Memaparkan catatan dengan label me. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label me. Papar semua catatan

17 Ogos 2012

muka depan paper kaw KIAH :P

Muka depan.. Muka depan !

Hari ni wajah yang riang masuk paper "the Star" edisi Sarawak. 
so yang belah² nun takseh belek² paper yo. heee..

Saya dijemput untuk pegang "sampul duit raya" Baru. Masakan nak tolak. Muka depan tu. hahha! bukan selalu pun kan. haaa.... jangan lupa dapatkan dipasaran ataupun dimana² kedai yang ada menjual sampul duit baru ni. heee... mungkin juga ada si Bank² berdekatan. :) 



Abaikan pasal saya masuk paper tu. haha. glamer nama cik KIAH! auwww


Sempena Bulan baik ini. Ramadhan kan berlalu pergi. Syawal datang lagi... saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat warga kakitangan blog sedunia. :) maaf zahir dan batin.
** pandu kereta, bonceng motobike tu hati² dijalanan yer.. jaga kesihatan.. jaga hati dan perasaan. jangan sampai na tunggu raya tahun depan baru nakminta maaf. marilah berkasih sayang. hehee! :)

selamat hari gayo...


Amin Ya Rabbal A’lamin..

21 Jun 2012

still the same- tiada perubahan !

 Salam buat pembaca, yang dah lama aku tinggalkan..yang lama aku lupakan.serta dah lama sangat aku tak fikirkan. Bahkan dah lama aku habukkan belog aku tanpa kata-kata manis.Janji nak update... dah berdate-date dah tapi tak up-up lagi kan! AHHAHA~ Inilah masalahnya.


Aku lupa nak periksa bila tarikh last aku bermadah helah kat sini. Takpe, abaikan. nanti berat pulak jadi isunya. Yang penting, sekarang aku kembali meramah mesra dengan kata-kata. Tapi kematu juga jari aku nak menaip di keyboard hitam ini. hehe maklumlah holiday memanjang! hehe~


Aku macam biasalah. belum ada perubahan yang boleh aku banggakan untuk diri sendiri. Apatah lagi dimata orang. SAH nothing .Biar apa kata orang, yang tanggung rasa itu Aku. Orang kata change is good! YUP. aku setujui slogan itu.Cuma aku lebih berpihak untuk menyokong mengikut situasi. 

Kadang-kadang kita ingin berubah.. tapi keadaan tidak mengizinkan.Adalah lebih baik TABAH. dari Jatuh Tetangga. triple beban nak kita tanggung. Ubahi sesuatu itu bila ia tidak menyekat banyak jalan. atau tidak menggantung banyak masalah.Itu aku kira boleh jalan untuk tinggalkan old is yang boring. hehhe! Paham maksud aku?! 

Tapi Kekadang kita harus berubah dengan pantas. kan?! semak jugak minda ini. kalut apatah lagi.Tapi tiada tempat nak terima Aku ni. HAHA sadis. Orang kata rezeki itu dimana-mana. YA, aku usaha juga sana sini.. layangkan kertas putih mengandungi isi kandungan yang berzat dan mungkin kurang berkrim.. berbalut sampul coklat yang tak kurang hebat. Cuma belum turn aku lagi dapat rezeki yang aku pinta.

SABAR. sapa tau erti sabar?? semua orang akan cakap tahu serta selalu sangat tanggung rasa itu. SEDAPkah?? - ya! hanya yang hadapinya dengan tenang, akan tahu nikmat sabar itu. Bukan judge orang sukahati. Bukan pandang orang seperti kulit limau. Fahami orang.fahami keadaan. dah faham..dah sampai sama-sama nangis dengan keperitan orang. nak ketuk.. nak hina.. Sila kan! aku redha.


Begitulah Aku. Muka disaluti keceriaan. Biar 1001 macam yang ditanggung didalam hati.. simpan itu adalah Kekuatan.. Kalu banyak sangat luahkan masalah. itulah membuat kita selalu lemah. itu cara Aku. Biar orang nak pandang aku sebelah mata. Biarlah. sebab mereka bukan Aku. mengerti. Aku selalu tidak ambil hati dengan kata-kata itu. abaikan saja. Tapi selalu masuk ke minda aku. Apa orang pandang itu selalu JUJUR. tapi mungkin cara mereka.. bukan cara kita untuk membulatkan suara sebegitu rupa. !


Aku juga ingin pastaskan apa yang aku mahu. apa ku inginkan. Sedikit masa lagi. MUNGKIN.

Hanya DOA ku padaNYA. Hanya Dari-Nya aku meminta. InsyaAllah.. semoga Aku tidak lupa Dia disaat senang... kerna DIA tidak menghampakn AKU disaat hadapai kesusahan. Terima kasih. 

"I know that I know nothing" atau terjemahnya, "Aku tahu bahawa tiada apa yang ku ketahui". Kerana hakikatnya, yang mengetahui, adalah Allah S.W.T.-"
sekadar gambar hiasan! =p

Bila aku sendiri dah menempuhi alam dewasa, baru aku tahu apa maksud, belajar menerima.
Belajar menerima adalah mensyukuri, belajar menyukai apa yang ada, bukan memahukan apa yang tak ada. Kalau orang putih, katanya, "love what you have, not have what you love".Begitulah lebih kurang.

Cuma untuk keluar dari kesesakan nafas sendiri.. aku perlu Berusaha untuk Berubah agar jadi lebih TOUGH- macam randy orton. Memang takkan lah.HeHe.kidding tu. Berubah untuk kehidupan yang menghasilkan sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri gitu.

Baiklah, aku habiskan di sini. Doaku bersama kalian yang sentiasa berhati mulia & bersih. Semoga kita bertemu lagi di waktu yang mendatang. (maklumlah,sesekali menulis luahkan jiwa ni kan..berkias² bahasa.)


-im not perfect but have surely grown to be a better woman. hugs and love ;)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

2 Jun 2012

jalan-jalan bersama anak buahku

Sempena cuti gawai... !

Aku memang tak de plan nak ke mana² pun. Kalu ada bf boleh gak dating kan. ahakkkkkkkkkkkkk! takpe².. lagi pun dah janji ngan hero² aku nak bawak dorang ni kluar.
yeahhaaa... !! 

Kitorang bertolak dari rumah dalam kol 11.30am lebih lebih lebih... =)
Kepadatan dalam kereta kancil sudah menjadi resam bila ajim dan asap under big show ( haaaaa jgn marah anak buahku.... korang de best.. even under age tapi bisa buat kerja mengalahkan pak kontereekkkk ;)

Nasib baiklah ijan dan hil berbadan kecik. bolehlah buat 5 orang dalam ini.


Aku memang tak de apa² rancangan untuk kali ni. Aku bawakkan saja ke mana dorang nak pergi. melayan jiwa dorang. terasa diri ini under age lagi! hew hew hew!

kami ke spring. pastu ke Kuching central. aku pun tak tau.. apa nak buat kat sana. jalan² cuci mata pun jadi lah. :) buat dorang happy.. saya pun happy lerrhh .tak gitu.


Bila part nak makan. aku memang suruh dorang pilih. majoriti pilih MCD. mcd.. aku mana ada masalah pun nak makan. fav dalam 5senarai pendek. Semua makan burger . Tapi kali in best. dorang blanja untie dorang makan!! heavennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~~
kesempatan lalu kat sini =) 


Kalu nak diikutkan memang rasa nak ke Pantai.. tapi jam sudah lewat.. kami singgah di Pustaka nak jalan² kat tepi tasik :)
 body guard gwe!

lepak bagi ikan makan..

 ketenangan !

okay.tammat episod jalan² di cuti gawai ini. :)
Dorang memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkk . aku happy dorang happy! 


Amin Ya Rabbal A’lamin..

8 April 2012

Penyokong Sarawak "Gallore Buceros" is the Best !

Gallore Buceros!!!
kalu teror cari aku disini!!!-seriussss aku nampak aku kat situ. HAHA!


Rasanya inilah peminat team yang paling happening dan sporting! Malam tadi dah semakin banyak yang berkumpul kat sini.. makin besar pulak rasanya yang join group GB dah. Congratulasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii GB! :))

Okay,berbalik cerita bola!

Ini kesebelasan barisan Sarawak yang turun menentang Kelantan,di Stadium Petra jaya Kuching Sarawak!
sumber: nizam H fansurie

Tak ketinggalan banyak juga penyokong dari kelantan yang datang. Aku kalu diikutkan nak duduk kat tepi jer malam tu sama-sama cousin dan abang ipar.. tapi aku tak leh tahan nak meriuhkan bersama GB. Memang tak leh weh.. dengan nyanyian.. bunyi music.. dorang memang happening giler. Aku terus ke sana,jumpa kawan² aku. haha! Padahal.. saje nak kasi peluh-peluh sikit,sebagai senaman. Tapi banyak yang bagi komen.. penyokong ini lah yang paling Gempak ! :) :P

Aku memang takde masalah nak ke sana. Even dorang ni muda² dari aku.. tetap jaga aku macam adik dorang! seriussss.. :) dorang memang Best! ini dia sebahagian dari mereka...

gegurl !!-boleh jer jumpa kawan² baru :))

Dah macam sesi bertemu peminat ini.. hahaha!! 

Apa-apa pun memang super Best , bila dapat join GB !!  yang penting malam tadi sarawak dapat menjaringkan gol. masa ke 2 barulah Kelantan menyamakan keduduakan 1 sama. Tak sangka Sarawak juga mampu bersaing dengan lebih baik musim ini. Tahniah jentera sarawak!! :))

ok aku bubuhkan video jaringan yang Sarawak telah membuat lebih kurang 30,000 ribu penyokong berkongsi kegembiraan semalam... :))))))))))))))))))))))))))))))


Pada minit ke-12 pasukan Ngap Sayot memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti setelah Joel Epalle diasak dari belakang oleh pemain Kelantan. Guy Bwele tidak mensesiakan peluang keemasan dengan melakukan curling shot dari jarak 25 yard ke sebelah kanan gol menewaskan Mohd Shahrizan Ismail.(copy)


Cerita lagi best :(klik--> sarawak(1) - (1) kelantan


Amin Ya Rabbal A’lamin..

6 April 2012

Sepetang jenjalan bersama Orang bujang!

Sempena "GOOD FRIDAY"- Public holiday untuk Negeri  Sabah dan Sarawak hari ni. 

Pagi tadi aku bangun pun lewat giler, AHHA..memang terjarang dan terkadang sangatlah aku nak bangun lewat.Sebabnya aku memang bukan jenis yang suka bangun lewat².kecuali mengantok or tak sedar nak bangun tidur. heheh okeh lupakan pasal itu. 


Petang tadi aku sempat bawa anak² saudara aku yang membujang ni jenjalan pusing kuching. Padahal, aku yang takde idea nak buat apa pun hari ni. Bila ditanya sorang ni nak kemana.. semua tak tahu. Jadi ikut aku punya gerak hati lah... kami ke tempat baru yang aku pun tak pernah singgah lagi. 

KE MANA? ke sini......
Giler sangat susah nak cari parking. bukan susah..tapi nak dapat parking tu memang kene berpusing sampai give up! haha~ pagal hey sangat lah!
Dibawah ni sempat aku ambil gambar² camne kat dalam ni kan.. korang tengok dlu lah yer... ~~


Masih banyak kedai² yang kosong.. sebab ni baru sangat dibuka. :)

singgah dulu kat kedai²... 

Orang bujang kami ni.. hehe~ memang satu kepala lah nak jalan dengan untie yang alwez sporting! 

Kat sini kitorang singgah jalan² jer... Nak makan pun tak lapar lagi. Lepas pusing² dalam ni,kitorang keluar untuk menuju ke tempat lain pulak. Rajin sangat aku jalan ok! :)


Kami ke tempat Bus station.. aku nak jumpa kawan aku jap. katanya nak ambik gambar. Hihih.. sangat sampoi aku hari ni.tapi Demi tak nak menghampakan perasaan geng aku ni.. aku gi la kejap. :) HArapnya gambar² aku nanti lawa jugak.
 hagak² nyerrrr paparazi mengejar nak tangkap gmbar! ahhahh feeling~~
 dipersekitaran bandaraya Kuching


 Kami photoshoot kat jejantas ini lah.. :) okay pasal gambar² tu.. aku kan buat entry khas ok! 

Tak sampai 1jam rasanya.. kami pun blah untuk destinasi seterusnya.. :)
sempat untuk aku jejak BUS! last naik bas 2008 masa kat JB! hahah~ giler lama tuhh!



Kami ke The Hills pulak... ikutkan nak makan² tapi tak jumpa kedai yang kami rasa bleh mengenyangkan. kat situ pun mahai²-lah! hihi jom layan dulu gambar² yang ada ini.. 


 muka ganas!!

ini dekat area town the hills!


Nak tau kami makan kat mana??? teng teng teng,...

sumber: google! 
aku tak sempat nak mbik gambar time makan. 
INI namanya Nasi AYAM BAKAR! sumpah sedap habisssssssssssss!




okay.Lepas makan kami terus balik.tapi kene singgah beli chicken wing kat Bimmers jap untuk di bawa balik..buat buah tangan parents kat rumah. yeahhh~~ cerita dah tammat! :) 



note: gambar aku sangat tak lekang dengan handphone! arghhh!! hahah~


Amin Ya Rabbal A’lamin..

24 Februari 2012

Fesal Pakai cekak rambut!

Fesal jenis yang suka makan tau. ape jer ko makan.. dia pun nak. Melopong jer tengok orang kunyah². Bila ko bagi dia makan...dengan bunyi "nyom..nyom..nyomm" dia makan okay! esok dah genap setahun umurnya. :) gigi dah tumbuh..dah pandai jalan..dan suka gelak bila ko buat sesuatu yang lucu. :) 

Dan aku suka bergambar dengan nya!:
Fesal: eee aunty ni kasi la kiter pakai....

auntykiki: Haaaaaaaaaa.. nak pakai sangat kan!!


auntykiki: tengok tuuuu... foto kamu dah masuk kat dalam blog untie! ;)

fesal: HUH?!!! &%**&((*)*)*&%^)_#


 jangan salah sangka.. fesal ni boboboiii.. saje aku nak kenekan dia pakai cekak rambut tu. 
hihi..! cute jugak eh! ;)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx