20 November 2009

nervous bila tengok bokeh =]

kenapa harus muka ini?? -strobist punya pasal malam esok pasti hebat.




memikirkan malam esok...gabra Untuk sekian kali nya walaupun sudah berkali² berdiri dihadapan cahya lampu..flash² dan orang yang encem² ketika memegang senjata mahal mereka.


saturday nite bikin hebat seperti dikota newyork. itu untuk saya sahaja.. =] feeling hebat!


saya teruja untuk malam esok dan saya sedikit nerves =p hahha~
kerna takut tekanan datang dari arah mereka yang membawa selompong benda hitam.


haha~ i miss me in action. purhhhh.. :P



here we GOOo.. lalala~

EN.KERTAS bisa terbang dengan ringan ;]

KENAPA?
kenapa lelaki ini ada dalam belog saya?

hiks..beliau ni kawan setenet sahaja. dari saya bergelumang dengan MYSPACE sampai lah ke FACEBOOK.

saya kenalkan:- ini AHAMAD EMRAN (seiras je rupanya dengan Engku Emran =]

tapi rakan² setenet lebih kenali beliau sebagai ENCIK KERTAS(encik kertas yang comel)




OKay².. memang teruja bila melihat beliau dengan aktivitiNYa.

waktu dizaman myspace saya kenali nya pada camera..^_^
bila sudah di facebOOk.. terjah sana sini.semakin banyak percubaan yang tergayat didunia di try. HEBAT. dia buat saya KAGUM dan cemburu.

Dengan kemampuan yang ada. itu boleh merealisasikan keinginanNya.

YUP. saya juga PENGEN.. kehkhekh~tapi dalam mimpi sahajalah. atau pun bisa dilakukan kalu tak sayang nyawa. ahahh matilahh. kat sini mana ada sukan xtrem ni yang selamat untuk dicuba. sukerela tu ada tapi tak selamat untuk dicuba banyak.. =]


jOOm²..

saya tak dpt nak tunjuk pix saya dalam angan² itu. jadisaya wakilkan encik kertas ni. korang bayangkanlah aku yang ingin terbang dan terjun berani hidup itu.

perghh TABIK lah kat mamat kecik tapi kental ni.

-skydiving-

wahhh... saya tau dia dah berkali try tapi kegayatan itu masih lagi... tapi dia selalu menjeleskan saya dengan perkataan "BEST" -huh! ;p

dalam hati berkata : i believe i can fly



-indahnye kalu saya boleh menikmati bagaimana burung terbang. =]



OKay² yang ni pulak


-bungy jumping-
tengok pun rasa macam serah nak mati lah. tapi kalau semua keselamatan di tanggung hidup. itulah saat yang paling harus dan patut dirasai. kalu begini rasanya.. pasti tak banyak kes bunuh diri terjun bangunan. trust me! ;p kesedaran untuk hidup lebih indah bunuh diri.=]

-scary but puas hati- kan en.kertas? apa kah yang kamu fikir bila terjun masa ini kan.. hiks

banyak lagi beliau try. tapi haha~ hanya 2 ini saya ingin nak cuba. kalu lepas cuba rasa suku rasa mati tu.kali keduanya kita pertimbangkanlah..wakakak~ tapi beliau memang buat saya syOk sendiri.bukan kerna kehenseman or kekiutannya.. itu memang wujud dan diperakui oleh mata² seorang perempuan.. tapi saya teruja dengan keberaniannya. perghh gila lah kamu encik kertas. saya juga mau crazie like yOU.

boleh saja add dia di fesbOOK... = Ahamad Emran / ahamademran@hotmail.com

(encik kertas.. soli moli ya. saya guna photo²anda kerna kamu buat saya kagum dengan kebolehan untuk menjeleskan diri saya =]

kitaran hidup kita =]

hari jumaat ini.saya hanya rajin membaca belog² yang tersedia didalam laman web mereka². dalam membaca sana sini. saya tertarik akan satu artikel ni.mungkin ada baiknya dikongsi bersama. =] ayuhh.. baca dibawah :-



Kita mungkin pernah mendengar orang-orang muda berbicara begini: “Orang-orang tua ni susah sikit. Mereka ni kolot. Susah nak terima pendapat orang lain. Asyik-asyik dengan teori lama dan tak relevan dengan zaman kini. Biarlah mereka dengan cara mereka. Lambat dan tak proaktif.” Dalam masa yang sama, orang-orang tua pula berbicara begini: “Orang-orang muda ni semangat mereka lebih sikit, susah nak kawal. Kita bagi nasihat pun tak mahu dengar. Biarlah mereka dengan cara mereka. Kita nak tengok setakat mana mereka punya kepandaian.” Haruskah begitu?

Kitaran Antara Tua dan Muda



Adakah orang muda akan kekal muda atau adakah mereka juga suatu hari nanti akan menjadi tua? Sebaliknya, adakah orang tua tidak pernah melalui masa muda hidupnya? Itulah kitaran yang akan berlaku. Orang muda pasti akan menjadi tua dan mungkin mengeluarkan pernyataan yang sama kepada orang muda di bawah mereka. Ketika orang tua melalui usia muda mereka dahulu, mereka juga mungkin tak sehaluan dengan golongan tua ketika itu. Sampailah pernyataan yang berunsur perpecahan itu terus berulang-ulang, generasi berganti generasi, usia berganti usia. Seolah-olah kita tidak pernah belajar sesuatu daripada kitaran tersebut.

Antagonistik vs Sinergistik

Jika kita mengambil hubungan antara tua dan muda sebagai sesuatu yang antagonistik, kelak kita akan menemui perbezaan yang ketara dan mencari-cari jalan untuk saling menyalahkan. Maka kita akan sentiasa menemui kesukaran dalam menyatukan antara tua dan muda. Boleh jadi sampai ke peringkat semua perbuatan orang muda dilihat salah oleh orang tua dan juga sebaliknya. Hinggakan ia menjadi satu sentimen yang menyulitkan perkembangan sesebuah masyarakat dan negara. Isu ini bermula daripada peringkat kecil, sesebuah keluarga, hinggalah ke peringkat tinggi, pimpinan negara. Jadi, kita harus bagaimana?

Kita harus mengambil hubungan antara tua dan muda secara sinergistik. Segala idea dan semangat yang ditonjolkan oleh golongan muda harus dipandu dan diberikan nasihat oleh golongan tua. Inilah yang disebut sebagai “Hikmah Orang Tua dan Semangat Orang Muda”. Apabila ini yang berlaku, maka elemen perpecahan itu tidak akan menjadi sesuatu yang utama. Apa sahaja yang kita lakukan adalah demi kebaikan dan bukan pada dasar sentimen usia dan generasi yang berbeza. Ibarat laut dan pantai yang berbeza komponennya namun tetap bersatu dan bekerjasama. Juga ibarat langit dan bumi yang berbeza namun beroperasi dengan teratur dan harmoni. Bukankah begitu?

Unity in Diversity

Dalam dunia ini terdapat berbilion-bilion manusia. Semestinya pemikiran dan pendapat juga pelbagai dan tidak semestinya stereotaip kepada sesuatu sudut atau perspektif. Begitu juga antara golongan tua dan muda. Semestinya zaman muda yang dilalui oleh golongan tua sekarang berbeza dengan zaman sedia ada yang sedang dilalui oleh golongan muda. Ia memberi impak kepada cara fikir dan bertindak yang semestinya ada perubahan berbanding zaman terdahulu. Oleh itu, sangat sukar untuk kita melahirkan satu “Persatuan dalam Persamaan” ataupun unity in uniformity. Sebaliknya, kita harus memikirkan bagaimana kita bisa mewujudkan “Persatuan dalam kepelbagaian” ataupun unity in diversity.



Kesimpulannya, janganlah yang muda berbicara seolah-olah mereka tidak akan menjadi tua dan jangan pula yang tua berbicara seolah-olah mereka tidak pernah muda…Ayuh kita bersatu dan mencari jalan terbaik dalam melangkah ke arah kejayaan.

Wallahua’lam.

hanya sebilah kehidupan..



satu jalan merentas masa







-sama tapi tak serupa-



ia tak ubah seperti sebilah kehidupan... yang tajam. bila tidak diasah ia terus berkarat dipergigian. hebatnya kehidupan dengan detik waktu kita susuri tanpa pengesahan.

sedang merelakan kenyataan

ada jodoh tak kemana...tapi manusia selalu menolak jodoh
.sendirian aku berkata.

Kita takkan ada jodoh kot.
Kau boleh senyum sekarang sebab..
akhirnya aku sudah hampir give up untuk tackle kau lagi..



siapa aku nak tentukan jodoh? tersentap lakuku..
menghela nafas panjang tanda aku merelakan nya...





berlari.kuar jauh dari mimpi.
menembok batu besar.
tertutup celah cahaya.
biar gelap.
gelap itu kuat.
menyelimuti ruang.
pasti ada sinar.
esok pasti menanti.
tersenyum aku damai.
gembiralah kamu
itu mungkin.


-jemariindahku-
11:11










klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx