15 Mac 2011

bicara dengan Bulan

'..aku tau kau disana..disana yang sungguh jauh..aku mau kau kembali..kembali semula..' - kata bruno mars dalam versi melayu.. :)

bulan dan cahaya
Sinar cahayanya boleh buat kita sedar betapa Besarnya kuasa maha pencipta. Dari bumi kita dapat lihat hanya sekecil bulatan yang tak ubah seperti bola kecil. Tapi cahayanya mampu menerangi seluruh alam.bulan itu ibarat cinta.cahaya terang itu sama seperti kasih sayang.. Kasih yang mampu terangi perjalanan gelap dalam hidup kitaSyukur..kuasaNYA tiada tandingan..

Bulan dan gaji
hehe bila nak ujung bulan pasti suma happy.yela mashyukk katakan.seronok dapat settle macam2. Best dapat beli itu ini. Pendek cita, kepala memang ringanlah. Hati memang tbentang luas.. Hmm tapi aku tak brapa gemar bila story bab ni. Bagi aku same je. 'tettt*talian terputus.. Sila simpan dalam hati. Btw, oh ya.. Seronok2 dapat gaji ;)

bulan dan haid
eh laki mana datang haid. Hehe pompuan je la. Masuk je bulan bru, kene standby tuala wanita.. Ada yg sibuk nak kotex..carefree, stayfree(dulu pakai ni tp kkdg beli juga), libresse(kini aku pilih ini jenama) wahh.. Bukan sedap nak hadap suma ini. Kekadang awal seminggu, kekadang cun pulak..kekadang seminggu sakit perut tp tak jugak kuar kuar.hehe eleh, ape nak malu, ini normal lah. Lelaki pun kene tau,yela nak melayan bini, gf, adik pompuan ko ke.. Haa.. Mood dorang ko tak leh nak layan sukahati..takde salah pun tetiba naik hangin. Haha yang ni xleh kompelen okay da lumrah.. Ia nya same dgn 'ego' sorang lelaki. Mana yg tau meredha itu samalah dgn laki yg kawal ego dorang. Same je. Diam.. Seterusnya!

Bulan ada 12bulan
bulan januari da berlalu. Yang bestnya bulan feb and mac tarikh dan hari nye sama tahun ni. Kan kan?-semak kalender cepat..haa :)
april takde cuti umum. Mei ada lagi awal bulan ada cuti. Jun,july,ogos..september Puasa raya. Adoi. Tak lame lagi la.. Oktober birthday gwa.. 29yrs. November december.. Bila nak g holiday? Hmm terus tamat 2011. Hehe apa2 pun harapnya semua bjalan dgn lancar..

Tak kira apa pun tentang bulan. Semoga kita terus dalam keadaan yang baik2 saja.

Datang je malam aku layan lagu 'talking to the moon'-bruno mars.senyum manis wok :)

sayang.sayang.sayang.KaMu!

im back!

air kosong.biasalah.
eloklah untuk diminum..pastikan ddidih dulu.

tin kosong.biasalah.
bule je isi dengan roti kering..pastikan tin itu bersih dan selamat untuk digunapakai.


hati kosong. ishk. tak nak jawab..... bla bla bla...


dot


dot

dot

dot

dot


dot


hari selasa memang kosong dari segala hal. Masuk kerja pun Kosong... bukan ade orang pun. bukan ade student datang ujian undang-undang pun.duduk mengadap pc pun otak jadi kosong. nak buat ape pun satu hal pun tak boleh. hadoila... nak sibuk diri pun..nak sibuk dengan ape. haizzzz..!

Hanya yang ada dalam otak "kosong" tetiba rasa cam benci sangat dengan perkataan yang bernama "kosong" . seriussssss.... giler penat nak tunggu balik kerja. biar tak ku hadap pc.. dan ku hadap suasana yang bosan ini. tapiii nak buat camne... kene jugak. cit!

kebelakangan ni jarang sangat dah nak update blog.Rasa nak close kan jer blog ni..tapi sayang pulak. Kalu tetiba buka tu blog aku ni takde.. makanya mem-"boycott" lah tu.


okay i senyum ;) lame dah tak senyum kat korangkan.. (maaf..kebelakangan ni nak mbik gmbar pun tak seronok.) so..imagine je la yeee.. senyum mesra aku untuk korang. nanti kalu tergerak hati aku update lagi..okay.


...love..love..love !


klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx