20 November 2009

kitaran hidup kita =]

hari jumaat ini.saya hanya rajin membaca belog² yang tersedia didalam laman web mereka². dalam membaca sana sini. saya tertarik akan satu artikel ni.mungkin ada baiknya dikongsi bersama. =] ayuhh.. baca dibawah :-



Kita mungkin pernah mendengar orang-orang muda berbicara begini: “Orang-orang tua ni susah sikit. Mereka ni kolot. Susah nak terima pendapat orang lain. Asyik-asyik dengan teori lama dan tak relevan dengan zaman kini. Biarlah mereka dengan cara mereka. Lambat dan tak proaktif.” Dalam masa yang sama, orang-orang tua pula berbicara begini: “Orang-orang muda ni semangat mereka lebih sikit, susah nak kawal. Kita bagi nasihat pun tak mahu dengar. Biarlah mereka dengan cara mereka. Kita nak tengok setakat mana mereka punya kepandaian.” Haruskah begitu?

Kitaran Antara Tua dan Muda



Adakah orang muda akan kekal muda atau adakah mereka juga suatu hari nanti akan menjadi tua? Sebaliknya, adakah orang tua tidak pernah melalui masa muda hidupnya? Itulah kitaran yang akan berlaku. Orang muda pasti akan menjadi tua dan mungkin mengeluarkan pernyataan yang sama kepada orang muda di bawah mereka. Ketika orang tua melalui usia muda mereka dahulu, mereka juga mungkin tak sehaluan dengan golongan tua ketika itu. Sampailah pernyataan yang berunsur perpecahan itu terus berulang-ulang, generasi berganti generasi, usia berganti usia. Seolah-olah kita tidak pernah belajar sesuatu daripada kitaran tersebut.

Antagonistik vs Sinergistik

Jika kita mengambil hubungan antara tua dan muda sebagai sesuatu yang antagonistik, kelak kita akan menemui perbezaan yang ketara dan mencari-cari jalan untuk saling menyalahkan. Maka kita akan sentiasa menemui kesukaran dalam menyatukan antara tua dan muda. Boleh jadi sampai ke peringkat semua perbuatan orang muda dilihat salah oleh orang tua dan juga sebaliknya. Hinggakan ia menjadi satu sentimen yang menyulitkan perkembangan sesebuah masyarakat dan negara. Isu ini bermula daripada peringkat kecil, sesebuah keluarga, hinggalah ke peringkat tinggi, pimpinan negara. Jadi, kita harus bagaimana?

Kita harus mengambil hubungan antara tua dan muda secara sinergistik. Segala idea dan semangat yang ditonjolkan oleh golongan muda harus dipandu dan diberikan nasihat oleh golongan tua. Inilah yang disebut sebagai “Hikmah Orang Tua dan Semangat Orang Muda”. Apabila ini yang berlaku, maka elemen perpecahan itu tidak akan menjadi sesuatu yang utama. Apa sahaja yang kita lakukan adalah demi kebaikan dan bukan pada dasar sentimen usia dan generasi yang berbeza. Ibarat laut dan pantai yang berbeza komponennya namun tetap bersatu dan bekerjasama. Juga ibarat langit dan bumi yang berbeza namun beroperasi dengan teratur dan harmoni. Bukankah begitu?

Unity in Diversity

Dalam dunia ini terdapat berbilion-bilion manusia. Semestinya pemikiran dan pendapat juga pelbagai dan tidak semestinya stereotaip kepada sesuatu sudut atau perspektif. Begitu juga antara golongan tua dan muda. Semestinya zaman muda yang dilalui oleh golongan tua sekarang berbeza dengan zaman sedia ada yang sedang dilalui oleh golongan muda. Ia memberi impak kepada cara fikir dan bertindak yang semestinya ada perubahan berbanding zaman terdahulu. Oleh itu, sangat sukar untuk kita melahirkan satu “Persatuan dalam Persamaan” ataupun unity in uniformity. Sebaliknya, kita harus memikirkan bagaimana kita bisa mewujudkan “Persatuan dalam kepelbagaian” ataupun unity in diversity.



Kesimpulannya, janganlah yang muda berbicara seolah-olah mereka tidak akan menjadi tua dan jangan pula yang tua berbicara seolah-olah mereka tidak pernah muda…Ayuh kita bersatu dan mencari jalan terbaik dalam melangkah ke arah kejayaan.

Wallahua’lam.

hanya sebilah kehidupan..



satu jalan merentas masa







-sama tapi tak serupa-



ia tak ubah seperti sebilah kehidupan... yang tajam. bila tidak diasah ia terus berkarat dipergigian. hebatnya kehidupan dengan detik waktu kita susuri tanpa pengesahan.

sedang merelakan kenyataan

ada jodoh tak kemana...tapi manusia selalu menolak jodoh
.sendirian aku berkata.

Kita takkan ada jodoh kot.
Kau boleh senyum sekarang sebab..
akhirnya aku sudah hampir give up untuk tackle kau lagi..



siapa aku nak tentukan jodoh? tersentap lakuku..
menghela nafas panjang tanda aku merelakan nya...





berlari.kuar jauh dari mimpi.
menembok batu besar.
tertutup celah cahaya.
biar gelap.
gelap itu kuat.
menyelimuti ruang.
pasti ada sinar.
esok pasti menanti.
tersenyum aku damai.
gembiralah kamu
itu mungkin.


-jemariindahku-
11:11










18 November 2009

anak comel =]



-comelnye mereka² kan..? hiks. =]




Listening-love story-taylor swift

17 November 2009

Terbanglah...

Terbanglah terbang..
Setiap manusia punya hak untuk terbang,
Bebas..
Kemana - mana..


Malangnya,
Mereka tidak punya sayap.

Aku jua.

Adakah mempunyai sayap yang patah lebih sakit dari yang tidak pernah punya sayap?



-apa yang boleh aku cakap.,kalo ade promotion tiket zerO ringgit/yang murah² air asia tempah lah awal-awal.. nanti korang tahu kenapa..haha~ oHH tidak kakak saya mula meracuni untuk ke kL next yearr.. huh~ -dasyat-

aku & dia kata.... =]

-comotnya haku-

= dia & aku kata =


Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman tu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku, sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.

Dia dah tak tahu nak kata apa, aku kata, jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.

Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini!"


copy******************tertarik & menarik


"Apapun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita, kita kena berani persoalkannya kembali. Sebab kalau meletakkan diri kita sentiasa betul, kita akan jadi seperti mereka yang kita benci"

Z.A & Garnier =]

semalam pun saya sempat juga singgah kat guardian kot² terjumpa apa yang dicari. sekali yang dicari tak jumpa..tapi sempat membeli barang lain plak.. ni yang saya malas singgah² ni.. hihi =]

memandangkan sejak kebelakangan cam tak dijaga je.. kan. adakah effect video tu.kakakka!! taklah jugak. kebetulan powder muka pon nak licin..dulu saya pakai pixy je. tapi kali ni nak trylah "gardier" ni. kebanyakkan orang kata ini bagus. tapi kalu bab² powder ni takde lah kulit i sensitip benau.. so,saya pilih yang natural color =]


selain tu i sempat sembat ZA nye"energywater" (skin lotion) dulu saya pakai juga yang ni.. tapi bila dah habish tu.. masa tu la yang malas nak membeli. Nak pakai semula untuk kembalikan kulit lembap.. kerna skrg ni kulit saya agak kusam. kerna mungkin tidur tak cukup.. tapi ini memang bagus.. lepas anda make up pun boleh je spray kat muka. rasa sejuk dan lembap pastu.

apa lagi... trylah.. penuh dengan
vitamin B5,
mineral,
alcohol-free(tanpa alcohol).

bila² masa je boleh pakai.. =]

so.. kulit muka yang kering tu.. try ahhh =] lalala~ dont say NOOOO... nOOo nOOO..! =]


-remember yesterday just you & me-

KFC yang enak

semalam sempat kuar petang gara² terasa nak makan KFC.

haiyakkkk.. katanya mau istirehat dirumah sahaja isnin. tapii terpaksa seehhh saya keluar..

mula² tu nak tengok muvie. kebetulan keluar jam 3.++PM ceritanya same je cam minggu lepas. ade pun 5.30-2012. tapi mals nak tunggu.. dan malas nak balik lewat.. so.cancel je lah...


jadi..saya pun turun untuk makan sahaja. kali ni tak tapau pun. merehat dan mengenyang sendirian di KFC at parkson.



lepas makan tu.. rasanya cam nak pergi karoke.. tapi bila saya sms divia.. katanya dia baru je sampai umah,..hhOOOOhOO.. melepas nak melalak ni.. wakaka =]

makanya... saya ronda² saya lah kuching ni..hujan yang besh,dingin jer semalam..


6pm lebih tu sya udah berada dirumah.nilah gara² baca status orang kat fb..cakap makan kepci².. saya punnnnnnn terikut sama.. lalala~ janji konyang... kan? =]






....just follow d flow & i follow you =] ....

16 November 2009

AKSI KAMI DI space shot-selerOOOOO!!

nemo dipaksa naik.. haha~ kesian nemo..

saat sedia untuk naik ke atas



nemo dah ngeeeeee~


akceli byk aksi nemo ternganga² ni.. tapi aku size pix ni terlalu besar.. daya upaya yang malas nak edit.. so..aku ambik la satu dari padanya.nanti² aku tunjuk keseluruhannya.. boleh nemo? haaha~
lawaaakkk siot..!


sora nemo je paling hebat kat sini. memang saya kagum lah. :P


-suma pix ceera yang tangkap muat.. =]




Lots Of LOve : ladykiki \(*,*)v

15 November 2009

tahniah & takziah buat NURUL AF2

KENAPA NURUL af ade bersama aku??

... Sebenarnya nurul pergi menduduki test driving tu.. hiks saya pula kesempatanlah nak ambik gambar gitu.nak tau tak.. haha~ jOm aku kepochi jap~ 1st time tu nurul test "gagal"


Nurul mbik 2nd time test tu. Tapi before tu.. bila study dulu kat ofis aku. perghh masa tu dia bersama "manager". isshhh besh jugak jadi artis ni kan.. wakakak~lepas tu kan.. manager dia pulak ade hal.. nak kene anta kereta kat umah nurul. so kami tinggal berdua je lah.. Ok je nurul ni. frenly.masa itulahhh berlakunya babak "sedih"


Lots Of LOve : ladykiki \(*,*)v



saya: sik balit KL kah nurul? -gaya aku yang memang frenly lah konon.. :P

nurul : belom gik. kan bapak meninggal pada hari raya ke 3 ria.


(sentappppp!! -aku tak tau plak...

TAKZIAH UNTUK FAMILY NURUL

sibuk menjawap soalan test tu.. lite² kami berborak.. nurul bercerita pasal "bapak" nya. sedih sangat aku.memang saya kalu orang cerita sedih² mata saya memang kalahnye.. masa tu nurul sabarkan hati je bercerita. sekali dia tengok air mataku... fuhhhhh uhuhu~ mengalir terus je airmata nurul.. sedihkan..biasalah,hugs sesama sendiri tanda saya bersimpati dengan apa yang dia lalui.

memang nurul ni nampak yang lembut ..lemah.. tapi hati dia strong jugak. =]mana tidak harus kuat untuk mak.. adik² dia yang lain. anak sulong.


nurul cerita lah camne bapak dia meninggal..kat mana.. sedeihhh eh.. =[
yelah kita yang masih punya parents.. kita memahami kedaan yang dia rasa. tapi tak seperti rasanya yang mereka alami rasa tu kan. lagi² meninggal pada hari raya.


oklah..tak nak cita panjang pasal tu...

kita sedekahkan -AL FATIHAH buat arwah bapak nurul.semoga rohnya dicucuri rahmat.



***************


masa Nurul nak g test kali kedua tu.. aku tak sempat nak jumpa dia lagi dah. coz masa tu aku pun nak balik kerja. tapi sempatlah kitorang add kat FB.nurul mesej bagitau yang dia sudah lulus... =]TAHNIAH!! oklah tu.. pasti bleh g kelas bengkel pulak.


=yup..saya memang frenly. tapi kene pada tempatnya jugakk ye cik nurul.kekadang sombong pun boleh tahan =] hahah~

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx