Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan

14 Oktober 2012

Siapa malas cuci muka.. ulat muka suruh kau baca ni!

 Awal pagi ahad aku dah mengadap PC. Apalagi online lah. Sekali buka Facebook.. terlihat satu artikal menarik untuk dibaca dan peringatan untuk diri jugak. haaa tengok bawah ni.. errrr.. mesti gelikan.


 Tapi korang mesti kuatkan semangat untuk video tengok okay. supaya ada kesedaran diri. adoiyai.

Terus aku teringat kan aku sendiri. Terkadang tu.. Kalu dah letih. sangat malas nak bangun dah. terus kedebommm tido dengan muka tak cuci. awwww.. tapi aku akan buang make up remover tu. serius seh. sangat terbaek punya video ini.. sumpah, kalu malas nak cuci muka nanti, pasti terus teringat akan ulat² ini. eeurrrr~~ !ingatttt ingattt tu kiki ! -.-



haaa.. apa macam??? pastiiiii rasa meloyakan. kita ni lihat dengan mata kasar jer bila picit² jerawat kat muka. yang keluar pun macam nanah gitu. Tapi sebenarnya itu adalah ulat. AMAGADDDD.. lelama kat dalam tanpa dibuang menjadi keras. hurmmmmm! seram sejuk tengok bendalah dengan dekat.

hehhe okay lah. harapnya korang enjoy dan sentiasa beringat. bawak² lah rajin  cuci muka. 


p/s: kene rajin cuci muka okay kiki! -baeklah.. tatuttttt




2 Ogos 2012

Terlantar koma sejak 13 tahun yang lalu !


Bila baca jer 13tahun koma.Kalu pengsan tak sampai 10minit pun kita dah risau mengelabah semua ada... tapi ini kan pula 13 tahun. SubhanaALLah.. juga kuasa ALLAh.. yang maha mengetahui dan menetapkan sesuatu takdir.


Apa yang penting,marilah kita sama² mendoakan agar adik siti ni kembali sedar dari koma nya. semoga Allah juga permudahkan doa keluarganya.
untuk lebih lanjut sila ke--->> (klik) siti suzaini terlantar koma sejak 13tahun yang lalu


Sama-samalah kita mendoakan untuk siti suzaini ni. ;"(




Amin Ya Rabbal A’lamin..

21 Mei 2012

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran Dari Rahim Ibu





Ulama terkenal dari Nigeria pada Senin (14/5) bergumul di Mushin, Provinsi Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara penamaan seorang bayi.

Bayi tersebut bukan bayi biasanya sehingga harus masuk berita di media, namun bayi yang terlahir pada 7 Mei 2012 tersebut lahir dengan membawa sebuah Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Allahuakhbar!

Setelah menyampaikan sebuah kultum, seorang ulama Nigeria, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.

Dalam pemberian nama tersebut, Ustaz Abdul Rahman juga menasihati ibu dari jabang bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

Beliau juga menambahkan bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komunitas Nasrulifathi Ustadz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komunitas Islam Alifathiquareeb.

Sebelumnya pada Ahad (13/5), ibu dari jabang bayi ini menyatakan diri memeluk Islam setelah melihat bayinya terlahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Kini, ibu 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian berganti menjadi Sherifat.

Hal serupa juga dilakukan oleh nenek jabang bayi yang dulu memeluk agama Kristiann sekarang menjadi seorang Muslim dan mengganti namanya dengan nama Islami.

Di luar rumah jabang bayi, bejibun pedangang tumpah ruah menjual berbagai cenderamata tentang bayi tersebut, mulai dari kaos, tasbih, dan foto-foto jabang bayi yang terlahir membawa Quran tersebut.

Kelahiran jabang bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, dimana para sekularis menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi terlahir dengan memegang (membawa) Quran dari rahim ibu.

Namun di lain pihak, banyak yang berpendapat bahawa apa pun boleh terjadi jika Allah berkehendak.


Amin Ya Rabbal A’lamin..

11 Mei 2012

" jangan makan udang ketika mengambil Vitamin C" -BAHAYA!


Selamat petangggggggggggg jumaat semua.Merindu atau tidak kat saya??! :P 
 (mengada punya soalan.. lempang banyak² baru tau!! kan~~


saja rasanya nak mencelah kat blog... Nak story pasal apa²pun cam takde idea. Makanya, aku saje nak celoteh tanpa sebarang agenda. :) . Bulan ini pun agak cepat berlari....(dah jemu sangat guna ayat berjalan) tapi aku tetap begitu. hadoiiiyaiii.. rasanya masih belum tercapai lagi hasrat menjadi seorang yang keluar dari gua! hahaha ( i tak duduk gua okay.. tapi suasana dan persekitaran sini seolah² memerangkap aku seperti didalam gua yang ber-ekon! :P apakah? motipppp!! grrrrr~~~


occay.abaikan.

Dalam taip menaipnya aku kat sini.. aku terserempak artikel menarik yang aku lihat kat FB ni..
 topiknya " jangan makan udang ketika mengambil Vitamin C" 

Dah ku highlight besau² tu haaaa.. kalu tak nak baca rugi. nanti sikap jahil kita memakan diri sendiri! (tapi aku tak sure kisah ni..akan tetapi tak salah untuk kita sharekan apa yang baik untuk pengetahuan kita yang tka peka dengan bendalah ini kan.. JOmm layan




Kejahilan meracun diri sendiri


Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.




Dari manakah arsenik yang datang?



Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.


Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.


Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'


Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?


Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.


Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.

Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.

Setelah membaca ini, jangan kedekut. Sila kongsi dengan rakan-rakan anda.


ni gambar yang aku copy kat fb tadi


note: haaa.. ade juga cerita aku hari ni kan..ingatkan tak terupdate lansung!! hewhewhewww!

Amin Ya Rabbal A’lamin..

12 April 2012

Kebaikan "menangis"


Ini artikel yang bergambar yang aku jumpa.Aku nak share jugak ngan korang :))

sumber foto: fb info! 

InsyaAllah.. 


Amin Ya Rabbal A’lamin..

7 April 2012

Gambar Bayi Dipanggang dan Dibakar (Kejam!)


Zaman Jahiliyah dahulu, orang Arab bunuh bayi perempuan hidup2 bukan kerana mereka malu atau tidak sayang tetapi mereka tidak sanggup melihat anak perempuan mereka dirogol depan mata mereka apabila besar nanti. Jadi, demi maruah anak dara mereka tercalar biar mati dari kecil.


Sebaliknya zaman moden yang konon bertamadun hari ini, tanpa buang bayi tidak kira lelaki perempuan tanpa belas, rasa sayang dek kerana berzina dan lahir anak hasil perhubungan yang haram. Inilah malang yang menimpa si kecil yang tidak berdosa sama sekali ini.

Si bayi kecil inilah antara golongan yang dijamin Allah SWT ahli syurga dan pemberi Syafaat. Adakah kita akan diberi syafaat mereka jika kita yang bunuh mereka? Kembalilah kepada ajaran Islam, jauhilah budaya cinta tanpa batas agama, jauhilah mendedah aurat di khalayak dan jauhilah pergaulan bebas yang akhirnya akan menarik manusia ke dalam lembah perzinaan.
Marilah kita semua Berusaha menegakkan Syariat Islam agar segala kerumitan jenayah yang kian merbahaya ini dapat dibendung dengan keadilan Islam. Wallahualam.



1 April 2012

Derita Bayi- kepala besar.



PULAI – Sepasang suami isteri merayu simpati masyarakat termasuk tenaga kepakaran doktor bagi membantu bayinya berusia sebulan empat hari yang kini bertarung nyawa selepas disahkan menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar.

Bayi terbabit, Muhammad Akid Hazimi Jalalludin baru sahaja menjalani pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang di Hospital Kuala Lumpur, 27 Februari lalu.
Meskipun begitu, bagi pasangan Jalalludin omar, 36, dan isterinya, Safiah Md Nasir, 30, mereka pasrah dengan ketentuan ilahi apabila dikurniakan anak kelimanya itu tidak seperti kanak-kanak lain.



Kepala Muhammad Akid Hazimi membesar sehingga berukur lilit 46 sentimeter semasa dilahirkan, berbeza dengan bayi normal lain yang hanya bersaiz ukur lilit sekitar 35 sentimeter.
Menurut Safiah, anaknya mula dikesan mengalamai masalah itu ketika kandungannya berusia 21 minggu.

“Menurut doktor, saiz kepala anak saya membesar, manakala jangka hayatnya berkemungkinan tidak lama berikutan tisu otaknya dipenuhi air.

“Perasaan saya sedih dan tidak sangka boleh jadi macam ini, puncanya apabila air ketuban saya pecah dan terus pergi ke hospital.

“Apabila doktor buat pemeriksaan dia cakap bayi saya ada masalah. Pada mulanya saya tidak dapat menerima namun lama kelamaan saya redha ketentuan takdir, mungkin ALLAH nak uji saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Pulai Indah, di sini semalam.
Safiah berkata, selepas anaknya menjalani pembedahan pada 27 Februari lalu, bayi itu mula lebih sihat daripada biasa.

“Menerusi proses pembedahan itu, doktor terpaksa meletakkan satu tiub khas disambungkan terus ke usus bagi mengalirkan lebihan cecair di kepalanya,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Jalalludin yang membuka bengkel kereta secara kecil-kecilan berhampiran rumahnya berkata, dia bersama isteri akan tetap berusaha mengubati penyakit anaknya meskipun peluang untuk melihat bayi itu membesar dengan normal, tipis.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang ubat dibekalkan pihak hospital cuma perlu berulang alik menjalani rawatan di hospital Melaka secara berjadual.
“Dia perlu menjalani pembedahan di kepala secara kerap sepanjang usianya ekoran terpaksa bergantung kepada tiub yang diletakkan di kepalanya,” katanya.










Amin Ya Rabbal A’lamin..

11 Februari 2012

Kisah Benar: Bila ANAKKU jadi "MADUKU"

Mungkin ramai yang baca utusan Harian metro pada 7.3.2011 tentang "ANAKKU MADUKU" ... cuma aku  Nak copy kembali kat blog aku ni... sekadar untuk peringatan / renungan kita bersama.Kesiannya nasib azie ni kan. Moga kita mendapat Ikhtibar dari kisah ini... 




Astaghfirullahalazim...




KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.
Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.
Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.
“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.
Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.
“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.
“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya.
Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.
“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.
“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.



“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.
“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.
Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.
“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.
Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.
“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.
“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya.
Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.
“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.
“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.
-Allahualam

#semoga Azie kembali kepangkuan ibu dia.. semoga emak dia kan tabah melalui dugaan-NYA dan semoga Allah melindungi mereka.


Amin Ya Rabbal A’lamin..

10 Februari 2012

SURAT UNTUK DATIN SERI ROSMAH MANSOR DARI SEORANG PELAJAR


Masa aku belek² blog.. aku terbaca artikel menarik kat blog mummynemo dan jugak di update kat satu FORUM surat untuk DATUK SERI ROSMAH MANSOR. Opppss bukan calang² orang tu.Menang berannnnnnnnnnnnnnnnni.. tapi tak surelah budak ni wujud atau tidak. kalu dia Memang seorang pelajar yang muda remaja aku memang tabik dia punya  penulisan.!!  :) -aku pasal politik ni memang parahlah.. tapi peka juga kekadang dengan isu -isu negara :P



SURAT BUAT DATIN SERI ROSMAH MANSOR DARI SEORANG PELAJAR ! WAJIB BACA !

Assalamualaikum Datin Seri.
Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.
Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT


Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!
Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.
Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.
Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.
Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!
Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali 

API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”
Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?
Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!


Datin Seri,

Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.


Datin Seri yang dihormati,

Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! 



haaaaa ........semputtttttttttttttt!

25 Disember 2011

ikut cara nabi tidur

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam?
(CARA TIDUR NABI DAN KAJIAN SEMASA)

Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: “Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. 

Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’) Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: “Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi) “Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim) Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.

Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’) Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.

Wallahualam

Motivasi tentang solat dengan warna alam.


Saya tertarik dengan satu artikel yang dijumpai diinternet berkaitan dengan cahaya dan warna.


Setiap pergantian waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang bisa diukur melalui perubahan warna (aura) alam. Sebagai contoh, pada waktu SUBUH alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang selalu tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki .Ini karana tenaga alam yaitu BIRU muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang pasti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang da waktu) – dalam arti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. diawali azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna HIJAU (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu dzuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan makanan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat dzuhurnya berulang-ulang dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

 Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu ASAR di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti . Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar jasad dan roh seseorang ini terpisah . Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu MAGHRIB, alam berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita selalu dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini sama dengan frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaik nya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu donk.) kerana banyak interference (gangguan) terjadi pada waktu ini yang bisa menipu mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu ISYA’, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem penjagaan otak. Mereka yang selalu ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam istirahat.

Setelah TENGAH MALAM, alam mulai bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ini bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas hal hal yang berkaitan dengan waktu solat dengan warna alam. Manusia hari ini memang telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam seharus nya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana cara menyerap tenaga alam ini.

23 Disember 2011

Misteri Surah Yaasin



Sebahagian umat Islam di negara kita hari ini apabila membaca al-Qur’an, kebiasaannya mereka akan lebih sinonim, kenal, dan rapat dengan surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya. Sehingga ada hari-hari khusus bagi membaca dan mengamalkan surah Yasin ini.

Surah Yasin juga sinonim dengan malam Jumaat, sehingga diadakan majlis-majlis khas bacaan berjama’ah dari rumah ke rumah dan kenduri makan-makan.

Persoalannya, kenapa tidak surah lain dan hanya surah Yasin? Kenapa tidak surah al-Baqarah, atau Ali ‘Imran, atau al-Mu’minuun, atau ar-Rahman, atau rangkaian surah-surah dalam Juz ‘Amma seperti an-Naba’, al-Fajr, atau al-Kaafiruun, atau al-Ikhlas misalnya? Kenapa Mesti pula hari Juma’at?

Selain itu, surah Yasin turut sering dikaitkan dengan pelbagai misteri lainnya. Seperti untuk mencari barang yang hilang, untuk mengiringi orang mati, untuk membuat “air Yasin”, bacaan ketika masuk rumah baru, untuk memudahkan jodoh, untuk mengirimkan pahala kepada orang mati, untuk sambutan majlis-majlis tertentu seperti nisfu Sya'ban dan seumpamanya yang selainnya.

Malah surah Yasin juga telah pun dibukukan dan diterjemahkan secara berasingan menjadi buku-buku khusus seperti buku bersaiz poket, buku cenderamata, buku zikir, dan turut dimasukkan ke dalam pakej tahlilan.

Tidak pernahkah kita terfikir, dari mana datangnya ketetapan bagi Surah Yasin seperti ini? Dari al-Qur’an? Dari sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam? Atau dari amalan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in?

Anjuran Membaca al-Qur’an Jika yang dimaksudkan adalah galakkan dalam membaca al-Qur’an, maka di sana terdapat anjuran yang banyak tanpa ditentukan surah yang mana serta tidak juga dikhususkan dengan hari yang mana. Antaranya sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

“Sesiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (al-Qur’an), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 10/153, no. 2835)

Juga sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

“Orang yang mahir membaca al-Qur’an, maka kedudukannya di akhirat ditemani oleh para malaikat yang mulia. Dan orang yang berusaha membaca al-Qur’an dengan gagap (tersangkut-sangkut), ia sukar dalam membacanya, maka ia mendapat dua pahala.” (Hadis Riwayat Muslim, 4/219, no. 1329)

Tapi persoalannya, kenapa ramai yang mengkhususkan hanya surah Yasin, dan tidak surah yang lain?

Fadhilat Surah Yasin

Sebenarnya Surah Yasin adalah sama pentingnya sebagaimana surah-surah yang lainnya. Ia mengandungi ayat-ayat Allah sebagaimana surah-surah lain. Membacanya termasuk ke dalam keumuman dalil-dalil anjuran membaca al-Qur’an sebagaimana membaca surah-surah yang lain juga. Tiada fadhilat khusus bagi surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya.

Para ulama hadis menjelaskan bahawa hadis-hadis berkaitan fadhilat Yasin tidak terlepas sama ada dhaif (lemah) atau maudhu’ (palsu). Maksudnya, tiada dalil yang sahih menetapkan fadhilat surah Yasin secara khusus. Sebagai contoh, di antara hadis yang popular tentang surah Yasin ini adalah hadis Qalbul Qur’an (jantung atau hati al-Qur’an). Riwayat hadis tersebut adalah sebagaimana berikut:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَسُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ قَالَا حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الرُّؤَاسِيُّ عَنْ الْحَسَنِ بْنِ صَالِحٍ عَنْ هَارُونَ أَبِي مُحَمَّدٍ عَنْ مُقَاتِلِ بْنِ حَيَّانَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ

Telah mengkhabarkan kepada kami, Qutaibah dan Sufyan B. Waqiq. Daripada Humaid B. 'Abdurrahman ar-Ru'asi, daripada Hasan B. Soleh, daripada Harun Abi Muhammad, daripada Muqatil B. Hayyan, daripada Qotadah, daripada Anas (bahawasanya):

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Qur'an itu adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya, maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca al-Qur'an sepuluh kali.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 10/121, no. 2812, Bab Fadhail al-Qur’an. Ad-Darimi, Sunan ad-Darimi, 10/311, no. 3479.

Setelah Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) membawakan hadis ini, beliau pun berkata, “Hadis ini gharib (asing, tidak dikenali). Pada sanadnya terdapat Harun Abi Muhammad, beliau seorang yang majhul (tidak dikenali). Juga diriwayatkan oleh ad-Darimi, dan pada sanadnya dhaif.” (Sunan at-Tirmidzi, 10/121, no. 2812, Bab Fadha’il al-Qur'an)

Kalaupun sahih hadis ini, maka ia tetap bukan dalil untuk mengkhususkan surah Yasin dengan pengkhususan-pengkhususan tertentu seperti bacaan khas malam Juma’at, untuk menjampi air, dan sebagainya.

Bukan Untuk Orang Mati

Surah Yasin juga sering dikaitkan dengan kematian. Dalam perkara ini terdapat beberapa hadis tetapi ianya tidak lepas dari kelemahan atau kepalsuan (maudhu’). Di antara hadisnya adalah sebagaimana yang datang dari jalan (sanad) Sulaiman at-Taimi, daripada Abu ‘Utsman (bukan an-Nahdi), daripada ayahnya, daripada Ma’qil B. Yasar, beliau mengatakan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس

“Bacakanlah ke atas mereka yang mati surah Yasin.” Atau:

اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس

“Bacakanlah Yasin ke atas mereka yang mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan al-Hakim. Rujuk: Talkhis al-Habir oleh al-Hafiz Ibnu Hajar, 2/244)

Hadis ini lemah dengan beberapa sebab sebagaimana dinyatakan oleh para ulama hadis, antaranya pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu ‘Utsman dan ayahnya. Mereka ini adalah perawi yang majhul (tidak dikenali). Hadis ini juga dikategorikan sebagai hadis mudhtharib, iaitu tidak kukuh sanadnya

Di antara ulama hadis yang menegaskan kelemahan hadis ini adalah seperti Imam ad-Daruquthni (Wafat: 285H), Abu Bakar Ibnul ‘Arabi (Wafat: 543H), an-Nawawi (Wafat: 676H), Ibnul Qaththan (Wafat: 813H), al-Hafiz Ibnu Hajar (Wafat: 852H), al-Albani dan ramai lagi selainnya. (lihat: Ibnu Hajar, Talkhis al-Habir, 2/244. An-Nawawi, al-Adzkar, m/s. 122. Al-Albani, Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal-Maudhu’ah, 12/783)

Imam ad-Daruquthni rahimahullah (Wafat: 285H) mengatakan, “Tiada satu hadis pun yang sahih dalam bab ini.” Iaitu tiada satu hadis pun yang sahih yang menganjurkan membaca Yasin kepada orang mati.

Begitu juga dengan hadis:

وَيس قَلْبُ الْقُرْآنِ لَا يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيدُ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَالدَّارَ الْآخِرَةَ إِلَّا غُفِرَ لَهُ وَاقْرَءُوهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ

“....Surah Yasin adalah qalbul Qur’an (jantung atau hati al-Qur’an), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan Allah dan negeri akhirat (Syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni, al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Al-Qur’an Untuk Yang Hidup

Masyarakat Melayu terkenal membacakan Surah Yasin untuk orang mati atau yang sedang nazak menghadapi sakaratul maut. Tapi ironinya, selama kita membaca atau menghafal surah Yasin, pernahkah kita memahami dan menghayati apa yang terkandung di dalam ayat-ayatnya? Bukankah di dalam Surah Yasin terdapat ayat:

إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ

“al-Qur’an itu tidak lain, ia adalah peringatan dan kitab yang memberi penjelasan. Supaya ia menjadi peringatan UNTUK ORANG-ORANG YANG HIDUP dan sebagai perkataan yang haq ke atas orang-orang kafir.” (Surah Yasin, 36: 69-70)

Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkaitan ayat ini:

أي: لينذر هذا القرآن البيّن كلّ حي على وجه الأرض

“Maksudnya supaya peringatan al-Qur’an ini menjadi bukti yang nyata bagi setiap yang hidup di atas muka bumi ini.” Beliau juga mengatakan:

وإنما ينتفع بنذارته من هو حَيّ القلب، مستنير البصيرة، كما قال قتادة: حي القلب، حي البصر. وقال الضحاك: يعني: عاقلا

“Orang yang dapat mengambil manfaat peringatan dari al-Qur’an adalah orang-orang yang hidup hatinya dan yang terang pandangannya. Sebagaimana kata Qotadah, “Hati yang hidup adalah dengan hidupnya pandangan.” Juga sebagaimana kata adh-Dhahhak, “Iaitu orang yang berakal.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/592)

Ini menegaskan bahawa al-Qur’an ini adalah untuk orang-orang yang hidup, iaitu untuk orang-orang yang beriman dan mereka yang mahu mengambil pelajaran. Bukan untuk orang yang telah mati. Termasuklah surah Yasin, ia pelajaran untuk orang yang hidup.

Sekiranya setiap surah atau ayat-ayat al-Qur’an tertentu itu mahu dikhususkan dengan kelebihan-kelebihan khusus, maka kita perlu mengkhususkannya berdasakan dalil dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kita tidak boleh menetapkan atau mengkhususkannya dengan akal, sangkaan, atau hawa nafsu. Kerana agama kita ini tidak sampai kepada kita secara misteri, sebaliknya datang dengan hujah dan dalil yang jelas.

Walaupun tiada dalil yang sahih tentang fadhilat Yasin secara khusus, termasuk fadhilat membacanya pada hari Juma’at, ini bukan bermakna ia tidak boleh dibaca pada hari Juma’at. Surah Yasin tetap dibaca sebagaimana surah-surah yang lain juga cuma tidaklah perlu dikhususkan pada hari-hari tertentu atau dengan kaedah-kaedah khusus tertentu.

Adapun bacaan Surah secara khusus pada hari Juma’at yang padanya disebutkan kelebihannya dari sunnah sebenarnya adalah Surah al-Kahfi, namun ianya sering dilupakan oleh masyarakat kita. Ini sebagaimana Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ في يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Juma’at, Allah akan meneranginya dari cahaya di antara dua Juma’at.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i dan al-Baihaqi. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Wallahu a’lam...

3 November 2011

Rezeki seorang Nelayan dapat RM16,000.


Tuah ayam nampak dikaki.. Tuah manusia...tiada siapa yang tahu. bertuahnya lelaki ini ;)


IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.
Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.
Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.
Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.



sumber: harian metro

8 Oktober 2011

Bapa liwat bayi sendiri yang berusia 23hari! tak guna punya jantan!

(suratkhabar:8/10/20011-harianmetro)


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

sekadar gambar contoh! kesian bayiiiii kecil~

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

sumber:Harian Metro

Kesian betul baby boy ni. Memang nanti kalu dah besar mesti dia nak lumatkan jer bapak kandung dia tu. nafsu macam seton! kalu nak sangatttt gi laaaa.. buat sendiri! errrr!!! itu pun tak leh fikir ke?! bodoh punya jantan!! tak sedap ke sedap ker.. janji ko tak sakitkan anak dan hati bini .bangang!!potong ko punya anu baru tau!!!!

9 Ogos 2011

JAKIM kesal e-mel tidak betul... yang jadi mangsa produk SimplySiti.


Kenyataan  dikeluarkan tempoh hari itu yang mengatakan produk simplysiti tidak halal itu  TIDAK BENAR! 

ikuti artikel ini.. ;) 


dan ini kenyataan Rasmi dari SimplySiti.


(klik gambarajah untuk baca lebih jelas)

4 Ogos 2011

adakah peluh berlebihan itu penyakit??

-saya terasa dengan statement itu.. hehe! penyakit peluh di tapak tangan..dan kaki. how lah?


PELUH BERLEBIHAN ITU PENYAKIT?

Lelaki yang berpeluh berlebihan di bahagian ketiak, tapak tangan, kulit kepala dan muka mempunyai keadaan yang dinamakan Hyperhidrasis. Walaupun secara saintifik sebabnya tidak dapat dipastikan, tetapi sesetengah pendapat menyatakan ia berkemungkinan disebabkan oleh penyakit, jumlah hormon di dalam badan mahupun keresahan. Tanpa pengetahuan, keadaan Hyperhidrasis masih boleh dikawal dengan menghindari situasi yang mengundang peluh seperti tergesa-gesa, kerap menukar pakaian dan pemakaian deodoran.
cth kaki yang kene penyakit ni. memang peluh nye!


MENYANYI BERI KEBAIKAN KEPADA KESIHATAN?

Menyanyi di dalam bilik air dapat memberi senaman ringan dan merelakskan otot di bahagian muka sebelum bercukur. Selain itu ia juga dapat menjadikan kulit mudah lentur. Air yang suam atau sedikit panas dapat melembutkan rerambut. Menyanyi sebelum tidur adalah lebih baik dari selepas bangun. Kulit dapat melalui proses pemulihan ketika tidur.
****************************************
Saya pun ada penyakit ni.. tapak tangan saya memang kuat berpeluh..tapak kaki juga.  masa sekolah dah lepas saya habis sekolah sampailah kini..saya masih alaminya. cuma sekarang tengok keadaan juga.. ada masa ia kerap keluarkan peluh.ada waktu tidak berapa.tapi saya tidak sehebat kawan yang saya pernah kenal ni.. namanya ALAN. aktif sangat peluh dia kat tapak tangan..siap bawak sapu tangan. memang tak sampai seminit lepas dia lap.. ade lagi peluh tu. sumpah tak tipu. heh! sampai ada waktu memang kalu boleh malu untuk dia bersalam kat member dorang. hehe! 

kalu nak baca pengalaman yang kene hyperhidrasis ni , meh saya kasi link

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx