20 Mei 2011

Itu Kamu




Bukan aku hanya mengutusimu di waktu susahku. Tidak endahkanmu di saat senangku. Adakalanya kekusutan yang ku alami, tak dapat ku jelaskan pada orang lain. Barangkali , aku enggan mereka mengadili perasaanku, melihat sisi rapuhku. Dan di fikiran ini terlintas satu nama. Iaitu kamu.

Kenapa aku pilih kamu? Kerana kamu ku percayai, untuk menyimpan rahsia hati. Kerana kamu seringkali dapat memahami. Kerana kamu tak pernah jemu mendengari, luahan tentang hidup, tentang perasaan. Kerana kamu layak.untuk dekat dihati aku.

hanya kerna itu...

Aku belum bersedia melihat kamu pergi. Janganlah kamu hilang tiba-tiba, mendiamkan diri. Kecuali kalau kamu sampai hati, membiarkan aku tertanya dan buntu sendiri. Namun ku akui, seharusnya ku fahami. Bahawa kamu takkan selamanya dapat menemani diri ini.


(rahsiahati)-by kikihanako 

1 ulasan:

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx