27 Disember 2011

Pesanan & Ganjaran Buat Isteri




♥ Apabila suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik maka dia perolehi pahala jihad.


♥ Wanita yang menyebabkan suami masuk ke jalan Allah dan menjaga rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suami. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.

♥ Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkan baginya masuk ke mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.


♥ Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia dapat pahala 12 tahun solat.

♥ Wanita yang mengurut badan suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas dan wanita yang memicit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.

♥ Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.


♥ Jika isteri mengajar suaminya satu masalah agama, akan dapat 80 tahun ibadat

♥ Isteri yang melihat suami dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandang dengan penuh rahmat.

♥ Jika suami datang dengan kemarahan, tapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat pahala separuh jihad.

Related Posts:pedoman101

Maksud Doa duduk antara Sujud...

TAHUKAH KAMU.....
Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain.:) 
Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)

by: Keluarga Besar Islam Malaysia

26 Disember 2011

king tide 6.1m: Rumah kami masuk air

25december2011..
King Tide: 6.1m~~


.. kawasan rumah jarang kene air pasang. Tapi disebabkan Hujan dan Angin serta tahap air naik tu tinggi juga maka..kawasan rumah memang dibanjiri air.maklum musim tengkujuh begini.Nak² pula kawasan rumah kami rendah.Tak jauh dari laut. Nak tak nak kene lalui semua ni.

sedikit gambaran yang saya sempat mbik semalam.

masing² sibuk alihkan kenderaan kat bahu jalan.
kawasan luar rumah....

rumah kakak i kat belakag pun kene.. pada bahagian dapur dorang rendah. tapi sempat dibentengkan pada pintu masuk tu..memang kelam kabut jugak,sebabnya air tu naik dengan laju ok. mayb disebabkan angin dan gelombang dilaut. itu baru 6.1m~


Ingatkan dalam rumah mak tak masuk,sebabnya kat pintu depan tu tak mencecahpun aras bendul tu. tapi air tu masuk melalui celah² bahagian lantai yang retak. hmmmm... tembokan tak padat lak kot. kekadang tanah pun susurkan.air aras tapak kaki.. 

Bukan ni kali pertama.. dah banyak kali juga saya update dulu kan. memang kawasan kami dengan dengan laut.sangat risau sekarang ni..semoga Allah melindungi kita.
Penat woooo nak mop lantai semalam. huhu alhamdulillah bahagian dapor tak banyak sangat. cuma dalam bilik mandi masuk.. itu namanya Ujian ALLAH. nak kita lihat ciptaannya. 

Sesungguhnya Tiada sapa yang boleh Menghalang Kuas-NYA. 
Yang akan terjadi itu tetap akan terjadi. 

redha.

25 Disember 2011

Luna Maya dan Rambut Pendeknya ;)

wahhhhhhhhhhh.. penampilan baru!


Kapanlagi.com- Ada sesuatu yang baru pada penampilan Luna Maya, yakni potongan rambutnya yang pendek di atas pundak. Pacar Ariel ini mengaku bosan dengan rambut panjangnya, yang sudah bertahun-tahun.

"Bosen (rambut panjang), aku sudah sepuluh tahun rambutnya panjang. Terakhir (rambut pendek) kali SMA, nggak mikir saja. Pas ke salon, mau potong apa? Pendek, bener nih? Iye, tiba-tiba yang motong nggak ngomong lagi. Padahal kan pendek bisa segini-segini," ungkap Luna Maya sambil menunjuk bahu dan lengan tangannya.

Luna Maya yang ditemui di preskon film MY BLACKBERRY GIRLFRIEND, di Foodism Resto, FX Sudirman, Jakarta Pusat, Rabu (21/12/2011) mengungkapkan kalau akibat potongan rambutnya yang pendek itu, wajahnya terlihat lebih gemuk dan bulat. Namun, dirinya mengaku tidak masalah sedikit gemuk, karena memang belakangan sedang nafsu makan.

"Karena rambutnya pendek jadi terlihat gemuk, tapi nggak apa-apa (gemuk), hobi saja makan, nggak mikirin berat badan," tegas Luna yang mengungkapkan kalau asistennya sempat kaget dengan rambut barunya itu. 




tetap comel ;)


whoopppsss!!!!!


Teruslah teringatkan rambut saya dulu kala kan.. ;)
 ingat lagi tak..? hiihih alaaa.. buat buat lupa pulak.. 

motip??? 

hihihiih... motip??? haha baru je ada Berhajat nak panjangkan rambut same ngan luna maya.aleh² dia dah potong dah. hhii takpe² tetap teruskan keinginan, sekarang saya mahu panjangkan rambut macam Luna maya yang dulu.. :P

coming soon :P

Tak kisah rambut pendek atau panjang... Luna Maya tetap cantek. I likeeeeeeeeeeee ;)

ikut cara nabi tidur

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam?
(CARA TIDUR NABI DAN KAJIAN SEMASA)

Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: “Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. 

Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’) Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: “Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi) “Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim) Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.

Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’) Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.

Wallahualam

Motivasi tentang solat dengan warna alam.


Saya tertarik dengan satu artikel yang dijumpai diinternet berkaitan dengan cahaya dan warna.


Setiap pergantian waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang bisa diukur melalui perubahan warna (aura) alam. Sebagai contoh, pada waktu SUBUH alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang selalu tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki .Ini karana tenaga alam yaitu BIRU muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang pasti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang da waktu) – dalam arti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. diawali azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna HIJAU (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu dzuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan makanan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat dzuhurnya berulang-ulang dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

 Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu ASAR di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti . Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar jasad dan roh seseorang ini terpisah . Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu MAGHRIB, alam berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita selalu dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini sama dengan frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaik nya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu donk.) kerana banyak interference (gangguan) terjadi pada waktu ini yang bisa menipu mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu ISYA’, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem penjagaan otak. Mereka yang selalu ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam istirahat.

Setelah TENGAH MALAM, alam mulai bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ini bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas hal hal yang berkaitan dengan waktu solat dengan warna alam. Manusia hari ini memang telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam seharus nya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana cara menyerap tenaga alam ini.

23 Disember 2011

Misteri Surah Yaasin



Sebahagian umat Islam di negara kita hari ini apabila membaca al-Qur’an, kebiasaannya mereka akan lebih sinonim, kenal, dan rapat dengan surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya. Sehingga ada hari-hari khusus bagi membaca dan mengamalkan surah Yasin ini.

Surah Yasin juga sinonim dengan malam Jumaat, sehingga diadakan majlis-majlis khas bacaan berjama’ah dari rumah ke rumah dan kenduri makan-makan.

Persoalannya, kenapa tidak surah lain dan hanya surah Yasin? Kenapa tidak surah al-Baqarah, atau Ali ‘Imran, atau al-Mu’minuun, atau ar-Rahman, atau rangkaian surah-surah dalam Juz ‘Amma seperti an-Naba’, al-Fajr, atau al-Kaafiruun, atau al-Ikhlas misalnya? Kenapa Mesti pula hari Juma’at?

Selain itu, surah Yasin turut sering dikaitkan dengan pelbagai misteri lainnya. Seperti untuk mencari barang yang hilang, untuk mengiringi orang mati, untuk membuat “air Yasin”, bacaan ketika masuk rumah baru, untuk memudahkan jodoh, untuk mengirimkan pahala kepada orang mati, untuk sambutan majlis-majlis tertentu seperti nisfu Sya'ban dan seumpamanya yang selainnya.

Malah surah Yasin juga telah pun dibukukan dan diterjemahkan secara berasingan menjadi buku-buku khusus seperti buku bersaiz poket, buku cenderamata, buku zikir, dan turut dimasukkan ke dalam pakej tahlilan.

Tidak pernahkah kita terfikir, dari mana datangnya ketetapan bagi Surah Yasin seperti ini? Dari al-Qur’an? Dari sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam? Atau dari amalan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in?

Anjuran Membaca al-Qur’an Jika yang dimaksudkan adalah galakkan dalam membaca al-Qur’an, maka di sana terdapat anjuran yang banyak tanpa ditentukan surah yang mana serta tidak juga dikhususkan dengan hari yang mana. Antaranya sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

“Sesiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (al-Qur’an), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 10/153, no. 2835)

Juga sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

“Orang yang mahir membaca al-Qur’an, maka kedudukannya di akhirat ditemani oleh para malaikat yang mulia. Dan orang yang berusaha membaca al-Qur’an dengan gagap (tersangkut-sangkut), ia sukar dalam membacanya, maka ia mendapat dua pahala.” (Hadis Riwayat Muslim, 4/219, no. 1329)

Tapi persoalannya, kenapa ramai yang mengkhususkan hanya surah Yasin, dan tidak surah yang lain?

Fadhilat Surah Yasin

Sebenarnya Surah Yasin adalah sama pentingnya sebagaimana surah-surah yang lainnya. Ia mengandungi ayat-ayat Allah sebagaimana surah-surah lain. Membacanya termasuk ke dalam keumuman dalil-dalil anjuran membaca al-Qur’an sebagaimana membaca surah-surah yang lain juga. Tiada fadhilat khusus bagi surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya.

Para ulama hadis menjelaskan bahawa hadis-hadis berkaitan fadhilat Yasin tidak terlepas sama ada dhaif (lemah) atau maudhu’ (palsu). Maksudnya, tiada dalil yang sahih menetapkan fadhilat surah Yasin secara khusus. Sebagai contoh, di antara hadis yang popular tentang surah Yasin ini adalah hadis Qalbul Qur’an (jantung atau hati al-Qur’an). Riwayat hadis tersebut adalah sebagaimana berikut:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَسُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ قَالَا حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الرُّؤَاسِيُّ عَنْ الْحَسَنِ بْنِ صَالِحٍ عَنْ هَارُونَ أَبِي مُحَمَّدٍ عَنْ مُقَاتِلِ بْنِ حَيَّانَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ

Telah mengkhabarkan kepada kami, Qutaibah dan Sufyan B. Waqiq. Daripada Humaid B. 'Abdurrahman ar-Ru'asi, daripada Hasan B. Soleh, daripada Harun Abi Muhammad, daripada Muqatil B. Hayyan, daripada Qotadah, daripada Anas (bahawasanya):

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Qur'an itu adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya, maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca al-Qur'an sepuluh kali.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 10/121, no. 2812, Bab Fadhail al-Qur’an. Ad-Darimi, Sunan ad-Darimi, 10/311, no. 3479.

Setelah Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) membawakan hadis ini, beliau pun berkata, “Hadis ini gharib (asing, tidak dikenali). Pada sanadnya terdapat Harun Abi Muhammad, beliau seorang yang majhul (tidak dikenali). Juga diriwayatkan oleh ad-Darimi, dan pada sanadnya dhaif.” (Sunan at-Tirmidzi, 10/121, no. 2812, Bab Fadha’il al-Qur'an)

Kalaupun sahih hadis ini, maka ia tetap bukan dalil untuk mengkhususkan surah Yasin dengan pengkhususan-pengkhususan tertentu seperti bacaan khas malam Juma’at, untuk menjampi air, dan sebagainya.

Bukan Untuk Orang Mati

Surah Yasin juga sering dikaitkan dengan kematian. Dalam perkara ini terdapat beberapa hadis tetapi ianya tidak lepas dari kelemahan atau kepalsuan (maudhu’). Di antara hadisnya adalah sebagaimana yang datang dari jalan (sanad) Sulaiman at-Taimi, daripada Abu ‘Utsman (bukan an-Nahdi), daripada ayahnya, daripada Ma’qil B. Yasar, beliau mengatakan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس

“Bacakanlah ke atas mereka yang mati surah Yasin.” Atau:

اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس

“Bacakanlah Yasin ke atas mereka yang mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan al-Hakim. Rujuk: Talkhis al-Habir oleh al-Hafiz Ibnu Hajar, 2/244)

Hadis ini lemah dengan beberapa sebab sebagaimana dinyatakan oleh para ulama hadis, antaranya pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu ‘Utsman dan ayahnya. Mereka ini adalah perawi yang majhul (tidak dikenali). Hadis ini juga dikategorikan sebagai hadis mudhtharib, iaitu tidak kukuh sanadnya

Di antara ulama hadis yang menegaskan kelemahan hadis ini adalah seperti Imam ad-Daruquthni (Wafat: 285H), Abu Bakar Ibnul ‘Arabi (Wafat: 543H), an-Nawawi (Wafat: 676H), Ibnul Qaththan (Wafat: 813H), al-Hafiz Ibnu Hajar (Wafat: 852H), al-Albani dan ramai lagi selainnya. (lihat: Ibnu Hajar, Talkhis al-Habir, 2/244. An-Nawawi, al-Adzkar, m/s. 122. Al-Albani, Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal-Maudhu’ah, 12/783)

Imam ad-Daruquthni rahimahullah (Wafat: 285H) mengatakan, “Tiada satu hadis pun yang sahih dalam bab ini.” Iaitu tiada satu hadis pun yang sahih yang menganjurkan membaca Yasin kepada orang mati.

Begitu juga dengan hadis:

وَيس قَلْبُ الْقُرْآنِ لَا يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيدُ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَالدَّارَ الْآخِرَةَ إِلَّا غُفِرَ لَهُ وَاقْرَءُوهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ

“....Surah Yasin adalah qalbul Qur’an (jantung atau hati al-Qur’an), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan Allah dan negeri akhirat (Syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni, al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Al-Qur’an Untuk Yang Hidup

Masyarakat Melayu terkenal membacakan Surah Yasin untuk orang mati atau yang sedang nazak menghadapi sakaratul maut. Tapi ironinya, selama kita membaca atau menghafal surah Yasin, pernahkah kita memahami dan menghayati apa yang terkandung di dalam ayat-ayatnya? Bukankah di dalam Surah Yasin terdapat ayat:

إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ

“al-Qur’an itu tidak lain, ia adalah peringatan dan kitab yang memberi penjelasan. Supaya ia menjadi peringatan UNTUK ORANG-ORANG YANG HIDUP dan sebagai perkataan yang haq ke atas orang-orang kafir.” (Surah Yasin, 36: 69-70)

Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkaitan ayat ini:

أي: لينذر هذا القرآن البيّن كلّ حي على وجه الأرض

“Maksudnya supaya peringatan al-Qur’an ini menjadi bukti yang nyata bagi setiap yang hidup di atas muka bumi ini.” Beliau juga mengatakan:

وإنما ينتفع بنذارته من هو حَيّ القلب، مستنير البصيرة، كما قال قتادة: حي القلب، حي البصر. وقال الضحاك: يعني: عاقلا

“Orang yang dapat mengambil manfaat peringatan dari al-Qur’an adalah orang-orang yang hidup hatinya dan yang terang pandangannya. Sebagaimana kata Qotadah, “Hati yang hidup adalah dengan hidupnya pandangan.” Juga sebagaimana kata adh-Dhahhak, “Iaitu orang yang berakal.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/592)

Ini menegaskan bahawa al-Qur’an ini adalah untuk orang-orang yang hidup, iaitu untuk orang-orang yang beriman dan mereka yang mahu mengambil pelajaran. Bukan untuk orang yang telah mati. Termasuklah surah Yasin, ia pelajaran untuk orang yang hidup.

Sekiranya setiap surah atau ayat-ayat al-Qur’an tertentu itu mahu dikhususkan dengan kelebihan-kelebihan khusus, maka kita perlu mengkhususkannya berdasakan dalil dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kita tidak boleh menetapkan atau mengkhususkannya dengan akal, sangkaan, atau hawa nafsu. Kerana agama kita ini tidak sampai kepada kita secara misteri, sebaliknya datang dengan hujah dan dalil yang jelas.

Walaupun tiada dalil yang sahih tentang fadhilat Yasin secara khusus, termasuk fadhilat membacanya pada hari Juma’at, ini bukan bermakna ia tidak boleh dibaca pada hari Juma’at. Surah Yasin tetap dibaca sebagaimana surah-surah yang lain juga cuma tidaklah perlu dikhususkan pada hari-hari tertentu atau dengan kaedah-kaedah khusus tertentu.

Adapun bacaan Surah secara khusus pada hari Juma’at yang padanya disebutkan kelebihannya dari sunnah sebenarnya adalah Surah al-Kahfi, namun ianya sering dilupakan oleh masyarakat kita. Ini sebagaimana Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ في يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Juma’at, Allah akan meneranginya dari cahaya di antara dua Juma’at.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i dan al-Baihaqi. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Wallahu a’lam...

Nak wajah segar..kene amalkan tidur yang cukup! ;)


salam jumaat yang indah......
Pagi ni terasa lapang dihati..rasa happy semacam..rasa cantik sekali. wakakaka!! larikkk mati kene baling oren!! haha~ Takdelah.. ade hari kita rasa macam lesu.. make up camne pun.. kalu dari hati..tak ceria.. muka pun rasa tak best kan. haaa.. mesti korang pun camtu gakk...ma!

Begitulah aku.. terasa berseri² sikit hari ni.. haha! bukan sebab aku make -up lawa. tapi pasai tidur aku cukup malam semalam. mata pun tak bengkak menghitam.. tu bengkak memang bengkak asli. nak buat camne bubuh timun tiap malam pun.. begitu gak...(letak ke?) :P addelahhh sesekala tu.

Tapi.. yang paling penting..kalu tidur dan rehat yang cukup dalam disemai dalam diri anda.. CONFIRM.. hari² wajah anda rasa sentiasa cukup bernafas dengan sempurna. ceria rasa semacam nak dapat rumah banglow jer rasanya. hihihihi~~ okaylah.. semoga anda pun berbahagia dihari penghulu segala hari ni. ;)

happy weekends.. happy Natal day! :P *muahhhh!

22 Disember 2011

Hujung tahun 2011

wiwitttttt... Terasa semakin hari semakin menuju ke alam wanita ;P . Yela.. sekarang ni dah 29tahun.. beberapa hari lagi nak melangkah ke alam 30-an. haiyooo... Semoga diusia itu banyak hal positif yang datang. 

Oiii.. sape lah tak bingung tak nikah weyh. lagi lagi diusia begini. tapi alhamdulillah.. saya selalu berlandaskan Ketentuan Allah.supaya tidak perlu memikirkan sangat hal itu. sebabnya Jodoh itu Rahsia Allah. Kalu awak nak cepat²... adalah tidak sama mensyukuri ketetapan Nya. :) tak gitu...


aku pun tak paham nak nak letak gambar ini sebagai gambar hiasan. hihi senyum sokmo kot!

Yang pasti sesuatu itu berjalan diatas usaha kita bersama Jalannya. Alhamdulillah.. saya masih kuat untuk hadapi ujian yang datang. semoga Dibukakan hati saya untuk menjadi lebih sempurna terima Hikmahnya. 
Insyallah.. 



EHHHHHHHHH... berpuitis² bahasanya~

Sungguh busy pada hujung tahun ni. Kekadang tu saya tak sibuk nak makan tenghari. HAAAAAA.. imagine korang betapa sibuknya saya. Dalam kesibukkan itu bukan sibuk buat kerja..tapi saya takut nak tinggalkan banyak sebegitu. tu lah sistem punya pasal selalu tak okay. fenat eyeh! 

20 Disember 2011

Assalammualaikum.. selamat pagi semua. semoga anda sehat selalu.

Saya pagi2 da kene pening. perut pulak xenak. biasalah period kadang2 memang menyakitkan.flu pulak der.. habis kene serang aku minggu ni.

huhu rindu nak update panjang lebar tp selalu je terkurang idea. hehehe okay2 nanti saya crita lg k. saje bangun2 gini nak masuk blog.

hari ni offday.tu yg eksen tu.hehe btw,have a nice day. may Allah bless you.muah!

17 Disember 2011

Bila bertemu dicuti sekolah...

Bila cuti sekolah jer... masing² berkumpul.. adoiyai. kekadang tu..bermain dah tak reti nak balik² umah. feninggggg mak i dibuatnya. hhaha! Tapi episod kali ni... bawak dorang gi tidur umah akak kat Kota samarahan.. ;) alaaaa... ade awekkks sebelah rumah untuk dienteng²! 


Selasa tengahari tu.. kami gerak ke sana. Sebelum tu ajak dorang ni jalan² ke Spring. Nak cuci mata kata mereka. perghh! Hebat dengan body guard i okay.


















untie yang paling se-po-ting!
kami ke sana... dari selasa sampailah ke hari ni.. nanti petang baru nak jemput dorang balik. 

sampai rumah akak..terus layan budak kecik ni.. ;)




12 Disember 2011

filem indo: Hafalan Shalat DELISA .. akan Datang!


Sangat berharap filem ini juga akan disiarkan di Malaysia. Sungguh sedih jalan critanya berdasarkan pada Kejadian bencana alam yang berlaku. Tsunami yang melanda Acheh. Tahniah kepada pengarah dan penulis filem ni.. sangat menyentuh dan menginsafkan kita. semoga kita mendapat keBerkatanNya. amin.

semoga pengarah filem Malaysia pun dapat perbanyakkan filem tentang KeInsafan begini. 




Delisa (Chantiq Schagerl) gadis kecil kebanyakan yang periang, tinggal di Lhok Nga desa kecil di pantai Aceh, mempunyai hidup yang indah. Sebagai anak bungsu dari keluarga Abi Usman (Reza Rahadian), Ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional. Delisa sangat dekat dengan ibunya yang dia panggil Ummi (Nirina Zubir), serta ketiga kakaknya yaitu Fatimah (Ghina Salsabila), dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi)

26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian praktek shalat ketika tiba-tiba terjadi gempa. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami menghantam, menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta berbagai pelosok pantai di Asia Tenggara

Delisa berhasil diselamatkan Prajurit Smith, setelah berhari-hari pingsan di cadas bukit. Sayangnya luka parah membuat kaki kanan Delisa harus diamputasi. Penderitaan Delisa menarik iba banyak orang. Prajurit Smith sempat ingin mengadopsi Delisa bila dia sebatang kara, tapi Abi Usman berhasil menemukan Delisa. Delisa bahagia berkumpul lagi dengan ayahnya, walaupun sedih mendengar kabar ketiga kakaknya telah pergi ke surga, dan Ummi belum ketahuan ada di mana

Delisa bangkit, di tengah rasa sedih akibat kehilangan, di tengah rasa putus asa yang mendera Abi Usman dan juga orang-orang Aceh lainnya, Delisa telah menjadi malaikat kecil yang membagikan tawa di setiap kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah mengajarkan bagaimana kesedihan bisa menjadi kekuatan untuk tetap bertahan. Walau air mata rasanya tak ingin berhenti mengalir, tapi Delisa mencoba memahami apa itu ikhlas, mengerjakan sesuatu tanpa mengharap balasan

'Delisa cinta Ummi karena Allah'


barisan pelakon


Ummi Salamah : Nirina Zubir
Abi Usman : Reza Rahadian
Delisa : Chantiq Schagerl
Ustad Rahman : Al Fathir Muchtar
Prajurit Smith : Mike Lewis
Suster Sophie : Loide Christina Teixeira
Fatimah : Ghina Salsabila
Zahra : Riska Tania Apriadi
Aisyah : Reska Tania Apriadi
Teuku Dien : Billy Budjanger
Koh Acan : Joe P Project
Sersan Ahmed : Tony Taulo
Seniman Aceh : Rafly

10 Disember 2011

Kenapa Hilang Idea nak mengarang!!!

 Ombak Rindu oleh Hafiz & Adira.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

selamat berhujung minggu darlingggggggggS! XOXO

note: nampak sangat takde cerita aku nak update. kita letak lirik lagu jer ye! ;P

9 Disember 2011

menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!





Haa..
harini Jumaat kan?
hari yang sunat potong kuku..ada juga hari hari yang makruh potong kuku ye kawan kawan..tengok sini..


SABTU : nescaya keluar dr tubuhnya ubat dan masuk penyakit.

AHAD : nescaya keluar kekayaan dan masuk kemiskinan.

ISNIN : nescaya keluar penyakit gila dan masuk sihat.

SELASA : nescaya keluar sihat dan masuk penyakit.

RABU : nescaya keluar was-was dan masuk kepapaan.

KHAMIS : nescaya keluar penyakit dan masuk penawar.

JUMAAT : nescaya keluar dosa dan masuk pahala..


***menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, 
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!


Jangan ada niat simpan kuku panjang
walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.



Peringatan:
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.



**Eiiii..geli tak?

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..



8 Disember 2011

tiada lagi Ombak Rindu...

uiiiii! uiii!!! situ sini jer orang cakap pasal OMBAK RINDU(OR) saya nak gi tengok belum ada masa. lagi pula yang nak menemani pulak takde. kecewa dalam hati. tapi diabaikan rasa itu.. dan tidak menaruh harapan untuk melihat dimasa terdekat begini. kalu tengok cd pun cd lah.

Kebetulan semalam.. my fren ajak keluar. katanya dah lama tak tengok movie. saya on saja lah.kebetulan takde sapa memang free sangat lepas balik kerja.

Jumpa kat MBO-the spring.Saya ni manalah tau nak tengoj cita pa yang terbaru. yang ada dalam hati ni OR tu lah.Memandangkan nak pergi dengan kawan laki..rasa segan plak nak cakap beli tiket cita tu. kang dia nak tengok cita lain... so.. saya on jer apa yang dia beli kan.

Sampai di MBO..dia dah belikan OR tu.. (gembira lah siot) nak tunggu plan saya ke cinema ni..entah kapan! haha~~ tengok dalam jam 5petang. Ramai juga yang menonton masa tu. maklumlah terhangat giler cita tu masa ni kan.

sedih??? mana tak sedih oiii... siappppp lap lapppp airmata aku kat sebelah tu. orang sebelah pun nak tengok tengok i lap airmata. maluuuu lah iiiii :P tapi takpe..dia pritahin kot.. touching bila ada bab yang sangat mendayu² dengan music tu lagi. tapi berjaya saya cover dengan baik. ade part jer rasa cam sayu gitu. ehhh tak nak ceritalah.. korang pun masing² dah tengok.. :P

Nasib baiklah dia ni.. sporting dan tak kutuk² i sedih layan cita tu kan. ;)
HAHHA.. sebenarnya dah lama sangat dia ni.. sejak 2009 lagi.
okaylah..asyik dia dia dia.. macam takde nama jer.. kan.. dia tu ISZ!


haha sekarang saya tak perlu rasa sabarkan diri bila orang dok cakap pasal OR tu.. saya pun dah tengok ler!tiada lagi ombak rindu dalam senarai movie list aku.selamattttttttttttt ;) ok.bai!

bersama faisal

penyokong CHELSEA ! huuh wekk

manjeeRR! masa ni fesal demam! 

aloloooooo miangnyaaa senyumannn :P

nak main FBBBBBBB!!!

jalan² cari awek!

5 Disember 2011

Jaga Kesihatan anda ;)

Selamat pagi semua............. ;)
rasa tak sihat lah.selalu rasa nak demam²..tapi tak menjadi.alhamdulillah lah kan.
Kat rumah.. sekarang mak pun demam. akak saya dan anak² dia dah beransur baik.


Cuaca kejap hujan.. kejap panas, tu yang buat banyak orang demam..sakit tekak.
elok² lah ye..jangan nak berkeliaran sangat kat luar tu.Jaga kesihatan baik².
kalu rasa dah tak sihat tu.. cepat² mam ubat. kalu tak baik jugak.. cepat² jumpa doktor.

mencegah lebih baik dari pada mengubati. ;)




Nahhhh bagi yang rindu kat saya..ubat senyum jer saya dapat bagi.. ;) 

selamat berhari isnin.. bekerja dengan semangat. dan sayang selalu.. XOXO!

Emak kahwini Anak?!

MasyaALLAH...

Ada yang tak sanggup nak dengar mereka ni berkata².. tapi sanggupkan diri anda untuk mendengar pengakuan dorang ni. rasa benci pun ada lihat ibu dia mengaku dengan sangat tidak rasa bersalah. si anak pun    agaknya bukan terpaksa..tapi rela.. ! minta jauh dari kehidupan kita. semoga jadi pengajaran buat semua. 



Astaghafirrullahalazim..Dunia d akhir zaman dah....Naudzubillaah himinzalik...

2 Disember 2011

Menu² pilihan mingguan :)

Ayam Penyet!

nasi ayam sugarbun!


ayam goreng KFC!

Rojak Ayam!


HAHAH.. semua AYAM!.. ok bai :P

Rara Zikry meninggal dunia


artinya: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah mayat ini pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.





Al-Fatihah,semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan mukmin.Kepada ahli keluarga,kenalan dan sahabat handai beliau,diharapkan semoga bersabar dan menerima pemergian beliau dengan redha.

Bagi sesiapa yang masih tidak mengenali siapa Rara Zikry,mengapa kisahnya sering menjadi liputan kini,saya sediakan sedikit artikel ringkat tentang beliau :



Rara Zikry atau Zarith Nadhira binti Mohamad Zikri.Mungkin ramai dah tahu kisah dia.Cantik dan sempurna ciptaan Allah ini.Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma,hidup beliau terus bertukar 360 darjah.Siapa dapat menyangkal kuasa Allah bila menetapkan sesuatu untuk terjadi?Bila tiba saati itu,kita tidak dapat berbuat apa-apa,tentu ada rahmatnya.Yakin dan percayalah.


(celebrity yang datang melawat)

On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen.

dan.. malam semalam... arwah pergi meninggalkan kita buat selamanya..



Sumber: Rara Zikry meninggal dunia,Al-Fatihah |zarith nadhira (klik disini)
"Assalamu'alaikum beloved Rara Zikry's FB friends. Sad to say that Rara left us today, December 1st Dec at 10 pm at Sunway Medical Center. Jenazah berada di 90, Jalan USJ 6/2B Subang Jaya. Jenazah Akan dibawa Dari rumah ke masjid SS 19 Subang Jaya dalam pukul 8 pagi Dec 2. Insya Allah jenazah Akan disempurnakan Dan akan dikebumikan sebelum solat jumaat. On behalf of the family, thank you for the condolences, Doas and contribution. Semoga ALLAH swt bless her soul, forgive her sins, make her grave a garden and grant her the highest level of paradise. May ALLAH grant her eternal peace and may her soul be placed amongst the pious and chosen believers. Amin."







Marilah kita sama² sedekahkan Al-Fatihah.
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan aman dialam sana. (amin)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx