Bila rasa kecewa datang.. bermulalah episod kemurungan... hilang semangat dalam hidup. berendam airmata.. dengan menangis jer keje nye.. Mkan pun tak hingat..sampai badan kurussss macam olive! haiyaa.. kalu kita turutkan hati memanglah hati mana tak sedih ..pedih.. kan? ape kata masa ini kita tukar pulak caranya.. jangan sampai si jantan tu tergelak bahagia melihat kekecewaan dikau wahai sang bunga! cehh wahh puitis segala!
Sebabnya bukan berkata seperti tidak melalui nya.. kerna melalui lukanya hati inilah membina benteng hati saya kuat setiap kali saya hadapai rasa kecewa. Alhamdulillah yang menetukan semangat kita untuk bangkit dari feeling tak bagus ini adalah diri sendiri. kita buat sesuatu yang bodoh tu tak ke mana pun.. misalnya nak gantung diri... hamboii nak mati senang lah.. dalam kubur belum tentu lagi selamat kan. ada juga yang sanggup makan pil khayal ,minum arak sebagai nak meemabukkan diri dari ingt kat si luncai tu kan.tolong jangan ikut rasa kecewa itu.. takkan ada ALLAH bagi sesuatu hal itu untuk menyusahkan hidup kita. MUngkin Si mangkok hanyun itu memang tidak layak untuk kamu yang baik..jujur ..setia kan.. makanya,DIA bantu agar kita dapat yang lebih baik... walupun tidaklah sempurna.
fikir positif andai anda dikecewakan.
kalu tak puas hati jugak....... inilah masanya untuk anda tunjuk yang anda boleh hidup tanpa dorang. bahkan akan dapat yang lebih bagus okay!!! nak sedih boleh jangan lah berkurun² lama.. melampau! kalu tak sedar juga dari kemurungan itu.. tamparr jer muka sendiri kasi penyedaran betapa bodohnya nak kucewa tak hingat² diri ni.
.okay² mari saya bagi tips yang boleh bahagiakan diri sendiri..
.Happiness is in your hand.
Itu prinsip dasarnya.Semuanya bergantung pada cara kamu berfikir. Andai kamu percaya kebahagiaan itu mampu untuk dicapai maka percayalah dengan sendirinya hidup pasti akan lebih bahagia. Namun andai kamu berfikir sebaliknya, secara tidak langsung hidup kamu akan terus suram dan terasa dirundung dengan pelbagai masalah. Oleh itu, sekiranya kamu inginkan hidup lebih bahagia, ubahlah cara dan gaya pemikiran kamu mulai dari sekarang. Semak perkara berikut, ia mungkin boleh membantu kamu...
Senyum
Mungkin sudah berjuta-juta kali kamu mendengarnya tetapi inilah penawar paling mujarab untuk kamu sentiasa rasa bahagia. Oleh itu, rajin-rajinlah melemparkan senyuman. Percayalah dengan senyuman kamu mampu mengubah banyak perkara termasuklah membuat sebuah suasana yang sunyi sepi menjadi ceria. Jangan hanya senyum pada orang yang kamu kenali sahaja, lemparkan juga senyuman pada orang yang kamu tidak kenali. Kamu akan rasa begitu bahagia apabila senyuman kamu dibalas dengan senyuman juga. ‘You Are Beautiful, No Matter What They Say’ Cantik itu hanya satu konsep dan ia bergantung kepada cara kita berfikir. Oleh tu, sentiasa percaya, diri kamu juga dikategorikan dalam golongan yang cantik. Dengan itu secara tidak langsung orang lain juga akan melihat kamu cantik. Namun sekiranya kamu merasakan dirimu kurang cantik maka di mata orang lain akan memandang kamu dengan pandangan yang sama. Tidak pasti kenapa, namun mungkin ini yang dikatakan aura....
Buka Mata, Buka Telinga
Cubalah bergaul dan bercampur dengan orang dari pelbagai peringkat dan umur. Lebih banyak kamu bergaul, lebih baik. Kamu bukan sahaja boleh melihat malah mendengar pengalaman orang lain. Secara tidak langsung kamu akan jadi sedar bahawasanya bukan kamu seorang sahaja yang susah di dunia ini malah ada orang yang lebih susah dan merana daripada kamu. Jadi bersyukurlah dengan hidup kamu.. Luahkan Segala Yang Terpendam Luahkan sahaja apa yang ada di dalam hatimu. Sekiranya dibiarkan ia bersarang,lama kelamaan apabila sudah tidak tahan akibatnya akan meletup dan sukar untuk dikawal lagi. Daripada kamu jadi tidak terkawal, mengamuk tidak tentu pasal lebih baik kamu belajar untuk berterus terang dan meluahkan sikit demi sikit. Hidup akan rasa begitu bahagia apabila kamu sedar bahawa susah atau senang kamu sentiasa ada orang di sisi menemani.
Lihat Sekeliling
Luangkan waktu untuk menikmati pemandangan sekitar kamu 15 minit sehari. Memandang ke langit, mendengar suara burung atau melihat tingkah laku binatang mampu menjadi terapi yang sangat menenangkan. Di samping itu, kamu juga akan sedar betapa kecilnya kamu di tengah alam semesta ini dan bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk terus hidup. Bahagiakan begitu?
Cuba Perkara Yang Baharu
Kebosanan adalah salah satu alasan mengapa kamu tidak berasa happy dengan hidupmu. Oleh itu, untuk memastikan kamu tidak bosan dengan hidupmu cubalah melakukan hal-hal yang baru dan tidak pernah kamu lakukan. Kebiasaannya kamu akan rasa teruja apabila berpeluang untuk melakukan sesuatu yang baru. Barulah hidup kamu akan gembira sekiranya hidupmu sentiasa ada pembaharuan..
"Happiness depends on yourselves."-Greek philosophe
nampak simple caranya.. pasti anda cakap "apa pun tak boleh" tapi inilah yang sering menguatkan diri anda sebenarnya. Monolog dengan diri sendiri.. itu adalah cara yang terbaik. dia sahabat setia kamu.. tapi fikir yang positif.berkata yang positif.. pasti akhirnya anda bebas dari masalah kurang keyakinan pada diri.
selamat mencuba!! mencuba lebih semangat!! semangat yang gemilang!! :)
sentiasa mendekatkan diri dengan Allah untuk mencapaikebahagian sejati.huhu
BalasPadam