13 Februari 2012

Puisi: pari pari dibawah angin!



..didalam pekat malam,ada yang mencari ketenangan..
juga ada yang bersendirian.. jauh dilena angan²..
melangkah arus rintangan mendapatkan jawapan..

..titik hujan yang turun membasahi bumi,hati mula terusik sepi..
 menyimpan sejuta harapan..menyuluh untuk terangi segenap kekosongan jiwa..
dimanakah diri berada?

..sungguh jauh dilayan mimpi²....
meneroka khazanah diri yang belum terjawap sendiri oleh diri... 
aku berlari..berlari menuju impian tiggi... mencapai bintang untuk berdiri...
membawa bulan untuk menyeri destinasi.
damai indah terasa saat terapong di angkasa hati..

... tinggi semakin tinggi mencangkau ruang ...
dan aku ingin bebas ditiup angin yang diingin.. 
dibuai kesejukan bayu..biar membeku masalah lalu.. 
kerna aku ingin terbang bebas seperti pari² dibawah angin...

*********************************************

... hahaha~ Dah dah.... hihihi boleh tahan jugak aku berkiasan indah ini :)

itu hanyalah ilusi sejenak.kita manusia yang punya impian... dan tak ingin mengalah kerna kesilapan.setinggi mana pun yang kita hajati..jangan sesekali meninggi diri...ingatlah kita masih dibawah..yang tak lupa dimana kita Datang....dan padaNYA jua kita Kembali.

:)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

2 ulasan:

  1. Pengarapan puisi yg baik dan mempunyai maksud yg mendalam..tapi apakah sebnrya pari2 di bwh angin? Adakah cuma perlambangan sahaja?

    BalasPadam
  2. awak buat sendiri? cayalah :)

    kdg2 kita berada di atas, kadang2 kita berada di bawah.. yang penting kita kena tabah dan redha dengan dugaan Allah bagi. :)

    BalasPadam

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx