19 Ogos 2011

doa pengikat kasih sayang!

sekadar gambar hiasan-maunya tidakkkkkkkkkkkkkk! HAHA~ 

Bagi anda yang mengalami masalah suami liar, hendaklah banyak bersabar dan berdoa.
 Amalkan doa ini.“Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu.”
 [Surah Al-Ghaafir: ayat 60]

Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:
“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar. Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.
sekadar gambar hiasan. saya tiada foto kebahagiaan lagi/ hey sadis


“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
[Surah Al-Ahzab: ayat 21]

sumber:epetua.com

tips: pemilihan tudung mengikut bentuk muka!


Bentuk Muka Oval – Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.
Bentuk Muka Petak – Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
Bentuk Muka Panjang – Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.
Bentuk Segitiga – Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Bentuk Muka Bulat - Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.


dari depan muka mulat.. nak muka cam  oval sikit.. kasi sisi.haha itu tips nak kalu ambik gambar dengan bagus. heheh.. inilah contoh sang muka bulat yang dirindui ramai. haha :P
sang klasik nan ayu... ;) zakiah oo zakiah

bila gigi ingin jadi superman !










-sekadar mengisi ruang waktu. haha! ko paham tak cerita tu.. mesej  tu kurang sampai. arhh. hentam sajalah.Kalu gigi sakit..pergi cabut gigi.. jangan mengada nak sayang² gigi..dalamm masa yang samaaa menangis kerna tahan gigi sakit. 

-bila dah cabuttt.. ko tak rasa sakit dah.

0eh eh mesej ni tak ditujukan kat sapa² pun.. kalu ada yang terkena tu.. kebetulanlah ye. ;)

comel sungguh gigi  nak jadi superman tadi seluar dalam tak pakaiii oooo.. ishh noti!

orang lain da puasa 19hari.. saya puasa baru 15hari.. ha!

perlu ke nak letak gambar b4 bercerita? hahaha suka hati la.. ;) semangat doe! supaya dari mata ku ni ko dapat  mendalami dengan kushyuknya.. hahaha (padahal perenggan dibawah bukan digambar :P hadoilaaa) merepek.. pok..pok..btw, abaikan..sila ke perenggan dibawah ini.
adoiii jerawattt gedik datang lagi.. :P
Hari ni dah masuk 19hari kita puasa kan..tapi saya baru 15hari berpuasa. 4hari dah xleh puasa.hishh biasalah wanita ni tiap bulan kene tempuh kehadiran rajasegalamerah. haha! hambik ko...same je rasanya.. tetap berbuka bersama-sama bila time berbuka puasa petang tu. Kalu saya tak makan.. hehe mulalah..saya malas nak hirau makan nasi. jadi saya paksa diri untuk makan bersama mereka..makan  ramai² mesti selera tu lebih sikit. ;) 

Tak sabarnya nak tunggu hari selasa...^_^ yahoooooooo 3 hari lagi. lala! 
apakah? itu tunggu rabu baru saya dok cerita okay..

Haiyooo... tak sempat nak cuci rambut. apa lagi saloon lah jawabnya!

Kerna kelewatan bangun pagi semalam,saya tak sempat nak mandikan rambut. Uwaaaaaaaaaaa.. kalu nak mandikan rambut.. pasti dah mbil masa 15 minit nak keringkan lagi. Hadoi.. makanya saya mbil keputusan ke saloon pada tengahari tu. Kenapa tak tunggu balik jer basuh rambut?? haaaa sebabnya saya tak tahan kalu kulit kepala rasa cam tak segar..  nak nak pula time kita berada kat luar dari rumah kan. mestilah nak rasa selalu lawa walaupun pada kulit kepala okay!
Lina dipaksa menemani datin. hahha :P
Saya selalu pergi ke area king centre ni kalu tim kerja. nak pergi saloon faveret i jauh.. hehhe! so takpelah.. kat sini pun dah kenal saya. dorang pun tau dah biasanya nak camne bila dah habis cuci. ;)

dari 12.30pm-1.30pm! 
Bestlah sangat bila badan dan kepala ngan rasa berat². dorang kasi massage yang ringan ..atleast kasi badan n minda rilek kejap.. mengantok dibuatnya time ni.. okaylah.. hasilnya takdelah cantik sangat. cam biasa je.. cuma saya suka kalu rambut hujung² tu dorang masuk kat dalam.. atau kasi gulung sikit .. so rasa canteklah. HAHAHAHA! ;)

ok tak? ;p

camni lah suka! ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx