Memaparkan catatan dengan label keretaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keretaku. Papar semua catatan

21 Mei 2012

Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan


Haaaaaaaaaa.. ni topik cam best. sebabnya aku pun selalu disarankan untuk start enjin lama sikit. Tapi aku kalu dah siap semua make up.. minum.. baru tergesa² nak start enjin.tak sampai 2 minit... pastu jalan. Selalu kene tegur jugak oleh abang² ipar ku. Tapi kali ni aku jumpa artikel yang sepesen dengan aku. tapi sebenarnya.. panaskan enjin kereta terlalu lama memang tidak elok untuk enjin kereta anda. Okay, aku share kan saja, korang bacalah yer. 

Aku bukan tau sangat pasal kereta ni.. harap² bleh membantu sesama kita. 


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?




Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.


ada kebaikan dan keburukan jugak lah kot. tak payah lah lama sangat..cukuplah sekadar orang kata kasi segar sistem enjin kereta tu. :)) 

Amin Ya Rabbal A’lamin..

28 Mac 2012

Tayar Kereta pancit lagi....


Dah lama rasanya aku drive tanpa sebarang masalah. Tetiba pagi tadi masa nak turun kerja.. aku rasakan tayar belakang belah kiri memang ada kurang angin. So, masa dalam perjalanan tu aku memang niat nak singgah Pam tayar. 

Sampai di Shell.........

Macam biasalah... aku pasangkan cup tu untuk masukkan angin.. Tapi macam angin ku tak masuk². Aku tukar pada pam yang sebelahnya.. pun sama. DAMN! - mana aku nak cari orang time ni kan...Semua orang dah masuk kerja.

Datanglah budak laki yang jaga shell tu. aku tanyalah.. "boleh ke tolong aku nak tukarkan tayar ni.?'
Nampaknya tiada sebarang masalah dia pun tukarlah tayar itu untuk aku. Nasiblah aku memang baik lagi hari ni.. tayar ganti pun kurang angin. nasiblah kat SHELL , bolem pam terus. haiyoo.. perempuan memang begini jaga kereta. huhu :( sadis!

akhirnya boleh aku lansung ke tempat kerja!

Aku baik hati hulurkan sepuluh ringgit tadi kat budak tu. yerla.. nasib baik ado dia tu. kalu tidak. manalah aku nak call abang² aku semuanya dah masuk kerja dan tempat kerja pun jauh dari shell tu.


note: susah² naik basikal jerlah..cam bean ni kan! :)










Amin Ya Rabbal A’lamin..

3 Disember 2009

service kereta ... hmm~

-uuwaaaa.... tukar minyak hitam.

nampak sangat aku ni lembap hal² kereta ni.. orang tanya pasal "fuilter"-camne eja eh?! tolong betulkan..malas nak g kamus~haha~ lantak lah...

tetiba "BLUR" datang -untuk apa? hahah~

terus je cina tu kata.. "minyak untuk msuk dalam enjin.. "


huh?!(dlm hati ahh ya ya saja lah)

haha~ amat zero lah..tapi zero -ve la.. bukan +ve. kalo +ve tu dah bahaya sangat.



dulu selalu la pergi tukar kat kedai..sejak lama² ni,memang suruh orang je pergi tukar kat bengkel. aku malas nak tunggu. tapi kali ni.. kene gak pergi.. kereta aku dah nangis teresak² dah. kang coma plak kat jalan.. mampus aku.

28 Oktober 2009

Tukar tayar kereta @ bengkel

balik keje petang ahad tu aku siap ke bengkel untuk tukar tayar baru.. huhu~

nasiblah abang ipar (bang marul) teman kan aku kat sini. kalu tak blur² blues jugak weyyy.. aku bukan reti sangat bab² kereta ni. asal kereta ku rosak je.. ni abng marul lah hero aku. dia ni memang layan lah bab kereta.. bab komputer... boleh saja tanya dia ni.

ni tayar spare abang kedil.tetiba je hitam kat situ.. hiks.. tak sampai pun setengah jam.. siap sudah.. dan aku bleh balik dgn hati lega la kunonnya. bukan ape.. kalu rosak sikit je.. sudah lah aku ni binggung.. :P

adakah nak menunjuk².. oh tidakkk! tapi sedikit.. hahah tak puas hati update tadi muka tak berlagak.. hahha~ thanx again to zie. cimin mata?? bukan milik saya.. milik abang kedil.. tapi lawa jugak kan..dari tepi je lah.. kalu depan² tak kene ngan aku.. coz muka aku mulattt tak kene ngan spek 'ala gini..'.. so misi seterusnya cermin mata baru?? hmm bilakah nak beli.. lalaal~


selesai je suma..aku ke rumah my fren plak nak mbik baju yang menjadi kegilaan ku. wakakak! sapa tak gila..? kalu tanya zie pun dia gilooo oh? haha baju apa? nanti che habaq k.. :P


Lots Of LOve : ladykiki \(*,*)v

23 Oktober 2009

buat hal lagi ! =(

malam tadi aku tertido awal...sungguh mengantok je rasanya. tapi yang tak syoknya... asal je aku awal tido confirm 3/4am.. sure terbangun.. aiyyoooo tak sukee.. masa bangun tu payah lah sangat nak tido..



dalam tak sedar tu.. rupanya aku tertido juga rupa paginya.. apabila aku dikejutkan oleh sora orang.


kak timah ; ki... tayar kau pancit!

aku yang elok berbungkusss ngan selimut tebal.. dengar tapi dah cam malas sangat nak bangun.

kali ke2 plak akak panggil..


kak timah: ki... tayar kereta kau pancit ya! (siap buka pintu bilik aku..)


haha aku ni bukan liat nak bangun tido nye.. cuma otak jem kejap yelah.. bila dh kereta buat hal... nak naik apa gi kerja kan..

terus je aku tengok hapon.. dapat 2 SMS..

1 dari Onal..


1 dari abang marul (bang ipar)-"esok aku tumpang kereta nak bawak CPU sekali"



rupanya².. aku yang plak nak tumpang dia pagi ni. lawak kan.. kebetulan je..



naaaa.. hambikk tayar depan kiri pancit.mesti kereta aku marahkan aku kan.. pasal tinggal dia 4 hari.. hahah tu ngajukkkk ngan aku tu.. hyepp!


hiksss..jom merempittttt...dah cam robot cop je kat sini.. hiks.. sambil menikmati udara segar dipagi hari. =)


petang balik kerja nanti abang tino lak mbik aku. ehh syoknye bila da orang jemputkan..

24 September 2008

KERETAKU


AKCELI hari ni aku masuk lewat keja..pasal nak tuka rminyak itam kereta ku..wakakaka lame tak service ok! kang merajuk kereta aku.. sibaek lah pyzan tolong aku.. wahhh! *baik hati tu... hikss! kebetulan dia nak pakai kereta ku.. untuk g JPJ. hurmm tulahhh pasang lah tingkap gelap2.. bunyi eksoz dia lagi.. wahh dgr nama JPJ cuak lah tu.. haha! takpe lah..kebetulan hari ni pyzan agak senang..jadi aku minta tolong dia jugak lah.aku ni kalo nak tungu nye tunggu..tahun depan pun boleh jadi.. tapi mana boley pakai kereta camtuh. kang tak pasal kereta kasi penumbuk..kan?

.....kereta dia pulak parking kat area ofis aku ni je. lagipun aku tak kemana2 jugak. saye suka jadi penumpang je kalo naik kereta orang.hihihi cam penat je nak drive hari2..kebetulan aku nak tukar tayar kereta..tp pyzan kate buat lah satu2.. aku bukan ape.. kau nak tunggu lagi2.. aku nye doit mesti ke lain dah..tapi aku dapat sms dari pyzan... kata,dah aligment tayar tu.service minyak itam,oil filter nya.. dah diskaun rm90. yuhuhuhu murah jugak tuh.. kalo aku g sendiri mesti mahal. yelah dia pesan.. kalo kita ni tak tau.. selalu je kene tipu.lagipun.. lelaki pandai lah sikit minta kureng2..lagi2 kalo dah biasa kat tempat dorank pergi.

>> yuhu tak lah parkinson tangan aku ni.. hahahaha yelah aligment tak betol.. tayar ku terok sudah.. stereng aku harus bergegar2..mau tak nye kalo lame2 parkinson.. wakakkak!!

>> tak sabar nak drive kereta setelah dibaiki..wahh Vangga aku. ni nak kasi sayang lebih kat pyzan ni.. i lap u la ~
kehekehh*adelh manusia tak puashati tu *bwekkk!!

click here!!!VOTE 4 ME!!!!

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx