Hari berbuka kat dalam saloon jer tadi. ingatkan sempat siap b4 berbuka.. jadi saya hanya berbuka dgn mineral.lepas settle suma, saya tapau je beger mcd untuk isi perut sementara sampai rumah. hoho
da lama tak blik lewat2.kalu dulu da malam bru nampak wajahku dirumah. start awal tahun 2011,saya lebih senang blik ke rumah trus lepas keja.
dasarsingledokdiamdiamkatrumahlerr!
tapi esok berbuka dengan kawan2..yayay!!
6 Ogos 2011
11 tahun derita rindu TRAGEDI TANAH RUNTUH TEMUKAN SUZANA DENGAN PUTERA KESAYANGAN
sangat sedih kisah ni....
Kasih, sayang dan rindunya tidak pernah pudar. Doa jua tidak pernah putus dititipkan semoga suatu hari akan dipertemukan semula dengan permata hati tercinta yang sudah 11 tahun tidak bertemu. Malah, pernah beberapa kali Nor Suzana Abdullah, 37 tahun cuba menjejaki semula dua orang putera tersayang, Muhammad Aliff Zafran Abdul Karim, 14 tahun dan Muhammad Aizzad Qushairri Abdul Karim, 13 tahun, namun tidak ketemu jua sehinggalah tragedi tanah runtuh melibatkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat tanggal 21 Mei lalu.
Menurut Suzana, perpisahan ini berlaku awal 2000 apabila kemelut rumah tangganya tidak mampu lagi diselamatkan. Malam kejadian, Suzana keluar rumah dalam keadaan sehelai sepinggang dan sejak itulah juga dia terputus hubungan dengan dua orang putera tersayang yang ketika itu masing-masing berusia 2 dan 3 tahun. Malah, ketika keluar dari rumah itu, Suzana yang merupakan saudara baru tidak menyedari rupa-rupanya sedang hamil sebulan lebih anak ketiga. Sepanjang tempoh itu, Suzana menumpang tinggal di rumah adik lelakinya yang juga saudara baru sehingga kelahiran Nur Aerryssa Fabyanna Abdul Karim yang kini berusia 11 tahun.
“Sepanjang tempoh berkenaan, tidak putus-putus saya berdoa agar dapat dipertemukan dengan Aliff dan Aizzad. Malah, semasa sedang sarat mengandungkan Aerryssa, beberapa kali juga saya kembali ke Semenyih untuk berjumpa anak-anak, namun tidak berkesempatan jua. Begitu juga selepas bersalin, beberapa kali juga saya cuba menghubungi dan balik ke rumah untuk bertemu, namun tetap hampa. Kalau boleh saya laungkan luahan hati memberitahu mereka bahawa bukan ibu tak saying sehingga meninggalkan mereka saat mereka sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian saya. Mereka masih kecil untuk memahami masalah yang dilalui ketika itu,” imbasnya sambil cuba menahan air mata yang bergenang tumpah.
Malah, walaupun menyedari dirinya berbuat silap kerana meninggalkan rumah, namun dia turut mengharapkan suami akan mencari dan membawanya balik sekali gus dapat menebus kembali segala kelemahan dalam kehidupan berumah tangga. Sementelahan diri sebagai saudara baru begitu mengharapkan bimbingan daripada suami. Hari demi hari silih berganti hingga membawa ke beberapa tahun, tiada tanda-tanda rumah tangganya mampu diselamatkan. Malahan, perhubungan juga bagai terputus langsung.
Selama kira-kira enam tahun Suzana hidup umpama gantung tak bertali. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga apatah lagi ketika itu Aerryssa memerlukan dokumen kelahiran. Hanya setelah mendapat nasihat dari mahkamah syariah, barulah Suzana beroleh dokumen perceraian secara taklik sekali gus membolehkan proses membuat surat beranak Aerryssa. “Sepanjang tempoh berkenaan, macam-macam kerja saya buat. Saya tidak kisah buat kerja dari bawah, sebab apa yang saya fikirkan adalah untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan dan membesarkan Aerryssa,” tambahnya.
Pada masa yang sama, Suzana masih lagi tidak putus harapan dan berdoa dapat dipertemukan kembali dengan Aliff dan Aizzad. Bahkan, Suzana turut berdoa semoga bekas suami menjaga dan mendidik dengan baik kedua-dua puteranya itu sekalipun mungkin sukar untukbertemu kembali.
Setiap tahun sediakan duit raya
Setiap kali Hari Raya, air mata Suzana pasti mengalir lebat. Naluri ingin memeluk dan mencium mereka di samping mendapat salam dan ciuman daripada anak-anak tersayang tidak pernah padam. “Setiap kali raya juga, saya pasti akan ketepikan duit raya untuk Aliff dan Aizzad. Mana tahu, tiba-tiba mereka akan muncul. Bahkan, saya sering terfikir, walaupun sekadar terserempak di tepi jalan, saya akan tetap beri mereka duit raya yang saya sudah sediakan itu. Namun, sehingga habis raya dan muncul lagi raya berikutnya, pun impian itu tak terlaksana jua,” ucapnya sambil menyeka air mata yang terhambur jua setelah agak lama bertakung di kelopak matanya.
Walau bagaimanapun, tambah Suzana, mungkin Allah sudah mula menunjukkan jalan yang akan mempertemukannya jua dengan anak-anaknya apabila semasa hari pernikahan dengan suami sekarang pada tahun lalu, Suzana mendapat maklumat daripada saudara sebelah suaminya yang juga tinggal di Semenyih. “Bila dia melihat wajah Aerryssa, dia bertanya, ada kaitan ke dengan Aizzad sebab katanya saling tak tumpah. Dari situlah saya mendapat sedikit maklumat mengenai mereka dan mendapat tahu juga bahawa Aizzad masuk sebuah madrasah di Hulu Langat. Cuma tidak tahu tempat yang tepat di madrasah mana,” ujarnya.
Namun, semua persoalan dan pencariannya selama 11 tahun terungkai jua apabila berita tragedi tanah runtuh melibatkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa tanggal 21 Mei lalu yang mendapat liputan seluruh negara. “Ketika menonton berita TV, hati saya mula berdebar, apatah lagi melihat salah seorang mangsa yang ditemu bual adalah Aizzad, Cuma agak kurang pasti, apakah itu Aizzad yang saya cari selama ini kerana ejaannya sedikit berbeza. Tapi, hati saya berdetik, ‘Ya Allah Aizzad, anak ibu.’
“Esoknya iaitu pada hari Isnin, saya terus ke Hospital Ampang di mana mangsa tragedi ditempatkan. Saat melihatnya terlantar, tak boleh saya gambarkan perasaan saya ketika itu. Rasa nak peluk segera,
tetapi takut Aizzad terkejut. Hanya selepas berasa yakin itu adalah Aizzad, barulah saya memberanikandiri mendekati. ‘Ya Allah Aizzad anak ibu yang ibu sayang. Ini ibu.’ Itulah kata-kata yang mampu saya ucap sambil memeluknya.
Untuk seketika, dia terpaku memandang saya dan tersenyum tanpa sepatah kata dari bibirnya. Mungkin dia masih trauma dengan kejadian itu. Hanya selepas beberapa saat, barulah dia memanggil ‘ibu’, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya. Tidak dapat dibayangkan betapa bersyukur dan gembiranya dengan hikmah di sebalik tragedi ini. Ternyata, Allah telah mengabulkan doa saya selama 11 tahun ini. Selepas itu, dia tidak berenggang dengan saya, asyik mencium tangan dan pipi saya,” jelas Suzana mengimbas detik-detik pertemuan semula dengan Aizzad.
Selanjutnya dapatkan majalah SERI DEWI & KELUARGA Ogos 2011 di pasaran!
sumber: (MAJALAHKELUARGA)
Selanjutnya dapatkan majalah SERI DEWI & KELUARGA Ogos 2011 di pasaran!
sumber: (MAJALAHKELUARGA)
Bingkisan
sebuah kisah
Mengelupar air berebut² nak keluar dari mulut!!
kebiasaannya akan ke dapur dulu untuk minum. ntah apa kes pagi tadi lepas saya borak pasal adik tak jadi balik raya ni... terus jer terjah dapur, mak saya pun mengiringi saya sambil cakap pasal fizi.
"takpelah,asal kat sana selamat semua.. lepas operasi balik lah"-kata mak!
Ayat mak ni kekadang menyakinankan saya. kekadang tu risau pulak saya..ye kitorang bukan biasanya nak jauh²an.. mak tak kisah.. tapi bila dia fikir sangat mulalah dia nak sedih². Saya ni pulak lain hal.. tak leh tengok orang sedih².. terus nak berjurai sama airmata. kekadang saya beredar je kalu dah masing² dok mengenang kejauhan tu kan. eh eh.. lupakan pasal tu...sambung pasal saya kat dapur tu pagi tadi.
boleh cantik punya ambik cawan.. tuang air nescafe dan minummmmmmmmmmmmmmmmm!!!
ha.boleh steady lagi wak... tu baru seteguk!!! bila nak masukkkk kali ke 2 dan minum habis masuk dalam mulut... saat itulah mengeluparnya air nescafe berebut² nak keluar!!!-terusssssssssss cawan tu lepas dari tangan masuk dalam singkiii..dalam hati kata- PUASA!!!
-terpana mata mak saya tengok ,siap senyum lagi!!!
yang keluar dari mulut saya hanyalah perkataan " AIEEEEEEEE" sambil senyum campur gelak terkejut kan diri sendiri yang puasa dah masuk hari ke-6 baru nak nyayok! LOL~
-Nak wat camne rezeki pagiii hari.. nak nak pulak air nescafe! duishh!
saya terus kumur² mulut... sambil tatap cermin!! apa sudah jadiiii? kiki oi!
puasa diteruskan .. kerna saya bukan sengaja! -oh!
****************************************
kebiasaan ini telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW .bahwa ketika kita minum hendaknya duduk kemudian minumlah dengan seteguk-seteguk jangan sekali gus. ini boleh menyebabkan kita sesak nafas..jantung kitak dapat mengepam dengan sempurna bila kita berhenti bernafas saat kita minum air., kemudian jika air yang kita minum itu masih panas jangan ditiup tetapi didinginkan terlebih dahulu..ternyata sunnah nabi yang dicontohkan 14 abad yang lalu ternyata terbukti sekarang maha besar Allah.
*******************************************
Langgan:
Catatan (Atom)