4 Ogos 2011

adakah peluh berlebihan itu penyakit??

-saya terasa dengan statement itu.. hehe! penyakit peluh di tapak tangan..dan kaki. how lah?


PELUH BERLEBIHAN ITU PENYAKIT?

Lelaki yang berpeluh berlebihan di bahagian ketiak, tapak tangan, kulit kepala dan muka mempunyai keadaan yang dinamakan Hyperhidrasis. Walaupun secara saintifik sebabnya tidak dapat dipastikan, tetapi sesetengah pendapat menyatakan ia berkemungkinan disebabkan oleh penyakit, jumlah hormon di dalam badan mahupun keresahan. Tanpa pengetahuan, keadaan Hyperhidrasis masih boleh dikawal dengan menghindari situasi yang mengundang peluh seperti tergesa-gesa, kerap menukar pakaian dan pemakaian deodoran.
cth kaki yang kene penyakit ni. memang peluh nye!


MENYANYI BERI KEBAIKAN KEPADA KESIHATAN?

Menyanyi di dalam bilik air dapat memberi senaman ringan dan merelakskan otot di bahagian muka sebelum bercukur. Selain itu ia juga dapat menjadikan kulit mudah lentur. Air yang suam atau sedikit panas dapat melembutkan rerambut. Menyanyi sebelum tidur adalah lebih baik dari selepas bangun. Kulit dapat melalui proses pemulihan ketika tidur.
****************************************
Saya pun ada penyakit ni.. tapak tangan saya memang kuat berpeluh..tapak kaki juga.  masa sekolah dah lepas saya habis sekolah sampailah kini..saya masih alaminya. cuma sekarang tengok keadaan juga.. ada masa ia kerap keluarkan peluh.ada waktu tidak berapa.tapi saya tidak sehebat kawan yang saya pernah kenal ni.. namanya ALAN. aktif sangat peluh dia kat tapak tangan..siap bawak sapu tangan. memang tak sampai seminit lepas dia lap.. ade lagi peluh tu. sumpah tak tipu. heh! sampai ada waktu memang kalu boleh malu untuk dia bersalam kat member dorang. hehe! 

kalu nak baca pengalaman yang kene hyperhidrasis ni , meh saya kasi link

Diet untuk si Vegetarian !!

walaupun saya bukanlah sang vegetarians... tapi sayur tu saya memang tak lepas pandang.. contohnya.. ulam paku pakis/kangkung/asal ada belacan lah.... sayur cangkuk manis.. sayur terong asam.. dan sayur midin+cendawan.. memang mengelabah nye nak cari mangkuk dan sudu! haha okay.. mari kita sama² baca tentang diet untuk pengemar sayuran ni!
sekadar gambar hiasan 

Kebanyakan perempuan menanam impian untuk memiliki tubuh yang sesuai dengan tinggi dan berat badannya. Ini bukan hanya kerana ingin tampil cantik atau sempurna tetapi demi kesihatan juga. Oleh yang demikian, ramai yang menjaga diet hanya dengan memilih untuk makan sayur sahaja. Mereka menganggap dengan menjadi vegetarian tubuh akan bebas dari lemak.

Diakui sayur-sayuran adalah makanan yang rendah lemak, tetapi bukan bererti orang tersebut akan bebas lemak dan perlu diingatkan juga bahawa tubuh kita sebenarnya tetap memerlukan lemak. Oleh itu andai kamu ingin mengamalkan makan sayur-sayuran kamu haruslah tahu aturannya. Misalnya, jika sayuran itu digoreng ataupun ditumis dengan minyak, maka akan mengandungi lemak jauh lebih banyak berbanding makanan yang dipanggang atau ayam tanpa kulit. golongan vegetarian yang makan kekacang dan produk makanan susu berlemak bagi memperoleh proteinnya, tetapi tidak makan buah dan sayur boleh menghasilkan diet dengan lemak lebih tinggi berbanding mereka yang tidak memakan sayur. Sebaliknya hanya mengambil makanan seperti daging ayam atau daging bebas lemak, sayuran yang dikukus, serta buah-buahan segar.

sumber: MajalahRemaja.com.my

kita hayati dulu surah Al-HAqqah ini ;(


Mari kita ambil masa 10minit untuk renungi bacaan ini serta maksudNya. 
semoga kita sama² mendapat Hidayah dari-NYA. amin


Bacaan Surah Al-Haqqah daripada Sheikh Mohammed Mohaisny 
berserta esak tangis yang kuat daripada hafiz/qari.

(Pembetulan)Surah Al-Haqqah Ayat46 - Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta merta).

_______________


Sadid/air danur - nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka.

Firman Allah: "Dihadapan mereka ada neraka Jahannam dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka)." [S.Ibrahim: 16]



LUASNYA RAHMAT ALLAH SWT

Firman Allah SWT: "Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "Azabku, akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami." [Surah Al-A'araf:156]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasullah s.a.w. bersabda: Allah SWT menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagia. Dia menahan di sisiNya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.
(HR. Imam Bukhary dan Muslim)

mungkin juga..korang pun rasa hal yang sama bila membaca maksudNYA.. 

Puasa tidak jejas susu ibu

walaupun saya belum berumahtangga.. dan belum mempunyai anak.. meh saya kongsikan tentang susu ibu! hehehe comelnyeee geli-geli! :) okay.. sila ikuti catatan dibawah.



Ibu perlu perbetul tanggapan salah

JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali.

Ini kerana kerancakan pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka.



Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.

Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka.

Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya.


Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan tidak ada susu sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.

“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya. 



INFO:

Persediaan puasa ibu menyusu

Melewatkan sahur
Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air.
Moreh(moreh itu apa eh?) 
Memerah susu di awal hari
Berdoa
Bertawakal


Kebaikan menyusu buat ibu

Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
Menjarakkan kehamilan secara semula jadi
Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari
Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak


Kebaikan susu ibu kepada bayi

Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi
Mengurangkan masalah alahan
Mengurangkan masalah sistem penghadaman
Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum
Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)


Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat

Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Mesra alam - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak
Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara.



Isteri potong suami punya! Dasyat!


 Kali nak update pasal kisah benar yang berlaki California. ehh.. Memang kalu dibaca seperti bahan jenaka. tapi hakikatnya beginilah cerita dia macam ni.

Pesalah : ISTERI
Mangsa: SUAMI
pesalah


Pesalah: abang, jemput makan.

Mangsa: baik sayang..emmmm... awat sedap sangat masakan ni syg?

Pesalah: biasa la... syg kot masak. makan la banyak lagi.

Mangsa: syg tak makan?

Pesalah: tak, sebab saya letak racun dalam makanan tu... hahhak3

Mangsa: haa? [mangsa terus pengsan. jalan cerita macam dalam movie]

Pesalah bawak suami dia ke katil dan ikat suami dia. tak lama selepas tu, suami dia terjaga dari pengsan.

Mangsa: apa sume ni syg? eh eh, awak nak buat ape tu?

Pesalah: saya nak sunatkan awak.. jeng jeng

Mangsa: itu bukan sunat... arghhhhhhhhhhhhhhhh. itu POTONG la bangang..... arrrrrgghhhhhh

Pesalah: padan muka hang. ak sudah gilew... hahhha...

selepas pesalah potong kemaluan suaminya, dia buang ke area sampah. kini pesalah ditahan di sebuah penjara dan suaminya terima rawatan di hospital. boleh sambung lagi ke tu? ihhiihi kesian sang suami!

kisah benar di carlifornia. pesalah bernama Catherine Kieu Becker.



note: jangan makan kalau isteri/suami/orang gaji tak makan sama-sama.. hihhi mengelakkan dari berlaku racun meracuni kan.. berbaiklah sesam sendiri.. :P


-sumber:trigyy.blogspot.com

Tak Ada Faedah- Amirulhadi!

kalu semalam safee sali nak isteri shahril mohon maaf.. ini kata amirulhadi pula!








Amirulhadi tak mahu ambil kisah kenyataan ‘monyet’ isteri kapten Singapura

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti monyet.

Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,-kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.


AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak.

Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut.Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita, katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.


*************************************************

semoga.. bagi pengajaran semua!jangan suka suki nak mgutuk orang kat laman sosial ni..bahayo!

Mia berkepala iPad !!

rare oh rare!!


ni memang rare! Di New York, seorang gadis ditemui berjalan-jalan dengan berkepala iPad!  Hehe... Dikenali sebagai Mia, dengan menggunakan empat iPad sebagai imej depan,kanan,kiri dan belakang kepalanya. Gelagatnya menarik perhatian ramai orang dan di YouTube saja sudah mencecah 400,000   hohhhhhhhhhh!! pandai dorang ni tarik perhatian.. tapi pelik pun ada.. 

haha nak tunjuk dia ada 4 biji Ipad.. meh bakkkk satu :P

okay.kita layan dulu gelagat Orang ramai terhadap Mia ni..!!!

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx