14 Jun 2011

Hati mana tidak remuk ,andai sekian lama mempertahankan mahligai yang dibina..


REMUK hati Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, apabila alam perkahwinan dilaluinya tidak pernah bahagia, malah hanya mengundang derita dan sengsara. Air matanya gugur setiap kali mengenangkan sikap isteri, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimi, 25, terhadapnya.
Di manakah rasa hormat seorang isteri terhadap suami, dia ditinggalkan pergi begitu saja. Hilang tanpa bicara walaupun sepatah kata. Sehingga kini bekas pengacara Trek Selebriti itu hairan kenapa Suhaila sanggup memperjudikan mahligai yang baru mereka bina.


Andai kata dalam hati tiada rasa kasih, kenapa perlu bersetuju untuk berkongsi hidup dengannya dulu. Ada isteri, tetapi entah ke mana perginya. Apabila Jimmy enggan menceraikan isterinya, bukan bererti dia dayus tetapi dia tidak mahu berkahwin semata-mata untuk bercerai. Selagi terdaya, dia akan berusaha menyelamatkan rumah tangganya.

Kepingin sangat hatinya untuk mendampingi isteri tetapi itu hanya angan-angan kerana hubungan mereka kian jauh. Dalam pertemuan dengan wartawan Selebriti, NOR AKMAR SAMUDIN, Selasa lalu, Jimmy enggan berahsia lagi. Dia meluahkan segala yang terbuku di hati.


INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.


Nak baca lebih lanjut sila klik sini.... myMetroRemuk hati Jimmy


"kita merancang Tuhan yang menentukan..."
 mesti ada hikmah disebalik semua ini. semoga jimmy tabah menghadapinya...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx