2 Ogos 2011

1st sahur,sungguh tak liat nak bangun!

Assalammualaikum & salam sejahtera semua ;)

Hari dah masuk hari ke-2 puasa. camne puasa korang? okay tak? hihi
mesti korang dah sibuk² cakap pasal 1st day puasa kan...? saya nak pun nak story ;P

ala-ala scarf dato'ct nurhaliza lak dah :P 
okay.. bangunnya sahur saya dihari pertama puasa.. sangat semangat..tersangat awal saya rasakan. hehe 2.30pagi saya dah bangun dah.. itu pun mak yang bangunkan. then,mata pun takdelah nak menyepet.. hati taklah melawan..terus semangat jer dibangunkan.. heheh!! -hagaknya iblis syaitan nirajim itu dah digariiiii dengan sesungguhnya. hehhe! tak liat nak bangunnn!

makan punya makan.. sungguh² dengan minum air yang cukup..rehat kejap.. then sambung tido! hoho... nasib baiklah isnin saya pulak offday.. bolehlah bangun lewat sikit jam 9pagi gitu kot. terjaga indah. pagi² tu masih cergas .. cuci baju tu dah perkara biasa dah.. pastu yang tak sudah² dari minggu lepas nak berkaraoke... siap dilaksanakan berkarok siang semalam. hamboiiii tak sudah² bulan puasa nak hibur. la.. kali tu jer.. melepas niat yang dah lama tak lepas :P nak nak pulak hari saya memang tak bekerja. hehe... bolehlah layan sampai tekak kering dah.. haha nak minum?? mana boleh.. haaa fadan muka kat diri sendiri.lupakan pasal karaoke..lain kali baca al-quran ye! 

Dah belah petang tu.. saya ingatkan nak rehat kat rumah saja..tapi ade turun jugak town . hoho... lepas selesai semua hal²yang perlu diuruskan. saya singgahlah ke Bazaar ramadhan dekat demak laut.beli kuih muih.. beli air soya.. itu paling penting bagi saya. kurma juga. pastu kuih gelang memang selalu menarik nafsu bila bulan puasa ;) 

saya berbuka dengan family kat rumah jer semalam.. cuma fizi yang takde bersama puasa tahun ni.. jauh dah mamat tu    bekerja.. ;) harap² raya karang ade cuti dia balik kampung!

begitulah alkisahnya saya dihari pertama puasa.. :P 

1 ulasan:

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx