29 Ogos 2012

Muara Hati - Ost Adam & Hawa


 Dengarkan dan saksikan muzik video OST Adam & Hawa nyanyian Hafiz AF7 dan Dato' Siti Nurhaliza dengan penampilan istimewa Aaron Aziz!

Saksikan drama bersiri dalam definisi tinggi (HD), Adam & Hawa mulai 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam, eksklusif di Astro Mustika HD (134)



Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..


Amin Ya Rabbal A’lamin..

17 Ogos 2012

muka depan paper kaw KIAH :P

Muka depan.. Muka depan !

Hari ni wajah yang riang masuk paper "the Star" edisi Sarawak. 
so yang belah² nun takseh belek² paper yo. heee..

Saya dijemput untuk pegang "sampul duit raya" Baru. Masakan nak tolak. Muka depan tu. hahha! bukan selalu pun kan. haaa.... jangan lupa dapatkan dipasaran ataupun dimana² kedai yang ada menjual sampul duit baru ni. heee... mungkin juga ada si Bank² berdekatan. :) 



Abaikan pasal saya masuk paper tu. haha. glamer nama cik KIAH! auwww


Sempena Bulan baik ini. Ramadhan kan berlalu pergi. Syawal datang lagi... saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat warga kakitangan blog sedunia. :) maaf zahir dan batin.
** pandu kereta, bonceng motobike tu hati² dijalanan yer.. jaga kesihatan.. jaga hati dan perasaan. jangan sampai na tunggu raya tahun depan baru nakminta maaf. marilah berkasih sayang. hehee! :)

selamat hari gayo...


Amin Ya Rabbal A’lamin..

16 Ogos 2012

Akibat Tersilap Melakukan Jump Start Kereta!-hati²


Aku ni kalu pasal kereta memang suku dari 12 jam jer aku tau. pastu.. aku dah blur dah orang sebut itu ini. okay. sekarang ni aku nak share juga apa yang aku baca. sekadar panduan bersama. :)

Sekiranya kita mahu melakukan jump start kereta, perkara utama yang perlu dilakukan adalah mendapat kabel jumper. Tetapi kabel tersebut mestilah yang betul-betul diiktiraf dan selamat digunakan. Boleh lihat gambar di bawah ini, apabila dua buah kereta melakukan proses jump start, secara tiba-tiba kedua-dua kereta mereka meletup dan mengakibatkan kerosakan enjin yang teruk.




Adakalanya letupan ini berlaku disebabkan kita tersilap meletakkan kabel di terminal yang betul sama ada di +ve atau pun -ve. Sekiranya kita tidak tahu menggunakan kabel tersebut, adalah lebih baik meminta bantuan daripada orang yang lebih pakar. Bimbang andai perkara yang tidak diingini berlaku seperti di atas.



Amin Ya Rabbal A’lamin..

11 Ogos 2012

Labah-labah Dalam Telinga Seorang Wanita



China – Seorang wanita tidak menyangka rupa-rupanya penyakit gatal telinga yang dialaminya adalah disebabkan labah-labah.

Serangga berkenaan bukannya menggigit telinganya, sebaliknya ia menjadikan telinganya sebagai tempat tidur.

Lebih buruk, doktor percaya labah-labah itu telah berada dalam telinganya sejak lima hari lalu.

Namun dia bernasib baik, kerana wanita itu tidak cuba mengorek telinganya.

Jika tidak, kata doktor, keadaan akan bertambah buruk dan serangga itu mungkin akan menggigit telingannya jika ia diganggu.

Pada mulanya, doktor bercadang menggunakan penyepit untuk menarik labah-labah itu, namun bimbang serangga itu akan menggigit mangsa.

Justeru, Dr Liu Sheng dan rakan sekerjanya telah memasukkan air garam ke dalam telinga wanita itu.

Beberapa minit kemudian, labah-labah itu keluar dengan sendirinya.

Nasib baik ia tidak bertelur dalam telinga wanita itu, jika tidak , entah apa yang akan berlaku dalam telinganya.



sumber:labah²



Amin Ya Rabbal A’lamin..

berbuka puasa bersama Teman²!

Sepanjang puasa aku tak berbuka lagi kat luar. sampailah 21ramadhan aku iyakan ajakan Riza nak ajak berbuka. Sebelum ni ade gak dia ajak cuma aku tak kesempatan nak ikut.

Semalam aku dulu sampai kat Pizza Hut-The Spring! berbuka with geng 82!


 Haaa.. Kebetulan ofis aku dekat sangat ngan The Spring tu. Aku la yang datang dulu nak reserve table.

Lepas tu datanglah suhana, appy n esti.. ( aku bedal jer eja nama dorang ni.. hehhe)

appy and suhana

suhana and esti



 layan jer dulu sesi bergambar. haha. itu harus. 

okay.sekarang dah sibuk nak pesan makan. Sementara nak menunggu riza sampai.
 akceli, dah lama sangat tak jumpa dorang ni. dah 2 tahun tak jumpa rasanya. heee lame kan. padahal dok same je kan kuching. Biasalah memasing sibuk. Dorang ni kawan Riza sebenarnya. yang aku kenal mula² pun hanya Riza sorang. Cuma Riza ni jenis yang suka ajak² jalan. time tu 2tahun lepas raya lah kot aku kenal dorang ni. Aku cam biasalah. Bila raya memang single. haish. ntahlah. tapi kali ni tak raya pun single masih single. haaaa.. jawatan kosong masih dibuka.tiada tarikh tutup sehingga jumpa JODOH! wakakakak! habeyhlahh... sila sila berdaftar jika berminat. hamboiii. pereyyy!!  (just kidding lah kan... tak payah nak londehkan bibir tu.. hehhee)

okay. Riza pun sampai dengan perut 8bulan nya. alahaii. mesti best rasa detik² perut membesarkan. 

percubaan pertama nak muatkan kelima² kami dalam ruang ni. adoii...
 failed. tak per cuba lagi.

 demi nak masuk 5 orang dalam gambar. ambiklah muka besar pinggan. wakaka.
 yang tensinya aku.. nak kene klik button ipad! hahahahha~~

banyak lagi gmbar makan..tapi tak sempat nak snap²! hahah gelojoh nak makan.semua lapar. Tapi aku makan sikit jer lah.. heee aku kenyang seyh. aku dikecualikan untuk berpuasa. so satu hari tu.. aku boleh makan.


okey. kenyang. dan bayar. kah kah kah

sempat lagi esti posing jadi casher ni. hahha!


 bersurailah kami.

Amin Ya Rabbal A’lamin..

10 Ogos 2012

Pilu amat


Dah 21 hari kita berpuasa. walau aku tak sebanyak itu.. tetap semakin dekat nak meninggalkan Ramadhan. sedihkan. Hampir pula kita menuju ke Syawal . senorok pulak.


Tapi bila tengok iklan Bernas 2012 kat tv..tapi tengok kat U-tube dengan penuh. serius babe.. leleh tak hingat airmata. sadis gila. nangis. Sapa tak mengenang air mata tu.. memang tak tau lah mana mata hati dia letakkannyerr hadoiyaiii pon.  hiikhiks. 


sob sob sobssss. cari tisu. tisu habish. last² lap jer ngan span compact powder.;')





Amin Ya Rabbal A’lamin..

9 Ogos 2012

8hari cuti raya! yahOOOOooo

 Yes! Yes ! Yes!

Aku dapat cuti raya 8hari! Dari 18-25th august!

Heavennyaaaa...

Tak kemana-mana pun boleh rehat kat rumah pun jadi lah.
Buat setakat ni plan-plan raya aku belom ada sebarang jangkaan.

Harapnya Raya ini Boss aku bagi bonus!!! takmo lah hamper² tu. tak best! dapat bonus barulah jiwaaa meriah. Sekali setahun bagilah bonus up up sikitkan. lohhh... kalu takde bonus. memang aku nak kasi sentap lepas raya ni!  hahahahhaah!!







Amin Ya Rabbal A’lamin..

3 Ogos 2012

Turban yang simple.


Bila boring² kat ofis ni.aku suka buka u-tube. kekadang hanya layan lagu. ada kala pula aku suka tengok telatah jozan. pastuuu.. aku suka buka yang make up segala. Tapi semalam aku sempat tengok mereka yang suka mencuba buat turban dari shwal.


naa.a... berjaya juga buat. senang amat!

Terus makin nampak mulattt muka ahkak. ;P 
Buat anda selamat mencuba. rajinkan diri tengok kat u tube tu. melambak idea dorang :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

2 Ogos 2012

Terlantar koma sejak 13 tahun yang lalu !


Bila baca jer 13tahun koma.Kalu pengsan tak sampai 10minit pun kita dah risau mengelabah semua ada... tapi ini kan pula 13 tahun. SubhanaALLah.. juga kuasa ALLAh.. yang maha mengetahui dan menetapkan sesuatu takdir.


Apa yang penting,marilah kita sama² mendoakan agar adik siti ni kembali sedar dari koma nya. semoga Allah juga permudahkan doa keluarganya.
untuk lebih lanjut sila ke--->> (klik) siti suzaini terlantar koma sejak 13tahun yang lalu


Sama-samalah kita mendoakan untuk siti suzaini ni. ;"(




Amin Ya Rabbal A’lamin..

1 Ogos 2012

Bila bilik dah bertukar warna! hati gumbira

Semalam aku offday.

Bangun pagi jer, tetiba datang semangat yang berkobar² nak cat bilik. Bukan reti nak ingat penat lelah. Terus jer tanya bapak ade cat lebih tak? hahha..

kata nya ada. apa lagi terus bermulalah drama mengecat bilik.

Tapi aku perasan 2tahun sejak kebelakangan ni..asal raya jer aku cat bilik. hahha

naaa.. jom terjah kerajinan aku semalam.

tema: merah!

bermula disini....
Rajin siot aku. balik aku boleh tahan tinggi dan besar. Kalu nak mengecat sebagai tukang cat perempuan.. memang semput jugak. Tapi tak sangka. dinding tu aku sapu habis.
Rest kejap.  memang penat lah baiiii. Tapi takkan nak stop setengah jalan. memang tak nampak hasil lah nanti. ku gagahkan jua semangat ini... tapi malangnya. campuran cat putih yang berlebih menjadikan cat itu bertukar pink! oh nooooooooooooooooooooooooooo!

Amagadddddddddddd!
terpaksa. pasrah untuk sapukan habis cat kat wall itu. watudu dear heart. u kene terima hakikat bilikmu sudah menjadi red pink! -muka pasrah!

testing.. ambik gmbar walaupun hati tidak sepenuhnya melompat. sekurangnya aku dah gigih berusaha warnai bilikku dengan terbaek! hikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkks

okay.. sekarang bilik pun dah semangat nak raya. yeayyyyyyyyyyy!




Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx