30 Oktober 2011

cake "manchester United" !!

Bulan sepuluh memang bulan meraikan hari jadi.. ;) ~~

kali ni sambut besday isz tunang riza pulak. 
on 27th october lepas.. kitorang ke D11 steamboat. hhihi steam ni memang aku tak steam sangatlah. haha agak kurang minat ;) tapi kalu dah diajak... makan tu harussssssssssssss ;P

(maaf tak sempat nak mbik gambar persekitaran di kedai tu.)

tapi snap gambar setelah kenyang ada banyak ni.. hihi 

hambik ko... duduk sini ploq dah.. 
okay. sekian (update jer pendek dari tak update terusss kan kan kan :) baiiiiiiiiiiiiiiiiiii

27 Oktober 2011

Latar Belakang blog saya yang baru ;)

Pagi yang Cantik. Penuh dengan terang. berkilau ditengah langit. indah tenang dijiwa..
 Terima kasih Allah memberi cahaya-MU pada pagi ini. Alhamdulillah.. ;)



Heyy jiranku... background blog saya tukar lagi . ngeeeeeeeeeeeeee! jangan jeles. ;)
asalnya begini...

pastu edit sikit nak bagi nampak kaler oren :) alaaa.. oren tu kan warna kesukakan saya! 
        cantek tak cantek tak..bersama rambut pe-le-su! :)
 tak sabarnya nak tunggu rambut asal panjang ni..

okaylah.. saje nak gi tau yang background blog sudah meng-Oren!! wink²

-huggy wuggy!! love lots

26 Oktober 2011

I love his Voice !!

James Marrison


‎"..And If Its Gonna Be A Rainy Day,

Theres Nothing We Can Do To Make A Change ,

But We Can Pray For Sunny Weather.."

23 Oktober 2011

happy deepavali pada semua!


Sempena Hari deepavali akan menjelma..(rabu 26/10/2011)
 saya ingin mengucapkan happy deepavali buat penganut agama hindu seluruh dunia. ;) mungkin saya punya readers pun ada dikalangan hindu sini kan !! dorang suka jadi silent jer.. :P (perasan)

Makan maruku tu..ingat saya kat sini! heiks!

ehh..same ke deepavali dan diwali ni? hemtam sajalah.. kalu salah betulkan okay! 
hamboi tak nak kalah ok!!!.. 



to: hitrik roshan,arjun rampal,kajol,rani dan yang lain² tu... happy diwali..! :P

22 Oktober 2011

Sambutan Hari jadi yang ke-19+10 tahun!

Hiksss.. Choops! tajuk memang tak nak blah yer.. awak kira sendiri usia saya ni ;)

Tahun ni saya memang takde plan lansung pun nak meraikan ulang lahir saya.Macam biasalah...bukan ape sangat pun rasanya.cukup dengan rasa syukur lanjut setahun umur.Dah bersyukur sangat. Makin meningkat umur.. makin risau mak saya..tak kawen² lagu ni ha...

Alaaaa.. ilek lah mom! nanti jodoh dah bergolek² depan mata ni kang saya kawen ler:) hamboi bergolek² engko! .............okay,abaikan pasal jodoh. kita nak cakap pasal sambutan hari jadi saya ni. hiks!




Diraikan kat SECRET RECIPE-The Spring! 


Lepas kerja tu..kitorang terus je ke sana.Hanya sekadar lepak makan kata orang kan. Ingatkan nak makan nasi..or mee... sekali dorang pulung cake besar bagak ni weyhh!! bahagianya rasa dihati bila dapat cake coklat! terharu lah saya (T.T)

cuma masalahnya, saya ni bukan pengemar cake. serious!! makan pun lite² dengan air. hihi manisss sangat!
bertambah happy bila dapat hadiah coklat dari hanizah ;) happpy!! happy!! happy!
Tahun ni pun, sambut ngan kawan-kawan jugak.Sangat happy dengan dorang mama dan mummy howt ni! Walaupun baru² jer dalam persahabatan ni...semoga berkekalan sampai bila². ^_^
hazimah dan hanisah.. dua dua kaki gambar . so takde masalahnyeee kalu nak bergila² depan camera.

cake memang tak habis makan.. so dorang izinkan saya bawa balik. yayyyy!! sedap tu... cake secret recipe lagi! ;) tapi saya begitulah.. makan sikit jer dah kenyang. 
bufday girl 19+10


Kalu hari jadi tu dapat coklat... hari jumaat pula saya dapat lagi satu hadiah dari Hazimah pulak. 
seronoknya dapat hadiah ;)


:"AYAMKU RESTAURANT"-WISMA SATOK

2ND BELATED BIRTHDAY! HAMBOI... gilang gemilang!! 
thank you veli-veli much DarlingS !!-terharu dalam hati-^_^
yayy!! dapat bantal peluk!
selalu jer dapat bantal peluk.. saya nak husband untuk dipeluk!! hahah larikkkkkkkkkkkkkk!!


note: darlings, maksih oii..sambut bday mek tahun tok. moga² friendships kita berkekalan ;) *hugs!

19 Oktober 2011

(Gambar kembar siam)-Dikorban untuk selamat nyawa kembar


Seorang ibu yang melahirkan anak kembar siam perempuan mungkin terpaksa mengorbankan bayi yang lebih lemah bagi menyelamatkan kembarnya. Kembar siam itu berkongsi tubuh dengan dua kaki, dua jantung, dua perut dan dua tulang belakang.

Mereka dilahirkan secara pembedahan Caesarean Rabu minggu lalu dan doktor di Vietnam berkata, seorang daripada pasangan kembar itu mungkin terpaksa dikorbankan bagi menyelamatkan kembarnya. Dua beradik kembar itu dikatakan mengalami bentuk kembar siam yang jarang berlaku iaitu dicephalic parapagus. Ia bermakna hanya satu tubuh yang membesar di dalam rahim dan disebabkan kedua-duanya berkongsi tubuh yang sama, mereka tidak dapat dipisahkan dengan sempurna.

Ibu kembar siam itu yang berusia 35 tahun diberitahu dia akan mempunyai anak kembar kerana terdapat dua degupan jantung selepas melakukan imbasan ketika kehamilannya. Pakar sakit puan, Dr Dao Trung Hieu berkata, organ dalaman dua kembar siam itu perlu diperiksa sebelum pakar membuat keputusan akhir mengenai masa depan mereka.

“Kembar siam itu dalam keadaan sihat. Ini adalah kes kembar dicephalic parapagus kerana mereka mempunyai dua kepala, dua leher dan berkongsi tubuh mulai dari bahagian dada. Selain daripada mempunyai dua kaki, dua lengan, dengan salah satu tangan mempunyai enam jari, lengannya juga tidak sempurna dari belakang. Organ dalaman kembar itu agak rumit. Selepas pemeriksaan selama dua jam, kami dapati mereka mempunyai jantung yang bersambung dan berkongsi dinding antara dua ruang di atasnya. Kedua-duanya mempunyai kecacatan kardiovaskular tetapi keadaan kembar di sebelah kanan lebih serius,” katanya.

happy birthday KIKI !

19 october-Today is my birthday!!!! :)

18 Oktober 2011

Beronok-ronok dengan Penyokong Manchester United !!

Pasal Bola sepak aya pun ada semangat kesungguhan menyokong~ apa lagi bila team saya beraksi!! nak² pulak match dengan Liverpool! lagi² start awal.. Terus saya plan nak tengok kat luar. ;)

Kalu diikutkan plan tu dah terlebih awal dengan sumone ni.. tapi cam tak menjadi jer. saya bawalah diri bersama geng² MAN U ni.. ;). Mungkin Dia takut kot, maklumlah dia FAN Liv! hihi okay² abaikan pasal si dia tu. 

Saya sampai awal kat area batu3 ni.. ni tempat dorang selalu turun melihat perlawanan bola! Tapi saya singgah dulu bersama kakak dan abang ke Mcd berhampira. Dorang ni tak pergi tonton pun.. sebab nak balik kampung.Cuma saya kat disini nak tunggu Riza dan Isz sampai. Punyalah dah start dah game barulah dorang muncul. Memang pack woh!! nasiblah tempat dah reserved. senang hati sikit nak melihat. tambahan skrin depan ni jer.

AYuh... layan gambar dibawah:





Mesti dah semangat giler Liverpool nak memang tapii punah jua bila Man U menyamakan goal. ;)

Memang meriah kat sini weyhh!! masa masing² dapat score tu.. memang giler bersorak!! beronok² rasanya sampai dah tak tau sapa yang score masa tu.!! happpening giler babe!!! :)

Manchester United-1    Liverpool-1

3 Diva pergi karaoke

Assalammualaikum dan salam sayang semua!!! ;)

Terasa dirindui-lah sejak beberapa hari tak meng-update ni. Rindu kan daku kan..?? hihih.. i miss uols too-lah. Sebenarnya saya ni takde masa nak mengupdate- kesibukan amat bunyinya. Tapi tidaklah begitu,cuma beberapa hari lepas takde idea nak mencatatkan blog kesayangan ni. 

Kemana kah saya? 
tak kemana sayangs. saya hanya menyibukkan diri bermain poker kat facebook! hamboii ~ tapi selalu muflis. tu lah tamak sangat nak menang.ada orang pesan,kalu nak main tak leh tamak.. kalu dah menang tu.. rehat dulu. jangan bazirkan chips! haha! -saje je nak mengisi masa kosong kat ofis ni ha. 

Tapi!! ada hal yang lebih penting untuk dikongsi bersama. Aktiviti yang hampir dilupakan ini! Nasib baiklah ade geng baru ni punya minat yang sama. Tak sedap pun sedap jugak jadinya suara bila digandingkan. hah! suara kelaut pun naik ke darat! ape lagi kalu ke darat memang melepak sambil makan kopok lekor cicah sos ler! :) mehhhhhhhhh.. layan dulu gambar² di bawah ini :


kitorang karaoke jer kat K-BOX at THE SPRING!
ini saya yang sangat teruja nak melepak! **lama gila tak lepak kat sini**

hanizah ,hazimah dan HANAKO!! whoopsss-dah macam 3 diva!  :P 

Kalu diikutkan Hanizah ni memang payah nak ajak gi karaoke. tapi atas desakkan yang sangat memaksa itu dia pun setuju.Alaaaaaaah.. sesekali lepaskan tension dengan menyanyi BEST APA! hilang terbakar tekanan yang ada ;)
seperti biasa.. layan habis yerrr!! 

Masing² sibuk nak nyanyi lagu omputih dorang ni.. saya jer yang lebih² feeling lagu evergreen melayu! pastu buat concert siti nurhaliza! haha~~ saya lagu omputih kurang sikit.. masa dorang  nyanyi saya ikut jer lah. Tapi hanizah bila disuruh nyanyi sorang..segan der! haha maluw lettew!~~ tak payah malu sangat! sumbang ker.. tak sumbang ker.. bila tergelak tu boleh membakar lemak !! ;)
Memang happening giler masa ni. Thank you-lah,even dorang dah married tapi masih punya masa untuk bersuka ria menemani saya yang single terlajak nih! hishh!! ;) tapi saya takde kisahnye.. janji hati tenang. be happy! be positive...and happy sokmo!
Just respect time dorang ler. sebabnya masa untuk family saya tak leh kaco! 


Keriangan itu adalah sesuatu! ;)

Lepas jer selesai.. kitorang blah. sebabnya masing² punya hal sendiri. ;) 

bai.bai. lots love!

12 Oktober 2011

Hari Lepak!

Pagi² isnin lagi dah bangun..**ngantok satu hal. malas dua hal** he²

Demi cik Zainor yang ada class bahasa sarawak tu..saya kenelah bangun nak hantarkan dia kat Unimas,Kota Samarahan. Jam 8pagi dah  gerak dari Muara Tebas(whooppss..!!kantoi laa tempat kediaman! :P 

Inilah Unimas.. buat julung jalang kali nya saya ke Sini. Serius,tak pernah sampai lagi.sumpah,besar kawasannya!kesian betul pada student kalu yang terpaksa berjalan kaki ke kelas. Lepas jer antar zainor, saya mencari² darlings saya untuk breakfast! Dah alang² turun ke town apa lagi.. santapan dulu la!


So,jumpa Hanizah untuk Breakfast kat Satok. Ajak sekali pekerja baru dorang ni.. yang cantek lagi tinggi. ;)

namanya: meyra !


Saya pula lepak dengan hanizah. Haa..Mengular lah Hanizah tu. Ke sana- sinun- ikut dia.Last² ke saloon jugak. Pasalnye pagi tu saya tak sempat nak cuci rambut,memang rasa tak best kalu nak kuar jejalan. 
kang kene slap muka!! haha tiru mata nizah!!sepettttt dan kecik :P

at RATU!

Sampai waktu tenghari time lunch.. kitorang kidnap Hazimah pulak. memang hari tu makan jer keje saya weyh! Kami kidnap pompuan tu kat Unimas kuching ni.Dekat sikit, dari yang Unimas Kota samarah tu.

82 girls! Sharifah Hazimah , kiki hanako, sharifah Hanizah- saya bersama puan²! saya jer lagi yang tak kawen-sabau! masing² dah ada 2orang anak YOU!!! hmmm terasa i!

kami lepak kat McD- batu 3! 
lepak punya lepak.. masing² dorang mengular! hahaa~ nasiblah hari isnin saya cuti,kalu tidak mana dapat nak mengular sampai jam 3petang. haha~ seharian saya melepak isnin lepas. giler lama tak gossip girl!

Selesai sidang perjumpaan, masing² masuk ofis. saya blah ke rumah lerr! *tired*

Tips: Perkara yang Suami harus tahu Pada Isteri Mengandung!

perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.


Bestnyeeeeeeeeeee jadi ibu² mengandung ni! layan giler rasa bahagia gitu. Tapi kalu jumpa Suami yang tak tahu layan isteri,HOw??buat anak jer tau.layan isteri mengandung payah! kesian.sebak tuw! ceh- tetiba update pasal mengandung lak kan.. hihi! artikel ni menarik tu yang nak kongsi tuw! Lagipun sekarang ni dah berleluasa sangat kes mereka yang tak tahu sayang anak. kesianlah.mungkin sebab punca dari mereka juga kan. kesian anak² tu!`

11 Oktober 2011

aktiviti bersama Zainor !

Ahad lepas saya sempat ketemu kawan saya kat unimas. Zainor namanya. tapi dia selalu kenalkan nama dia MIN hii okay. Zainor Jasmin Zakaria ! ;) dia asal Johor..tapi menetap di selangor dan kini belajar kat sarawak. ;)

Jumpa dia kat Unimas dan balik ke rumah sewa dia dulu nak ambilkan baju untuk tidur ke rumah saya. Tak kuasa nak ulang alik ke unimas. jauh! hihi~
sumber photo cilok dari Zainor Jasmin Zakaria

Kami terus ke THE SPRING untuk mencari KFC! Saya ni mana tolaknye ayam.. nak² lagi zainor ni yang teringin ayam KFC katanya. Dia pun pengemar ayam!~~

borak.makan.borak.makan.. akhirnya licin pinggan kitaorang. Kalu nak diikutkan masing² nak tengok movie tapi tak tau pulak nak tengok cerita apa. hih akhirnya kami putuskan untuk pergi karaoke!

APA DIERRRR?? KA_RA_ O_KE?! yes! karaoke~~! gumbira dalam hati. Dah begitu lama tak gi karok ni!


sampai jer kat K-11... harapan punah bila minimum nya kene 4 orang... tapi harga murahler.. RM15 seorang! Habis tu.,rasa nak melepas perasaan tu mesti dikeluarkan, kami ke POP WAVE at petanak area! HAH- jadilah setakat sejam setengah terpekik terlolong tu kan.. atleast seronok tu ada!

dalam jam 8.30 malam kitaorang pun pulanglah ke rumah. sebabnya esok kene hantar minah ni ke Unimas lagi. classnya jam 9 pagi okay. whoah!! monday gua terpaksa bangun awal. hihih class bahasa sarawak jer tu boleh je ponteng! hihih kamek boleh ajar bah.! whoops!

Kembar Mawi !

masa dok terjah blog² tadi.. terjumpalah saya satu blog ni.menarik untuk dikongsi sekadar  hiburan sahaja ler. tengok bawah ni, seorang yang dikatakan mirip mawi af3! ;) hamboiiiii

kalu dari sudut tepi... mata hampir sama... hidung tak sama.sebab mawi punya batang hidung is bengkok ..yang lain tu lebih² kureng laerr kot! 

haaaaaaaaaaaaaa.. tengok dari depan?!!! Adelah seiras gitu.. tapii tang tang muluttt ntah tetiba aku terbayangkan si mamat ex sepah! hehhehe!  dah dah.. sekadar kongsi jer wak. tetiba si kembar mawi ni rasa glamer apabila pernah diserbu yang disangkakan mawi. Kelasssssssssssssssss ko jang!
Saifulruddin yang merupakan tukang masak di Pusat Dagangan Dunia Putra( PWTC)

8 Oktober 2011

Bapa liwat bayi sendiri yang berusia 23hari! tak guna punya jantan!

(suratkhabar:8/10/20011-harianmetro)


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

sekadar gambar contoh! kesian bayiiiii kecil~

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

sumber:Harian Metro

Kesian betul baby boy ni. Memang nanti kalu dah besar mesti dia nak lumatkan jer bapak kandung dia tu. nafsu macam seton! kalu nak sangatttt gi laaaa.. buat sendiri! errrr!!! itu pun tak leh fikir ke?! bodoh punya jantan!! tak sedap ke sedap ker.. janji ko tak sakitkan anak dan hati bini .bangang!!potong ko punya anu baru tau!!!!

7 Oktober 2011

semak Kualiti Handphone anda,sekarang!!! jomm

APA YG ANDA TAHU TENTANG HANDPHONE ANDA?




Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

info: facebook


note: tak surelah ini betul ke tidak..tapi saya pun sempat try tadi.. 
kualitinya dari kilang asal : SANGAT TERBAIK! 

tiada kasih setanding kasih ibu

Memang sebak rasa kita lihat semua ni..
lagi² pada seorang ibu menjaga anaknya walau apa sekalipun keadaanya. 

info: "Seorang lelaki diabaikan, dibuang oleh rakan-rakan, saudara, dan isterinya. Beliau menghidapi asma, dan hidup menderita berdekatan hospital Jipmer, Pondicherry, India.

Namun, Ibu lelaki tersebut tidak putus asa memberi kasih sayang dan cuba segenap hati untuk menyelamatkan anak kesayanganya itu. Jelas kelihatan, satu-satunya kasih yang takkan hilang ialah kasih ibu.

Cinta seorang ibu adalah suci, tanpa syarat, dan selamanya!"



Berlinangan rasanya airmata bila saya baca kisah pendek ni kat facebook tadi.
terus jer copy dan paste kat blog.. nak share lah ye. :')
sumber info: facebook


note: tapi ada ibu yang sanggup bunuh anak,ibu jenis apa ko.
sedih bila tengok berita bayi yang dilahirkan
dicampak dari tingkat 2 baru² ni! sebak doe!

6 Oktober 2011

WOW.. sexy-nye Dato Siti Nurhaliza


bukan gambar ni..
photo sumber google


mana.. maana??!! gmbar dibawah ni.. ler ;)


sexynya dierrrrrrrrrrrr masa kecik wat fashion show  ;) hawaiiiiiii lagi.suwiitt!!
saya Xkisah dia kawen ngan datuk K.. hihi sebab datuk K very d gentle-man! wow-tetau jer hakak ni kan.. hihi!! ;)
tapi ct sangat cute :P sukaaaaaaa ler!ko tak suka ct?? mesti  ko tak comel masa kecik.. sebab tu ko tak suka . jeles lettew!:P haha! just kidding-jangan lah marah yerr

alaihaiiiiiiiiiiiiiii.. comelnye dari kecik sampai besar ;)
sumberphoto: minaq_jinggo
Ha-hA-Ha!! korang ni dengar sexy jer serbu terus blog i kan.. hihii
.. sekarang Datuk K jer lah yang punya Dia hihihi ;) **sayang to'ti :P


note: maaf akak ct..sebab tempek gambar nostalgia akak kat blog.. !
 CEH.. poyo camlah Ct ni baca blog aku! :)

Fakta benar tapi pelik

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehhehehehehe eh.......Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya..:) haha just kidding yee ;)


allallala.... sekadar mengindahkan hari anda dengan senyuman.. jangan tension² ye darlings!! *hugs!

Bila bilik saya terpaksa dijadikan wad bersalin. sadis!

selamat pagi pencinta semua! ;)
awakkk...saya nak story pasal saya balik kerja semalam.

Parking terbaik tepi rumah. stop enjin kereta. lock kereta. melangkah pintu rumah. 3langkah kemudian terus jer masuk pintu bilik..

alkisahnya..... berlaku kat bilik.

Biasanya kalu masuk bilik dah siap wangi ambi~piorrrrrr "tabacco" la kunon.betul. Tapi kali petang tu, haish. ada bau semacam. runcing ler minda saya. macam biasanya,saya akan tutup tingkap dan langsir bila datang. pastu buka lampu bilik. tapi hati masih lagi mencari² bau yang menusuk² lobanggg hidung tuw!

dilihat pada lantai..takde pulak yang melekat².. ku cari² lah segenap sudut tu.. pun takde. musyikil bedah ek!apa lagi.. hati tak tenang. nak cari sampai saya tahu apa itu yang menyesak bauan yang kurang best tu kan. 

Masa nak tutup tingkap bilik yang sebelah tepi tu.. tetiba ada bunyian kat bawah katil. (hmmm dah hagak dahhhhhh... kenapalahhhh engkau kesini... banyak lagi ruang tu.. ;( rasa nak nangisssssssss weyh!

Saya buka lah sikit tilam dan tengok kat bawah tu...  memang tak jelas lah.. nak nak pulak bersuluh ngan lampu hapon. saya dengan rasa kecewanya.. terus jer mengadu ngan mak. 

" apa ada kucing yang bunting ke?"

ada- mak jawap.

huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. takde ke wad lain nak kau gi tempat bersalin wahai kucing. 
nasib baik beranak kat bawah katil saya. kalu nak 1st class punya.. habihlah tilam saya tu kan!
memang kelasssssssssssssss la kau maria! mujur.bawah katil.

AKAN tetapi...

seperti korang tau juga,saya ni bukanlah tak suka kat kucing.tapi tak minat nak manje² ngan kucing. bukan takut. tapi entahlah..sekadar tak membenci dah cukup baiklah kot. sebabnya mungkin saya tak gemar dengan badan kucing yang panas kot.dan bulu-buluan dia. tapi kalu takat nak belai² pun saya jenis yang membelai bila  rasa ingin sahaja. tapiii diingatkan saya bukan pembenci kucing. ;)

okay,berbalik kisah kucing beranak dibilik gua ittew baybeyh! 

runtun hati cik hakak ni aaaa. maunya tidak. Saya berat nak bersihkan apatah lagi nak mengalihkan dorang ni. adoila.Apalagi mengadu²lah kan. Mak saya faham. dah pasti saya takkan sanggup nak  kemaskan. tetiba tensen kepala otak. mengurut anak² kecil lah saya kejap tu nak minta perhatian dari mak supaya bersihkan. kuang asam punya anak.huhuhu alaahhh saya kan anak manje dalam senyap²>weekk!

Oleh kerna mak pun letih.katanya malas nak bersihkan memalam tu. Nasiblah bilik Fizi kosong. saya tidur lah kat situ buat sementara malam tadi. :)
sumber dari google! korang imagine lahhh.. kalu dah basah² gini.. bau badannya lagi.. ;( sadis.

 seriess wakk..mana tahan saya nak tidur bilik berbau² kucing. tak bolehlah wak ...sesak nafas. yelah, anak yang baru lahir mesti berlumuran darah lagi. uwaaaaaaaaaaaaaaaa.. sadis..rasanya seekor anak nya mati. 3/2 ke hidup.. tu pun mak yang tengokkan. adoilaaaa... nasiblah dia pandai nak landing bersalin kat atas tikar bawah katil tu.. kalu kat lantai... mesti letih mak saya nak "adjust" lagi kepala katil saya nanti. 

saya bukan anti kucing-lah ;( 

OHhhh Thank you mak... :) i love you so much..
maklah yang paham kerenah saya ni.. kalu nak bersihkan yang sangat² rumit ni.. saya memang adu kat dia. Kecuali saya terpaksa.. kene lah buat sendiri. manje tak manje tak? hahaha~~~ :P

5 Oktober 2011

enrique iglesias :)

-wordless wednesday yo~
i ♥ enrique iglesias

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx