Memaparkan catatan dengan label Bola sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola sepak. Papar semua catatan

18 April 2012

Tengok bola sepak !!

◄ 17 april 2012 ... bola sepak time !

SARAWAK lawan KEDAH !! 

Malam tadi aku pergi bersama² abang ipar dan sepupu aku. Semalam siap polis buat road block. hiks.. adoila.. nasib baik bukan aku yang drive.. jammed lo! tapi tak lame.. dorang just buat pemantauan jer kot. tapiiiii time nak tengok bola ada road block kat stadium memang tak syok! haha~

Malam tadi, kedah berbalas kemenangan ditempat lawan.. yang mengalahkan sarawak 2-0! 

Takpe Sarawak.. kita masik ada banyak game.. harapnya mampu masuk dalam top 4 ! :) Semoga dapat improve lagi kebolehan tu. Yang paling best... even hari bekerja..tapi stadium boleh tahan ramai yang datang. 

Lepas ni Bulan 8.5.2012 baru ada match lagi.. bertemu KL (away) 


Sekarang simpan tenaga untuk turun ke stadium. ceh.. macam penyokong harapan jer aku ni! 
Sarawak Ibu Pertiwiku!
okay, peace no war!

(maaf, tiada gmbar distadium.. hehe!)

Amin Ya Rabbal A’lamin..

8 April 2012

Penyokong Sarawak "Gallore Buceros" is the Best !

Gallore Buceros!!!
kalu teror cari aku disini!!!-seriussss aku nampak aku kat situ. HAHA!


Rasanya inilah peminat team yang paling happening dan sporting! Malam tadi dah semakin banyak yang berkumpul kat sini.. makin besar pulak rasanya yang join group GB dah. Congratulasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii GB! :))

Okay,berbalik cerita bola!

Ini kesebelasan barisan Sarawak yang turun menentang Kelantan,di Stadium Petra jaya Kuching Sarawak!
sumber: nizam H fansurie

Tak ketinggalan banyak juga penyokong dari kelantan yang datang. Aku kalu diikutkan nak duduk kat tepi jer malam tu sama-sama cousin dan abang ipar.. tapi aku tak leh tahan nak meriuhkan bersama GB. Memang tak leh weh.. dengan nyanyian.. bunyi music.. dorang memang happening giler. Aku terus ke sana,jumpa kawan² aku. haha! Padahal.. saje nak kasi peluh-peluh sikit,sebagai senaman. Tapi banyak yang bagi komen.. penyokong ini lah yang paling Gempak ! :) :P

Aku memang takde masalah nak ke sana. Even dorang ni muda² dari aku.. tetap jaga aku macam adik dorang! seriussss.. :) dorang memang Best! ini dia sebahagian dari mereka...

gegurl !!-boleh jer jumpa kawan² baru :))

Dah macam sesi bertemu peminat ini.. hahaha!! 

Apa-apa pun memang super Best , bila dapat join GB !!  yang penting malam tadi sarawak dapat menjaringkan gol. masa ke 2 barulah Kelantan menyamakan keduduakan 1 sama. Tak sangka Sarawak juga mampu bersaing dengan lebih baik musim ini. Tahniah jentera sarawak!! :))

ok aku bubuhkan video jaringan yang Sarawak telah membuat lebih kurang 30,000 ribu penyokong berkongsi kegembiraan semalam... :))))))))))))))))))))))))))))))


Pada minit ke-12 pasukan Ngap Sayot memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti setelah Joel Epalle diasak dari belakang oleh pemain Kelantan. Guy Bwele tidak mensesiakan peluang keemasan dengan melakukan curling shot dari jarak 25 yard ke sebelah kanan gol menewaskan Mohd Shahrizan Ismail.(copy)


Cerita lagi best :(klik--> sarawak(1) - (1) kelantan


Amin Ya Rabbal A’lamin..

31 Mac 2012

Sarawak- 4 membaham PKNS-1

SARAWAK 4 - 1 PKNS


Sarawak berjaya membawa balik 3mata setelah menang ditempat lawan menentang PKNS. Yahooo...

NGAP SAYOT!!!


Ashri chu , 2 gol!
Shahrul Saperi, 1 gol !
Vedran Muratovic, 1gol !

Tahniah kepada pemain pasukan Sarawak yang telahberaksi malam ni.


Congratssss Crocs!!



Amin Ya Rabbal A’lamin..

27 Mac 2012

Aku turun padang- Perlawanan persahabatan antara Sarawak dan Malaysia !

Semangat Negeri dan Negara yang aku aku  pun turut pergi stadium untuk lihat perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan negara MALAYSIA dan SARAWAK :))

17th march 2012

Tapi sebelum tu aku dah roger Bella untuk ajak tengok bola.  Pada mulanya , aku ingat dia tak nak.. yerla.. hujung minggu mungkin dia asa plan lain. or malas nak keluar. Tapi akhirnya ajakan saya diterima dengan excitednya! hahah~

Okay, perjanjian bermula dia KFC,Demak. ikut satu kereta jer. Selain tu cousin aku (azie) pun ikut serta. Aku dah plan abis ni.. aku belikan baju hujan dah lama dah.. bila tengok bola tak hujan camne nak pakai. nanti orang ingat tak waras pulak. Tapi malam tu.. hujan turun sekitar jam 7 sampai sebelum perlawanan bermula. mariiiiii ikut serta gambar-gambar kami yang ku kira cute tertempat.
 GILA MERIAH di GALLORE BUCEROS!!


ready to masuk dalam..
agak² akulah penyokong yang sangat bersemangat!!! 

tidak sekali... Bella pun sama! cute kan baju hujan kami! :)) penat tau carikat watson kebanyakan dah habis, nasib baik ada yang tertinggal warna kuning. kuning pun kuning-la!

sekitar 7pm.. pasukan sarawak membuat senaman ringan :)

Kemeriahan bermula disini.....

Memang meriah sangat! siap dengan lagu! sorakkannya.. memang tak hingat masalah lah!
Sebenarnya member geng kuat MANCHESTER United aku banyak dalam group ni.. tu yang aku tak brapa nak segan sangat. Memasing dah kenal masa tengok match MU before ni. 
sedikit gerakkan tarian yang menghiburkan... :)




aku dan bella harus merakam detik² indah ini... :)


Yang paling Best nya.. Malam tu Sarawak dengan pergerakan yang aku kira sangat bagus. corak permainan yang tenang.. Bola dapat dikawal dengan baik. Memang tak sangka Akhirnya memperolehi jaringan seri satu sama dari pemain import baru "JOEL EPALLE"
ini hero yang sedang buat flip penyerang dari cameroon!


akhirnya puas hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila dapat menyamakan kedudukan! :) 2 2 aku sokong!
lepas tu.. baliklah kami dengan hati yang riang!

Kat bawah ni gambar-gambar tak tersusun. begitulah suasana kami di Stadium Kuching Sarawak.








aku dan jeans lipat! :)


ini video yang sempat Bella rakam selepas tamat perlawanan. kalu korang tengok pasti dapat tengok aku dalam Video ni. Memang semangat waja sungguh! haha~~ okey chow!



Amin Ya Rabbal A’lamin..

21 Mac 2012

Mutu Pengadil yang Sangat Buruk!

Last saturday aku pun turun Stadium nak tengok Sarawak lawan Singapore! 

Last minute jugak baru dapat teman nak ke sana. Sungguh!

Sampai jer sane.. beli tiket pun last² minute. Ingatkan aku dapat masuk free.. wakakaka!! 
Tak mengapalah RM10only!


 Dah kira lewat sampai.. stadium pun dah sesak dengan belasan ribuan penonton! Crazy!! Aku suka  suasana begini kekadang - stress yang ada terus melayanggggggggggggg! :) wink!

Aku malas lah nak cakap apa yangberlaku sabtu lepas. Isu itu harus dibawa ke FAM! ceh. tadi gitau tak nak cakap pasal ni. hiih! okah la.. cuma rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil. Sekali pun kene pada pihak lawan.. of course memang rasa apa yang Sarawak rasa. but its okay lah. moga mutu pengadil kat Malaysia ni lebih Profesional.
 ....masa perlawanan..bermula!

Akhirnya sedikit kecewa bila bola yang terkene tangan pasukan lawan.. pengadil tidak bagi penalti. ISU! ISU! ISU! ~~ boleh pulak bagi kad kuning pada salah sorang pasukan sarawak. Kalu ada sapa yang tengok LIVE kat Astro Arena pasti tahu lah.. sebabnya kat tv lebih jelas. damn! 


tiup jer wisel penamat.. Aku dan cousin aku terus keluar stadium. Alhamdulillah.. memang clear masa nak keluar.. Tapi berlaku kekecohan dalam stadium. mana tidak you... memang penyokong rasa tidak puas hati dengan pengadil. bukan sebab kekalahan. Sebabkan Sarawak juga pernah kalah ditempat sendiri tapi akur dengan keputusan.

dah dah... yang penting selamat sampai rumah :)

note: sabtu ni nak tengok
Sarawak Vs Malaysia !! 
24.3.2012 jam 8.15pm




Amin Ya Rabbal A’lamin..

9 Ogos 2011

Manchester United juarai Piala Perisai Komuniti. Yahoooo!


                                            Manchester United 3-2 Manchester City Piala Perisai Komuniti

Manchester United mendiamkan 'jiran bising' mereka, Manchester City selepas menang 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan Red Devils bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum berjaya mempertahankan kejuaraan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi.

Ketika perlawanan seolah-olah bakal ditentukan menerusi sepakan penalti, Nani muncul hero United dengan ledakan jaringan kemenangan pada minit ke-94. Pemain sayap Portugal itu turut menyumbangkan gol kedua United. Nani menghukum kelalaian ketua pasukan City, Vincent Kompany di tengah padang sebelum membawa bola dengan pantas ke gawang lawan, memperdaya penjaga golnya, Joe Hart dan menolak masuk untuk memberi kemenangan kepada pasukannya, sekali gus melaungkan amaran awal kepada pencabarnya musim ini.

Meskipun menguasai permainan sejak sepak mula, United terlebih dahulu tersentak dengan jaringan pembukaan City menerusi tandukan cantik Joleon Lescott pada minit ke-38 selepas menerima umpanan David Silva hasil sepakan percuma dari luar kotak. Penyerang Bosnia, Edin Dzeko menggandakan kedudukan City sebelum rehat dengan rembatan rendah kencang menewaskan penjaga gol baru United, David De Gea buat kali kedua dalam tempoh tujuh minit.

Jika De Gea boleh dimaafkan untuk gol pertama kerana tidak mampu berbuat apa-apa, gol kedua sememangnya berpunca daripada respons lambatnya dan dia tidak sepatutnya ditewaskan dari jarak itu.

Sekiranya City menyangka mereka sudah selesa, mereka silap. Babak kedua jelas berat sebelah memihak kepada United. Kemasukan Tom Cleverly, Johnny Evans dan pemain pertahanan baru, Phil Jones menggantikan Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Michael Carrick nyata mengubah rentak United.

Juara Liga Perdana itu tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan apabila gol yang dicari-cari itu muncul pada minit ke-52 menerusi Chris Smalling yang menyudahkan hantaran cantik hasil sepakan percuma Ashley Young dengan sepakan voli dari jarak dekat. Selang lima minit kemudian, gol penyamaan muncul dengan rangkaian serangan United yang dikemudi Wayne Rooney memberikan pengajaran berguna kepada barisan pertahanan City.

Gandingan Rooney, Cleverly dan Nani bertukar empat hantaran pendek dalam kotak penalti yang dikawal ketat sebelum Nani menyudahkan dengan sepakan lambung menewaskan Hart di sebelah kanan gawang. Keputusan Ferguson meninggalkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov di bangku simpanan dan menggandingkan Danny Welbeck dengan Rooney di bahagian serangan membuahkan hasil apabila penyerang skuad Bawah 21 England itu mempamerkan aksi meyakinkan.

Welbeck juga membuktikan keputusan Fabio Capello memanggilnya ke skuad England semalam sebagai tepat. United telah membuktikan keunggulannya dalam perlawanan ini sementara City yang walaupun disokong dengan sumber kewangan tidak terhad, masih perlu bekerja keras sekiranya berhasrat merapatkan jurang dengan musuh sejirannya.

Statistik perlawanan menceritakan segala-galanya, United dengan 56 peratus penguasaan bola serta 21 cubaan berbanding City dengan hanya lapan.

sumber:utusan

4 Ogos 2011

Tak Ada Faedah- Amirulhadi!

kalu semalam safee sali nak isteri shahril mohon maaf.. ini kata amirulhadi pula!








Amirulhadi tak mahu ambil kisah kenyataan ‘monyet’ isteri kapten Singapura

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti monyet.

Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,-kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.


AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak.

Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut.Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita, katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.


*************************************************

semoga.. bagi pengajaran semua!jangan suka suki nak mgutuk orang kat laman sosial ni..bahayo!

22 Julai 2011

pemain bola sepak yang pergi tak kembali !!

BOla sepak adalah sukan yang paling tertinggi kedudukannya dalam banyak² sukan.
saya juga suka melihat bola sepak..!tapi masihkah kau ingat Tentang pemain bola sepak Miklos Feher , Abdulrahman al-shoaibi ,..sedih bila tengok vklip ni tau..


meh saya kongsikan... even kejadian ni dah lama... tapiii mereka tetap dikenang selalu pada lapisan pemain² bola sepak. bahkan peminat bola sepak tak kira apa pun level nya.


(1979-2004)MIKLOS FEHER ( "The last smile".)
sedihnyeeeeee... ;(


R.I.P (1984-2007) ANTONIO PUERTA


( "Abdulrahman Al-Shoaibi".
ini lagi menakutkan.. anda tengok sendiri.tak sanggup saya nak ceritakan. beberapa kali tengok pun.. hatiii saya tetapppp berdegup kencang.. 

Ini saja yang dapat saya updatekan untuk korang.tak sanggup nak tempek banyak².
cuma yang hidup ni sama²lah kita beringat.. juga pada saya ..kamu kamu..bila² saja ia datang menjemput kita.
----------------------------------------------------------------------------------------

-apapun.. tahniah buat Malaysia telah menentang Chelsea semalam. walaupun tak dapat jaringkan sebarang Gol.. tapi hehe dapat membuka mata peminat malaysia dan dunia juga bahawa malaysia mampu membenteng gawang yang hanya pihak lawan dpt menjaringkan 1 gol yang ku kira tidak terpijak didalam gawang pun bola itu.. bola nasib jer kot! tapi kita mampu mempertahankan dari pasukan dikatakan penuh dengan pemain² dunia itu.. well... bagi saya Draw je :P !!

masihkah kau ingat jaringan itu.. kalu tak hingat meh saya tempek vklip ni...! hadoiyaiii
mungkin assistant reff tu minat chelsea kot!! OOPpssss!!

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx