Seperti biasa pagi² bila bangun tidur.. aku dah siap² dengan sebelah mata untuk lihat apa yang menarik di facebook. AHHA! TETIBA!dapat mention dari seorang kawan FB ... yang tag sekali gambar seperti dibawah dibawah!!!!! *rasa nak tidor balik hakuuuuuuu!
Memang tak boleh nak baca apa isi kandungan nya lah.. Nak beli News paper pun tak dapat. Maklumlah hari selasa aku Offday.Tapi serius aku tak tau nak ungkap camne perasaan ini. (skema ayat aku) cuma yang aku nampak tittle nye saja.
Kebetulan pulak aku temankan mak aku ke Town hari ni. Waseeeh dengan berkaca mata aku membeli news paper kat tepi jalan. AHHAHA yerla.. malu aku siot! :P tapi kene lah beli wajah sendiri dah terpampang diruangan akhbar! bukan selalu tu... ;)
Rasa nak termuntah pulak bila tengok Cita-cita aku!!! ( Blogger Terkenal) itu hanyalah sekadar orang kata salah satu yang mahu dicapai dalam minat. aku pun minat pada photography.. minat juga pada sukan. macam² kita minat. untuk topik di puteri metro kita mbik pasal -BLOG"-Biasalah untuk dijadikan kisahnya terpaksa lah begitu kot. Tapi takdelah sampai aku rasa nak kejar Glemer cuma tajuk memang harus dibagi GEMPAK!! (media yang tulis okay) aku cuma nak bagi perkembangan yang sihat tentang blogging.. dan ini salah satu nya cara aku nak bagitau orang tentang blog sebenarnya boleh bagi perkembangan yang sihat untuk masyarakat. haha~ tak gitu!
................ kat sini lah. Merdeka Palace , Kuching.. Sarawak!
Terima kasihlah kat PuteriHarianMetro sebab invited saya ke ruangan ini :) mesti sedikit sebanyak membantu kenalkan aku punya Belog. Terima kasih juga pada Photogapher dan pihak PR. merdeka palace yang telah bagi kebenaran untuk shoot kat sana.
selalu tengok wajah orang masuk ruangan puteri metro, sekali muka sendiri masuk news paper daaaaaaaaaaaaa! okay bai. Terima kasih kerna masih disini untuk aku !! :))
Aku tak tau nak mulakan dari mana cerita ini... tapi dah berakhir pun ceritanya. :)
Amin Ya Rabbal A’lamin..










