Memaparkan catatan dengan label tidur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tidur. Papar semua catatan

25 Disember 2011

ikut cara nabi tidur

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam?
(CARA TIDUR NABI DAN KAJIAN SEMASA)

Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: “Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. 

Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’) Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: “Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi) “Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim) Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.

Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’) Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.

Wallahualam

24 Mei 2011

tips: dapatkan tidur malam yang baik.



Perbaiki tidur malam andaBerikut adalah perkara-perkara yang patut anda cuba dan peka demi mendapat tidur malam yang lebih baik! 

 mari saya kasi tipsssss nya 1


-Jangan tidur siang hari. 
Jika anda sukar untuk tidur di malam hari, cuba untuk tidak tidur di waktu siang – tidur siang akan mengganggu keadaan kebiasaan badan dan akan menyebabkan kesukaran yang lebih untuk tidur di waktu malam. Jika terlalu letih, dan keadaan mengantuk yang terlalu berat dan tidak boleh dielak, maka tidur sekejap sahaja di waktu siang (kurang dari 30 minit). Ini boleh dilakukan pada awal waktu siang.



-Hadkan pengambilan caffeine dan alcohol. 
Elakkan pengambilan bahan-bahan ini beberapa jam sebelum tidur malam. Walaupun ia boleh menenangkan, ia juga bertindak mengganggu corak tidur normal anda!

 kalu yang addict coffee tu..tak pe kalu minum siang.Untuk malam sebelum tido JANGAN! 
heheheh... sememangnya!

-Jangan merokok. 
Ia mengandungi nikotina yang akan menyukarkan tidur anda.Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari atau cahaya yang terang sebaik sahaja anda bangun tidur. Ini bagi melatih badan anda supaya menerima keadaan gelap sebagai tidur, dan terang sebagai bangun.



-Bersenam di awal pagi. 
 Ambil masa selama 20 – 30 minit untuk bersenam setiap hari, dan pastikan anda melakukannya di pagi atau di petang hari sahaja. Jangan lakukan sebelum tidur. (haaaaaaaaaaaaa tak baik b4 tido okay~)


-Periksa kandungan besi di dalam darah anda di klinik atau hospital. Kandungan besi yang kurang akan menyukarkan tidur anda. Oleh itu, pengambilan pil zat besi diperlukan. 
  haa.. ni dia.. 


Maknanya.. selepas ini..  anda harus guna waktu siang dengan baik..supaya waktu malam juga anda dapat diguna dengan tidur yang cukup ;) 

bila tidur tidak lena.... BEGINILAH!

#SELALUNYA ANDA BEGINI KANNNN?? hihihi

#lol

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx