12 Januari 2012

"TOP UP"-lah Amalan kita


“Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

kadang-kadang kita sedar.. kekadang kita selalu tidak mengindahkannya.. tapi bagi yang sedar ia tidak sedikitpun terlupa. ;) meh aku kongsi buat renungan bersama-sama. walaupun kita bukan ulama.. tapi kita orang islam mesti akan terasa.Bila kita terasa kita yakin kita boleh top up juga amalan kita.tapi usahlah kita terus mengangap ini sebagai ejekan..tapi teguran membina untuk langkah bersedia ke Alam sana. (ya ya .. aku pun!)



Realiti:

Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, “Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”. Pernah tak kita berfikir seperti itu? 



Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men’topup’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.(sampai orang tengok kita frust menonggeng tu pun terikut menangis. pahal?!)



-'Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?'


sumber:google

  Pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’, tabi’ tabii’n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.(Allahuakhbar.. lagi maha mengasihani lagi maha pengampun) 

bersediakah kita:(Allahuallam)
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[21 : 35]

sumber:.isuhangat.

Mencari Hidayah yang tersembunyi

Bismillahhirrahmannirrahim...

Tetiba Teringin nak mengupdate kali ni. Ku lihat ruangan blog seperti sayu. lalu ku tukar pada ruangan latar belakang. mungkin lebih ceria. kenapa bulat atau bubble. orang kata bulat itu JUJUR. ;) benar eh? Tak surelah.. tapi mungkin juga itu sekadar abstrak. -kalu boring lagi..aku tukar lain lagi.  Eh.. jangan samakan suka tukar kekasih. Aku tak begitu-lah. setia. cuma selalu tak kekal ke hujung. adoila.Tapi aku tak pernah nak fikir dendam lame²... dah break sudahlah.. mbik masa untuk baik hati jadi kawan. even tak jadi kawan tepok tampar... cukup dalam hati kita mereka bukan musuh durjana. ;) tak baik dendam-dendam. kang kita mati... kalu orang tu tak nak maafkan kita seksa wohhh dalam kubur.lagi pun... 3 hari tak tegur sapa itu Berdosa. kan? so tak eloklah nak bermasam muka. Yang lepas tu jadikan teladan ;)

Ohh ya.. saya tertarik dengan satu artikel ni:

"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik,tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.begitu pula sebaliknya- insyaAllah"

Aku juga inginkan lelaki yang baik untuk menerima dan membimbing aku ke jalan yang Benar. Tapi benar yang diatas nyatakan..kita perlu ubah diri.andai dulu kita ni manusia yang teruk..tapi selagi kita masih bernyawa kita masih ada peluang untuk berubah menjadi lebih baik. ;) insyaallah.. saya ke Jalan itu. Mungkin tidak terlambat lagi untuk kita merubah dan mendidik hati agar tidak menjadi jahat.bahkan bengis dimata orang lain.

Dan berdoalah selalu.kerna Allah selalu ada untuk kita. Mendengar rintihan rasa umatnya.

"Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki"


Jangan bersedih mahupun berduka bila rasa sendirian mahupun diuji. Pergilah memohon petunjuk agar diberi ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi Dugaan yang datang dari ALLAH.


Berbalik pada cerita kita...
Masa ni hati aku masih tak terbuka untuk sesiapa. bahkan kekadang aku rasa macam eh tak normalkah aku.? (begitu pulakkkk) hihi tapi tak lah kot.. cuma rasa itu koma sekejap untuk aku bekalkan pada bakal suami nanti. (tetiba terasa menyampah dengan ayat sendiri)....

Mungkin kisah hidup mengajar aku tentang apa itu cinta. Dulu-dulu pun aku memang jenis yang setia. tapi cuma nasib aku dalam percintaan selalu tak berkekalan. Tapi sekarang, Aku lebih berhati² untuk ungkapan perasaan. Rasanya seperti akan ku simpan cinta itu buat sang suami.(hamboiiiiiiiiiiiiiiiiii.... serius jangan ingat kata bunga bunga ini aku punya calon ya!! Belom lagi... cuma rasa nekad untuk berkata lebih indah pada org yang layak mendengar. TAK GITU ;)

InsyaAllah.. dalam saya mencari hidayah untuk menjadi lebih baik.
-Logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya.?:

Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan.? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah.-ustaz azhar idrus



Semoga kita sama-sama rajin mencari hidayah... banyak membaca Al-quran..(lepas solat tu pun oklah dari tidak membaca lansung) mempercayai Sunnah Nabi.. sungguh banyak ilmu disitu.(aku selalu membacanya di hapon yang tak berapa canggihku... kat internet melambak ruangan islam yang boleh kita belajar.) Aku bukanlah orang yang alem.. tapi sedikit sebanyak..aku mula rajin mencari apa yang aku tak tahu.


Baiklah.. renung²kan dan selamat beramal (untuk peringatan diri dan sesama umat ) ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx