Asal-usul peribahasa "Hanya
Jauhari yang mengenal Manikam"
Ada orang bertanyakan apa maksud peribahasa
"Hanya Jauhari yang mengenal Manikam".
Jawapan:
Peribahasa tersebut berasal dari kisah orang2
tua mengenai persahabatan pedangang hindu
(Patmanaban) dan orang laut(Jauhari) di tanah
Melayu. Mereka berjumpa, dan kemudiannya
bersahabat baik. Tak lama lepas tu, mereka
mengambil keputusan untuk berlayar
bersama.
Langit tak selalu cerah, setelah bertahun2
berlayar bersama kapal mereka dilanda badai
yang amat kuat, di lautan lepas (atas sikit dari
Aceh)sehingga menenggelamkan mereka.
Dalam kekalutan tersebut, hanya tuhan sahaja
yang mampu menyelematkan mereka. Jauhari
dapat berpaut pada serpihan kapal, dan
berenang ke daratan, namun Patmanaban
tidaklah dapat di jumpai. Beliau merasa amat
sedih. Beliau mengambil keputusan untuk
pulang ke kampungnya
Selepas 10 tahun berlalu, Jauhari kembali
berlayar. beliau kemudiannya singgah di
sebuah bandar. di utara Aceh.
Ketika beliau jalan, lepak2, makan angin,
beliau terserempak dengan seorang gila,
terbia, mukanya rosak teruk. Beliau amat
terkejut apabila mendapati, itulah sahabatnya
patmanaban, yang terpisah dengannya ketika
kapal mereka tenggelam. *sekilas pandang
sahaja beliau telah kenal Patmanaban.
Kemudian, atas kapasiti sebgai sahabat karib,
beliau membawa Patmanaban ke kampungnya
dan menemukannya dengan keluarga
Patmanaban. Selepas perubahan wajah dan
perangai, sukar untuk keluarga Patmanaban
mengecamnya.
Kemudian kisah ini diceritakan oleh Jauhari
kepada anak cucunya. Dan dari kesetiaan
Jauhari itulah diambil sebagai peribahasa.
"Hanya jauhari yang mengenal manikam" ;
hanya orang2 yang betul2 memahami dan
mendalami sesuatu/seseorang itu dapat
mengenal sesuatu/seseorang ie subjek.
Mungkin ada yang bertanya kenapa nama
berbeza dalam cerita dan peribahasa. Ada 3
pendapat yang menjelaskan perkara tersebut.
1-Manikam dalam bahasa telugu memberi
maksud ketua, mungkin Patmanaban ialah
ketua masyarakat di tempat asalnya/
2-Manickam = Lord Krishna. Mungkin beliau
lebih selesa menggunakan nama ini ketika
berurus niaga.
3-Manikam mungkin diambil kerana beliau
kerap menyambut seseorang dengan ucapan
Vanikam, kemudia berlaku kesalahan dalam
proses pemindahan cerita dari mulut ke
mulut.
Note: aku intai jauhari...Hahahah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih ;)