MIGRAIN
Pengenalan Penyakit
-Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
-Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
-Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
-berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
-denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ - sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala
PALING TERUK AKU KENE MIGRAIN ni time aku sekolah. NASIB baek la kene kat rumah... aku mmg hanya mampu baring je.. bukan tak mampu nak berjalan.. bila berjalan je..denyutan itu seterussss ke kepala.. mata aku plah takleh nak toleh kanan kiri. sakit!! urat dia cam nak tegang sangatttt.dah la rasa panas je badan... mata aku tu rasa cam kembang je.. padahal tak. itu aku paling terukkk la.(rasanya aku ni takdelah fikir sangat dengan pelajaran aku...biase je,tidopun tak lewat.. tapi mungkin disebabkan panas -maklom je time tu aktif sukan.. dan juga bantal kot!masalah² kecik tu biasalah..tapi mungkin masa tu dia nak serang jugakk..jadi beta yang mennanggung rasa saktinya.. huhu =( .. tak mintakk aku..kene teruk camtu.. mmg tak leh ko nak gerak² suka hati pergerakkan ko..urat² suma jadi sensitif.. mmg berdenyut-denyat la!
alhamdulillah sekarang ni jarang² sikit..kalo kene pun aku just beli je ubat kat klinik.. ^_^ kenapa tetiba aku story pasal sakit ni.. hehee pasal 2 3 hari ni..migrain tu la..ini mungkin sebab tido lewat dan banyak berfikir.. =(. tapi yang pasti kan aku ni memang tak leh sangat kene panas tengahri tu.. bila kat ofis sejuk.. aku kuar g beli makanan ke.. tak lame pun kalo panas tu mmg panas.. bila aku masuk balik dalam ofis.. komfom nye..kepala ku pening.. tapi takla sampai migrain ni. tapi dari situ,efek dia datang... hmmmmmmm sabau jela..
paling penting.. nak elak... malam mesti tido awal dan rehat secukupnya.. jgn tdo guna bantal keras.. konfom sakit kepala... dan jangan stresss dgn terlalu banyak berfikir.. itu yang pendapat bagi aku ni la. ^_^
Kalo anda ada simptom² yang diterangkan kat atas sane.. sila g jumpa doctor tau!
mmg selalu jugak kena migrain nie.tensi je kalo kena..
BalasPadamsejak bila kitak jadi doktor tok ki?
BalasPadamthanx 4 d info....:)
BalasPadam