31 Mei 2012

Berdamailah dengan takdir ALLAH



Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:
”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”


Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!



***************************************************************
in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi....



Amin Ya Rabbal A’lamin..

28 Mei 2012

Oh Africa bersama Puak Masai

Semalam lepas balik keje aku lepak ngan Bella. Kesian dia kali ni dia pulak menunggu aku. dahlah perut dia lapar... aku pulak singgah tempat lain kejap..ingatkan bella ni lambat sampai. rupanya tidok! nasiblah kan. hiii

Kami ke Spring. untuk makan mee laksa sarawak! perghh lama tak pekene. nak nak tenghari tak makan.. memang habis lah aku makan. :) Bella pun sama. 
sekadar upacara wajib bila jumpa. haaa camwhore!


puas  tak ? puas tak tengok kami?! haaa... ade lagi kat bawah ni aku nak korang tarikkkkkkkkkkkkkkkkkkk nafas dalam².. sebabnya aku akan bawa korang ke AFRIKA!


welcome Puak MASAI home! :)

Aku tak pasti apa tema ini dibuat. Rasa Gawai yang bakal tiba tapi prop africa ini banyak di spring. Tak pe lah.. janji bila ada prop begini kat mall.. rasa cam best untuk kita bawak anak² gi jalan. ehh aku mana ada anak lagi. Tapi untuk diri kita dan rakan² pun syok. lagi² yang suka bergambar tu. haaaaaaaaa!

Masa lalu kat 1stfloor ni.. memang haruslah nak snap² kat sini. pastu gelak² tak hingat dunia. :) seronotttttttttttttttt sangat bila prop yang ada membantu sangat untuk ceriakan keadaaan.

ehhhh..malas nak cerita panjang layan jer gambar² kami dibawah okay!
seriusss.. jelingan orang tua ni.. macam real sangat. menakutkan hakak!
 Ini pakaian tradisional puak MASAI !


Memang macam real geng! tapi semua tu papan belaka. tapi gambaran dia memang copy n paste punya! 
tengok Bella! 


haaaa.. yang ini kita boleh try! rugiiii kalu anda tak mencuba! nak ke africa jauhhhhhhhhhh tu!
comelkan saya! ahahah ,.. larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

 pok pok pok.. bujang lapok!

layan bella sampai tercekik!
muka tak bleh try! try me! haha

terima kasih YB Masai... kernaa bawak saya dan Bella melawat tempat ini. :) 
......Gelak sampai sakit perut bila Bella cakap aku ngan YB ni.. laki bini.. hahaha.. kuang asammbal! :)
kalu ini dia cakap aku . haaaaaaaaaaaaaaaaa.. nak tunjuk gmbar dia ngan pasangan dia pulak. 

jeng jeng jeng...

seriusss.. sweet cun habissssss! kan? :)) (pereyyyyyyyyyyy) 

lepas bersidang kat situ.. kami lepak minum². pastu masing² bersurai. 

note: Mun rasa nak bergambar juak tek.. datang jak kat THE SPRING ,Kuching! :P best aiee!!


Amin Ya Rabbal A’lamin..

25 Mei 2012

JANGAN DIBUANG BOTOL MINERAL!

ape² barang  yang boleh dikitar semula.. kita guna lah dengan sebaik mungkin. Bahkan apa yang boleh dijadikan sesuatu tu.. haruslah diguna pakai dari anda membuang tanpa faedah.

merepek pulak kan. hihhhhhhhhhhhhhhhhhhhii ;)

Aku nak memulakan ayat perenggan pertama memang terkial² nak cari ayat, harap korang pun mengertilah apa yang aku katakan tadi.


Okay berbalik kepada bahan kitar semula. atau bahan yang boleh engko guna pakai sesudah tak takde makna lagi bagimu. haha.. jangan fikir botol mineral yang kosong ko minum tu.. tak mendatangkan hasil, okay! jangan sekali jadikan sampah sarap yang ko biarkan ditepi longkang. (hamboiiiii.... )




ini botol mineral yang engko punya. lepas ko minum semua tu. mestilah kosong, Selain tu.. engko boleh guna balik untuk isi air masak dari rumah. mudah ko nak bawak. Tapi kalu jenis yang tak suka guna balik. haaaaaaaaaaaaaa.. aku pun nak tunjuk apa yang aku perolehi kat laman sesawang ni. 

Nak cerita panjang pun tak guna. sebabnya kat gambarajah dibawah telah tertera segala penyataan yang patut ko buat. okay: scroll bawah lahhh you!

Bahasa omputeh. ko tak reti bahasa omputeh pun. tengok jer gambar tu mesti ko paham. 
kalu tak reti² juga. takdapat den nak nolong nyeee yaiii! :)

okay.. selamat mencuba! peace!! ~~ 

(aku pun baru terfikir bendalah ini. wakakakaaka!!





Amin Ya Rabbal A’lamin..

24 Mei 2012

ala ala siti nurhaliza


bukan akulah ala ala ct tu.. haaaaaaaaaaaaaaaa.... tapi scarft pesen dato Ct !
 (saje nak kasi tajuk memual nyawa) haha

Aku try try punya try.. tetap tak menjadi sangat. tapi yang ni better sikit dari yang aku dok lilit² . hehhe !

okay, tu jerrrr.. haha! selamat berhari rabu. semoga hari ni segala urusan dipermudahkan oleh Allah ;) amin.





Amin Ya Rabbal A’lamin..

21 Mei 2012

Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan


Haaaaaaaaaa.. ni topik cam best. sebabnya aku pun selalu disarankan untuk start enjin lama sikit. Tapi aku kalu dah siap semua make up.. minum.. baru tergesa² nak start enjin.tak sampai 2 minit... pastu jalan. Selalu kene tegur jugak oleh abang² ipar ku. Tapi kali ni aku jumpa artikel yang sepesen dengan aku. tapi sebenarnya.. panaskan enjin kereta terlalu lama memang tidak elok untuk enjin kereta anda. Okay, aku share kan saja, korang bacalah yer. 

Aku bukan tau sangat pasal kereta ni.. harap² bleh membantu sesama kita. 


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?




Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.


ada kebaikan dan keburukan jugak lah kot. tak payah lah lama sangat..cukuplah sekadar orang kata kasi segar sistem enjin kereta tu. :)) 

Amin Ya Rabbal A’lamin..

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran Dari Rahim Ibu





Ulama terkenal dari Nigeria pada Senin (14/5) bergumul di Mushin, Provinsi Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara penamaan seorang bayi.

Bayi tersebut bukan bayi biasanya sehingga harus masuk berita di media, namun bayi yang terlahir pada 7 Mei 2012 tersebut lahir dengan membawa sebuah Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Allahuakhbar!

Setelah menyampaikan sebuah kultum, seorang ulama Nigeria, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.

Dalam pemberian nama tersebut, Ustaz Abdul Rahman juga menasihati ibu dari jabang bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

Beliau juga menambahkan bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komunitas Nasrulifathi Ustadz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komunitas Islam Alifathiquareeb.

Sebelumnya pada Ahad (13/5), ibu dari jabang bayi ini menyatakan diri memeluk Islam setelah melihat bayinya terlahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Kini, ibu 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian berganti menjadi Sherifat.

Hal serupa juga dilakukan oleh nenek jabang bayi yang dulu memeluk agama Kristiann sekarang menjadi seorang Muslim dan mengganti namanya dengan nama Islami.

Di luar rumah jabang bayi, bejibun pedangang tumpah ruah menjual berbagai cenderamata tentang bayi tersebut, mulai dari kaos, tasbih, dan foto-foto jabang bayi yang terlahir membawa Quran tersebut.

Kelahiran jabang bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, dimana para sekularis menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi terlahir dengan memegang (membawa) Quran dari rahim ibu.

Namun di lain pihak, banyak yang berpendapat bahawa apa pun boleh terjadi jika Allah berkehendak.


Amin Ya Rabbal A’lamin..

18 Mei 2012

mencoba!

3 makanan yang aku try bulan ini!! haaaa...


grill burger! 
Ni banyak peminat. tapi aku gitu-gitu jer pon. sekadar melepas keinginan tekak ni haaaaaaaaaa! papepun.. ini feveret kakak aku lah kot! satu hari tu aku beli dan tapau ke rumag jugak... sekali depan pintu dia dah hagak apa yang aku bawak... excited lebih lebih pulak sambil buat bunyiii "nyummmm²" biasalah kan aku pun camtu.. kalu dah kegemaran tu.. mesti reaksi memang teruja!

grill burger fofular di kuching! 




 jagung panggang/bakar
 Dah lama sangat tak pekene jagung ni. Kebetulan lalu kat area Matang ni.. singgahlah Jangung panggang! sedapppppppppppppp sangat bila kene ngan butter kan kan kan! siappppppppppppp 2batang ! :) ehhh nak panggil batang ker jagung tu!!xkan nak panggil 2 keping?? lain benarrr~ haha.. opss..kalu silap perbetulkan wokeyh! 


chicken sausage @ hot n roll (spring)
ini pun aku baru try. setiap kali tapau KFC.. aku beli yang ni. Simple sedap dan bagus untuk kunyah². :) aku selalu beli 2 ! hihiks.. tapi kalu buat sendiri kat rumah pun mudah n jimat sangat! sausage tu sebungkus tak sampai rm4. beli yang cappati ehhhh(namanya.. aku tak ingat sangat) baru berapa juga kat kedai. tapi kalu beli dah siap ni.. rm4.90! mahal kan?! hmm... tapi kalu dah rasa nak makan dengan segera.. beli jer la!



heeeeeeeeeeeeeeeeeee... semoga hujung bulan ni.. berat badan naik! ;)




Amin Ya Rabbal A’lamin..

Plan swimming tak menjadi.. kami tukar plan lain!

Kisah ini dah hampir 2minggu lepas. 

Kebetulan Sabtu itu aku tak keje..sebabnya public holiday (wesak day) ! macam korang memang tak keje pun hujung minggu. Tapi segala public holiday yang kene pada hujung minggu sangat bermakna buat aku. haaaaaaaaaaaa.. boleh cuti.. bersuka ria sama keluarga mau pun kawan². 

Kalu nak diikutkan perancangan dah mmg awal dibuat untuk mandi di kem permai..tapi sayangnya..petang tu hujan..langit pun kelihatan gelap. so rasa cam 2 3 dah nak ke sana. 

Maka itu, aku dan gadis 2 diatas tukar plan nak KARAOKE! perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. sungguh lama tak  lepas geram! walaupun dengan suara yang kureng jelas ni kan. inner voice lah katakan. tetapi seksiii jugak kekadang.. orang panggil tu " unik" hahahha bukan orang kata.. aku kata! matilahhhhhhhhhhhhhh!! :P
kami ke K-11 untuk karok! tapi kene tunggu jam yang ditetapkan. sebabnya takde kosong lagi...hebat jugak korang ni nak karok! hahha!~ so kami jenjalan dululah sementara nak tunggu turn kami tu.. :) tak lame dalam beberapa puluh minute jer..
Kiki, Nazzie, Bella



okay.. kat sini lah kami akan melepas suara! ( the hills- K11)

tapi sayangnyaaaa takde gambar² kami karoke.. cuma ada gmbar saya yangg feeling lebih lebihh jadi penyanyi! hahah  nak tengokjugak?? haa kat bawah ni:
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! kelas ko kiahhhhh (hiiikkihikkk)

Pada mulanya Bella malu² gitu... pilih lagu jer dia lebih.. tapi disorong mic.. segan pulak nak keluar suara. Dah panas sikit tekak dia... barulahhh dia pulun laguuu dengan melepaskan suara nya. HEHEH! nak tau..? Bella mula serasi dengan mic.. katanya nak lagi pergi karaoke! wakkaka!! memandang aku dan nazzie okay jer kot... hanyut ke sumbang ke.. hentam sajalah. janji lepas tekanan yang ada tu. selain tu boleh bagi semangat baru dan happy kan kan kan ! :)


2jam jer kot karok ni. takpe, atleast terisi masa tu kan. Aku pun bukan nya boleh nakbalik lewat sangat. Cinderella sampai ke tua. wakkaa! Sebelum balik semua.. kitorang makan dulu. makan ayam Bakar! 

 gelagat kami!
at RJ ayam penyet kopitiam!


lepas makan-makan, kami balik ke rumah Nazzie.. nak mbik kereta ,than balik ke rumah masing masing :)!


HAPPY!


Amin Ya Rabbal A’lamin..

16 Mei 2012

Lama sungguh tak pekene mee laksa sarawak yeww!!

Seminggu Dua ni .. aku dah rasa cam selera makan aku sangat bagus! asyik rasa nak lapar jer. Sangat baguslah aku rasa... kan?! elok untuk tumbesaran berat badan aku yang tak naik² ni. Tapi setakat ni tak timbang lagi berat aku.. tapi ku rasakan kalu pipi dan naik... seluar dan rasa cam fit semacam.. ada perkembangan lah tu. :) harap² menjadi ketahap yang aku mahu! sedaplah sikit nak pandang badan sendiri. ni tak tengok depan cimin jer.. alahaii alahaiii alahaii! apa pun tetap syukur juga.. ada orang lain lagi susah nak kuruskan badan.. tapi dalam situasi yang sama.. mereka mesti paham perasaan aku! ecehhhh~~ 


last friday! tetiba teringat ngan mee laksa sarawak kat Bimmers! lama doh tak ke sana. Kalu dulu selalu jer lepak ngan Riza. :) sekarang life dah kawen begitulah.. nak nak pulak dah preggy sekarang ni. eeee bestnya.. Tapi yang bestnya Riza still ajak jumpa kalu kebetulan dorang ada kat luar. :)) 

mariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... pekene mee laksa sarawak !

kebetulan pas jemput izan balik sekolah...terus jer ke Bimmers! 
 Tahun ni nak PMR sudah yewwww! 


hahhaa... muka dah besarrr mangkukkkk ni!! how laa!! 
 makan banyak sangat.. muka yang kembang lebih lebih... badannnnn keding lagi.. haih! problem !
hahah... tapi start bulan depan.. ada satu perancangan dibuat bersama Bella. hiks. harap menjadik!


Amin Ya Rabbal A’lamin..

11 Mei 2012

" jangan makan udang ketika mengambil Vitamin C" -BAHAYA!


Selamat petangggggggggggg jumaat semua.Merindu atau tidak kat saya??! :P 
 (mengada punya soalan.. lempang banyak² baru tau!! kan~~


saja rasanya nak mencelah kat blog... Nak story pasal apa²pun cam takde idea. Makanya, aku saje nak celoteh tanpa sebarang agenda. :) . Bulan ini pun agak cepat berlari....(dah jemu sangat guna ayat berjalan) tapi aku tetap begitu. hadoiiiyaiii.. rasanya masih belum tercapai lagi hasrat menjadi seorang yang keluar dari gua! hahaha ( i tak duduk gua okay.. tapi suasana dan persekitaran sini seolah² memerangkap aku seperti didalam gua yang ber-ekon! :P apakah? motipppp!! grrrrr~~~


occay.abaikan.

Dalam taip menaipnya aku kat sini.. aku terserempak artikel menarik yang aku lihat kat FB ni..
 topiknya " jangan makan udang ketika mengambil Vitamin C" 

Dah ku highlight besau² tu haaaa.. kalu tak nak baca rugi. nanti sikap jahil kita memakan diri sendiri! (tapi aku tak sure kisah ni..akan tetapi tak salah untuk kita sharekan apa yang baik untuk pengetahuan kita yang tka peka dengan bendalah ini kan.. JOmm layan




Kejahilan meracun diri sendiri


Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.




Dari manakah arsenik yang datang?



Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.


Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.


Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'


Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?


Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.


Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.

Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.

Setelah membaca ini, jangan kedekut. Sila kongsi dengan rakan-rakan anda.


ni gambar yang aku copy kat fb tadi


note: haaa.. ade juga cerita aku hari ni kan..ingatkan tak terupdate lansung!! hewhewhewww!

Amin Ya Rabbal A’lamin..

7 Mei 2012

Tak sangka kasut aku banyak rupanya!

Hari cuti wesak tu.. aku sepagian datang rajin nak selongkar kereta. hihih katanya nak kemas apa yang termuat dan dimuat dalam bonet kete ku. Aku tak salahkan perempuan kalu tak reti nak jaga kereta berbanding lelaki. tapi Ternyata ada juga perempuan yang sama hebat nak menjaga kereta. tabikkk spring! 

Tapi bukan AKU... kata kerispatih! hihiih


Aku jenis yang boleh jadi bersih mak aiii... tahan seminggu jer bersihnya. Lepas tu bersepah lagi dengan poket sana ada plastik gula². belum dengan rambut yang keguguran... lagi dengan batu² halus.. hadoiyaiii! Memang rumit semua tu. hahaha! tapiii aku takdelah nak kasiiii berterusan begitu. akhirnya gi car wash. nak cuci sendiri maleyhhh bai. kalu lah ada abang tersayang memang saya paksa² cuci kan nya! WAKKA! sebab lelaki kalu jenis yang sayang kereta sanggup dari pagi sampai ke petang bahkan malam pun No hal punya dia nak raba² kereta tu kan??? aku pun tak paham, =.= "  akan tetapi aku suka dorang begitu ..dari mereka raba yang membuang hasil kan kan kan ..opsss apakah?hmm abaikan..  :) 


occay, berbalik cerita aku hari itu.

Bila selongkar bonet..kat  bawah sit tu pun celok juga. hambek ko sampai 2 besen aku punya pasangan² yang bercinta! Kene tangkap dan dibasahkan segera! aku bagi mandi wajib sikit kat mereka ni. hehehhe! 

Bukan selalu pakai pun. pakai sekali ni.. pastu bila rasa match ngan pakaian baru guna lagi. Bila dah lama sangat stay dalam kereta tak sangka dah banyak yang dok terperam! Maka itu , aku keluarkan segalanya.

mandi time ;)


akhirnya, aku kasi dorang berkawad ditengah matahari panas diatas bumbung kereta ini. KENAPA? ewuuuww sebabnya, kalu aku letak kat bawah.. habehyhhhlah kasut aku ni. pasti dilunyai oleh anak² buah aku. semua perasan nak pakai high heel! seriusss.. memang pantang jer tengok heel aku parking ndah kat rak kasut.. habeyhhh laaa tiktok tiktok mereka bergaya ke hulu ke hilir dalam rumah.
 dah macam buka booth sales !

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... semuanya aku jarang pakai. yang selalunya.. mesti hanya satu jer pilihan yang enak kaki aku pakai :) sampai dah rosak .. baru nak pakai yang lain. tapiii lagi best pakaiiiiiiiiiiii selipar jepongggg leapord aku tu, haaaaaaaaaaaa! :) selesaaaaaa kemana².




Note: sekarang dah tersusun indah dirak kasut .bukan lagi didalam kereta.! btw< have a wonderful day!

Amin Ya Rabbal A’lamin..

Oh Ais krim gulapong, aishiteru !!

Aku bukan pengemar ice-cream yang tegar! 
aku bukan pengemar manisan sangat!
Aku rasa makan bila aku rasa ingin sahaja. ( padahal semua pun camtu ..kan? :P

Maka kali ini topik memang akan bersangkut paut pada kehebatan ais krim! 


ada yang suka vanila.. ada yang suka cokelatttttt.. ada yang suka yam. ada yang suka oren dan dah macam² lagi perisa ewwwww! Tapi sepanjang aku nak masuk umur 30 tahun ini! ape???????????? 30tahun.. wow! tak sangka sungguh perjalanan hidup dah begitu jauh. ;(  Ehhhh.. ke sini pulak ceritanya! stop! 

heeeee...! sebenarnya aku baru tahu satu tempat ni jual ais krim yang menjadi banyak pengemar kat Kuching! selain (igool) Tapi ni yang best nyer... simple dan murah! memang puas hati nak makan. 

sekaliiiii kene... perghhh carik lagi babe! lu tak cayerrrr... memang Terbaik bagi tekak aku yang memang bukan pengemar ice cream ni. 


Aku tunjukkan dulu Tokey kedai ni.. :)

maaf kualiti foto yang kurang jelas. (adoii camera 2mp jer bai.. 
maunya tidak golap golita lagi² cahaya lampu malam ;)


itu Mesinnya pengeluaran nya.... Yang paling bestnya, encik ni jual satu perisa untuk satu malam. non ado pilihan Occay. jangan nak berangan! ha ha ha~ lagi yang menariknya... dia akan campurkan gulapong (kalu kat sarawak) tapi bahasa melayu nya.. gula melaka lah kot.. yang cair sikit kedalam ice dream ehhhh cream tu... dan sedikit taburan cornflake atau kacang tanah yang sudah ditumbuk halus!  best tak!! anda boleh pilih nak campur 2 2 or 1 saja. tapi 2 bahan itu sahaja.. jangan harap ada coklat nips.. jangan harap ada taburan kacang badam. hahaha.. kalu nak berangan sangat sila buat sendiri kat rumah. mudah jer kot.. cuma mugkin bila buat sendiri ... hehe nikmat dia mungkin akan lagi hebakkkk atau kurang tampan! hahaha!

Seriusly,  kedai ni hanya dibuka waktu malam..lebih kurang jam 7pm begitu. Kalu nasib baik , memang ko datang jer terus siap tak sampai 2 minit. Kalu nasib tak menyebelahi.. ko kene baris panjang. Hebat jugak tokey ni  berniaga. nak nak pulak malam aku beli tu, ramai.. orang tua tu..sibuk nak berhenti kejap.. kejap lagi berhenti.. aikkkkkkkkkkk memang layan bola jugak dier. alahaiii yaiiii... hanya mampu senyum jer beta uii!


Setelah aku coba beberapa kali ais krim ni yang terjebak  dari seseorang ni. Memang aku rasa ais krim tu sedap. taburan kacang tu sedap..tapiii tak tahan bai.. kalu jerawat naik ke muka! hahahah ayuhhhhhhhhhh aku perkenalan 2 member baru aku yang jadi terbaik jadi desert yuuuuuu! hihihi



ais krim gulapong+cornflake / kacang! terbaikkkk wok~

aku ulang bahan-bahannya:
- ais krim
-gula melaka /gulapong cair
-taburan bijirin or suka hati dah u nak bubuh apa kat atas tu! ;P

senangkan... gula melaka yang cair tu..pandai² ko letaklah berapa banyak.tapi tak payah nak banyak sangat,kang manis sangat..tak syiok... woh!

Yang penting ke mana nak beli ?
 you know electra house... depan tu kan ada kedai "open air" . Haaaa kat sini lah! memang ngam² kat depan dengan electra house tu yang berhampiran dengan public phone saja! ada jual ice cream tu la... kalu masuk pintu depan tu.. memang terus jumpa punya. Beberapa kali aku ke sana.. confirm ade jer kereta parking tepi jalan nak beli. hihik hebakk tak ais krim tu kan wak! 

 kalu ko makan terusssss Aishiteru !! hahhaa~




Note: sebenarnya aku tak tau kalu bab makan gini... nak jer aku cakap bahasa sarawak.tapi kesian pulak kepada para membaca yang lain tak faham apa aku cakap. hihih okay lah.. kelak gi jak takorang sia. tapi MALAM jak ada k! hahaha! yahhhh itu dia kaka sarawak tek jap ooo! :)

Amin Ya Rabbal A’lamin..

4 Mei 2012

Hidup penuh warna



And you,you put the blue back in the sky
you put the rainbow in my eyes
a silver lining in my prayer 
and now there’s color everywhere 
you put the red back in the rose
just when i needed it the most
you came along to show you care
and now there’s color everywhere..
-Youth Asylum “Color Everywhere”-


Dear YOU!
Terima kasih kerana sentiasa membuat saya tersenyum :)





Amin Ya Rabbal A’lamin..

3 Mei 2012

Photo: Puteri Rimba !

Occay!! aku nak sambung cerita pasal aktiviti lepas. Ini masa cuti hari buruh! hari buruh???
 haaaa labour day tu lah sayanggg! ;P

Kalu diikutkan memang malas nak kuar hari cuti ni..bermalasan dirumah ada kenikmatan paling indah. Tapi kalu dah takde benda nak dibuat.. nak tak nak.. kene keluar kejap untuk ikut perancangan si ALHADI. kawan aku tu.. ajak gi shoot! 

Memandang mood baik aku pun okay.. ape lagi janji temu jam 4.30pm kat belakang dewa pustaka. hehhe! cuma aku terlewat sikit lah...  lewat seminit 2 jer nye punnngg! :P
 (hiewww hiewwww)

Malas nak cerita panjang... layan dulu hasil gambar aku dengan hutan rimba! :)


1
 2
 3
 4


ade beberapa gambar  ni comel² sikit bagi aku! aku suka!
 (matilahhh suka tengok gambar sendiriii...!! camne tuh!~~aaahh fengsannn! :P


5
teheeeee~ muka nak buat manja mengada-ngada!

6

7
cantekkan rambut ku! hahha.. extension babe! :)))

 8

Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku Aku lari ke pantai, kemudian teriakku Sepi... 
Sepi dan ... Biar terderah, atau... aku harus lari ke hutan belok ke pantai
(aku pun tak paham) :P

Yang ni like poster movie² sikit:

9
 10
11
keriangan! 


cantek kan foto² ini... bukan kerna aku la! haaa.. kalu anda berminat nak abadikan kenangan anda tak kira untuk wedding or saje² tu sila add mabs photo /contact : 0109627322
( for orang kuching or sarawak tok lah yang berminat ! ) ^_^


Note: okay,fine aku tau tajuk memang sakit hati punya.hahahha ~~ puteri rimba?? euuwwww :P


Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx