12 Januari 2012

"TOP UP"-lah Amalan kita


“Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

kadang-kadang kita sedar.. kekadang kita selalu tidak mengindahkannya.. tapi bagi yang sedar ia tidak sedikitpun terlupa. ;) meh aku kongsi buat renungan bersama-sama. walaupun kita bukan ulama.. tapi kita orang islam mesti akan terasa.Bila kita terasa kita yakin kita boleh top up juga amalan kita.tapi usahlah kita terus mengangap ini sebagai ejekan..tapi teguran membina untuk langkah bersedia ke Alam sana. (ya ya .. aku pun!)



Realiti:

Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, “Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”. Pernah tak kita berfikir seperti itu? 



Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men’topup’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.(sampai orang tengok kita frust menonggeng tu pun terikut menangis. pahal?!)



-'Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?'


sumber:google

  Pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’, tabi’ tabii’n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.(Allahuakhbar.. lagi maha mengasihani lagi maha pengampun) 

bersediakah kita:(Allahuallam)
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[21 : 35]

sumber:.isuhangat.

1 ulasan:

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx