Memaparkan catatan dengan label AIRPORT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AIRPORT. Papar semua catatan

26 Mei 2011

terpaksa beralih arah...

Kali ini catatan pasal saya pulak. Asyik je bagi tips. ;) kang takut korang lupa pasal saya.. wahhhhhhhh... ! 


. Mana nak letak kisah lain. Sudah ini jer rutin aku ada. Nak tempek cerita lain kang tak reti lak nak buat cerita. KAng buat buat cerita... terkantoi .. memang takde makne nye nak bagi orang baca. Even orang tak kenal sapa kita.. tak beklah menipu tentang diri... life.. or ape ape lah. Kalu tak nak cerita... takpe,tapi jangan membuat cerita² auta ehh outa ehhh pembohong lah.. hii

OKay..lupakan bab itu.. meh tadi tengahari saya lunch dengan lina. Sampai tak tau nak lunch kat mana..saya ajak lina tukar mood sikit gi lunch kat airport. sungguh kesungguhan muka i nak makan burger MCD !
layan dulu aksi berlagak ni!! haha terjumpa troli je tuu.. terusss action depan camera :P
lihattt orang belakang dengan kaler pakaian i memang sonsang ;p

Masuk jer Airport terus punah harapan bila lihat kepadatan warga manusia yang beratur panjang dalam MCD. kecewanyeeee. sungguh kecewa daripada kekasih i pilih orang lain... *gilaaa* Akhirnya saya membawa diri ke *ONLY MEE* kesian.. only me yang terpaksa bertaruh semangat agar bahagia dengan makanan yang ada. *hambek ko! tak sedapppp =(




inilah makanan yang saya redha makan.. "daging masak merah" .. redha jer lah... walaupun pedas. Kedai bagi nama Only mee.. tapi segala mee takda. katanya mee sudah tutup buat tenghari tu. hmmm... kecewa lagi. 
kecewa punya kecewa.redha punya redha. boleh lesap jugak nasi yang makan tu. Nak buat camne.. kalu tak makan kang rugi pulak. mahal satu hal.. kesin tengok nasi tu lain hal.. macam macam hal lah. Tapi walau saya pokpek begini.. dalam hati saya bersyukur sangat.. dapat isi perut.. isi punya isi berat tak naik naik.. how la!? 
45kg! mana pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii KG yang lainnn!!! *ketip bibir*
OKAY².. lepas makan kita pun blah dari situ.. saje je mengadekan diri kat airport ni.. nak terbang ..bila ntah?! harap² ada rezeki masuk.. bolehlah bawak diri melancong tempat yang dimahukan. takpelah.. kalu korang mampu.. meh datanglah ke SARAWAK-KUCHING !! 
i love Kuching

5 Mei 2011

Fizi balik Port Dickson

Tiba nya hari isnin... persamaan 2hb mei 2011.


Hari masih PH lagi untuk kitorang. tapi hari isnin tu memang offday bagi saya. hmmm jangan harap nak tambah public holiday. letak tepi jer anganan itu. ;)

okay.. takmo banyak kiasan neh..saya cita dengan lelaju okay..whoahh!


kesamaran kami.. ;P


Isnin  giler awal bangun.. dalam suku nak pukul 7am.. dah bersipa untuk pergi mandi. Family yang lain pun bangun awal. Ye la hari ni kan Fizi balik ke PD lagi... so,kitorang reramai hantar dia kat airport kuching. wahhhh... 2 buah kereta semuanya. bapak,emak.fizi ikut keretaku.. yang selebihnya naik ikut kereta abang ipar. sob sob.. juga dalam hati bila hantar dia balik. Asal hantar jer sape² kat airport mesti rasa tak sanggup nak berpisahkan.. huhu.

kak imah & kecik( faisal)

kiki & fizi( spoil jer oang di celahan itu) haha!

flight 10.20am -fly bersama air asia...


masa untuk check-in ...lepas tak nampak dah bayangan dia.. baru kami blah dari airport... berlinangan juga airmataku..tengok mak lagi sedih. aiyoo... nasib baiklah ada kawan dia yang sama flight balik ke sana. Tak lah rasa sadis sangat... ;')

 
wif emak dan bapak(inteperemmmmmmwohh)


Bapak pokpek tengok mak berlinangan airmata.. haiyooo ayahandaku ni.. faham faham ler hati seorang ibu.. memang begitulah bila anak berjauhan.hihi.. ala.. bapak pun sama sedih jugak tapi sedih dalam hati...manalah nak tunjuk dia sedihkan.. kata lelaki. ;)

tak sabar nak tunggu kami fly ke sana pulak nak tengok fizi di hari perbarisan mereka!!! caiyok² adikku !!

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx