Memaparkan catatan dengan label ladykiki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ladykiki. Papar semua catatan

31 Oktober 2012

Menemani

Semalam aku sibuk pergi Stadium Perpaduan, Kuching. Temankan kakak aku yang hantar anak dia sukan. 

KARNIVAL 3P ! antara sekolah gitu.


Seawal jam 6 aku dah bangun. Kalu dah set waktu or plan.. confirm terjaga lebih awal :)


 heyyyy budakkkkkk!!! 
suasana didalam stadium ini..


 gelagat kami..  tu la cecep. hehe wakil dari sekolah rendah MUARA TEBAS.

Aku bagi sokongan dari tempat duduk jer.DOrang ni wakil dari rumah hijau. terus teringattt zaman sekolah dulu, Masa sekolah rendah.. tiap tahun aku rumah KUNING! tapi tak ingat dah.. num berapa. haha!

 Tapi around 11am gitu aku keluar kejap jumpa RIZA. nak temankan dia ke Kota Samarahan. Kesian.. barnag yang penting pulak terlupa dalam kereta husband dia. haha jangan salahkan saya. huuh :)

Lepas balik tu.. dapat Bengkel kereta pulak. hadoiiiiiii.............. meraung dalam jiwa ni ha! (tak nak cerita.. otak lagi serabut sangat...semua mau fulus. mampusssss. dah abaikan. errr~

Terus, aku naik kereta abang untuk hantar pulak ke Gersik. pasal ke Kota samarahan naik kereta Riza. then riza turunkan kat area yang dekat ngan bengkel. abang iapr aku jemput kat situ. aaaaa... paham. aku rasa cerita aku ni memang berbelit². haha otak pun dah terbelit ni.. takpe janji paham sikit pun okay dah. :)




 okay.  fizikal mental gwe capek.


Amin Ya Rabbal A’lamin..

21 Oktober 2012

Violet namanya !

kekasih baru.. aka kasut baru! :P

Ini hadiah untuk diri sendiri.sempena HARI JADI :) 
Tetiba rasa cam kaler violet itu menjadi perhatian hati.

Mulanya cam nak simpan saja dulu. tai barang baru memang tak leh nak simpan lelama sangat. bergelora jiwa, asyik jer try².. tengok cermin. Apa salahnya kalu nak pakai. dah memang dibeli untuk dipakai. 

Sekarang ni trend colourfull. asal tak matikan fashion anda sudah. ;)

 Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. saya suka! ade ribbon lagi ;)

Dulu aku memang tak reti nak pakai kasut yang tapak kaki mendatar ke tapak ni. Ia selalu mengundang sakit tapak kaki dan ke betis. I dont know why oh why? -mungkin sebab tak biasa. Tapi kalu aku beli pun.. harus yang ada tumit sikit tu.  baru rasa selesa sikit. Takdelah menyakitkan kaki :)

wink!
 Selamat hari Ahad korang. Beristirehatlah dengan sebaiknya. Bekerjalah dengan apa adanya. okay.okay! 



Amin Ya Rabbal A’lamin..

20 Oktober 2012

Nasi Briyani Ayam madu memanggil untuk dimadukan. ehhh salahhhhh!! :P


 Tadi aku Lunch bersama Dayang Reen :)

Dah lama tak jumpa dia. 1st time jumpa pun kat TOK JANGGUT. kali ni pun kat situ jugak. RIndu nak makan nasi briyani ayam madu! :) bukan dimadukan daaaaa... tapi ayam madu dia sangat terbaek ;)

 Kalu korang yang datang kuching tu.. try lah :) Penggemar Briyani bolehlah datang ke mari.

Banyak ceritalah korang, masing² dengan cerita masing². hee Cute kan muka reen ni. putih gebu :)
 Dapat jer tempat duduk. terus nak bergambar. wakakaka perempuan² lah sangat!
OH ya.. kebetulan pulak REEN kerja sabtu ni.. tapi dia bekerja halfday jer. Tak macam aku... hingga ke petang. hihihi Kalu dah lame tak jumpa, pasti rasa seronok lepak begini kan. Kalu boleh nak jer tak payah masuk kerja. Bestkan dapat jenjalan hujung minggu. Sian reen, sebab tak leh nak cucuk aku ponteng keje. Tapi kalu kat tempat kerja aku ni halfday pun memang takde hal punya. bukan banyak kerja pun. Buang fasa electrik jer. hahaha! yerla.. tak payah buka ujung minggu pun lagi bagus. Jimat bill electric. betul. tapi nak buat camne.. kalu dah kerja. kenalah ikut arahan BOSS.

 Lepas makan² kitorang balik jer la. tapi aku kene masuk ofis. Cuma aku masuk lewat tadik. sorry boss! :P Nak nak pulak, Bos aku keluar ofis.. aku masuk. haaaah! watudu lah kan.. atleast gua datang balik kerja. 

note: makseh darling teman mek lunch! :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

19 Oktober 2012

TODAY, i'm 30 years old !!

 Bissmillahirrahmannirahim... 

Alhamdulillah.. Terima kasih YA ALLAH, kerna nafas-MU aku masih disini. di Usia yang hari ni ke 30tahun, aku masih menikmati rasa kehidupan. Terima Kasih ya KASIH.. kerna masih memberi aku kekuatan dalam setiap UJIAN dan DUGAAN-MU. 

InsyaALLAH.. semoga dipermudahkan segala urusan dan masalah yang ada. 
TERIMA KASIH KEKASIH SEJATI.:)

******************************************



WEHHHH.. wehhhiiiiiiii.. 

Aku tak tau nak cakap ape. Rasa ini lah yang harus diterima oleh hakikat nya yang aku sudah 30 tahun! Apalah ertinya usia. hanya angka. yang membezakan Daya pemikiran dan Hati serta bagaimana hendak menjadi lebih matang kan :)

 Aku tak leh nak sampok dah kat FB time ni. Dah macam pesta WALL kawan yang tak kenal.. kawan rapat.. kawan² yang dikenali. kawan blogger. kawan-kawan gitu yang bagi wish. thank you semua yang merelakan diri menaip diruang Facebook. bahkan juga ditwitter. mekacehhhh semua! *syukur*

ini sebahagian yang bagi ucapan. tak dapat nak ambik semua.. banyak sangat dah. BTW, terima kasih family, kawan² setia.. kawan alam maya. Terharu hakak :)


Tapi kali ni berbeza, mak bapak takde kat rumah masa birthday aku. Dorang ke Brunei untuk hadir majlis perkahwinan my kazen. *rindu plak kat masakan emak. haha! ambooiii... 

okaylah kengkawanku. Tak kisah hari jadi ini disambut ke tidak.. semoga doa² korang dipermudahkan untuk aku. :) Biar kesedihan atau kegembiraan hanya ALLAH yang lebih mengetahui.


LOVEEEEE always kat korang! *muahhhh*



Amin Ya Rabbal A’lamin..

15 Oktober 2012

petang nan hujan...

 yesterday..14.10.2012

 Jam empat adalah waktu balik kerja. Biasanya aku akan balik terus ke rumah kalu takde janji ngan sapa² untuk minum petang. Sejak 2minggu ni.. hujan sering tiba waktu petang. kan? jadi, semalam aku terkandas lagi.. tapi aku malas nak lepak kat ofis. 

Makanya, aku pergi lepak sendirian bakery yang ada kat ground floor ni.
 @keklapissari ! nama tempatnya.
 Apa lagi layan hotmilo lah.. :) maklumlah hujan.. memang perut nak lapar jer musim ni. Boleh tahan aku duduk situ. melayan diri yang dah bosan. Hampir sejam jugaklah, bertenggek sendirian. senyum sorang². HEY itu tidak.. senyum ambik gambar jer. kangg GILA pulak dikatanya orang. heee!

bila  dah reda sikit hujan.. aku pun blah lah. Nak lepak lelama seorang diri ni tak kuasa i! haha... ini pun terpaksa kerna terkandas hujan yang lebat turun membasahi bumi. Tak elok nak basah kerna air hujan skarang ni.. nanti demam. haa.. ingat tu. jaga kesihatan :)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

14 Oktober 2012

Siapa malas cuci muka.. ulat muka suruh kau baca ni!

 Awal pagi ahad aku dah mengadap PC. Apalagi online lah. Sekali buka Facebook.. terlihat satu artikal menarik untuk dibaca dan peringatan untuk diri jugak. haaa tengok bawah ni.. errrr.. mesti gelikan.


 Tapi korang mesti kuatkan semangat untuk video tengok okay. supaya ada kesedaran diri. adoiyai.

Terus aku teringat kan aku sendiri. Terkadang tu.. Kalu dah letih. sangat malas nak bangun dah. terus kedebommm tido dengan muka tak cuci. awwww.. tapi aku akan buang make up remover tu. serius seh. sangat terbaek punya video ini.. sumpah, kalu malas nak cuci muka nanti, pasti terus teringat akan ulat² ini. eeurrrr~~ !ingatttt ingattt tu kiki ! -.-



haaa.. apa macam??? pastiiiii rasa meloyakan. kita ni lihat dengan mata kasar jer bila picit² jerawat kat muka. yang keluar pun macam nanah gitu. Tapi sebenarnya itu adalah ulat. AMAGADDDD.. lelama kat dalam tanpa dibuang menjadi keras. hurmmmmm! seram sejuk tengok bendalah dengan dekat.

hehhe okay lah. harapnya korang enjoy dan sentiasa beringat. bawak² lah rajin  cuci muka. 


p/s: kene rajin cuci muka okay kiki! -baeklah.. tatuttttt




4 November 2009

dOn't kill me...

-i think we're gonna need some time-






-maybe all we need is time-

(d end of story-genting )


Lots Of LOve : ladykiki \(*,*)v

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx