27 September 2012

Bila orang tegur kurus.. memang rasa nak sentap habis!

 Semalam aku sempat Lunch ngan hanizah. hee lama beno tak kuar ngan perempuan tu. maklum lah.. ofis aku ngan ofis dia agak jauh dari ofis aku. so kemalasan nak driving tu agak ditahap maksima sikit.hehe. ;)

Kalu tak pasal nak hantar snowcheese tu.. memang payah nau nak ke sana. heee tambah lagi cuaca panas cenggini.. memang membantutkan segala kerajinan. ( heee nizah kata thumb up cake aku tu sedap! ;) -buat dengan kasih sayang memanglah sedap. cehhh.


 lauk aku ni... ( ehh lamenye tak update pasal makanan kan....) :P
 
 tiada yang berubah. kurus sama. rambut sama. hahah! rambut memang tak reti nak memanjang.. :P
 Tapi kali ni.. nizah tegur aku nampak kurus. YES. aku sendiri pun merasakan kekurusan itu. ;( Mak aku pun tegur.orang tu pun tegur. how la? memang rasa nak sentap weyh. jiwa ni rasa kene hembappp ngan batu bata. hahahha- kesian. bukan aku yang meminta ni semua kan. tapi dah badan memang gini. makan pun makan jugak.. tapi tak melekat kat body ai ni.. ish.


HAAAAA... kebetulan cakap pasal kurus ni. Mak aku pun bagi lah aku makan pil Supplement ni. HARAPAN aku sungguh tinggi. moga² selera makan aku membesar. hiiiihii yerla makan.. makan.. kalu makan sikit memang cengitu jer badan. Alhamdulillah beberapa hari ni aku dah makan.. memang perut aku rasa sakit.. bukan sakit apaaa nyerr pongg.. sakit melaparrrr.. heeee! rasa cam nak kene jugak makan. haa.. insyaallah.. bolehlah.. sedap sikit nak tgok badan sendiri kat cermin. wakaka!
 Kalu dah apa perkembangan nanti. aku update pasal berat aku. sekarang 44kg! *fftttt*



Amin Ya Rabbal A’lamin..

26 September 2012

snowcheese dapat sambutan ;) siapa nak order PM kamek di FB :)

 Assalammualaikum.....

Alhamdulillah.. orang kata "belum cuba belum tahu" benar jugak tu...
Tak sangka juga cheesecake saya tu mendapat sambutan. ;)
Mungkin dibuat dengan rasa sayang tu kan buat jadi sedap. cehwahh.. 

Tapi ape pun.. sapa yang nak buat tempahan untuk HARI RAYA HAJI nanti.. boleh.
Untuk makan² pun anytime saje , janji anda inform awal 1 hari sebelumnya :)

berehhh.. untuk anda.dijamin sodap! ;)

snoecheese & oreocheese cake!
sebahagian yang sudah disiap untuk dihantar kat pembeli ;)

untuk tanya harga.. boleh inbox saya di FB---> PM ME HERE!! 
(untuk area Kuching jak lah) hehhe





Amin Ya Rabbal A’lamin..

24 September 2012

memilih baju kerja memang kekadang membuang masa dipagi hari!

(panjangnya TAJUK entry kali ni) heee :P

Bila tengok orang kerja dengan pakaian seragam... rasa sangat bersemangat nak pergi kerja kan? heee. Tak perlu nak fikir baju apa nak dipakai esok dan esok dan seterusnya dihari kerja. Lepas itu, Hari hari guna baju yang sama.. sama pulak dengan yang lain pun takde yang kesah. Nama jer dah pakaian seragam. Untunglah korang.. :)


Lain pulak macam orang yang kerna bukan dari pakaian seragam.. heeee.

Everyday guna baju berlainan.. dalam seminggu mana mungkin diulangi. Kalu tak baju kurung.. baju office wear lah kan.. dengan baju  kemeja.. semua tu. dengan kasut yang bertumit.. heee semua nak kene fikir malam sebelum turun keja esok. heeee.. Kalu yang rasa dah habis nak match kan office wear tu.. hehhe dorang belasah baju kurung. :) terutama hari jumaat. kan kan kan.? Memanglah boleh bergaya, tapiiii kekadang menimbulkan juga memacam hal pagi hari. lagi² macam aku ni!! hahah



Tak semua orang faham bila kerja dengan pakaian bukan seragam. HAHAH! Pepagi aku kene hadap masalah mencari baju. kekadang di masa lalu.. baju ni selesa dengan seluar ni. tapi kali ni dipakai lagi.tapi tak selesa... why?? sebabnya faktor penurunan  berat badan. kekadang juga faktor baju sudah membesar ( amboiii salahkan baju pulak) KAHKAHKAH...

Sumtimes, aku pun macam korang, masuk baju ni tka kene.. try lagik baju lain. tak juga selesa. memang membuang masa nak bersiap² sebelum kerja. Make up lagi? hahha~ Make up tak lah lama sangat. pap pap pap.. siap asal eye liner ada.. lipstick sikit.. haa.. BB cream jangan lupa. itu memadai. yang paling lama bila nak cari baju mana yang selesa dengan badan hari ni. Kalu tak... rasa konfident mesti hambar.


tadaaaaaa..sesimple yang boleh.
Tapi aku simple jer. dengan jean pun boleh jer masuk ofis ni. Asalkan tak sexy yawwww!! :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

20 September 2012

cake cheese nyum nyum!

 HAI TUAN PUAN.. CIK KAKAK ..ENCIK ABANG SEKALIAN. ;P 
Meh kita menyibukkan diri di dapur. ;)


Masa  offday minggu lepas.. tetiba teringin nak makan  roti cheese pulak ni ha. Ntahlah.. ade yang panggil cake cheese.. cheese cake kan.. janjiiii ia bukan yang perlu dimasukkan ke oven. yang penting dimasukkan dalam peti sejuk. 


Tapi wahaiii tekak sungguh beria nak makan. Sebabnya dulu aku pernah buat masa raya lepas. Jadi penangan Cheese tu memang memukau anak tekak.  Ape lagi.. selasa tu, aku turun jugak belikan bahan²nya.
 Sangat mudah okay... Dijamin sedap gila sampai mencari². hehhehe~ Masa aku buat yang ni.. haa tak sampaiiii pun 2 hari.. dah habis. aku sempat buat 4 ketul tu. Bagi sikit sikit kat kakak² aku. (ketul eh) haha~ anak saudara aku dah berebut.  kanak² memang suka yang macam ni kan. sebab aku memang suka makan cheese.tapi tak terlampau manis lah. sebab yang manis sepat muak. rasa lemak tu kan buat rasa  nak lagi nak lagi. hehe! 

Seriuos babe.. asal rajin jer buat. kalu tak rajin beli jer kot. ;) haaaa.. sape kitak orang teringin nak beli n makan... boleh jakkk padah kamek. anytime.. PM kat kat facebook. :) okay. ha untuk raya haji pun akan datang bolehhh jerr.. or untuk makan² kat rumah.



x rugiii.. haaa ! 




Amin Ya Rabbal A’lamin..

19 September 2012

kene paksa keluar

 Dah lama rasanya tak keluar ngan anak² saudara aku. Cuti lepas, dipaksa untuk bawa keluar. hehhe pasti dorang boring sangatkan. maklumlah bila dah membujang ni nak keluar jalan². dok umah jer apa best. heee~

So aku bawak lah dorang ni keluar... Tapi before tu boleh tahan aku terkandang dibilik. maklumlah bukan selalu dapat rehat sampai ke tengahari. wakkakaka! siot bangun dah awal dah pun. pastu sambung tido. bangun cek phone. online. sambung lagi tido. hey. nikmat sungguh time rehat ni kan. alhamdulillah. itulah nikmat yang ALLAH bagi. 

okay sambung cerita.

Aku biarkan gambar bercerita jer k. hahhaa Tak ke mana pun, gi Spring. jalan².makan².. pastu terkandas di Spring sebab hujan. pastu kami ke the Hills jer. itu jer pun
 


























 cam biasalah.. dengan dorang ni.. aku pun kene ilek² cam dorang jugak. kalu tak suasana tak meriah. hahha tapi aku memang gini pun. Harus ceria bila keluar. Kalu mood tak bagus.. confirm aku tak nak keluar punya. ;) itulah aktiviti aku isnin lepas :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

15 September 2012

wangian Armand Basi- rose glacee

 HAAA.. aku ni bukan tetap pun guna minyak wangi. Kalu ade lebih tu.. beli yang dijamin wangian boleh tahan lama kan. Kalu takde budget kureng sikit  tu. aku suka pakai.. yang semampu aku beli. heee senangkan, asalkan ada wangi dari rasa hambar pada diri. hahah hambarrr..


Aku suka wangian yang sederhana tapi kuat. Kalu terlampau mana pun tak jugak suka. naik rimas orang hidu. hahaha.. tapi yang ala- ala ada takde bau tu lagi best. ;)

yang ni aku suka.. white musk! rasa nak hiduuu banyak kaliii kat pergelangan tangan sendiri.hahaha.

Tapi kalu budget merosot.. aku beli yang ni. suka suka suka!! sebab wangian dia memang menggoda! :P
body mist dia memang aku kan beli selalu kalu dah habis. segar dan harum bila pas mandi terus pakai. tapi body lotion tu aku tak pernah pakai lagi. hee ni gambar contoh jer k. :)

Kalu orang tanya wangian apa paling mahal aku pakai, jawapannya ialah gucci flora. haaa bau bungaan ni memang bikin rombakan jiwa :)

Yang ni gift dari kawan aku, minie. heee masa bday dia.. aku pulak yang dapat hadiah. :) *tetiba rindu pulak nak hangout ngan minnie. memasing dah berkeluarga  sekarang ni, sudah dah nak together². hee

so yang terbaru nya, aku terpikat kat haruman bungaan rose ni. phiewwww! jiwa dimainnya.
pendek kata, saya in love lah kat rose glacee ni. thank you armand basi. macam basiiii lah sangat. :P


Kekadang kalu dah semua habis, tak sempat beli.. bila tak pakai perfume,sumpahhh.. mesti rasa lain beno! haha korang pun sama kan. haha rasa cam kosong pada diri. heee.. Yang penting aku memang bukan jenis mesti beli yang sama bila habis. cuma aku kan beli ikut kemampuan pada jenis² yang aku suka tadi. :) yes aku tak banyak songgeh asal wangi, itu cukup. asal aku suka sudah. hahhaha! yerla, kalu budget lebih tu.. ape salah nya.. haa macam korang mestiiii wangian kelas² kan. hee tabik! :)




Amin Ya Rabbal A’lamin..

14 September 2012

kalu yang free semua indah ;)

 Sape suka minum nesface!! angkat tangan. hehhe~

Sebenarnya Nescafe berhad ni ada buat promotion bergerak gitu. berhampiran jer ngan KWSP sebelah ofis aku. so, adik Jue ni rajin pula tanya aku. nak minum ke tak. Aku ni memang kalu bab macam tu, malas nak jalan. heee tapi jue memang nak hantarkan kat opis..so aku cakap :NAK! :)

Sekali datang bawa 2 cup yang comel gila siot.Sekali dengan chuduuu yang kiut miut. haii gewramm! tapi aku suka gambar yang ada kat cup tu. Bila tengok kita pun rasa gembira. heee.. ape tak lagi minum sangat nikmatlah. ;))

haaa korang tengok ni 
 HAaaaa.. elok lah sangat dari tadi aku minum mineral jer. sekarang boleh minum manis sikit. hahha! ;)


Segala yang indah oleh NESCAFE ! chomellllll kann. ngeeee~


 Amin Ya Rabbal A’lamin..

i kurang gemar natural colour

Assalammulaikum..

salam jumaat yang indah buat semua. Semoga hari ni segala urusan kita dipermudahkan oleh-NYA.
ceh. poyo nak jugak tempek wajah kan. heee.. :)

Pagi nak cerita pasal BAAJOO. hee baju ;)

Akceli baju kat atas tu dah lama aku beli. Pakai pun sekali jer masa raya tu hari. Hari ini aku pakai lagi. pakai jer lah cantik sebab ade epol². (hee sukati makcik kiah jer eja) .oh Mungkin sebabnya terasa besar kat badan aku. even S adalah saiz nya. Gila keding tak badan sayeee. Tapi pakai jer lah. Dan faktor kaler nya jugak memang tak meyakinkan aku jika pakai. hahha warna natural ni kalu tak match dengan kaler terang mood aku terus tak WOW. terutama COKLAT. aduii..susah aku nak in love ngan kaler coklat ni.dan kelabu juga. hmmm. heee sama macam awal ashaari jugak.. i hate coklat colour. bukan sebab tak suka, cuma bila pakai tu sure rasa tenggelam. hahahha! tapi aku mula belajar mencintai kaler natural ni.. cuma pastikan... kaler dia tak melampau suram. :P

okay, aku suka kaler yang terang tapi sederhana. :) mood tu penting. kalu tak ,confirm buang duit jer beli tapi tak pakai naaaa... sape rugi. cantek² tapi rasa tak wow. tak best woo. Oh, pic bertudung tu aku saje try tadik. insyaAllah. 

hahha itu jer pun kisah nyer. HAHAHAH kalu ade rajin tu, terus cepat² update. kang berhabuk lagi blog ni kan. heee... :) *tetiba aku rasa 2 3 hari ni semangat gila nak menaip kat sini.* moga² semangat terus. 

heeee okay  mekachehzz~ muah!

Amin Ya Rabbal A’lamin..

13 September 2012

Tak pakai. tapi cepat habis

 Hari ni aku macam pelik sikit. Bukan hari ni jer.. dah lamak dah rasa pelik. 

Aku ni  memang jarang sangat nak berbual menggunakan hpon. Paling tidak pun sms gitu. Tapi Kalu masuk beberapa bulan ni memang aku terjarang sangat nak penat² sms kat orang. sungguh.

laa.. sekarangkan canggih macam² ada. guna whatsapp pun. jimat kan. lagi BBM tu pun jugak. PAling² menyusahkan pun kredit hanya potong RM2 untuk internet BB. Unlimited online.dari jam ni 12.15pm sampai 12jam boleh pakai dengan sukahati. 
 cakap pasal BB tapi pegang hpon samsung. ape kesss??- sekadar gambar hiasa . tui!
 OKAY, hakak bagi contoh:

hari ni aku top up RM10. kalu nak tolak BB internet RM2 , ade lagi RM8 okay. kalu nak sms pun lebih kurang tak sampai RM1 tu pun jawab msg yang penting jer. yang selebihnya.. kalu kawan ade whatsapp or bbm .. dah tak perlu nak usik dah kredit tu kan.yang baki rm7 ringgit tu pun... keesokkannya boleh berbaki rm3. mana lagi RM4 tu. haaa.. ( siot aku punya cerita detail) hahahaha lagi lagi... yang berbaki RM3 tu cukup untuk sambung aktifkan balik BB internet (RM2) .. yer memang ade yang RM25 untuk 1bulan tu. tapi aku asyik tak ingat nak top up sekali gus rm30. potong jerlah dulu untuk sehari penggunaan tu.

Makanya.. bukan lah nak berkira sangat tu kan.. tapi yang jadi masalahnya, kalu dah kerap kali top up tapi tak pakai.. asyik habis.kering-at duit jugak dibuatnya. haaaaaa... ish.tak suka.


Camne ni. takkan asyik nak top up jer.. pakai pun tak. ( pandang hapon dengan jelinggnyer) kahkahkah apa salah hpon? :P ishh digi line ni.. suka buat aku membazir.

Atau 

setting hpon aku tak betul. tak mungkin-lah! eeeee.. sape ada masalah yang sama dan ade jalan penyelesaian kasi i tau... eh kasi tau i keyh! =)

okay, sekian aduan rakyat DIGI! hahaha

 
Amin Ya Rabbal A’lamin..

100% dah berubah.


Dari ofis yang hanya ada meja komputer. teruss ditukar 100% ke rak rak susun atur barang² alat tulis.huuhu
sekarang ofis aku dah jadi macam stationary. bukan macam tapi memang. malah. 

nak lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! hahha~


okay. bai ! 





Amin Ya Rabbal A’lamin..

12 September 2012

Berhenti kerja?!

salam buat semuanya :) 

Pasti sekarang masih merasa suasana hari raya kan. wahhh seronotttt lettew. Bagaimanapun, semoga gembira selalu ya. heee Oh ya, maafla, kekadang idea datang, aku takde masa nak update. Bila dah mengadap PC.. aku pulak yang ketandusan idea nak mengarang. Biasa sangat dah dengan kata² ini kan. puih. :P


 Tatap dulu kesayangan anda ni. (awww perasan) heee.. cantekkan eye lashes. aku saja nak tempek wajah sendiri, sebab? aku takde gambaran yang sesuai untuk digambarkan dengan cerita. Takpe kan. ni pun nasib baek aku rajin mencurah kasih idea aku kat blog. Rasanya dah lamak nak pokpek kat sini. tapi selalu tergendala.



Okay, nak dijadikan cerita. bukan aku yang benti kerja. tapiiiiii Awal bulan sembilan. Untie mary namanya. Dia masuk kerja kat ofis aku. bukan ganti aku..tapi kerja juga ngan bos aku. Dia kira stock² alat tulis gitu. Sungguh tabik lah aku ngan untie ni. Sebabnya aku punya minda memang tak minat dengan "number" . otak aku ni lebih aktif pada"abjad" heee.. kecuali kalu fulus aku minat. wakkka! jenaka saja okay.tapi sape lah tka minat wang. tanpa wang binasa juga kehidupan. tapi wang bukanlah segalanya.  iya tak. 

Macam untie ni lah kot. aku ingat dia boleh teruskan keje kat sini. rupanya berenti. Terkejut juga bontot hakak ni, dia kata esok tak kerja lagi. down seketika mood aku. bukan pasal untie tu. Tapi pasal aku... Dari dulu ckap nak berenti berenti.. tapi still now. im here. Bukan kerja tak baik. bukan bos tak ok. tapi aku nak keja lebih baik untuk diri sendiri. bukan kerja hanya untuk orang semata². SERIOUSLY. Mungkin dengan tukar kerja , hidup aku lebih ceria dan bermakna gitu. hahahahha! yela dok sini sorang². monolog sampai penat. ahhaa.. sekurangnya bila ada teman² ofis lagi best. minda kita pun aktif leh tukar² pengalaman kan.

Dah cakap pun tak guna.Dah lali orang dengar aku cakap nak benti keja. tapi nak buat camne. kalu stakat interview. Dorang pun kalu dah ade orang nak dimbik kerja tak payah lah dok eksen² kata ade vacancy. mengharap hati orang lain . tak suka!  Sekarang memang usaha nak cari keje lain. moga dalam tahun ni juga. Aku leh berubah dan mulakan kerier baru. :) dan boleh selesaikan apa² yang tersangkut. Memang orang tengok kita kerja senang. tapi hati yang menanggung tak siapa mengerti. Memang kita tak leh nak salahkan orang yang berkata sebabnya mereka tak tahu masalah kita. tapi biarkan dulu. one day bila dah boleh mengorak langkah dengan lebih indah. masa itu kita buktikan yang kita bukan saja² nak menyusahkan orang dan diri sendiri. 

positif thinking yang kita perlu kan. cehhhhwahh! ;) - ni kata semangat bila aku lemah. bila aku tak mampu nak kongsikan masalah. sebab kita percaya ALLAH itu lebih mengerti masalah kita. Dia takkan menguji kita lebih dari kemampuan kita. kan.. haaa.. makanya kita perlu kuat.
cute pulak rasa diri ini. haha,.. stop!
 okay ini TABIK untuk diri sendiri. semoga berjaya walaupun masih mencari. set! orang kata jangan putus asa janji kita mahu berubahkan. kalu tak pun. saya nak kawen jer la. nanti suami suh dok umah. awwww.. jangan berangan. cakap pasal kawen. cowok pun ngak ada. hehhe
 jom kawen.. haaaa. dah dah. okay stop stakat ni. nanti kalu ade nak aku share kan.. aku update okay.  Tak sabar rasanya nak dapat kerja lain. sebabnya saya perlukan keceriaan bila kerja. tettttttttttttttttttttt! bye~




Amin Ya Rabbal A’lamin..

9 September 2012

Kek Cheese yang malas tapi sedap.

 raya lalu aku nak try buat kek cheese yang fofular sekarang ni. Ini percubaan pertama untuk buat kek cheese yang malas tapi sedap gila nak mampus. hahha!(puji sendiri) :P

Sebab ape malas? sebab tak perlu nak nak kukus atau masuk kat dalam oven serta tak perlu menunggu untuk masak. heeee siap jer masuk peti sejuk. DONE! so sangat senang dan mudah tapi sangat menjilat jari.



 aku guna kan bahan yang aku google before ni.
 Masa ni sibuk buat kat umah kakakku. hee.. 

 sepatutunya begini dong!!
google!


Aku lupa nak beli cheese parut kat atas tu. makanya aku pulun jer nestum can chocolate chips tu. :)
siap dengan comot. hahha... yang banyak makan. AKU lah. buat untuk dijamu sendiri jer. hahaha~

Nanti nak try buat lagi tapi nak buat dia dalam bentuk lain pulak. naaa. dah try baru ade idea nak buat dengan lebih bagus. yang 1st ni kira okay tapi tak memuaskan. hahaaa takpe lah. janji enak dimakan.sudah! (sedapkan hati sendirik)





Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx