21 Julai 2011

Malas yang berleluasa!hadoiii

Hari ini agak lembap nak bangun tido pagi tadi.Kalu jarum panjang tak lagi tunjuk 12 pada jam 7.. hahha! selagi itu saya cuba mendapatkan nikmat lelap dalam beberapa minit..walaupun mindset i kata malam semalam.. esok kena bangun awal! 6.30pagi!!!!! gilssss la wak..saya sejak kebelakangan ni saya sangat lembap nak bangun pagi.. bukan ngantok..tapi malasssssssssssssssssssss! (hamboii panjang benau S"


Sampai ofis pulak.. sistem down. haihsss selalu buat hal dalam seminggu. e tak suka lah! pastu.. student mula tenggek² tepi menatap wajah kesayangan korang ni kan.. kekadang tu malu makcik. ikut mood saya nak layan mereka ni. kekadang tu..say buat tak tau jer. siap macam nak halau pulak saya.. suruh dorang kuar minum dulu ke..makan ke.. ahhaa! serius wak.. maunya tidak,ada yang nak cuba usha awek nak masuk 3series ni.. heyyyy,, ni kakakmu lah.. ingat sebaya apa! :) tapi saya layan gitu jer lah..nak sembang face to face.. no hapon?? no no no.. itu memang sukar nak bagi! yang dapat tu kira untunglah. ;) ceh poyo ah lu!


dalam minda saya." malas"

okay,skipkan omongan diatas. perempuan dalam gambarajah tu..sangat tekun. tekun mengular.ngular main facebook..dan blog.hehe! kalu boleh... baik tak payah masuk ofis...howlah,boleh??tapi dia lah orang penting. kalu takde dia..tersidailah mereka² yang  nak mbil test undang² jalanraya.. bencikkk i tau. tak leh mengular dengan diri sekali. ;P pok pek cakap tukar keje.. dan tengah tahun dah ni oii.. pasaipa tak tukaq?! gila punya soalan dalam diri.. tsk tsk tsk hanya tuhan saja yang tau betapa rimasnya jiwa saya kat sini.

yang pasti.. tengok jer jam4.. saya bersemangat nak balik kerja. hahah!!
 letih ooo pinggang dan punggung i duduk 8jam!! :P

Hati-hati bila bubuh nama dalam telepon bimbit anda!!!

meh saya kongsi artikel yang menari dari blogBlog Buaya merah.




Terjadi pada seorang wanita yang kehilangan beg tangan kerana
 kecurian dalam satu tempat kejadian. Beg tangannya itu yang mengandungi bimbit, kad kredit, dompet, dan sebagainya telah digunakan oleh pencuri itu untuk tujuan lain pulak.

Kira-kira 20 minit kemudian, apabila dia menghubungi suaminya dari sebuah telefon memberitahunya apa yang telah berlaku, suami beliau berkata, "Saya baru sahaja menerima SMS anda bertanya tentang nombor pin kami dan saya telah menjawab sebentar lalu."

Apabila mereka bergegas turun ke bank, kakitangan bank itu memaklumkan kepada mereka kesemua wang tersebut telah dikeluarkan dari mesin ATM.

Pencuri itu sebenarnya telah menggunakan telefon bimbit yang dicuri menghantar SMSpada nama "hubby" dalam senarai nama telefom bimbit itu dan menyamar untuk dapatkan nombor pin. Dan seterusnya, beliau telah cash-out kan semua wang dari akaun bank.



Apa yang perlu buat : Jangan mendedahkan hubungan antara anda dan orang-orang dalam senarai nama kenalan anda. Elakkan daripada menggunakan nama-nama sepertiHomeHoneyHubbySweetheartDadMom, dan sebagainya.

Dan yang paling penting, apabila ada pertanyaan sensitif ditanya melalui SMS, sentiasaMENGESAHKAN dengan memanggil atau buat Call kembali untuk dengar suara untuk tahu siapa sebenarnya.

Selain itu, apabila anda terima SMS oleh rakan-rakan atau keluarga untuk bertemu dengan diaorang di suatu tempat, pastikan untuk Call semula untuk mengesahkan bahawa mesej yang di terima itu dari mereka.

Jika dia tidak mengangkat, perlu berhati-hati pergi ke tempat tersebut bersama-sama kenalan atau sesiapa sahaja orang yang anda rasa boleh dipercayai.


klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx