Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan

14 Oktober 2012

Siapa malas cuci muka.. ulat muka suruh kau baca ni!

 Awal pagi ahad aku dah mengadap PC. Apalagi online lah. Sekali buka Facebook.. terlihat satu artikal menarik untuk dibaca dan peringatan untuk diri jugak. haaa tengok bawah ni.. errrr.. mesti gelikan.


 Tapi korang mesti kuatkan semangat untuk video tengok okay. supaya ada kesedaran diri. adoiyai.

Terus aku teringat kan aku sendiri. Terkadang tu.. Kalu dah letih. sangat malas nak bangun dah. terus kedebommm tido dengan muka tak cuci. awwww.. tapi aku akan buang make up remover tu. serius seh. sangat terbaek punya video ini.. sumpah, kalu malas nak cuci muka nanti, pasti terus teringat akan ulat² ini. eeurrrr~~ !ingatttt ingattt tu kiki ! -.-



haaa.. apa macam??? pastiiiii rasa meloyakan. kita ni lihat dengan mata kasar jer bila picit² jerawat kat muka. yang keluar pun macam nanah gitu. Tapi sebenarnya itu adalah ulat. AMAGADDDD.. lelama kat dalam tanpa dibuang menjadi keras. hurmmmmm! seram sejuk tengok bendalah dengan dekat.

hehhe okay lah. harapnya korang enjoy dan sentiasa beringat. bawak² lah rajin  cuci muka. 


p/s: kene rajin cuci muka okay kiki! -baeklah.. tatuttttt




12 Ogos 2011

Ibu Asyraf Haziq akan dihantar ke London untuk melihat kesihatan anaknya.

Masihkah kau ingat tentang rusuhan yang berlaku di London..sekali gus membabitkan 
pelajar Malaysia kita Asyraf Haziq itu.


Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu.

Beliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.

Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan supaya supaya satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: "Pay His student fees" (bayar yuran pengajiannya), "Pay for his family to come and visit him in hospital" (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan "Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone" (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).

"Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini, setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube, dan seingat saya Perdana Menteri David Cameron pun turut memberi komen.
"Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu... tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi menerusi laman sosial Facebooknya di sini hari ini.

Sementara itu, satu daripada portal berita British, London Evening Standard hari ini memetik ibu Asyraf di Malaysia Maznah Abu Mansor, 47, sebagai bekata: "Pada mulanya saya amat risau tetapi saya gembira dia selamat. Bagaimanapun, saya masih tidak berpeluang bercakap dengan dia kerana kecederaannya".

Maznah berkata, beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu oleh pegawai Mara di tanah air.

Portal itu memetik pemimpin masyarakat Malaysia di London sebagai berkata, mereka cuba memindahkan semua penuntut mereka dari kawasan itu.

Kolej Kaplan, tempat Mohd Asyraf menuntut, menawarkan kursus persediaan kepada penuntut asing yang berhasrat meneruskan pengajian ke universiti lain di London.

Portal itu memetik Presiden Kelab Umno Malaysia London Dzuhair Hanafiah sebagai berkata: "Ia adalah kawasan yang sangat bahaya walaupun sebelum rusuhan bermula. Rakan-rakan Mohd Asyraf berjaya menyelamatkan diri tetapi dia diserang. Dia kini dirawat di Royal London Hospital".

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong berkata seorang pegawai telah dihantar untuk membantu mangsa.

"Kami akan tahu apa yang boleh dibantu selepas menemuinya," katanya.

Portal berita itu boleh dilayar di www.thisislondon.co.uk.

Isnin lalu, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa. - BERNAMA

 ketika di Hospital Royal London

11.08.11 Beliau dah selesai menjalani rawatan dan berada dalam keadaan 
yang baik serta sudah boleh keluar dari hospital."Sebenarnya cuma tak dikeluarkan lagi kerana kita tak mahu apabila dia keluar banyak sangat pemberita...dan kita tidak mahu ganggu dia sangat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran dan Penubuhan Inkubator, Usahawan Kolej Poly Tech MMARA Kuala Lumpur dan bazar Ramadan di sini.

Beliau berkata, pihaknya kini berusaha untuk menghantar ibu Asyraf ke London untuk melihat keadaan kesihatan anaknya itu di sana. 

**********************************************************************************

semoga Asyraf cepat beransur sembuh.....!

11 Ogos 2011

Bahayanya Makan gula-gula mentos bersama COKE !

Coke merupakan minuman bikarbonat yang memang tak asing lagi selepas pepsi. Mentos pun rasanya dah lama dalam industri jajan negara kita, bersepah kedai jual mentos dan coke. Apa kaitan coke dan mentos?

Mungkin ramai dah tahu dan  tak tahu kot, minum coke dan makan mentos pada waktu yang sama boleh sebabkan kita muntah balik.Kalau tak muntah pun paling teruk masuk hospital tapi rasenya tak lah sampai mati..tapi pernah berlaku juga kematian kat brazil kalu tak silap. Kalu korang tak percaya korang boleh buat eksperimen sendiri seperti gambar kat bawah ni…gas gila bertindak balas dengan gula² yang miliki Mint!


Kalau nak lebih lanjut tengok jom tengok yang di ambil untuk tatapan korang.

-dorang ni ngah buat kajian!



maka dengan itu.. beringat² lah ye.. kalu dah makan mestos tu jangan sesekali nak minum air coke atau air gas yang lain. kalu silap hari bulan.. merasokkan organ awak kang ..susah pulak kita nanti! 

kalu nak buat experiment sendiri.. haaa. itu boleh? tapi jangan nak minum dan telan okay! 

Penjual rojak yang suka menari dan menyanyi!! LOL



Rojak! rojak!
rojak !rojak!

giler best ini penjual rojak potong bahan dengan ikut muzik dan ketangkasan tersendiri..



saya rasa ini rojak memang sedap kot!!!!

tapii mana dapat lawan rojak kuchei kesukaan saya!! :P

10 Ogos 2011

teh tarik terkangkang! hambik kau!

sapa suka minum teh tarik?? hahah meh saya bawakkan penarik teh tarik yang penuh skill terkangkang... gila kibaran yang  sedepaaaa seelaaaaaaaaaa ,belum minum dah pasti ko dah  tarik senyuman bercampur gelak mengilai² tengok pakcik tambi ni siapkan teh tarik.. giler hebat ini tambi!! EEEEEEEEEHhhhhhhh ini bukan teh tarik tapi macam Jus oren tarik kaaaaaa?!!!!! howlahhhh :P


hagak² nak ke awak minum teh tarik buatan dia ni?? 

9 Ogos 2011

jom tengok budak² kecik ni menari...giler hebat!cute lah..

Kau pandai menari..? bila last menari? haha!!

saya menari time sekolah menengah dulu kot. pastu² dah takde. kecuali.. bila jumpa geng yang sekepala dalam bilik karaoke! hehe hahatime tu lah keluar habish.. gelek² semua.

tapi perasaan kita bila tengok budak kecik menari memang seronok. ;)
confirm berpusu² nak tengok depan stage.hehe kan kan..! siap kalu yang dari jauh.. baik punya duduk siap berdiri woh!

jommm.. kali ni buka mata besau².. dan pasti nak geram tengok dorang ni!


cute  lallalala!

22 Jun 2011

video: tabiat Penyokong baling Mercun!

Kalu kita dok perhatikan.. negara kita ni suka baling² sampah atau mercun masa final bola sepak kan. tak macam Omputih sana. Gila disiplin weyh.. !! tak caye meh dengar ulasan Matluthfi ni! 
 alololo~~ comel jer dia cakap sarawak..! ;) (klik YOU tube kalu bingit dgn lagu dlm blog saya) :P

video: cantik itu subjektif! layan~~~

Hey hey.... pencinta kecantikan..ayuh  lihat video ini . jangan tertinggal 1saat okay! 

memang..kelakar lah mamat ni! *kimsalam*-wink! (klik YOU tube-kalu bingit dgn lagu dalam blog saya) :P

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx