29 Mac 2011

badan jam padang pasir! Fuhhhh

haiyo... siapalah tak hengen bentuk badan seperti jam padang pasir tu... pewittttt!ahaks :) 

 Semua wanita menginginkannya. Tapi sebagai sesama manusia...tak perlulah mengejek perempuan yang gemok. Mereka pun tak ingin jadi begitu. kesian kan..camne kalu kita sendiri kat tempat dorang..maunya tekanan hidup.giler ku sumpah terus ko jadi gemok lagi gedempol. biar ko rasakan.... Sejauh mana kata-kata itu. walhal mereka sangat menjaga setiap pengambilan makanan dan senaman. Ohh.. itu bukan salah mereka.. cuma cara mereka untuk menegur sangatlah kurang bermoral.

Bukan orang gemok jer susah nak kurus..ni akuuuuuuu ni haaaaaa....! susah nau nak membesarkan badan.. dah badan kecik...isi pun kurang.. LOL. terasa seperti olive kekadang. cit! Tapi taklah sekurus² nampak tulang bagai...hmm...

Ntahlah.. mayb lepas ni nak try weight gein! eh tol ke eja ni? okay,akan dipertimbangkan.

motipnya.... biar apa pun bentuk badan.. biar apa pun orang ejek.. ko mantain jerrrr, usah pedulikkkk sama orang yang kurang bermoral tu. mentality yang kurang baik tuwwww...  makan jer sampai puas hati.. tau kesan.. tau akibat pengambilan cukup lerrrr.... ;)

okay.jom jogging.. hihiihih :P ( jogging lari setempat ..okay wat!!

BE +ve ... loving... & gud smile.... LOVE LOVE LOVE!

Kebahagian


ada orang kata bahagia itu adalah sesuatu yang kita miliki. tapi dimana anda memiliki kalo kamu tidak pernah mencipta dengan hati yang tulus.rasa bahagia datang kerna anda yang menciptanya. tapi untuk merasakan rasa bahgia itu.. haruslah mencipta sesuatu yang ikhlas dari hati anda. baru kita dapat memiliki rasa bahagia.

tapi kadang² orang suka mengatakan sesuatu yang tidak ada pada hatinya hanyalah untuk menjaga hati orang lain. untuk apa? kata² itu boleh menyakitkan hati org lain..kerna tidak ada keikhlasan kata² dan perbuatan kamu.

orang lain boleh kata bahagia itu akan datang sendiri nya. bagi aku tidak.. kalo orang itu tidak mencipta rasa bahagia itu.. mungkin cinta itu tak pernah bertahan.


pendek kata
"bahgia itu bukan dimiliki..tapi dicipta:-"


kalo ada teman kata anda tidak bahagia.. ini mungkin kerna salah seorang kamu tidak pernah memberi kebahgiaan ikhlas.tapi hbgn masih bertahan. tapi untuk apa bertahan andai anda tidak pernah merasa bahagia itu. bahagia untuk orang lain pun kene pada tempatnya.. tapi untuk mendapat kebahagiaan.. empunya badan harus mencipta rasa bahagia itu.

-kamulah yang perlu membentuknya-

26 Mac 2011

HAPPY-EARTH-HOUR !!!

MARI..MARII..MARIIIIII!!
Kita sama sama sokong kempen earth hour..sayang bumi kita!


seronok kalu ade cinta menemani.. duduk bersama lilin lilin bercahaya indah ni kan.. sambil minum  air ...makan makan... suap suap. haihsss!LOL nakkkkkkkkkkk!
....hanya 60minit okay.. dari 8.30-9.30malam!..sejam lepas tu.. semua mukahitam hitam kerna asapnya!

alamatnya..perintah berkurung aku dalam bilik.. haha!! memang gelapp pun..bertemankan neon yang malap! ;) hebatkan..............wah! okay. happy earth hour bebeh!

25 Mac 2011

Thank You Eye GlO

its fridayyyy bebeh!
kebanyakkan yang berhati riang bila jumaat kan?

Aku pun suka... Penghulu segala hari. tapi aku lebih happy bila monday datang! ;) insyaAllah mungkin nanti punya perasaan yang sama hebat dengan korang bila jumaat melambai-lambai. cuma bukan sekarang!

Ohh ya....pepagi ni agak berat kepala sikit.. mata pun kabur semacam.tak suka nya!
pasal malam semalam bila aku dah boleh tidur seawal jam 10.... boleh pulak terjaga jam 3pagi.. mana tidak sakit hati weyh!*** penat otak nak melayan mata! hati kata -kau perlu tidur.. mata kata- aku tak ngantuk. cilak!LOL

nak tau ape kesudahanya?!!! aku takleh sambung tidOOOOOOOOooooooooooooooooOOO! berdenyut jiwa mak nok! sangat nak elak diri dari terjaga ketika tidur... alih² disapa juganye aku.Bengang bila pepagi penglihatan kabur... masa nak drive tu terpaksa buat mata silau nak jelaskan objek. nyampah. sungguh tak segar rasanya.biji mata ku rasa penat......bila penat,..mulalah rasa bengkak.. merah-merah.. rsa cam kering.. pendek cita memang tak song penglihatan.... tapi nasib baik ada EYE GLO!!


seriusss.. baik punya!!!
eyes glo relief-relives sore,swollen & watery eyes!! ;)

24 Mac 2011

PHOTO: 'chalte chalte"-bollywood!

Malam Bollywood ni memang sangat terasa kehangatkan disaksikan hujan renyai-renyai..AHHA takut cuaca tengok aku turun.. nasib baiklah cuaca memang sporting habis..tak jadi hujan puloq. ;) selamat lah bagi ku..kalu tak rasa bebas nak bergaya..dengan kain nya yang labuh. sungguh menyapu lantai. ;)

takpe lah..aku pun rasa cam tak syok sangat nak bercerita ni.. ape kata layan jer photo² yang ada.. aku upload je 4 .. tak payahlah nak bubuh banyak. okay, terima kasih pada mereka yang berjaya menjayakan photoshoot kali ni. ;)




- ♥ you til the end-


-waiting for you ♥ -

tarikh: 17hb mac 2011
masa: 8.00-10.30malam
lokasi: Padang Merdeka,Kuching.
photogapher: bro Putat,madey,ata,dan Pieque

Sekian,Terima Kasih.. LOVE.LOVE.LOVE!


..."cintai aku dengan hatimu,seperti aku mencintaimu. Sayangi aku dengan kasihmu,seperti aku menyayangimu. i will be the last for you , & you will be the last for me..."-dirimu satu by ungu


new upload!-24/3/11

-love this one!



itu saja.. lallala.. hiks!

sesekali sibuk dimalam hari

2 3 malam ini aku tido lewat je. sakit pinggang dibuatnya. eh eh.. sakit pinggang sebab aku kene duduk sepanjang malam. Kenapa? begini kisahnya........... (penat nak cari ayat untuk mulakan topik.. ;)

kasi senyum dulu. baru semangat nak cerita..

-OVERRRRRR.. nak jugak X-large photo!! LOL. -rasa dekat tak dengan i? wahhh :P

OKAY..sambung...


Girlfren kepada kawan aku ni... namanya Willy.kerja kat ALLIANCE BANK. oh yang kawan aku tu namanya Kelvin. Kebetulan masa tu... kelvin datang ofis aku dengan kertas A4 yang boleh tahan tebal naskahnya.than,Aku tanye lah.. untuk ape segala tu?-Nak bagi you buat kerja sikit-celah kata-katanya sambil bergurau. aku pun HA HA HA la... :) lak mende mamat ni kan... jawap betullah kalu orang bertanya.


dia pun menerangkanlah lebih lanjut. itu borang untuk mereka yang telah memohon untuk buat "mastercard". owh.... Nak tolong ke?? - aku fikir dengan pantas kilat. ada baiknya jugak nak sibukkan diri waktu malam.. dari terdampar di atas katil...melayan minda kosong.. dari melayan monolog yang tak terjawab tu kan.. haaa! so i kata YES!

Ingatkan nak buat setengah jer.. sekali hambik 80keping borang nak kene isik.. uwaaa! cabaran tuh. oklah untuk part time kan.. ;) untuk satu keping tu dia kan bagi komisyen lah sekian..sekian..sekian-tak nak terterakan kat sini-

....malam pertama tu.. cehhh... macam pelik lak bunyi malam pertama! LOL
1st nite aku buat... LOL.. ini lagi cam nak mampus bunyi nya... okay² jangan fikir bukan².. masa aku baru belajar nak isi borang tu.. terkalat jugak.. ade yang salah.. nasib baik ade copy.. kurang dari 10 helai jugak kertas kene "renyok" tapi hanya mampu mengisi sebanyak 30 helai saja. fenattlah bebeh....

..malam ke dua tu.... aku dah teror dah. boleh berlagak tak tengok contoh. ;) isi punya isi... aku dapat siap 50 keping. wahhhh.. beza masanya aku mampu rehat terlebih awal dari malam sebelumnya. tapi leher dan pinggang pasti tanggung kesakitan.. asyik jer nak patahkan leher... "kiok"kiok" bunyiiiiii kepenatan. hoks.tapi jari lagi kesian.. penat nak tulis... sampai cam nak bengkak dah pegang pen. lupa nak letak "plaster"

so...aku mampu tido dengan nyenyak sebab sangat letih... ;) seronok juga bila ade kerja yang perlu disiapkan pada malam hari. umpama aku berusaha untuk tidak merasa masa itu lambat untuk dilalui.

H.A.T.I

kamu sangat chipsmore!

Kamu suka tarik tali!

Kamu suka tenggelam timbul!

Kamu sangat hipokrit dengan perasaan sendiri

kesian hati kamu..

Hati kamu tercedera..parah

Lebih parah bila kamu cuba menjauh..

Lihat... Seberapa kerap mata kamu melihat

dengar.. Seberapa hati kamu memanggil

fikir... Seberapa detik minda kamu memikirkan

rasa.. Seberapa sakitnya hati kamu bila terpaksa melawan



'im okay'.. Jauh skali maksudnya. Berpuranya kita dalam melindungi kebenaran.
'aku tidak okay sama sekaliiiiiii'- jerit hati. Kesian hati. Walaupun hati itu kecil tapi terpaksa menanggung sebesar mana pun beban yang tak terpikul dek akal. Pity u heart.

Sebenarnya hati kamu tidak pernah pergi dari sini...itu Pasti...

23 Mac 2011

listen to your heart

atau... memang begitu !

21 Mac 2011

selamat berhari isnin..

Tentu akulah orang yang paling mencintai hari isnin. Hehe kerna aku boleh melingkar sekujur badan di atas yg namanya katil. HAHAHA! Pasti hari ni digunakan untuk rehat. Hari yang sangat MENGUNDANG kemalasan.. Tapi sangat memuaskan diri untuk rest setelah 6hari bekerja. Ceh.bangla pun 5hari keje je. Fenat tau.

Ohhh..

Justeru itu... Aku nak mengemas bilik yang da macam tongkang pecah.. Last week mood sangat malas. Lagian pula, bilik aku memang jadi tumpuan bagi anak2 buah aku untuk lepak masa aku takda kat umah. Haihss. Ini lah yang buat bengang slalu. Selalu je aku sound*jangan bermain dalam bilik* alamatnya tak lama lagi akan ku *kunci* kan lerr. Fadan face dorang. Kalu lah duduk dikatil tak bersepah xdahal. Ni bantal ke lain, cadar xkemas. Patong2 aku ke bawah. Heyyy!!heyy! Sapalah tak marah kalu hari2 balik kerja tengok itu suma. Tapi nasib aku ni bukan orang yang pemarah sampai nak main tangan. Marah2 kejap jer.. Kalu tak siap telinga dorang tu.

Kesimpulannya, hari ni aku nak kemas2 kamar beradu. Wahhhh nyah ko debu! HAHAHA

OKAY my darlings, selamat menjalani tugas2 korang. Ceria selalu even monday owez be blues..ngeh!ngeh

Feeling good, Giving love.. Thinking and speak +vely.. And must be happy.. :)

load of love.muah!

20 Mac 2011

bollywood hai!

 me le cei ya cei ye cei ya cei ya..

khamis lepas.. aku ade photoshoot.. konsepnya bollywood lerr!
nanti aku upload photo okay.... ;)

18 Mac 2011

10 laki-laki..4 perempuan !

anak anak anak... alhamdulillah akak imah aku selamat lahirkan anak yang ke-tiga... yang di beri nama FAISAL .. family ni semua bermua huruf "F" faiiiiyooo.. fufaahhh fah fegini fan.. HAHAH!!

Aku tak tau lagi nak panggil dengan nama ape baby boy tu..tapi yang pasti... aku rasa nak gomol-gomol muka dia... hihi... tapi tak leh.. sebab lagi kecik maa....



Kesimpulannya... jumlah termasuk yang ini menjadi 14orang da anak buahku!playboy banyak lahhhh...perempuan sikit jer..ade 4 orang. semua dh leh jadi teman gadoh.. hahha!
faisal bin faizam
25.02.2011

17 Mac 2011

ipoh town mali


pagi-pagi lagi dah dapat panggilan dari HANIZAH..katanya nak ajak lunch tenghari.Aku kenakan dia balik... kata kalu nak makan..makanlah area aku ni. alasan puloq dah kata tak tau jalan.. heyyy...cakap je malas nak driving sonang. hehhe

Memandangkan aku ni tengahari memang suka jugak nak memandu kuar.. atleast bebas sikit dari fikiran mengenangkan kerja-kerja buat sementara waktu.Macam biasalah..aku memang tersedia megah depan ofis dia before 12.30pm... sangat menepati watu.. kecuali ade hal.. itu lambat sikit. ;)


OH yea.. kami makan ke IPOH TOWN(IT)-satok.buat julung-julung kalinya makan kat IT kat area ni...dari ofis Nisah tu kami jalan kaki jer.tak makan berdua.. ade lagi sorang member dia.. sharifah jugak namanya.. dah dikelilingi bangsawan"embok" embok" hihii

sementara tunggu mbok jiemah tu datang..kami pesan dulu makanannya....
naaaaaa.. nasi kari ayam yang -nyaman-



okay.kali ni tak banyak story.. heheh tengok gambar jak ;)

-kami-
hanizah & jiemah

16 Mac 2011

cuti sekolah daaaa...

kalu musim sekolah.. rumah kami sunyi. Memang sangat sunyilah.. pagi aman sikit nak berbuat ape.. lagi-lagi tengok tv..hanya aku lah yang menguasai bila isnin tiba.raja remote! hiks

tapi...

Bila masuk musim cuti sekolah...................... bangun jer pagi.... depan tv anak buah aku dah melopong depan ruang tamu. haihs... pagi-pagi dah dengar suara burungburung yang lepas dari sangkar. Pagi petang siang malam..rumahkan ade kanak-kanak. Kekadang tu seronok..kekadang tu haiyokkk.. naik pekak bisu nak HEYYY sana! HEYYY sini! adoila.. Kalu takat suara aku nak menjeritkan dorang ni.. memang baik tak payah nak bersusah payahnye.. hanya semut-semut kecil yang mendengar jeritan batinku.. hahha!! buang tenaga nak melarang dorang... kesian makcik!-haihs-


ini sebahagian yang ado... yang dah besar-besar susah sikit nak melepak sama. Aku kalu hari cuti sekolah ni.. kekadang suka melayan budak..kadang-kadang..ikut suka ko lahhh.. malas oden nak layan. :P
(mata bengkak..huhu pas bangun tido petang isnin tu..)

beginilah... aku suka lepak tepi rumah petang petang hari. sebabnya kawasan ni redup...melayan angin yang nyaman... memang tempat untuk lepak petang... lepak minum petang sambil ulam-ulam . ;) Bersiap sedialah dengan keriuhan hujung minggu nanti. Kalu aku rimas.. nun bertapa aku dalam bilik. hahahah!!!tempat segala tempat yang paling tenang buat aku ;)

sakit mata

berapa kali dah anda sakit mata sepanjang hidup ini?? soalan saya yang sangat menyusahkan minda...kan!!? ;) Kalu begitu... anggap je lah ini kali pertama.
Ohh YESss!!

ceh.perenggan pertama memang begitu.nak kiasan dulu LAH!

Sebenarnya aku nak story pasal last week aku kene sakit mata.pagi yang indah bangun tido.. terasa mata aku sakit².. urat mata cam tegang.eh tau rasa camne tegang tu..tak? haaaa... camtu lah ;)  Bila masuk jer bilik mandi... siap belek-belek mata. YOSHH!! urat mata dah merah² sikit.. tapi aku anggap jer tu bukan sakit mata.. mungkin terlebih tido atau terkurang tido.


tapi belah petang tu.. mata semakin merah..sangat tak suka. bila terpaksa guna spek mata. poyo! dalam ofis pun pakai cermin mata.nasib baik ada spek mata merah..kalu pakai yang hitam.. eeeee~~ ape keheyyyy?!
kalu tak salah aku.. 4 hari jugak aku tanggung mata merah ni. tak suka kakak weyhh~!



-wajah kesian minta simpati- blahlah OOiii..
ihiii..~~ fuhhhh jangkitlahhh jangkitlahhh korang-dalam hati ku berkata!(jahat HEHE)

ikutkan dah banyak kali kene sakit mata ni...masa kecik.. masa sekolah rendah.. sekolah menengah.
Tapi masa sekolah menengah lagi best. maklum duduk asrama..point nak balik rumah..tak nak masuk kelas.. adalah merapatkan diri dengan member sakit mata. keje giler.. habish tu bila sakit mata..berjola joli lah kat rumah. dok asrama memang mematikan rasa... kalu doktor bagi 3 hari cuti.. kita up jadi 5 hari... hihi. haiya... hati saja tau kenapa duduk asrama tu sangat begitu kejam rasanya..tapi disebaliknya kita dapat kebaikan iaitu "berdikari". lepas sekolah rasanya pernah 2 kali kene sakit mata..termasuk yang kali ini lah..

ohhhhh..berbalik sakit mata... mata oh mata... selamatlah mata aku sekarang dah sembuh sepenuhnya. ;)
tiada lagi merah dimata.

okay,bai bai bai.. i love you bai. ;) love always~!

pagi yang tenang

good morning my darlings..!
Semoga pagi2 ini,kita diberi keyakinan untuk menjalani sepanjang hari ni....jauhkan dari iri hati..dan perbaiki kekurangan diri.yang paling penting BE Positive.. And giving love..InsyaAllah.. DIA selalu ada untuk memberi kita kesedaran supaya kita boleh berubah jauh lebih bagus.thanks to Allah.. Thanks kat kawan2 banyak memahami..banyak beri tunjuk ajar.. Kasih sayang yang tak berbelah bagi.. Eh..ada eh? Hehe biar hidup penuh rasa sayang.. Jangan ada benci. Terima kasih atas peluang2 yang diberi.. Semoga kalian bahagia menjalani kehidupan dunia dan akhirat.amin.

Haihzzz!

Ingatkn nak bgi kata2 slamat pagi jer.tetiba buat titian panjang dgn madahan2 indah ploq. Okay okay.. Have a great day!*

LOVE.LOVE.LOVE-MUAHHXX!

15 Mac 2011

bicara dengan Bulan

'..aku tau kau disana..disana yang sungguh jauh..aku mau kau kembali..kembali semula..' - kata bruno mars dalam versi melayu.. :)

bulan dan cahaya
Sinar cahayanya boleh buat kita sedar betapa Besarnya kuasa maha pencipta. Dari bumi kita dapat lihat hanya sekecil bulatan yang tak ubah seperti bola kecil. Tapi cahayanya mampu menerangi seluruh alam.bulan itu ibarat cinta.cahaya terang itu sama seperti kasih sayang.. Kasih yang mampu terangi perjalanan gelap dalam hidup kitaSyukur..kuasaNYA tiada tandingan..

Bulan dan gaji
hehe bila nak ujung bulan pasti suma happy.yela mashyukk katakan.seronok dapat settle macam2. Best dapat beli itu ini. Pendek cita, kepala memang ringanlah. Hati memang tbentang luas.. Hmm tapi aku tak brapa gemar bila story bab ni. Bagi aku same je. 'tettt*talian terputus.. Sila simpan dalam hati. Btw, oh ya.. Seronok2 dapat gaji ;)

bulan dan haid
eh laki mana datang haid. Hehe pompuan je la. Masuk je bulan bru, kene standby tuala wanita.. Ada yg sibuk nak kotex..carefree, stayfree(dulu pakai ni tp kkdg beli juga), libresse(kini aku pilih ini jenama) wahh.. Bukan sedap nak hadap suma ini. Kekadang awal seminggu, kekadang cun pulak..kekadang seminggu sakit perut tp tak jugak kuar kuar.hehe eleh, ape nak malu, ini normal lah. Lelaki pun kene tau,yela nak melayan bini, gf, adik pompuan ko ke.. Haa.. Mood dorang ko tak leh nak layan sukahati..takde salah pun tetiba naik hangin. Haha yang ni xleh kompelen okay da lumrah.. Ia nya same dgn 'ego' sorang lelaki. Mana yg tau meredha itu samalah dgn laki yg kawal ego dorang. Same je. Diam.. Seterusnya!

Bulan ada 12bulan
bulan januari da berlalu. Yang bestnya bulan feb and mac tarikh dan hari nye sama tahun ni. Kan kan?-semak kalender cepat..haa :)
april takde cuti umum. Mei ada lagi awal bulan ada cuti. Jun,july,ogos..september Puasa raya. Adoi. Tak lame lagi la.. Oktober birthday gwa.. 29yrs. November december.. Bila nak g holiday? Hmm terus tamat 2011. Hehe apa2 pun harapnya semua bjalan dgn lancar..

Tak kira apa pun tentang bulan. Semoga kita terus dalam keadaan yang baik2 saja.

Datang je malam aku layan lagu 'talking to the moon'-bruno mars.senyum manis wok :)

sayang.sayang.sayang.KaMu!

im back!

air kosong.biasalah.
eloklah untuk diminum..pastikan ddidih dulu.

tin kosong.biasalah.
bule je isi dengan roti kering..pastikan tin itu bersih dan selamat untuk digunapakai.


hati kosong. ishk. tak nak jawab..... bla bla bla...


dot


dot

dot

dot

dot


dot


hari selasa memang kosong dari segala hal. Masuk kerja pun Kosong... bukan ade orang pun. bukan ade student datang ujian undang-undang pun.duduk mengadap pc pun otak jadi kosong. nak buat ape pun satu hal pun tak boleh. hadoila... nak sibuk diri pun..nak sibuk dengan ape. haizzzz..!

Hanya yang ada dalam otak "kosong" tetiba rasa cam benci sangat dengan perkataan yang bernama "kosong" . seriussssss.... giler penat nak tunggu balik kerja. biar tak ku hadap pc.. dan ku hadap suasana yang bosan ini. tapiii nak buat camne... kene jugak. cit!

kebelakangan ni jarang sangat dah nak update blog.Rasa nak close kan jer blog ni..tapi sayang pulak. Kalu tetiba buka tu blog aku ni takde.. makanya mem-"boycott" lah tu.


okay i senyum ;) lame dah tak senyum kat korangkan.. (maaf..kebelakangan ni nak mbik gmbar pun tak seronok.) so..imagine je la yeee.. senyum mesra aku untuk korang. nanti kalu tergerak hati aku update lagi..okay.


...love..love..love !


12 Mac 2011

makan dengan siapa? dimana?

Bila datang jer tengahari waktu kerja.. haaaa mulalah  memikirkan "makan" apa?! mulalah nak fikirkan nak makan ngan sape?! haaaaaaaa.... dimana?? woaaaaaa..leceh tol. Yela..kalu tak nak makan pun takde halnye.. tapi aku ni cepat sangat nak ikut rasa... ala.. kalu dah hari hari tak kisah pedulikan makanan.. haaa mulalahhh seminggu² tak tegur sapa ngan nasi pun perut pun tak kisah. tapi aku kisah weyh.. pengalaman mengajar aku. "kalu tak makan..nanti fengsannn depan "jamban" a.k.a toilet!

ishk.

biasanya kan jadi masalah bila hari jumaat lah.maklum orang rehat 2jam. aku rehat cam biasa jugak.1 jam.. tapi memandai memanjangkan waktu rehatku. ah tak peduli.ehem-ehem.kalu tak tau ke man-mana pun ..aku tetap nak kuar jugak pada tengahari tu.. tapi ikut keadaan juga.kekadang tu.. malas nak kuar. kalu stress tu... confirm menyukat jalan lah dirinyeeee ;)


cakap-cakap pasal makan tenghari ni.. jumaat lepas sempat sms member ni.... tanye dah lunch ke belom. dari simpang 3 ke satok... well.....tiada istilah jauh kalu hati kata mahu. so... 12.30pm tu dah sedia ade kat ofis hanizah.kerja kat wawasan koperasi. oh... lupa nak kenalkan...

ini..sharifh hanizah & amoi(anaknye) dua dua comel....

ini kali ke 2 lunch ngan dorang. 1st time tu kat KFC... dah asyik² kfc..kali ni nak singgah ke AYAMKU. eh bukan ayamku.. tapi kedai itu nama AYAMKU.. ;P
ape nama eh? ** tettt**** pelupanyee...chicken BBQ rice kot. tapi yang pasti BBQ. AHAHA! ko jangan gelak.. aku ni memang ade penyakit pelupa nama makanan.tak berapa lah rasanya.. mayb sebab kuahnya masin... tekak aku ni tak suka yang masin-masin / manis-manis sangat. terus tak sedap makan.tapi terpaksa.
hish... memang tak dapat nak habiskan.tolak tepi pinggan tuh. kesian.

lepas makan-makan.kitorang blah dari wisma satok.2 anak beranak tu..singgah saloon..,katanya nak cuci rambut ..promotion price hanya rm5.giler murah.kalu jam tak lewat sure aku ikut sekali ;) hihi extra massage tu..sape tak nak.. bila stress dek oiiii... tu yang syok kalu kene urut ... kan kan kan...

10 Mac 2011

4 saman wohhh

Orang kita ni suka buat kerja last2 minit..wohhh... Pastu merungut sana sini wohh.. Awal ashaari ehh salah.. awal2 lagi da gtau pun tak nak buat..woh. Fadan mukaaa buang masa 2 3 jam berdiri. Haihhs.. Fenattt wohhh!

Mai..aku cita satu kisah ni. Bersangkut paut pada perenggan pertama tadi. Fuhh!

Mula-mula..

Dia da tau pun dia miliki saman yang tertunggak berkeping2. Malah tidak pernah nak hirau utk settle kan.sampai keping kertas tu pun dia xtau letak mana dah.. Haiyo***

lepas tu.. Masa sibuk2 orang nak bayar saman februari lepas pun dia belum bayar. Sampai close pun date tu. Memang sempoi mampoi lah kepala dia.

Nasibaeklah..

Masa pembayaran itu dibuka lagi 1st til 10th march ni.. Nak tau hari ini a.k.a 2hari b4 tamat baru nak g bayar..suka sangat last minit

okay.begini..
Sampai je dia kat balai polis simpang 3 tu.. Fuhhh tak nampak banyak tapi berbaris sampai tangga jugak. Nak je dia pergi tapi panas tengahari cukup bikin ranggup, hehe makanya dia berlalu pergi. Katanya nak settle kat situ malam.haih

bila balik kerja petang tu, dia makin bingung nak settle suma ni esok ke malam.Akhirnya buat keputusan nak selesaikan hari tu juga.on9th march lah!



setiba dibalai polis!

datang situ dah satu hal... ramai.cam dah ade mega sale ! ni bulan march belum lagi bulan ogos.. hehhe
then keduanya... nak parking.. ya ampun..berderet je tepi jalan kereta-kereta yang ada..
nasibaek lah dia ngam -ngam parking depan balai polis tu..

.......okay,dia sampai situ dalam jam 4.30petang.ingatkan terus ke kuanter pembayaran.Tidak sekali.
kene juga semak dulu berapa saman kat dalam nunnnnnnnnnn satu lagi kuanter khas nak semak saman. tapi kalu masih simpan kertas saman tu.. boleh je direct bayar.Nak tau berapa lama dia tunggu.... hoho 1jam jugak wohhhh... mana tidak wohhh.. nak kata ramai tu tidaklah.. tapi kalu sorang tu check untuk 5 orang nye kereta.. terpaksalah macam-macam gaya nak tunggu.

lepas satu jam...

dia ke kuanter pembayaran. ceh dah agak dah 4 saman yang tertunggak. 4 kali rm30 = sap sap sap rm120!
macam-macam leh buat dengan duit tu kan.Sampai je di kat situ.. fuhhhhhhhhhhhhhh... panjang nyee Q.. tapi atleast takde lah panjang sampai keluar-luar nun.. cuma "sesaK' sangat. ikut hatinya.. nak je kuar dari situ..tapi dah alang² berdiri...baik teruskan saja..kan? kalu nk tunggu dia clear tanpa seroang manusia memang jangan harap LAHHH..

macam-macam kerenah..pelbagai haruman..dan bauan... yang wangi yang tak wangiiiii... aduhhh.. memang pusing sangatlah kepala dia kat situ. nak nak pulak kene beratur.. sejam lebih okay!! SEJAM LEBIH OKAY... aku ulang nihh.. hehhe!kesian dia... tapi takpelah kan.. dari kene hukuman yang seterusnya..

ceh.

nak jugak "kompelen" kuanter hanya 2 dibuka WOoooohhhh! tapi dia ni ikut barisan tengah yang seumpamnya mempunyi 3 kuanter. padahal ditengah itu tidak diperlukan utuk sesiapa pun berbaris. AHAH.. tetap juga berdiri.. degil.tapi bukan dia jer yang kepala keras.. banyak kali yang ikut kepala dia. :P
Semakin hampir dengan kuanter... masa itulah khidmat mesra alam sangat diperlukan.. ;)

Dia mulalah nak 'hai hai' kan orang sebelah. ;) nak nak pulak remaja lelaki yang sedang-sedang umor... nak kata kenalan tu tak lah.. cuma dok sembang kosongkan.. tanya saman u brapa.. kalu nak berkenalan.. mesti nak tau nama kan.. fuh! hati dia beku nak berkenalan dengan sapa-sapa kot masa ni.dipendekkan cerita... dia ni sempatlah tanya.. U bayar untuk i sekali boleh? wOOhhhh jangan salah faham... tumpang untuk bayarkan jerr..maklumlahh line tengh dia berdiri tu takde kuanter pembayaran.. haha.. khidmat segera diperlukan lah.. *ambil jalan tengah) lelaki yang tanpa dia kenal nama pun kata OKAY! apa lagi.......... selamat lah perbarisan tengah yang dihimpit masalah tu. wakakaka!

------------bila turn budak laki tu. hati dia mula happylah... sebabnya dia dah boleh blah dari tempat terhimpit tu. gile menghimpit orang kat situ YOUuuuuu...tak tahan.lemas.rimas.

bila habis bayar.. kitorang pergilah kat luar untuk berbagi resit pembayaran itu. YOSHHH!! barulah senang hati dia bila nama dah clear dari saman² tu kan. around 6.30petang baru selesai... dia blah terus ke rumah..dengan hati yang lapang.... sebabnya road tax..insurans menunggu hujung bulan. haiyoshh!

penat wohhhhh....nak cerita pasal "dia" hihi..sebenarnya "dia" itu sapa?? hihi dia tu SAYA wohhhhhhhhhh!!


larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :P sekian makasih woohhh wohhh!

8 Mac 2011

tak nak kutuk,tapi kutuk kutuk!

Ini kan perkara biasa dalam kehidupan.

Kita tahu, kita sedar yang kita perlukan sesuatu benda itu, atau mungkin kita perlukan seseorang itu dalam hidup kita. Ermm.. sebentar, untuk mengelakkan kekeliruan aku rasa baik aku ambil contoh 'sesuatu benda'.



Yeap, lebih selesa sekarang. Sambung.



Kadang - kadang kita tahu dan sedar yang kita sangat - sangat memerlukan sesuatu benda atau perkara itu dalam kehidupan kita. Kita perlukan untuk sesuatu situasi, untuk sesuatu keadaan, untuk sesuatu kerja atau mungkin untuk sesuatu pengalaman.



Tapi yang peliknya, dengan super-ego yang wujud dalam setiap diri kita, perkara atau benda yang kita sangat - sangat perlukan itulah yang kita kutuk-kan.



Kita kritik, kita kondem, kita bercakap tidak elok atau mungkin yang paling terakhir, kita makikan ia, dengan alasan untuk kebaikan.



**Macam aku perlukan CPU yang baruuuuu kerna yg lama dah mau rosak..tapi aku kutuk bunyi nya yang dah macam bunyi mesin jahittt....padahal dgn cpu ini aku terpaksa gunakan juga... (aku ingatkan melayu mudah lupa..tapi cina ayat abu-abu..asap tercemar... habukkkk pun tarak... siot..kata  nak tukar cpu aku..tapi  mana!! tekanan nak restart lebih sepuluh kali dalam sehari..)-kiki



Bodoh kan?



Memang kita tak sedar. Oh maaf, aku tak cakap pasal aku, tapi aku cakap pasal kita. Semua.



p/s: Dan sekarang, cuba tukarkan 'sesuatu perkara' itu kepada 'seseorang'.

copyright;zahiriladzim...ubahsuai..by me!

6 Mac 2011

tiada lagi rambut rosak!

Nak buat keputusan tu bukan senang..lagi-lagi benda yang kita tak nak. Begini kisahnya.. ;) terusss jadi kisah,padahal saje nak cariiiiii ayat pasal besh nak memulakan perenggan.

Sejak aku rebonding-kan rambut.. hujung rambut semakin rosak. rosak dengan bercabang..tambah lagi bila dah bercabang.. asyik je putus-putus... tak beshkan. hmmmmmm bermulalah terdetik dihati nak potong rambut...bermain difikiranlah bila masa yang tepat nak gi saloon. haiyosssshh!

uuuuuuuuuuuuu... ambik masa seminggu jugak aku nak fikir semua ni..padahal nak potong yang hujung tu je. Masa balik kerja.. plan memang nak jumpa member jugak petang tu. Memandangkan dia lagi ade hal yang nak disettelkan.. aku pusing² lah bandar kuching.. alih² menuju ke area TUGU KUCING.. terus mengikut gerak hati yang berkeping-keping... jalan lurussss dari traffic light SARAWAK PLAZA then lurus lagi....belok kanan...jumpa trafik light depan SOHO..terus belok kiri .. pastu belok kanan dan kiri lagi. yeahhh!! siap parking depan saloon. OMG! ( ada faham jalannya) hihih :P

seriuskah nak potong rambut-kata yang pecah dari hati! heyyyaa..
aku masuk je terus pintu tu... dan duduk dengan perasaan yang semangat nak gunting yang terosak itu. Semangat?!! ya harus semangat kalu tak seminggu 2 kene hadap rasa menyesal tak guna.so, aku redha je masa tu.. nasiblah baiknye tukang gunting rambut aku tu.. seorang laki yang pro... nak tau nape..? meh i cerita sikit....

albert(bukan nama sebenar.. hihi adelah seperti buku ceritalahhhhhh)

aku: i nak potong kat hujung² je.. tak nak kasi pendek... sikit je tau..(ulang 2x lagi ok)

albert: oowhh.. ok... ptg dalam 1cm jer..

aku:(dapat ke nak beza 1cm masa syok potong rambut) dalam hatiku berkata lahhh

albert: (senyum) dun worry.. kalau tidak cantek.. u tidak payah bayar!

aku: (confident gileerrrr) owhh OK. (senyum)


............haaaaaaaaaaaaaa,gitu lah al kisahnya.....

so,masa dia dok gunting² tu.. aku pandang² wooo.. kang dia gunting 11/2 ..haa leh aku komplen kan? tak payah bayar lagiiiiiiii... hahah! tapi wa cakap sama lu ahh.. wa tabik springgg ohh cara dia potong rambut wa..sangat teliti...ikut apa customer mahukan.. dan pasti tilak menyesal.(cehh cakap bunyi cam david teo) hahah!!i nak rambut i layer tapi still tebal dan panjang.. tak nak yang over nipis.. tak suka.

zapp..zapp..zappp... dia guntiing.. akhirnya sempurnalah rasa dari tanggung rambut rosak.. so,nak dapat free memang tak boleh lah.. dia memang potong memang tak pernah mengecewakan sekelumit jiwa pun.. TQ.
so...tak dapat oden nak kompelen rambut tak cantek.. dah terang tang tang kemas lagiiiiii memuaskan. kene gi kuanter bayar lah.. ;)

ngam² pulak habis gunting rambut.. puan delima call.. so..............roger n out la ke MCD bt3.

"tiada lagi rambut rosak!"=sekian makasehhhhhhhhhhh!

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx