Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena keluaran Siri ketiga duit syiling Malaysia. duit baru ini bakal berada dalam edaran awal tahun depan.
duit syiling peringatan adalah dalam denominasi 5sen, 10sen, 20sen, dan 50sen.
seperti biasa, ciri-ciri unik duit syiling mencorakkan budaya dan warisan negara. motif rekabentuk pula memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna, dan seni kraftangan tradiasional yang terdapat di Malaysia.
duit syiling yang baru ini bersaiz lebih kecil dan ringan. sisi tepi duit syiling adalah berbeza-beza bagi memudahkan pengguna serta pengguna kurang upaya, khasnya untuk mengenalpasti dan membezakan duit syiling itu...bagus kan..user friendly untuk penggu kurang upaya =) keterangan lebih lanjut terjah sini .
motif bagi setiap dominasi (bahagian depan)
alaaa yang ganti tempat pistol, bagunan tu...cer tengok duit syiling sekarang...=P
Denominasi
Denominasi | Ikon |
50 sen | Sulur Kacang |
20 sen | Bunga Melur |
10 sen | Orang Asli Motif |
5 sen | Destar Siga |
bahagian belakang- semua duit syiling memaparkan motif yang sama, ada gambar bunga raya, tahun penempaan, nilai muka dan paling penting sekali...perkataan Bank Negara malaysia. nak tau lebih lanjut??
walaubagaimanapun, siri lama akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur. yang lama usah dibuang begitu saja hehe
sumber: Bank Negara Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih ;)