21 Jun 2012

still the same- tiada perubahan !

 Salam buat pembaca, yang dah lama aku tinggalkan..yang lama aku lupakan.serta dah lama sangat aku tak fikirkan. Bahkan dah lama aku habukkan belog aku tanpa kata-kata manis.Janji nak update... dah berdate-date dah tapi tak up-up lagi kan! AHHAHA~ Inilah masalahnya.


Aku lupa nak periksa bila tarikh last aku bermadah helah kat sini. Takpe, abaikan. nanti berat pulak jadi isunya. Yang penting, sekarang aku kembali meramah mesra dengan kata-kata. Tapi kematu juga jari aku nak menaip di keyboard hitam ini. hehe maklumlah holiday memanjang! hehe~


Aku macam biasalah. belum ada perubahan yang boleh aku banggakan untuk diri sendiri. Apatah lagi dimata orang. SAH nothing .Biar apa kata orang, yang tanggung rasa itu Aku. Orang kata change is good! YUP. aku setujui slogan itu.Cuma aku lebih berpihak untuk menyokong mengikut situasi. 

Kadang-kadang kita ingin berubah.. tapi keadaan tidak mengizinkan.Adalah lebih baik TABAH. dari Jatuh Tetangga. triple beban nak kita tanggung. Ubahi sesuatu itu bila ia tidak menyekat banyak jalan. atau tidak menggantung banyak masalah.Itu aku kira boleh jalan untuk tinggalkan old is yang boring. hehhe! Paham maksud aku?! 

Tapi Kekadang kita harus berubah dengan pantas. kan?! semak jugak minda ini. kalut apatah lagi.Tapi tiada tempat nak terima Aku ni. HAHA sadis. Orang kata rezeki itu dimana-mana. YA, aku usaha juga sana sini.. layangkan kertas putih mengandungi isi kandungan yang berzat dan mungkin kurang berkrim.. berbalut sampul coklat yang tak kurang hebat. Cuma belum turn aku lagi dapat rezeki yang aku pinta.

SABAR. sapa tau erti sabar?? semua orang akan cakap tahu serta selalu sangat tanggung rasa itu. SEDAPkah?? - ya! hanya yang hadapinya dengan tenang, akan tahu nikmat sabar itu. Bukan judge orang sukahati. Bukan pandang orang seperti kulit limau. Fahami orang.fahami keadaan. dah faham..dah sampai sama-sama nangis dengan keperitan orang. nak ketuk.. nak hina.. Sila kan! aku redha.


Begitulah Aku. Muka disaluti keceriaan. Biar 1001 macam yang ditanggung didalam hati.. simpan itu adalah Kekuatan.. Kalu banyak sangat luahkan masalah. itulah membuat kita selalu lemah. itu cara Aku. Biar orang nak pandang aku sebelah mata. Biarlah. sebab mereka bukan Aku. mengerti. Aku selalu tidak ambil hati dengan kata-kata itu. abaikan saja. Tapi selalu masuk ke minda aku. Apa orang pandang itu selalu JUJUR. tapi mungkin cara mereka.. bukan cara kita untuk membulatkan suara sebegitu rupa. !


Aku juga ingin pastaskan apa yang aku mahu. apa ku inginkan. Sedikit masa lagi. MUNGKIN.

Hanya DOA ku padaNYA. Hanya Dari-Nya aku meminta. InsyaAllah.. semoga Aku tidak lupa Dia disaat senang... kerna DIA tidak menghampakn AKU disaat hadapai kesusahan. Terima kasih. 

"I know that I know nothing" atau terjemahnya, "Aku tahu bahawa tiada apa yang ku ketahui". Kerana hakikatnya, yang mengetahui, adalah Allah S.W.T.-"
sekadar gambar hiasan! =p

Bila aku sendiri dah menempuhi alam dewasa, baru aku tahu apa maksud, belajar menerima.
Belajar menerima adalah mensyukuri, belajar menyukai apa yang ada, bukan memahukan apa yang tak ada. Kalau orang putih, katanya, "love what you have, not have what you love".Begitulah lebih kurang.

Cuma untuk keluar dari kesesakan nafas sendiri.. aku perlu Berusaha untuk Berubah agar jadi lebih TOUGH- macam randy orton. Memang takkan lah.HeHe.kidding tu. Berubah untuk kehidupan yang menghasilkan sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri gitu.

Baiklah, aku habiskan di sini. Doaku bersama kalian yang sentiasa berhati mulia & bersih. Semoga kita bertemu lagi di waktu yang mendatang. (maklumlah,sesekali menulis luahkan jiwa ni kan..berkias² bahasa.)


-im not perfect but have surely grown to be a better woman. hugs and love ;)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

1 ulasan:

  1. insyaallah kita dapat berubah perlahan-lahan...
    semoga sentiasa rajin mengupdate blog lepas ni ye kiki,

    BalasPadam

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx