31 Januari 2012

Berakhirnya Januari 2012

Tak terasa hari ini terakhir kita di januari 2012..

Apa yang berlaku di januari Aku?
-Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik.
-Kesihatan,alhamdulillah.. sehat :)


okaylah... hihi saje nak mengedik update cinonet kata² ini.



okay....... moga Februari memberi Kemanisan datang dengan indah. :)





Amin Ya Rabbal A’lamin..

27 Januari 2012

Subhanallah! Air dan Kuasa-Nya

KUASA ALLAH 


Subhanallah! Kuasa Air Sungai Membelah Jalanraya. Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air.
Di bawah merupakan satu lagi kejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalanraya dengan mudah sekali. Mari kita saksikan!







Sumber: Harian metro



Amin Ya Rabbal A’lamin..

Bayi Dilahirkan Dengan 2 Muka


Seorang wanita dari daerah ultar Pradesh, 50km dari utara New Delhi selamat melahirkan bayi yang mempunyai dua muka dan empat mata. Penduduk kampung di daerah tu merasakan kelahiran bayi itu adalah ...... nak lebih lanjut sila ke ------------->-harian metro


SubhanAllah..
Amin Ya Rabbal A’lamin..

26 Januari 2012

PHOTOSHOOT: Bunga Cahaya Biru :)

 Amboiii.. terasa awal tahun ni semangat nak photoshoot lah kot. Mari saya lamperkan photo² yang sudah diupload oleh mereka² yang pakar  berlancar pada selasa lepas (24 januari 2012- at Kuching Old Court :)


Kali ni saya bergandingan dengan nana ramlee :)


nana yang comel dan cantik :)









Talent: kiki hanako & nana.ramlee

Tarikh: 24 januari 2011

Tempat: Kuching Old Court

Photogapher: Zaini Ahmat, Zul AzharAzam Subri


Amin Ya Rabbal A’lamin..

23 Januari 2012

100 hari sebelum kematian





Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.






Amin Ya Rabbal A’lamin..

20 Januari 2012

Gambar Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee Di Masjid Kristal, Terangganu


Ally pengacara terkenal TV3, atau nama penuhnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah selamat bernikah bersama pasangannya Nurfarahin Romli, 23 atau lebih dikenali sebagai Farah Lee di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi pada tanggal 20 Januari 2012.  

Farah Lee penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini,adalah gadis yang menjadi pilihan keluarga Ally. 




Hanya 2 kali lafaz, Ally Iskandar  telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.



Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

 Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Detik-detik pekenalan Ally dan Farah Lee bermula hanya berhubung melalui laman Facebook.Pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan barulah mereka bertemu apabila Farah diajak oleh adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya Ally, di sebuah restoran dan dari situ bermula cinta pandang pertama mereka.

Majlis dibuat secara sederhana dengan dan hanya kenalan dan rakan sekerja serta keluarga terdekat sahaja hadir. Bukan soal takut publisiti,cuma Ally memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor.

sumber : OHbulan!




sumber photo:aMeBuRn

sumber photo: aMeBuRn

kata Farah bahawa "dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat"-Ally iskandar

Dalam intai kisah artis ni.. aku tertarik pasal Ally iskandar dan farah lee ;) 
Kita kongsi kisah artis yang baik² sajo yer...Bagi aku  kang nak share pasal gaduh itu ini..tak syoklah Aib orang kan.tapi aku baca jugak.. cuma tak naklah nak panaskan hal orang lain. 

okay²..tadi aku sempat baca kat blog BEAUTIFUL NARA ;) terus rasa nak share kan... 
Aku memang suka ally iskandar ni.. hihi comelkan. Pernahlah sekali aku terserempak dengan Ally kat Jom heboh Kuching kalu tak silap.. tapi tak sempat nak snap² gitu. Jom layan dulu jawapan dari ALLy.

Majlis pernikahan bukannya bakal berlangsung di rumah keluarga Farah Lee tetapi di sebuah lokasi lain yang dirahsiakan. Tambah menarik, beza usia Ally Iskandar dan Farah Lee ialah 13 tahun. Ally tahun ini berusia 36 tahun sementara Farah Lee pula baru berusia 23 tahun. Apa pun, Ally teruja untuk menyahut cabaran Farah Lee yang mahukan seorang suami yang mampu membimbingnya dunia dan akhirat.
Ikuti temubual penuh Ally Iskandar dan wartawan KOSMO Ahad dengan membaca entri ini sepenuhnya.
SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?
ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.
Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?
Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.
Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?
Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?
Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.
Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?
Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.
Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?
Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. 
Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.
Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?
Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.

Alhamdulillah.. Hari ni semoga Allah permudahkan segala urusan majlis yang mulia untuk mereka berdua. Selamat menjalani alam rumahtangga. ;) Semoga Jodoh berkekalan dunia dah Akhirat.

"tulis seorang teman, dan hamba mahu kongsikan di laman tuan:-


(Aku mengeluh pada temanku, "Leceh juga memakai cincin perkahwinan. Saat wuduk, istinjak, tidur, perlu dicabut. Kemudian lupa letak di mana." Lalu teman cuma tersenyum, "Mahu kukongsikan satu tip paling berkesan?" Aku mengangguk laju. 
"Pakailah kerana Sunnah. Pasti Allah mudahkan." Dadaku kini terasa amat lapang.)


Syoknyeeee bercinta Lepas kawin :)

HAMKA dan kata cintanya

 Mungkin kita selalu mendengar kata Hikmah dan sasterawan bernama HAMKA tapi tahukah anda siapa itu HAMKA?? meh.. aku kongsi bersama² tentang apa yang aku ingin tahu. 


Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan julukan HAMKA, yakni singkatan namanya, (lahir di ManinjauTanjung Raya,Kabupaten AgamSumatera Barat17 Februari 1908 – meninggal di Jakarta24 Juli 1981 pada umur 73 tahun) adalah sastrawan Indonesia, sekaligusulama, ahli filsafat, dan aktivis politik. Hamka diangkat sebagai Pahlawan Nasional Indonesia berdasarkan Keppres No. 113/TK/Tahun 2011 pada tanggal9 November 2011.[1]

Hamka merupakan salah satu orang Indonesia yang paling banyak menulis dan menerbitkan buku. Oleh karenanya dia dijuluki sebagai Hamzah Fansuridi era modern.[2] Belakangan ia diberikan sebutan Buya, yaitu panggilan untuk orang Minangkabau yang berasal dari kata abiabuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayahku, atau seseorang yang dihormati.
Ayahnya adalah Haji Abdul Karim bin Amrullah, yang merupakan pendiri Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Sementara ibunya adalah Siti Shafiyah Tanjung yang meninggal pada tahun 1934. Dalam silsilah Minangkabau, ia berasal dari suku Tanjung, sebagaimana suku ibunya.

Ingin tahu lebih lanjut klik : Haji_Abdul_Malik_Karim_Amrullah

**************************************************************
Ohh... Aku pun ingat Hamka tu memang betul namanya. Singkatan nama beliau. 
okay, jom aku pun tertarik akan kata² tentang cinta dari penulisan Beliau. 



DALAM BUKUNYA 'TASAUF MODEN':



'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. 

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. 

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.' 

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.


19 Januari 2012

Jika Aku...


Jika aku...
Jika Aku Jatuh Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu

Amin
Ya Rabbal Alamin..

sumber google


Like Fan Page !!

Bila orang lain ade fan page.. aku pun nak! haha bukan tak nak kalah.. tapi dah memang aku punya Personal FB dah full. Kesian pulak tengok yang lain tu nak add tak boleh kan. Alaaaaaaaa.. macam kita juga, tetiba nak ikut perkembangan sumone ni.. tapi tak dapat nak add dah. mesti rasa down sikitkan.. begitulah orang lain juga. Tak kisahlah.. sekurangnya kalu ada yang tanya aku.. nape tak leh add Personal FB aku tu. aku ade alternatif untuk dorang like me. kan kan.. sekurangnya taklah mengecewakan harapan orang. ;)

DImana? apa nama? gambar apa? haaaaaaaaaaaa... klik jer nama aku kat bawah ini yer:

klik Fan page aku okay.... kat sini...---> KIKI-HANAKO

18 Januari 2012

Kelebihan Berselawat ke atas Rasullullah S.A.W


Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
  1. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  2. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
  3. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  4. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  5. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  6. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
  7. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  8. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
  9. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
  10. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  11. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  12. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
  13. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  14. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  15. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  16. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
  17. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  18. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  19. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  20. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  21. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  22. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  23. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
  24. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
  25. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
  26. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  27. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
  28. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
  29. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Oleh sebab itu, marilah kita merenung kelebihan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W:

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”
Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”
Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharapkan para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. InsyaAllah.. 

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a’lam.

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx