa takpe lah. janji enak dimakan.sudah! (sedapkan hati sendirik)





Amin Ya Rabbal A’lamin..

19 Januari 2012

Jika Aku...


Jika aku...
Jika Aku Jatuh Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu

Amin
Ya Rabbal Alamin..

sumber google


Like Fan Page !!

Bila orang lain ade fan page.. aku pun nak! haha bukan tak nak kalah.. tapi dah memang aku punya Personal FB dah full. Kesian pulak tengok yang lain tu nak add tak boleh kan. Alaaaaaaaa.. macam kita juga, tetiba nak ikut perkembangan sumone ni.. tapi tak dapat nak add dah. mesti rasa down sikitkan.. begitulah orang lain juga. Tak kisahlah.. sekurangnya kalu ada yang tanya aku.. nape tak leh add Personal FB aku tu. aku ade alternatif untuk dorang like me. kan kan.. sekurangnya taklah mengecewakan harapan orang. ;)

DImana? apa nama? gambar apa? haaaaaaaaaaaa... klik jer nama aku kat bawah ini yer:

klik Fan page aku okay.... kat sini...---> KIKI-HANAKO

19 Ogos 2011

orang lain da puasa 19hari.. saya puasa baru 15hari.. ha!

perlu ke nak letak gambar b4 bercerita? hahaha suka hati la.. ;) semangat doe! supaya dari mata ku ni ko dapat  mendalami dengan kushyuknya.. hahaha (padahal perenggan dibawah bukan digambar :P hadoilaaa) merepek.. pok..pok..btw, abaikan..sila ke perenggan dibawah ini.
adoiii jerawattt gedik datang lagi.. :P
Hari ni dah masuk 19hari kita puasa kan..tapi saya baru 15hari berpuasa. 4hari dah xleh puasa.hishh biasalah wanita ni tiap bulan kene tempuh kehadiran rajasegalamerah. haha! hambik ko...same je rasanya.. tetap berbuka bersama-sama bila time berbuka puasa petang tu. Kalu saya tak makan.. hehe mulalah..saya malas nak hirau makan nasi. jadi saya paksa diri untuk makan bersama mereka..makan  ramai² mesti selera tu lebih sikit. ;) 

Tak sabarnya nak tunggu hari selasa...^_^ yahoooooooo 3 hari lagi. lala! 
apakah? itu tunggu rabu baru saya dok cerita okay..

13 Ogos 2011

contact lence yang ajaib! ihi

1st time saya menggunakan contact lence.. masa lepas sekolah. kalu tak silap tahun 2004. HAHHA!
giler wak.. jakun nak pakai warna biru. dahlah kulit hitam..ada hati nak pakai biru..masa tu hari raya. cehh..dah rasa cantik sangatlah..bila biru mata hitam ku tu kan..! mata ko ade ke masa tu?
 :P begitulah gamaknya..

Lastnya² diri terasa jelek jugak lah nak pakai warna yang tak match ngan kulit. amboii...tetap nak, bila dah terhapus warna biru. saya mendekati warna itam yang besau tu... amboiii.. baru galak bagak bijik mata hitam. pekat.mutu dan bergaya.

tahun demi tahun adalah sangkut satu satu lence ni.. dark coklat.. light coklat.. tapi yang paling saya berkenan banyak² ni.. warna grey ..cantek sangat rasa mata time tu.. hehe !!


(hhahaha.. ajaib boleh ubah daya tarikan mata) :P
Tapi kaler lence tu dah koyak... sadisssnye. cari kat kedai yang i beli dah habis.nak carikat kedai lain.. saya tak tau apa jenama dia. huhu.cari juga corak macam ini tak jumpa. mau mau tak mau.. saya takk beli lence sampaiiii lahh ke hari jumaat semalam. Di pujuk rajuk.. ayat gula-gula dari hanizah. termakan jugalah semalam. haha!! takpe lah.. untuk raye nanti. 

eh.. cantik² pun bukannye jalan beraya sangat. paling tidak umah saudara mara jer kot. kenapalah mood setiap hari raya selalu sendirian. hahah! takpe.. tahun depan dh kawen ? hamboiii.. saya bagi masa kat dia setahun.. kalu dia tak lamar saya.. saya cari jer orang lain.. (jeng jeng  jeng) hihi just kidding!! 

dan sekarang yang saya pakai ini lah. dark grey! okaylah kot.. nak light grey tapi takdo. sekurangnya besau sikit bjik mata hitam saya ni kan.. hehe! supaya nampak lebih segar!malah,lence ni dia punya lembut..tak melekat je rasa kat mata kita.Ada lence ni dia akan mengganggu penglihatan.. rasa gatal² kekadang dia agak kurang lembut.. tebal kan?ada juga yang buat rasa urat mata kita sakit.. itu tidak sesuai ..dan jangan pakai okay!tapi yang saya beli  ini tidak sakit.. nipis dan lembut. terasa anda tidak memaki lence pun.

TERIMA KASIH. eyesdoll ! -grey diatas tetap jadi buruan!!


12 Ogos 2011

saya dipaksa berposing! haha giler itu budak! layan sajalah gambar saya ni(sendiri pun suka)

HAHAA-tajuk panjang! kalu cikgu menengah tengok mestigeleng kepala!!

jeng jeng jeng..tarik nafas dalam²....!! kali ni upload gambar sang kumbang ehhh sang kebaya merah !
layan sajalah yer.. korang dah buat baju raye??? (tetiba)

jom scroll bawah ini:

gaya nak majerrr  tapi tak mampu! hhha muka mintak sepak!tapi still cute doe! (hamperh)
ada lawa saya punya lence?? ;) haa itu story kemudian.. :P




hamboiiii... habishlah meja ofis kawan i ni.. eh eh jangan salahkan saya sebab ini dia yang suruh posing² ni.. saya dah  tak larat nak posing.. tapi dia nak juga dapat pix² yang bagus dari saya. eh!! peninglahh.. layan jer lah.. tapi cantik kan kan? :P wekk

sang kiki² yang pura²  telefon cowok pakistan.. (wahhhhhh nak mix nampak) :P
hamboii tak layak lah.(tunduk muka)


okay² saje tak larat nak upload semua..makanya saya combine kan pix ni jadi begini... 
ikut senang anda nak tengok lah ye.. :)




okay dah habis da.................... kawaiiiiiiii tak ?!
sebenarnya kalu ikut sejarah baju ini.. umur saya 20 lagi... sekarang dah 29 tahun.. tapiiiiiiiiiiigilerrr still  lidi badan saya. bilalahhh nak jadi jam randik padang pasir niiii!! cam randikkk kurus tapi slim maa! :P
malukkkkkkkkkkkkkk! okay nak tau sapa yang paksa saya mbik gambar ni... jeng jeng jeng.sila ke bawah!

 ini dia sharifah hanizah. Alhamdulillah... sekarang sudah mendapat petunjuk untuk bertudung. ;) 
wahh ..iyerrr mungkin say juag selepas ini.. niat dihati dah lama ada. doa-doakan daku.


ehh eh... dia lah yang siap paksa ni.. ^_^ tq.. sekurangnya ada gambar baruu lerrr nak diuploadkan.. dah lama tak tempek kat blog.. heheh!! Okay semua... warna apa baju raya tahun ni?? jenggggg!! ;)

10 Ogos 2011

Bila hati diguris luka, sapulah ubat penawarnya..

Bila hati resah, memandu adalah perkara paling memahami rasa..saya pun tak paham kenapa?mungkin jalan2 yang dilalui sikit menepis masalah yang difikirkan.mungkin juga saya mengalih yang bergelumang diminda dan mula focus pada pemanduan.serba sedikit ia tidak terlalu menyumbat banyak hal dalam minda.selain itu saya juga dapat menukar maklumat ke minda,contohnya: eh eh lampu isyarat merah! -makanya bgi isyarat terlebih awal ke otak.secara automatiknya,apa yang difikir sgat dengan masalah sedikit merehatkan minda. hehehe begitulah kebiasaannya selain berdoa sesudah solat.

apa yg best lg,saya ada 2 chanel radio,bila saya gundah gulana gitu fevret ku Sinar FM. lagu memang evergreen bebeh. siap terasa ingin saja dilaungkan ke dada langit rintihan hati. kalu jiwa melompat lebih tggi,saya gemar Hotfm maa.

Jgn riso stakat ni, saya tak mengalami sebarang memori cinta luka. aku hanya serangga.eh salah aku semut merah.eh eh salah juga aku sekadar penghibur diruangan senja nan merah. ewah2..habis segala tajuk majuk lama dicatat kluar.

Nak dijadikan cerita(crito je loh) walau apa pun dugaan yang datang tempuhlah dengan hati yang cekal.pasti mentari muncul lagi.. cahaya cinta akan menyeri perjalanan.percayalah cinta sejati akan bersama didalam langkahmu untuk meraih syurga cinta.

cukup.cukup.cukup! :)
redha kita diatas jalanan yang ditentukan.fikir baik diatas setiap ujiannya.pasti DIA kan bagi nikmat atas kesabaranmu nanti. :)

Thanks Allah s.w.t , lembutkan hatiku tanpa kebencian mendalam..


benci tu ada,tapi sikit2lah..tapi jarang saya nak membenci kalu xda org yg cuba nak sakiti hati wa.
kosong2 lah ye. maapkan daku kalu tersakit benak jantung kamu.kamu.kamu. dan kamu :)
...................
hmm malasnya nak lipat bju malam ni.tolong saya wak,boleh? :p

hah,tak nak?okay,babbai lah :p

6 Ogos 2011

Mengelupar air berebut² nak keluar dari mulut!!

 kebiasaannya akan ke dapur dulu untuk minum. ntah apa kes pagi tadi lepas  saya borak pasal adik tak jadi balik raya ni... terus jer terjah dapur, mak saya pun mengiringi saya sambil cakap pasal fizi.


"takpelah,asal kat sana selamat semua.. lepas operasi balik lah"-kata mak!

Ayat mak ni kekadang menyakinankan saya. kekadang tu risau pulak saya..ye kitorang bukan biasanya nak jauh²an.. mak tak kisah.. tapi bila dia fikir sangat mulalah dia nak sedih². Saya ni pulak lain hal.. tak leh tengok orang sedih².. terus nak berjurai sama airmata. kekadang saya beredar je kalu dah masing² dok mengenang kejauhan tu kan. eh eh.. lupakan pasal tu...sambung pasal saya kat dapur tu pagi tadi.


boleh cantik punya ambik cawan.. tuang air nescafe dan minummmmmmmmmmmmmmmmm!!! 
ha.boleh steady lagi wak... tu baru seteguk!!! bila nak masukkkk kali ke 2 dan minum habis masuk dalam mulut... saat itulah mengeluparnya air nescafe berebut² nak keluar!!!-terusssssssssss cawan tu lepas dari tangan masuk dalam singkiii..dalam hati kata- PUASA!!!
-terpana mata mak saya tengok ,siap senyum lagi!!! 
PUASA ; hari ke-6 

yang keluar dari mulut saya hanyalah perkataan " AIEEEEEEEE" sambil senyum campur gelak terkejut kan diri sendiri yang puasa dah masuk hari ke-6 baru nak nyayok! LOL~

-Nak wat camne rezeki pagiii hari.. nak nak pulak air nescafe! duishh! 

saya terus kumur² mulut... sambil tatap cermin!! apa sudah jadiiii? kiki oi! 
puasa diteruskan .. kerna saya bukan sengaja! -oh!



****************************************


kebiasaan ini telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW .bahwa ketika kita minum hendaknya duduk kemudian minumlah dengan seteguk-seteguk jangan sekali gus. ini boleh menyebabkan kita sesak nafas..jantung kitak dapat mengepam dengan sempurna bila kita berhenti bernafas saat kita minum air., kemudian jika air yang kita minum itu masih panas jangan ditiup tetapi didinginkan terlebih dahulu..ternyata sunnah nabi yang dicontohkan 14 abad yang lalu ternyata terbukti sekarang maha besar Allah.


*******************************************

21 Julai 2011

Malas yang berleluasa!hadoiii

Hari ini agak lembap nak bangun tido pagi tadi.Kalu jarum panjang tak lagi tunjuk 12 pada jam 7.. hahha! selagi itu saya cuba mendapatkan nikmat lelap dalam beberapa minit..walaupun mindset i kata malam semalam.. esok kena bangun awal! 6.30pagi!!!!! gilssss la wak..saya sejak kebelakangan ni saya sangat lembap nak bangun pagi.. bukan ngantok..tapi malasssssssssssssssssssss! (hamboii panjang benau S"


Sampai ofis pulak.. sistem down. haihsss selalu buat hal dalam seminggu. e tak suka lah! pastu.. student mula tenggek² tepi menatap wajah kesayangan korang ni kan.. kekadang tu malu makcik. ikut mood saya nak layan mereka ni. kekadang tu..say buat tak tau jer. siap macam nak halau pulak saya.. suruh dorang kuar minum dulu ke..makan ke.. ahhaa! serius wak.. maunya tidak,ada yang nak cuba usha awek nak masuk 3series ni.. heyyyy,, ni kakakmu lah.. ingat sebaya apa! :) tapi saya layan gitu jer lah..nak sembang face to face.. no hapon?? no no no.. itu memang sukar nak bagi! yang dapat tu kira untunglah. ;) ceh poyo ah lu!


dalam minda saya." malas"

okay,skipkan omongan diatas. perempuan dalam gambarajah tu..sangat tekun. tekun mengular.ngular main facebook..dan blog.hehe! kalu boleh... baik tak payah masuk ofis...howlah,boleh??tapi dia lah orang penting. kalu takde dia..tersidailah mereka² yang  nak mbil test undang² jalanraya.. bencikkk i tau. tak leh mengular dengan diri sekali. ;P pok pek cakap tukar keje.. dan tengah tahun dah ni oii.. pasaipa tak tukaq?! gila punya soalan dalam diri.. tsk tsk tsk hanya tuhan saja yang tau betapa rimasnya jiwa saya kat sini.

yang pasti.. tengok jer jam4.. saya bersemangat nak balik kerja. hahah!!
 letih ooo pinggang dan punggung i duduk 8jam!! :P

10 Mei 2011

SMS yang anda masih simpan !

 macam best jer topik pagi kat HOTFM kan.. hihi SMS yang anda masih simpan . saya ade!!
Saya pun jenis yang suka simpan sms dari orang yang penting dalam kehidupan saya. eleh pendek kata.. Ntahlah.. padahal biase je ayat tu. tapi mungkin ia bermakna buat kita kan.. so... saya kan simpan selama boleh... sampai orang tu memang dah pupus dari hati saya. AHAHAH.. dasyat kan..maksudnya.. kalu saya couple ngan awak.. saya kan simpan setiap sms tu... yang penting² lah. kalu takat nak jawab "ye" tu buat penuhkan folder jer. Tapi bagi yang jelas sms panjang² jer kot.. simpan selagi saya rasa perlu. Kalu dah takde makna lagi buat saya..untuk apa saya simpan.. menyakitkan hati doe! 


so sekarang saya masih simpan sms yang ado. nak tahu brapa hehhehee!!! nak kene gitau ker? ok² kita share jer k... hanya satu folder yang diberi tajuk "iloveyoutildie"-ade 350 sms !! hahahah~~ bila baca balik..memang rasa itu sangat buat saya senyum sampai ke kemana-mana. yup... giler banyak punya sms kan... begitulah.sumtimes kia tak dapat nak ingat balik dengan senang kenangan kita... tapi dengan adanya sms tu.. haaaaa...... giler punya hebat! buat takat ni..belum terniat untuk dihapuskan.kerna ia masih jadi nadi penguat hati. ;)

AHhhaa.. dah dah.... takde topik nak update tetiba mencelah update pasal ni. haihss!

"aku rindu padamu" -alahaiiiii sweeetttt kan.. hahha! kalu orang tak bermakna dalam kehidupan... ayat rindu itu pun takde ertinya..!ye tak...? haaaaaaa


okaylah.. apa² cara kamu.. itu terpulang..janji happy! ;) love.love.love


makan kat Chicago

last sunday...

Aku dah kelaparan nak tunggu lina kuar jam 1pm. Kalu nak diikutkan jam 12pm memang waktu tepat untuk kuar lunch.. student punya pasal masuk lambat.. kami pun terpaksa berperang ngan perut.

Aku Kalu dah lapar ni jangan sekali diabaikan..kalu tak boleh jadi biase tak isi perut.so.. ada baiknya aku percepatkan pengisian.


Oleh itu kami ke chicago7.. ceh. nama bukan main jauh tempatnya. padahal kat kuching jer babe.. dekat jer ngan batu tiga. so..ape lagi kami menujulah ke sana ;)

kegemaranku ayam...

Ayam memang sejati untuk aku. Nak jer makan ikan.. tapi selalu bagi alahan pada diri dan kulit. kesian. Kalu diikutkan ikan lebih protein nya.. tapi ntah kenapa aku ni tak leh masuk sangat dengan ikan. mesti gatal pastu... same je dengan seafood yang lain. tapi kalu dah sedapppppp ,rugi ohhh untuk di tatap baik aku ngap sekali.. hihi gatal belakang cerita.. ubat krim harus jadi pilihan.. ish ish..!
ini saya punya


Sedap jer nasi di ni ..ade campur dengan jagung.Tak ubah seperti menu KFC..tapi ayam KFC tiada tandingan ;) sayur kat chicago ni sedap..tapi tak leh nak lawan KFC nye. GIla membanding owh! tapi syukur dapat isi perut sudah begitulah sedaplah....
set menu yang menjimatkan..lina punya


lina

sumpah.. pinggan aku licin. haha! giler lapar aku.LIna pun cam tak caye aku leh habiskan suma tu. selalunya..kalu aku tak habis aku selalu suruh dia habiskan. Yela dari aku tak makan baik suruh dia makan.lagi pun lina tak kisah nak cuit uit makanan aku.. ;) Ade orang jenis yang tak suka nak kacau makanan orang kan. aku pun begitu kekadang... kalu aku berkenan baru aku nak rasa..kalu tak aku geleng geleng kepala lah.. :P
me at chichago ! hiyuuu~
cuaca begitu panas sekarang ni.. di kuching pun begitu.bahkan ditempat koang jugak kan. huhu bayakkan minum air okay semua. migrain memang melompat lompat untuk serang kepala aku ni.. haishh!! tak suke!

6 Mei 2011

Rumah Baru mereka

6
sambung lagi bab terakhir untuk kisah isnin ku yang indah! ;)

Lepas balik dari airport.. kitorang singgah breakfast kat area batu 7. then,singgah rumah akak ku kat kota samarahan. perghhh giler jauh masuk ke dalam nun. uwaaa... samar indah phase 6 !

@ samar indah-kota samarahan-tuan rumah!

Seronoknya da ada rumah sendiri.. aku ni bilalah lagi? haaaaaa.. asal masuk jer rumah dorang.. mulalah aku verangan. kalulah aku pun bakal ada rumah sendiri.. aku nak ruang tamu begini. nak kaler ini.. kaler itu.. wahhhhhh... tapi semuanya sederhana. ikut kemampuanlah kan. Kalu suami ada rezeki melimpah luah.. masakan tamak bangat nak mencantikan rumah.Biar cantek dalam rumah.. supaya selalu nak balik rumah awal... haa.. jangan pergi rumah lain.. haha! opsss.. okay²  cuttttttttt verangn saya dulu. meh saya story pasal kedatangan kami kat rumah baru mereka.
ruangan dapur....bersama puan rumah!

ini bahagian dapur tinggal lagi 10% nak siap.ceh main percen Youuuu! Abang tino sibuk baik pulihkan kepala untuk dapur gas dorang. Nak tunggu abang kedil yang aturkan..hihihiiihhi lambat.dan mungkin tak brapa nak reti bab begini. Dalam rumah dorang kaler hijau tua.. hijau lumut.. dah hijau muda. haaa! konsep kaler lebih kurang jer ku tengok kat dalam rumah ceera.. hihiihih Hijauuuuuuuuuu!
masih dalam proses pemindahan barang-barang!

faisal.. comelll tak?:P

stailkan.. saya memang suka baringkan budak kecik atas paha.. :)

aku bawak budak kecik ni..sebab akak aku sibuk nak kemaskan barang²... ape lagiiii suregalah.. tak payah nak kotorkan tangan.. walleyywalley~ :P
mencangkau...

basikal rm50 ?? gilerr murah!!


kitorang tak lame kat sini.. aku , mak ,bapak dah bang tino.. balik dulu. sementara yang lain,ade plan lagi ke tempat lain. so, kami terus pulang ke rumah. sampai rumah... layan tido..sebab isnin hujan whoahh~ hee!

(nampak je nak cepat habishkan cerita... hehhe..okay tamat!

28 April 2011

churpchurp punya pasal.. pergi jumpa zie!

Saya ni bukan level bebal.. tapi lebih kepada bila nak faham tu kene praktikal .. baru masuk otak. hahahha
Makanya.. zie adalah orang yang boleh membantu sekiranya saya ada masalah untuk memahami sesuatu yang berkaitan dengan blog.Berapa kali pun saya nak paham kalu ada bahan teori tu.. memang mantul keluar lah isi kandungan. ishhkk.. tapi saya tak jenis tak takut nak bertanya 


cik zie yang sibuk

Berbalik pada motip sebenar kita kali ini.. ia memang bersangkut paut pada pembelajaran jugak. hihii sebelum saya buat lebih banyak lagi pasal churp churp tu... then salah buat.. pun tidak guna jugak. Makanya,saya minta tolong zie ajarkan saya camne nak buat ..sekian sekian sekian. Kalu dah depan mata baru saya ni cepat faham.. banyak kali bikin cam tak yakin. so..sekarang saya dah paham camne nak buat bagai.. "senyummmmmmmmmmmmm mengerti kok'!-angkat kening..
lunch = beef burger .satu untuk kiki ,satu untuk zie. deal!

selepas itu...............


kita makan lah..sebagai tanda terima kasih ku padanya... aku belikan burger. ala.. memang dah biasa pun,kalu tak kemana..mesti bawa something untuk zie. Apatah lagi apa tengahrari..memang saat yang tepat untuk isi perut.... terima kasih cikgu! wahhhhhh naik pangkat nampak..semua succes dalam temuduga nanti!
well.......... tak lekang nampak...! hihi


Tu la zie.. jarang masuk belog saya kan.. apa yang di update pun dia tak tahu. Maklum dia kan peminat merah yang tegar! masa syok borak pasal lain.. tetibaaaaa stopp.. jeling dan muncung mulut sambil kata
"" eeeee jelesssss naaaaaa" .. HA AH AH nak tau ape.. niiiii foto kat bawah ni bukti kejadian. wakaka!

zie jelesssss nengok sepatu merah ku :P

bedebubbbbb dia duduk nak ambik gambar aku dengan kasut merah ini. lawak jer tengok dia duduk begitu....... macam budak kecik!! nanti kalu ade lagi i roger kat youuu okay~~ ;)


foto via zie !
 rabak mata nengok aueww! :P

siapa lagi jambu ;) ??

WASEEEHHHMENNN~ tajuk memang sap sap soi.. :P
 "tepuk bahu kiri.. bahu kanan dilupakan"dibuantnya.. ehhh peribahasaaaa ape ni!? -fikirkanlah..ngeeee!

seperti tajuk tertera kat atas nun.. siapa lagi jambu?!! aku kah yang "jambu" atau jambu itu lagi "jambu"?
-terus merenung jauh untuk memikikan soalan itu...... ! mungkin aku juga jambu.. jambu itu cute kah? comel.. atau gantengggg.. kalu laki laki bermuka jambu.. anak ikan mali mali jawabnye.. kalu pompuan..bermuka jambu... woooowoo!!-nanti saya jawab dikemudian hari yeeee makcik pakcik.

maka dengan itu, saya harus bagi jawapan untuk tajuk hari ini....


saya pun jambu maaaaa :P


Haruslah jambu itu lebih jambu... ma! sebab jambu itu memang enak untuk dibuat ulam.. sila cicah dengan sambal kicap...plus cili..gula.. belacan.. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhyooo haaaa.. confirm telan air liur ko membaca ni.. ekeke! sumpah tak tolak kalu di ajak ulam-ulam!

OH.. berbalik cite pasal jambu dalam gambarajah diatas.. saya beli kat kedai buah lah. takkan nak beli kedai baju.Masa saya singgah nak belikan sotong kering tu... lalu lah kedai buah depan kedai tu... so.. nak beli yang dah potong ke.. nak beli yang sedia cantek ni.. kalu beli yang dah potong sikit je kot.. tak puas nak mamam. akhirnya Beli jugak dengan harga timbang sekilo= RM9.00- mentang-mentang "jambu".. nak beli ko pun mahal erk! Nak tau... dalam RM9 tu hanya 5 bijik okay! gilerrrrrrrrrrr jambu air! haha.. tapi berbaloi juga lah,sebab badan ia mantop². .manisss.. dan isi nya semua tak rosak. ;)

akhir cerita... ikutlah resmi "jambu" .. motip?! -geleng kepala..angkat bahu"

..okay.tammat!

26 April 2011

tayang kasut hijau =P

Haaaaaaaaaaaaa.. hari tu i dah ceritakan pasal 3 pasang kasut tu kan.. tapi yang kaler hijau mu tak tengok lagi.. meh sesi menunjuk dimulakan.. hiihi!! yang ni harga asal RM45.90.Mungkin oleh kerna ia lebih kualiti pada tahap pengeGAMan nya.. dan tapak dalam kasut ni lebih selesa berbanding yang merah ;) kaki bernafas dengan sempurna ;) dats why la harga nya berbeza dengan yang merah. But.. well saya dapat dengan harga yang sama juga sepuluh ringgit... (tak nak bubuh dalam bentuk angka.. hii!)

Oleh itu,saya perlukan diri sendiri untuk mempergayakannya.. teng teng teng...


agak-agak ler nak buat kejutan :) -blur bagaikan matamu yang sedang kabur gitu ;P

beginilah bentuk reka nya.. same je dengan kasut kasut mu kat rumah itu.. cuma semangat nak show dengan kadar rasa yang tinggi.. nak jugak tayang.. maklum leh dapat dengan kadar harga yang murahhhh...tumitnya besar sedikit dari yang kaler merah..tapi ketinggian nya sama sahaja 2inci.. okay okay... nak tengok lebih gah tumitnya.... sila tatap foto tanpa kabur kabur dibawah nun.. ;)

kiyutttkan hijau ni!


.........amacam,cukup jelas.malah lebih terang!
well...penuh gaya! HAHA.... dah macam terkiok kakiku..tapiii sape kisahhh..JANJI cool auww!


Secara keseluruhannya.. hari ini saya menghijaukan diri.. ngeeeeeeeeeee~~

senyum biar ikhlas.. dari dalam hati...itu senaman untuk urat-urat muka..
 supaya lebih tegang dan berseri.. biar wajah lambat ditelan usia nok! =P


klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx