PORT DICKSON, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 984 orang konstabel polis yang menjalani latihan asas bersama tentera selama enam bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini akan mengadakan perbarisan tamat latihan pada Sabtu ini bersama 2,107 perajurit muda.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencetuskan idea latihan bersama polis dan tentera itu, dijangka menyaksikan perbarisan tamat latihan perdana Angkatan Tentera Malaysia-Polis Diraja Malaysia siri 1/2011 itu.
Program latihan bersama antara ATM dan PDRM di satu tempat adalah yang julung kali diadakan dan dijangka dapat menjimatkan kos kerajaan sebanyak RM639 juta untuk tempoh lima tahun.
Bercakap pada sidang akhbar di sini Selasa, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin berkata dua pusat latihan tentera yang digunakan untuk melatih konstabel polis ialah Pusasda dan Pularek di Johor.
Perbarisan tamat latihan konstabel polis di Pularek telah diadakan bulan lepas.
Zulkifli, yang bersama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar Selasa menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan itu, berkata program latihan bersama itu mungkin diteruskan untuk tiga tahun lagi mengikut kesesuaian.
"Pada saya kerjasama ini amat baik untuk negara," katanya.
Zulkifli berkata selain RTM,
tiga stesen televisyen antarabangsa akan turut membuat liputan perbarisan itu nanti.
-- BERNAMA
...................................................................................................................
Makanya.. SEKALUNG TAHNIAH buat Adik saya KHAIRUL BUJANG ... telah juga tamat untuk sesi latihan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA pada hari ni... !!!!!!!!
tabikkk!!!
we proud of you!!! |
;) (ketika rehat dihostel)
TAhniahhhhhhhhhhhhhhhh skuad !!! -rindunye ngan dia ni.. ;'(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih ;)