28 Ogos 2011

kalu tak mampu ,usah menambah beban untuk beraya!

ahad- hari ni saya last keje.. pastu esok til isnin depan saya bercuti raya! giler best seminggu bercuti.

Untuk korang yang balik beraya di kampung tu.. hati²lah ye memandu. kalu letih.. rehat dulu kat mana² untuk lelapkan mata ke kalu mengantuk. jangan cuba nak melawan rasa tu. Bahaya.. dah nama mengantuk ni..even sesaat terlelap comfirm bukan sedar apa² pun. takutlah kalu mengundang yang tidak baik. okay.. pada yang memandu tu.. janganlah lelaju sangat. fikirlah orang yang tersayang yer.

hhihi semalam saya pun sempat untuk belikan bunga. haha orang nak raya baru sibuk nak cari segala²nya. tak paham kekadang ni. tapi takpelah... hari raya nak undang sanak saudara kan. hihi jangan lelebih sangat tak baik jugak. kalu yang mampu nak beli yang baru² tu takpe lah.. itu hak dorang. yang kurang mampu tak payah nak membebankan keadaan. raya tak lame pun.. janji disambut dengan hati yang penuh bahagia.. itu dah cukup indah. bahagia kah saya? bahagia lah.. menyambut hari raya di sisi keluarga tercinta saya. walaupun dihati saya terisi kesunyian. haha! perlu ke nak cakap. shedaaaaaaaaaaaaaaappp lah mulut! :p
okay pencinta blog saya sekalian.. jauh dibenak hati saya..dalam semua hal saya telah  memaafkan
kamu. semoga dihari mulia ini.. hati korang juga terbuka untuk memaafkan kesalahan yang mengade².. mencari salah.. bemasalah.. sila maafkan saya dari awal perkenalan kita.

selamat hari raya.. lots of love,kiki!

song: the scientist -coldplay

27 Ogos 2011

seramping rozita che wan adeeeeeeeee yang lagi ramping! memang giler rampingOMG

Ramping macam ni sangat lawa ke??? hmmmmm tak kot! :P dah macam pelik jer bentuk badan dia ni kan..



wat de figure?!? **pengsann**

i have to let you go

"Jangan menahan sesuatu yg bukan milik kamu, kita semua milik Allah swt dan masing2 ada jalan takdir masing2 jadi adili dengan sebaik mungkin dan jangan sesekali pentingkan diri sendiri"
im already gone..

26 Ogos 2011

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah ,Walaupun tidak sama dengan dirinya

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
sabar yeeerr cik kiah gonjeng! ;)

Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini



kad raya saya comel tak? :P



lallaa~ nak juga tunjuk kad raya sendiri ni. penat edit tadi tau.. hahha!.. versi Aku bukan artis! hahha :)



edisi terhad. tiada dijual digedung² raya! :P

budu no 1 kelate!


semalam ,1st  time saya makan budu... yang dibawa oleh fizi dari kelantan. hihi.. 
boleh tahan sedappp!!

25 Ogos 2011

Kuala Lumpur yang dirindu..

hello selamat malam...

mesti korang sibuk dengan persiapan raya kan. tahun ni malas nak buat kek. agaknya kek tunjuk je kot. siap segera. kebetulan saya cuti on monday. 1hari b4 raya.wah... semangat der, seminggu bercuti. gila sakan beraya kang. tahun ni xnak malas2 beraya. sbolehnya nak g braya dengan penuh cuti kali ni. hehehe

masa ni saya terkenangkan 2tahun lepas.sempat beraya di kl ikut ceera.seronok sangat masa itu. next time nak turun di bulan syawal jugak. leh la merasa beraya kat sana lagi.

rindu sgat nak kumpul dengan dorang..jauh dimata dekat dihati. lg dekat dijari. hehe tapi ceera n nemo aktif twit. saya ni bermusim, nak layan twit tggu gerak hati bru nak online. tapi, rindu sgat nak bergila macam dulu.

one day !

orang yang masih punya harapan masih bisa punya kebahagiaan ;)

soulmate

kerna aku bukan artis?? kalu aku artis dah pasti aku tak kenal kau!

Kerna saya orang biasa..rakyat biasa..kerja pun biasa.. orang pandang kita macam apa?!


hanya kerna saya bukan artis gitu kan..ya memang saya bukan artis? nak bandingkan saya dengan artis .. apa keheyyy?? lainlah kalu nak bandingkan saya dengan org² dekat kamu. itu pun saya tau kalu nak dibandingkan pada kecantikan wajah .. orang yang mixxxxxx ini sumpah saya pun mengagumi kecantikan dorang. apa lagi kalu mereka yang punya citarasa yang sama. 

saya bukanlah cantik sangat... tapi selalu mahu cantik. kalu dah tahu tak cantik tapi serabut berpucat benat.. buat apa jadi pompuan. lelaki tau nak menghensemkan diri.. inikan pula perempuan. walaupun saya bukan sepertiiiiiiiii................................artis!

macam dato siti nurhaliza yang cantik menawan.. wajah berseri²
sapa tak suka. saya pun jatuh cinta lihat wajah beliau.cuma kemana saja semua orang kenal..
bukan seperti fazura yang menjadi perhatian pada V.I.P atau anak² datuk!dia memamng lawa..
punya paras rupa memang saya sendiri pun meminati dia.cantik selalu.
perlu ke nak bandingkan saya dengan orang lain..apatah lagi dengan artis² malaysia ni.?? 

artis ke tak artis sama saja.. punya hati dan perasaan. Artis pun belum tentu hidup senang. jiwa nya tenang. sama sajalah. cuma mereke lebih dikenali. bukan macam blogger yang baru 4 tahun menapak ni.kan?
tak perlu nak bandingkan kecantikkan saya dengan kecantikan artis². dorang lainlah.. sponser ini sponser itu.. dari atas ke bawah semua lawa². sape tak suka. kalu dah kahwin pun.. sanggup kata bujang kot kalu fazura nak takcle kau. kan..!

Tak baiklah nak banding² gini. masing² punya cantik. lelaki pun punya ketampanan tersendiri. walaupun bagi aku Awal Ashaari or Josiah Hogan  adalah lelaki terhensem kat malaysia ni kot! tapiii lawa muka tapi hati tak leh blah.. pun sakit juga. hagak merepek lah kalu gado² tetiba kuar statement "artis" kluar.. artis nak lawan camne! same jer la... 

kalu tetiba saya jadi artisss pun..tak cantik pun jadi cantik apa. tak cantik pun orang pandang cantik. maklum artis! kan ? sakit jugak lah rasa hati kan.. nak gado..gado lah berkaitan dengan hal yang berkaitan. ni nak sebut nama pihak² lain. nasib baik yang disebut artis.. kalu yang disebut nama orang bukan artis. nak juga saya cariiiii.....walaupun saya tau kecantikkan dia terserah. 

Orang selalu nak menang begitulah. makanya saya diam bukan bererti nak kalah. tapi saya dah sangat berkecil hati..sampai rasa yang saya ada tu. terlucut.. tertanggal pada semua jantung dan hati dan paru². entah bila rasa itu pulih. tapi tak apa².. sekurangnya, itulah kata² menaikkan semangat saya untuk jadi cantik. saya tak ambil kat-kata negatif tu.. sebaiknya yang kata² baik itu saya mbik untuk jadi kan teladan. kata² itu saya akan ingat sampai mati.. tak kisahlah.. setiap yang tuhan jadikan tu mmg cantikkan..kawan²? ;)

ejek² orang macam tak ingat nanti kita suma jadi tanah!
walau saya tak cantik seperti kareena kapoor!


dah..JELAS. saya bukan artis. saya hanya manusia biasa, tak kaya..takde pangkat.. tapi tau lagi nak hormati you walau kata-kata saya  membuat kamu cuak. tapi saya bukan manusia yang suka menjatuhkan orang lain..walau saya terpaksa mengalah untuk korang semua. tapi sedikit untuk kamu paham pun tidak. malah. terus meletakkan salah itu bahu saya. tak adil kan. hmmmm ..


cukup..cukup..cukup... biar tuhan tau hati saya ni cantik atau tidak. ;)
HAHA! semputtt ~~SEKIAN DARI CIK KIAH  GONJENG!


dapat selendang baru ;)

Before fizi balik kuching.. dia sempat belikan saya selendang. dia ni bukan reti sangat nak pilih barang untuk pompuan. hahha katanya main rembat saja kat kedai hari tu kat klantan .. ;)
selamat hari raya:P
dia pilih warna coklat. hehe nasib baik coklat yang dia pilih cantik.. kilau mengilau.. kalu tak.. saya bukan suka sangat kaler coklat ni.. pasal ape? haa sebab saya kurang ceria kalu guna natural kaler. memang saya jenis yang terpengaruh dengan warna pada pakaian. ;) tapi yang coklat ni super cantik!

 thankx you adikkku sayanggggggg! :P

ore klate beraya di kuching ;)

Ingat lagi tak entry jemput ehem² di airport.. ? hehe meh saya sambung crita selanjutnya.
Kalu nak diikutkan dia berangkat dari KL dalm 1.50petang... sampai dalam 1jam 45 minit lah ke Kuching. 

Tapi saya terdahulu ke car wash ni.. giler lame tak basuh kereta. yelah nak basuh hujan jer tiap petang.. spoil lah kan.. so kebetulan hari selasa ini saya pun halfday jer.. sempat lah nak membuang masa ke situ.
cuci luar dalam.. kasiiii bersihh sikit. haha 
at sarawak society ;)
Lepas je habish mengilaukan kereta.. saya terus ke airport..
sampai situ lebih adalam 20minit.. haha mundar mandir.. ke hulur hilir.. dengan muka serius! haha pastu kuar masuk kedai.. haiyyyaa..kalu bukan bulan posa boleh gak melantak kat Mcd tu kan.. apa boleh buat.. jadi sukarela jap lerrr menjaga airport.... ehhe i tunggu putera raja sampai kuching. ewah. tak lahh adik i la ni.. yang balik beraya tahun ni. ore dok klate skare ni! hahha

me & fizie
Nasib baiklah masa tunggu tadi..ditemani gf dia. taklah saya bosan sangat. ade teman borak“. 
fizie dah berisi sikit.. yela kalu dah masuk unit memang melantak jer dorang ni. jauh plak dia kerja.. di kem pahlawan , klatan. hamboiiii awek² klatan cung-cung woh.. ;)

5september -askor ni balik Kl-klate!

mak happy sebab raya tahun ni semua ada kat rumah! ;)

hari baru untuk kisah baru ;)

assalammualaikum..

selamat hari khamis semua.
ceh.awal2 pagi i da bangun. awal siap2 nak g keja. cuma rasa nak masuk ofis je yg xbest. sebab,suasana yang buat saya kosong. yup. terasa pergi ke gua sorang diri tapi ada line tenet.hahaha.. serius, saya perlu suasana yang bru.. yang ada staff lain utk diajak berbual.. insyaAllah,saya kan usahakan utk cari kerja baru.suasana baru,atleast ada kawan sekerja, mesti meriah. kan? :)

okay, buat takat ni.. harus bersabar dulu.. insyaallah, 
pasti berkat sabar.saya peroleh sesuatu yang lebih bagus.
smile for hari baruuuuuuuuu ;)


btw,puasa da masuk 25hari. semangat.semangat.semangat. hamboi.. 
apa2 pun sya xbeli lagi, gaji xdpt lagi. mencik. xkan la nak bg last minit gak. sadis la geng..

Pengsan sesaat pun tak ingat apa-apa.. err bahaya

masuk ofis pagi2 da mood memang xokay. abaikan- kisah yang mereMukkan hati dan telinga sejak awal pagi.

-dipendekkan cerita..

saya tak leh puasa lagi.. air dalam botol minuman pun saya tlupa nak bawak. kepala memang bengang time tu. jadi bila blik kerja saya terus rehat kat bilik.

agak lama jugak baring2 nak kasi otak rilek... sangat letih. masa dok try lelapkan mata,terdengar keriuhan kat luar rumah. oh...rupanya kak long n family datang. dorang dok sri aman.3jam dr bandar kuching.

lantas, saya bangun terus menuju ke pintu bilik. time tu la berlaku lah saya yang tetiba rasa pitam..saya mampu rasa penglihatan saya mula gelap sambil saya menahan tepi dinding, wajah bapak,nurul dan hil pun semakin gelap. then, masa tu rasa mula gigit bibir sendiri,mmg tak rasa papa da.. sambil dengan perlahan saya tutup mata dgn tangan terus perlahan2 terduduk. lepas tu.. i xsedar papa da,tapi dalam brapa saat je kot.. bila je saya sedar, buka mata, yang kedengar suara bapak kata 'tarik nafas n hembus' - dlm masa yg sama saya terlupa apa terjadi..' eh..pahal?'kata yang kuar dri mulut, sambil buka mata..n senyum rasa pelik bila bapak still ulang ayat tadi. then, baru rasa kembali badan2 saya yang lemah tadi.malunya, tetiba rasa baru sedar dari tido,padahal hanya berlaku dgn pantas skali,tapi saya tak sedar dlm brapa saat tu..

fuh.. nasib baik takpengsan lame mcm b4 ni. kalu x busy plak org umah dgn saya.dah nak raya. mcm2 lak hal.

punca kes tu, mayb kepala bengang, tambah lagi.. saya kurang minum ,pastu malam sblum kejadian, saya makan sikit jer,tenaga yg ada tu,sangat kurang tak leh menampung keaktifan pada fikiran n gerak geri saya.

adakah saya ni kuramg air atau kurang darah?atau ke 2x nya. huhu skarang ni pun stil terasa pucat pada bibir. huhu migrain pulak terasa kini. hadoiyai..

Semangat baru untuk jiwa yang tenang..

bermula sebuah kisah hidup baru.. semoga perjalanan baru tidak akan menyulitkan setiap harapan.
selamat memulakan semangat baru. :)

ya ampun.. kiut nya ustazah ni! :)

insyaAllah.. thanks to maha penyayang. memberi sedikit kekuatan dalam menguji kelemahan ni..

24 Ogos 2011

lost love qoutes



The bad things in life
open your eyes to the good things
you weren't paying attention to before.

Time goes by,
life goes on,
and all I can think of is
why you're gone.

It's a horrible thing to see
your lost love walk past you with another girl,
and it's the worst thing to know that
you made a mistake in letting him go.

I thought that by telling myself
and everyone else that I hated you.
That sooner or later
I would come to believe it.
But I now realize that by lying,
it makes me want you even more.

When speaking of lost love,
time may heal all wounds,
but there will always be scars.

No matter how much
it'll hurt me to see you,
my most loved lost one,
all that I wish is look into
your eyes once again.

Losing you is like losing my heart.

They say no matter how dark the night is,
the sun always rises again ...
I say lost love makes one r
ealize that no matter how bright the day is,
the sun will always set again.

Once you find someone you really love try your hardest not to lose them,
because you will never get over the feeling of loneliness.

Even if he doesn't like me tomorrow,
I knew he loved me yesterday.

I thought I would die if I couldn't have you.
Now that I know I can't have you,
death seems inferior.

The biggest mistake in my life that I have ever done was to let you go.
And, now I realize that you will never come back to me.

Love is letting go of the one you love,
hoping that they will come back to you
when they realize what they have lost.

When you have loved unconditionally one man and lost that love,
it leaves a wound that never heals,
a sad and broken heart, a void forever.

No one realizes the beauty of love,
until you lose it."

Why do things have to pass you by?
The things that are so irreplaceable,
they seem to run by without giving us
the chance to see how much we've just lost.

If I can't have you,
at least i was able to know I had you.

Someday you'll know,
that I was the one for you.

If the human body can live with food and water,
then why does it feel like I can't live without you?

It's amazing the things you realize
when you lose someone:
you get mad at yourself for not
saying the things you could've a million times,
you take for granted the days
spent doing nothing when
you could have been with them.
Anyone can be taken,
at any time in our lives,
but we always wait until they're gone to say
the things we never had the courage to before

terima kasih daun keladi..kalu tak nak daun keladi.. pilihlah mana² daun.terserah!

-tiada kata untuk hati dan perasaan diketika ini!
-thank you!

True Love Quotes


The best way to love is to
love like you have never been hurt.

Love needs no map,
for it can find it's way blindfolded.

Hold my hand
and I'll take you there,
somehow, someday, somewhere.

I don't fear insects or spiders.
At great heights,
I jump off, smiling.
In the face of death I wink.
But, when I look into your eyes,
I'm in fear of how much I love you.

Be true to love,
and love will be true to you.

I don't need anyone to
take advantage of my
weaknesses or my strengths,
I need someone
who will appreciate me
for everything that I am.

Missing you can turn from pain to pleasure
if I knew you were missing me too.

A life without love is no life at all.

Passion' a word
which involves so many feelings;
I feel it when we touch,
I feel it when we kiss,
I feel it when I look at you.
For you are my passion,
my one true love.

Far in distance,
but near at heart,
you'll always be the angel of my heart.

Love is hard to find,
but once you find it you won't regret it.

I may not be your first,
but to be your last would be perfect!

If I don't know what true love is,
how will I ever find it?

When I found you,
I felt as if my heart found its destination.


I prayed to God to reveal the person who liked me;
He revealed you.

Love happens whether you want it to or not.
Don't try to control it.

You know it's love when
it you 'grew into' it
instead of 'fell in' it!

If you think missing me is hard,
you should try missing you.

Heartbreak Love Quotes



I thought I loved him,
but he had to break my heart for me
to know what true love really is.

A failing love is like desperately
hanging on to something precious;
not wanting to give up,
but your hands feel the pain.
And, when you finally let go,
you're free from any pain,
but your hands are empty.

What do you live for when all
you were living for is gone?

We cannot beg someone to stay
if they want to leave
and be with someone else.
We have to admit that love
doesn't give us the license to own a person.
This is what love means...sacrifice.

Deep in my heart, I'm suffering,
knowing that I've lost you.
On the outside, I'm living,
pretending that I've forgotten you

I just want one day to go by
where I'm not pretending I'm happy!

Once upon a time I was falling in love,
but now I’m only falling apart.

I could fill a thousand pages
telling you how I felt
and still you would not understand.
So now I leave without a sound,
except that of my heart shattering
as it hits the ground.

I always knew looking back on the tears would make me laugh,
but I never knew looking back on the laughs would make me cry.

Every morning I wish it were night again,
for it is only at night and in the depth of my dreams that I can feel you,
and you still belong to me.

If you never get your heart broken,
you'll never learn to love.

She's got him falling head over heals for her
and I can't even get him to stumble..

Love is hard to get,
but harder to let go.

Love is short,
but forgetting is long.


You'll never understand why I hurt so much
because you're not the one who is crying,
you're not the one who is left behind,
you're not the one who loved too much,
and you're not the one who is holding on to someone who is gone...

You don't have to let it slip away but you want to,
I don't want to let it slip away but I have to.

It is only when I realized I could lose you
that I realized I could never lose my love for you.

Loving someone doesn't mean
you have to be with that someone,
because sometimes Fate plays a fool on us
and we are not meant to be together.
But still, there is love between us.

The hardest thing to do is watch someone
you love, love someone else.

break up qoutes



A break up is like a broken mirror.
It is better to leave it broken
than hurt yourself trying to fix it.

I can't escape the thought of you.
Even in my dreams you are there.
It's not fair how your gone,
and how you're moving on so fast,
while I am still living in the past.

Breaking up is not a stupid thing;
instead it makes you a better person
and realize your mistakes.

Letting go of someone dear to you is hard,
but holding on to someone
who doesn't even feel
the same is much harder.
Giving up doesn't mean you are weak!
It only means that
you are strong enough to let go!

Breaking up is just like
having the worst nightmare after
having the best dream.

Sometimes we tend to be in despair
when the person we love leaves us,
but the truth is, it's not our loss,
but theirs, for they left the only person
who wouldn't give up on them.

If your love does not work with that person,
it just means that
someone else loves you more.

If you can't save the relationship,
at least save your pride.

When you love him
- truly love him,
how are you supposed to get over him?
I've tried everything possible ...
but I just can't. Isn't that what true love is?

I don't know what to do now that we're apart;
I don't know how to live without the other half of my heart.

My biggerst fear is that one day
we will pass each other on the streets
and have an artifical conversation.

There is nothing sadder in this life than to watch
someone you love walk away after they have left you.
To watch the distance between your two bodies expand
until there is nothing left but empty space... and silence.

My heart only fought for what it wanted.
Now my heart is having to fight to let him go."

Watching you walk out of my life hasn't made me
bitter or cynical about love, but rather,
it has shown me that if I wanted so badly to be with the wrong person,
how beautiful it will be when the right one comes along.


Now that I have loved so purely and deeply,
I have realized how lonely I really am.

Some people think that it's holding on
that makes one strong;
sometimes it's letting go.

You have to forgive to forget,
and forget, to feel again.

movie love qoutes



Love is a leap ...
I was never inspired to jump.
Kate and Leopold

Some things are not meant to last,
they just take a place in your heart
and make you smarter the next time
Alex and Emma

The best love is the kind that awakens
the soul and makes us reach for more;
that plants a fire in our hearts
and brings peace to our minds ....
That's what you've given me
and that's what I hope to give to you forever.
from the movie,The Notebook

I would rather fight with you
than make love to anyone else.
The Wedding Date

If your not willing to sound stupid,
you're not worthy of falling in love.
A Lot Like Love

I guarantee that we'll have tough times
and I guarantee that at some point one
or both of us will want to get out.
But I also guarantee that
if I don't ask you to be mine,
I'll regret it for the rest of my life cause
I know in my heart
you're the only one for me.
Runaway Bride

It's a wonderful thing,
as time goes by,
to be with someone
who looks into your face,
when you've gotten old,
and still sees what you think you look like.
The Bachelor

Hearts will never be practical,
until they are made unbreakable.
The Wizard of Oz

It doesn't matter who, when, or where...
you can always use a hug.
Hope Floats

Never knew I could feel like this,
like I've never seen the sky before.
Want to vanish inside your kiss
and I love you until the end of time.
Moulin Rouge

I don't wanna need you, 'coz I can't have you.
Bridges of Madison County

The being in love is better than the falling in love.
Simply Irrestible


I would rather spend one lifetime with you -
than face all the ages of this world alone.
Lord of the Rings

But if you wanna leave, you can.
I'll remember you though,
just like I remember everyone that leaves.
Lilo & Stitch

Truth is, I gave my heart away along time ago,
my whole heart, and I never really got it back.
Sweet Home Alabama

You are the only person that can make
my heart beat faster and slower at the same time.
The Hot Chick

Why do you want to marry me?
So I can kiss you anytime I want!
Sweet Home Alabama

La vita e bella; la vita e amore.
-- Life is beautiful; life is love.
Life Is Beautiful

Don't let your past dictate who you are,
but let it be part of who you will become.
My Big Fat Greek Wedding

Love Hate qoutes

Memories are the best souvenirs.
sekadar gambar hiasan

Parting of loving someone
is learning to let go.

Take a look at what you have.
Think of all you did to get it.
Remember it only takes one second to lose.

It's better to be with no one
than to be with the wrong one.

Happiness is the best revenge!!!

Should I hate you because you hurt me?
Or should I love you because
you made me feel special?

Deep down you know it's best for yourself,
but you hate the thought of him
being with someone else.

Now I believe it when people
say love is blind...
'cause I must have been blind
to love a person like you.

Money can't mend a broken heart;
that's Love's job.

One can not truly experience
the beauty of love
without enduring the pain that comes with it
once it is lost.

It hurts to see the one
you love happy with someone else,
but it is more painful to see the
you are with unhappy with you.

The heart does heal and you will love like this again...
only when you do, you will deny you ever felt like this before.

Why am I afraid to lose you when you're not even mine...

You will know that you love someone
when you want him/her to be happy.
Even if that means you're not a part of their happiness.

I was born the day you kissed me,
died the day you left me,
but lived for the time that you loved me


I will always love him,
I just won't love the way he treated me.

I cried when I knew I lost you,
afraid I had lost it all.
Then I realized that losing you,
didn't have to mean I lost me.

One day you will seek love
and be sorry that you threw mine away.

wordless wednesday



p/s: baru semangat nak update pasal semalam..tapi semangat pepagi dah hilang.. mood kurang bagus. esok² lah i update okay. TQ

you nak menang.... menanglahhh!!!

blog i suka hati i lahhhhh.. sekurangnya i tak perburukkan u kat sini!!!!!!

kannnnnnnnnnnn?!!

tiada masalah apa yang i update kat sini... tapi masalahnyaaa... u dan i!!! so tak perlu nak kaitan apa yang i post dalam blog ni.. alim ke tak alim.. itu tuhan adili i...

tapi kalu  u nak sangat akhir sumanya.. Si-LA-KAN !


23 Ogos 2011

keje setengahari sebab nak jemput Dia! ;) ehem²

seperti tajuk di atas begitulah isi kandungannya. 

Memang tak sabar nak jumpa Dia. Dah lama tak jumpa. rindu-lah!

Sambutan hari raya kali ni pasti meriah. semua hati akan rasa gembira. 

okay,esok saya update lebih lanjut pasal Dia ;) 

-yes! masuk 23 hari dah puasa ni.. ada 7 hari lagi kita nak sambut hari raya. yeayers!
tak sabar nak pasang pelita depan rumag.. ;)


mencantikkan pelekat baju yang cantik² belaka dengan sendiri! mudah!

bahan-bahannya:
ape nak panggil bendalah ni eh.. tukang jahit mesti tau. saya ni tak arif pasal bab ni.. tapi boleh lah tahan kalu nak bagi idea mencantikkan baju sendiri. Kalu nak diikukan baju i ni simple jer.. tapi saya belikan "bunga cantik" ni untuk dilekat pada leher dan lengan baju. kalu yang jenis ni..  RM12 semeter. kalu untuk pada leher dan lengan anda memerlukan 1meter 1/2 yer. hahha! ceh rasa teror lak ye. ade jer yang murah dan cantik² belaka.pasti rambang mata nak pilih. ;)
Saya potong² ikut bunga yang menarik. kita boleh jer ubah suai kalu tak kenan dengan penyusunan bunga asal.kang kalu nak ikut yang tersedia tu tak ngam pulak kalu nak dilekat kat leher baju tu kan. so.. begini lah. Bila  dah dapat idea tu...pin kan lah dulu. kang kalu main agak² tu ..terlupa kot.mana satu nak ke bawah.. ke atas.. ke tepi kan. Confirm dah rasa sesuai tu.. anda pergilah buka iron... justttt capkan iron/seterika tu atas bunga cantik ni.. pastikan melekat ketat-ketat tau. kanggg terngaga pulak.. tak cantik dah baju korang.Jangan sampai kain baju terbakor ploq. haha tak raya kang. :P agak² dengan suhu panas iron lah k. ;)

OKay.. siap! tinggal 2% lagi tak siap kat lengan .. ;) nanti sambung! hehhehe


cantik tak. cantik tak? maka itu.. anda jugak boleh mencantikkan baju yang simple dengan lebih menarik dan menawan. kalu korang pakai mesti dorang tegur.. baju beli ke  buat sendiri! hhhihih jawaplahhhhhhhh... ;)

nak kasi baju kurung yang simple jadi lebih gemilang bergemerlapan ! meh try this.. :P

Baju saya taklah siap dari kilang. hehe kitaorang beli kain.. dan suruh kakak buatkan. Saya beli jer yang murah² memandangkan kos memang sukar nak beli mahal² .murah² asal tutup tubuh badan.. syukur dah kan. ;) mahal² tapi cam tak cukup kain. pasti orang kutuk jugak. hmmm yang itu saya tak ikut cerita. cukuplah saya dokcita pasal saya. ye! oh ya...Tahun ni tetiba rajin nak menjahit baju kurung ngan isi manik² / butang yang cantik².hihi mari² walaupun hanya nak syer pasal hal yang orang lain lagi hebat kalu jahit manit. tapi tak kira..saya nak pampang kat jugak.. hehe! :P

tahun ni buat baju kurung jer. takde kebaya. cuma satu i buat jubah. ;)
meh.. cara-caranya carilah permata²/manik² / butang² yang cantik untuk ditempek kat dada baju anda. macam saya ni pilih klaer hijau.dengan harapan agar nampak lebih berkilauan lah raya nanti. :P
kesungguhan nak menjahit sendiri tanpa bantuan sesiapa kan. ceh. fulamakkkk 

hampir 1 jam juga saya nak siapkan. mana tidak.. kiki!!!!!!!!!!! mbil ni.. Kiki!!!!!!!!!!!!!!! buat baju. Kiki!!!!!!!!!!!!!!!!! tolong ini jap.. Kiki!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kiki!!!!!!!!!!!! macam². tapi akhirnya saya  habiskan jugak. nampak gayanya.. butang² ni tak cukup.. hanya leh mencantikkan bahagian leher saja.. pada lengan saya tak buat lagi. hahah nak kene tunggu beli baru sambung lagi. Hadoiilaaa.. :)
Dari yang plan gitu jer..sekarang ni dah cantikkkkkkkkkkkkkkkk! 

Masalahnya sekarang saya rasa nak tukar . butang hijau ni tak nampak sangat kat baju kan.salah pemilihan warna lah kot.nanti belikan yang lain pulak.. butang ni.. akan pindah kat baju satu lagi. haha! sajer nak tunjuk ni.. apa yang saya buat semalam. lalla~~~ ade lagiii saya nak tunjuk. tapii bukan main jahit.. tapi iron jer. ;) mesti korang pun buat benda yang sama jugakkan. hihi nanti saya update pasal daya kreativiti saya tu okay.


belajar wat sendiri..lelama pandai la.. kan ;) 

maunya tak kejang otak layan panggilan begini!!



Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,


Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


-haha! aku pun tak reti nak huraikan camne cita nie.. pening wek!


—- sumber:ceritalucu

setelah 15tahun,akhirnya saya menjahit langsir! bangga tu der ;)

Dah lama tak tempek gambar bersama²  anak buah saya ni kan. 

Malam tadi.. sempatlah say bermanja² dengan dorang ni..Kebetulan mode manje on semuanyakan.. semua nak peluk² ajak bergambar. hihi saya pula.. memang suka nak melayan dorang ni.. apa lagi mood sangat bagus. sungguh penat semalam. ade jer kerja nak dibuat.ceh cam orang kuat kerja. haha! padahal  just jahit butang² /manik² kat baju. hihi L.o.b.a sungguh!

Oh bercakap pasal jahit. sungguh benar..last sekali saya menjahit masa sekolah menengah form  3 masa mbik kelas ERT! giler 15tahun saya memang tak pernah nak jahit dengan mesin.. apa lagi MENCOBA untuk menjahit. Kalu tak kerna kakak saya yang sangat memerlukan pertolongan saya untuk jahit langsir my uncle tu.. saya tak merasalah guna mesin outo sekarangkan. main PRESS tu siap!akak ajar sikit..dan saya dah tau camne nak guna. gilerrr bijak jugak saya! :p (cobaan,not bad juga lah jahitan yang saya buat untuk langsir tu)

 bukan macam duluuuuuuuu... kena putar sikit roda kat tangan..kaki baru aktif goyang². haiyaa.. tapiii orang dulu punya sabar nak menjahittt.. ye macam mak saya!TEKUN.hihi

Fuh.. rupanya senang ye nak jahit guna mesin yang canggih sEkarang ni. apa lagi, kakak saya perli  dan bagi harapan..katanya ' tahun depan leh lah trima tempahan" haha! giler. Baru jer saya jahit sisi dan jahit tepi langsir. kalu saya dah reti nak jahit baju.. haaaaaaaamboiii camnelah agaknye!

sebaliknya,saya sedar saya ni berbakat dengan kerjaya sebegini.tapi kemalasan menyelimuti pergerakkan. haha! dasar. dan ternyata saya juga berkebolehan menjahit sebenarnya. bangga lah doe! even hanya jahit langsir :P lain kaliii akak saya ajar jahit baju pulak. yeayyy!!!
ceh. bakal tukang jahit yang terkenal nanti! hahaha :P 

Teman mak ke saloon. Hamboiii sakan raya nampak.. hehhe

isnin penuh dengan rencana.

semalam teman mak ke town.. katanya nak gulung rambut. kat tempat biasa..SUN SUN saloon!
Kekadang saya pun suka ke situ. Jimat sikit. tak perlu membazir uwang sangat nak wat rambut memahal. Janji yang dorang wat tu tak rosakkan rambut maaaaaaaaaaaaaaa...!

saloon ni giler lama dah menapak kat area india street ni. Mak pun dah selesa sangat dengan gulung dan potongan dari tauke kat sini. Nasib baik tak tunggu lama sangat. lepas je mak siap set rambut.. kami jenjalan dulu kat gawang india street ni. adoilaaa.. memang sesak la..nak nak dah dekat raya ni kan.tak leh nak melenggang sangat jalan kat tempat camni. haha!! macam² leh berlakon. jalan dah ganas.. muka dah garang kerna panas matahari di atas kepala.. giler wahh ..nasib baik tak puasa semalam. ;) wink!
Saya teman mak berbeli barang. huhu saya tak beli apa² pun.. gaji pun tak masuk lagi. dah tau nak raya.. bagi lah awal² sikit gaji. tak perlu nak tunggu saya minta lebih awal. kan? hmmmm 
kitorang balik dalam jam 1.30 gitu lah..satu hal pulak... aircond saya dah tak sejuk!! arrhhh tensionlahhh gini.  fulus.fulus.fulus. gilerrr sentaplahh macam² hal.
sampai rumah terussssssssss rehat! letihnye jalan tengahari terik ni kan.. tapi ingatkan leh tido ke apa  pastu. TIDAK sama sekali.. ade aktiviti tangan pasti. hehe! nak tau kene rajinla singgah.. ;)





"sebelum pergi"-confirm bila anda baca,hati anda tersentuh giler,pasti airmata mengalir keluar (kisah benar)

(saya kongsi untuk korang apa yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama)


Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?


Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, “InsyaAllah, Abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, “Abang nak apa harini?”

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, “Mak, Abang nak naik kereta bomba!”

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!” Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, “Abang nak apa?”

Abang pun jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!



27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!” Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

“Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!” Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, “Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika.”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

“Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

“Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

“Abang ngantuk!” Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, “Makkk..sakit perut..!”

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!” Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..”

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, “Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


sumber:ceritahot

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx